About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, October 28, 2013

Kisah Raya Haji

Assalamualaikum

Nak cerita kisah hari raya haji. Lama aku simpan cite ni kan...tapi nak coretkan kat sini juga supaya jadi kenangan di masa depan...giteww

Ahad sebelum hari raya haji, sepupu sebelah suami bertunang. In shaa Allah majlis nikahnya bulan 5 tahun depan. Kami bermalam kat Puchong semalaman, pagi dalam pukul 10 pagi gerak ke Kajang, rumah Mak Na, tempat majlis berlangsung.

Nadia, sepupu kami memakai kurung moden serba putih. Serba ringkas tapi cantik. Makan time tengah hari, jadi lauk pauk agak banyak la. 

Nasi putih, lauk sotong kembang masak lemak cili api, sambal jawa, ayam goreng berempah, paru masak pedas, ulam ulaman, sambal belacan, ada lagi lauk tapi aku lupa dah..haha..
Ada laksa juga.

Lepas tu kuih muih pemberian orang pun banyak, ada kuih tepung talam keladi dan tepung talam cendol, puding, karipap, dan bubur nangka. Seperti biasa bubur nangka mama yang buat la, Mak Na minta tolong mama masak.


bersama tunangan orang :)



biru - mama, coklat - makcik piah



Kami bertiga 


Alauddin bersama juraian air mata. Dalam kereta dia tido, bangun je terus bad mood..hoho


Dalam pukul 2 lebih cam tu kami gerak balik la sebab nak amik barang niaga pulak.
Mama sekeluarga nak ke Klang ada kenduri kawin sebelah abah.

Isnin pagi pula berkemas-kemas untuk balik ke Manjung. Raya haji sambut kat Manjung plus aku nak bercuti lama sikit la kat Manjung.

Suami pulak ada program kat Negeri Sembilan, jadi petang raya haji tu die balik ke Kuala Selangor jap amik beg baju then tido kat Puchong.

Jadi, aku minta kebenaran dia nak duduk Manjung sampai Jumaat, sebab abah nak datang Kuala Selangor, lama tak mari rumah aku katanya.

Lagipun suami abis program Jumaat tengah hari, jadi kami sama2 la balik ke Kuala Selangor tapi arah yang berbeza je :)

Kat Manjung pun, sambut ala kadar je. Tapi mak tetap masak yang sedap2 untuk anak2nya. Wan pun balik Manjung, bawak adik2 dan ma sekali.

Asalnya abah nak berniaga lemang, tapi Jumaat sebelum raya tu abah balik kampung, tengok buluh abis mati, cam kene racun pun ada. Jadinya dapat la dalam 15 batang ke buluhnya.

Sudahnya wat makan sendiri je la, Abah buat 3 batang lemang jagung, selebihnya lemang biasa. 
Suami sorang je bantai sebatang dah lemang jagung, memang feveret dia la.

Mak plak masak rendang ayam, nasi impit dan kuah kacang dan pulut kuning. Petang raya masak laksa perlis pula. Kerja makan je la kalau balik Manjung.

Pagi raya, pergi tengok orang korban lembu. Tapi tak sempat nak tunjuk nak Alauddin time lembu kene sembelih sebab kami datang orang tengah siat kulit lembu dah...hahaha...lewat sikit ja

Tapi tetap best sebab dapat jumpa kawan baik dari zaman kecik lagi, si Baya. Makan nasi tomato kat rumah die.
Ayah die memang tukang masak hebat, sedap sungguh nasi tomato, sedap sekali ayam sambal tu, tu yang wat bertambah makan tu..haha..

Lepas tu sembang2 la kejap, gosip segala...kahkahkah..
Jumpa la juga si Alauddin dan si Amsyar..walaupun deme idok la main beria sebab Alauddin tidak memberi kerjasama yang baik sekali.
Tapi Amsyar sangat aktif, merata die main...
Nanti dah beso sikit pandai la deme berkawan nanti.


Good boy :)
Nanti jadi bestfren ok..
Mana tahu 1 sekolah ke 1 universiti ke nanti..
Aminn..hihi

Petang raya selepas suami bergerak ke Kuala Selangor, aku jumpa ma pulak kat apartment yang wan sewa. Kali ni lebih banyak masa diluangkan, 5 anak ma semua ada.
Aku ajak makan2, tapi terlupa la hari raya mana la ada kedai makan bukak kan.

Sudahnya aku beli KFC je la, then ma nak makan nasi goreng paprik. Memang rezeki ma la malam tu, ada restoran bukak kat belakang billion tu, restoran seafood.
Jadi kami makan2 kat dalam rumah je...lagi seronok sebab dapat sembang2 sambil makan2 gaya bebas..hoho..
Tapi yang silapnya sorang pun tak ingat nak snap pic kan...sabo je la..

Wan balik Rabu pagi, sebab farah mula kerja khamis. 
Lepas makan tengah hari, wan gerak balik la.

Petang khamis mak masak mee rebus daging pulak.
Lama tak makan mee rebus mak...sedappppp

Malam khamis tu saje ajak abah ke Lumut. Lama tak tengok Lumut. Sebelum tu ajak abah makan2 kat restoran seafood sebelum nak ke Lumut tu. 

Lepas makan kami berjalan-jalan ke Lumut.
Tak pernah sunyi Lumut ni, ramai je orang memalam pun.


Alauddin yang suka sangat bagi ikan makan.






Ngan atuk dan opah








Bila anak lagi beso dari mak


Mak bersama anak-anak daranya :)



Jumaat pagi abah buat kulit murtabak siap2
Sebab aku ajak abah tido umah aku...huhu

Jumaat petang kami gerak ke Kuala Selangor.
Suami plak selepas solat jumaat terus gerak balik.
Kira dia sampai dulu la dari kami.

Semua ikut balik ke Kuala Selangor. Deme tido semalaman kat rumah aku, pagi sabtu balik ke Manjung sebab abah berniaga sabtu petang tu.

Ahad suami balik semula ke Kluang, Johor.
Rasa tak lama dah, lagi 5 minggu je abis la tempoh belajar die.
Pejam celik pejam celik dah nak habis

Bulan terakhir ni, tiap2 minggu suami dapat balik.
So tak rasa la cam berjauhan sangat..hihi

Ok la, nanti kita sembang lagi ye

As-salam :)








1 comment:

  1. bru bce beb post ko yg ni
    lme da x bkk blog
    senyum sendri part yg ko
    mention name aku tu
    hahahaha....

    ReplyDelete