About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, October 4, 2013

Kisah Seorang WAHM :)

Assalamualaikum

Sebenarnya ada banyak perkara yang aku nak share dengan korang tapi ada je halangannya...bukan la halangan apa pun, cuma banyak masa aku peruntukan untuk urusan kerja rumah, anak dan bisnes aku, bila betul2 selesai semua baru aku mengadap blog ni haaa..

Sejak berbisnes ni, aku rasa cam dah tergolong dalam kumpulan WAHM atau Work At Home Momma atau pun Surirumah Berkerjaya atau Surirumah Berpendapatan. 
Setakat hari ni, 3 istilah tu je la aku pernah jumpa, kot ada yang lain kabo la ye, boleh aku updated kemudian...huhu..

Bila jadi surirumah berkerjaya ni, maksudnya ada kerja lain selain kerja hakiki sebagai seorang surirumah sepenuh masa, perkara utama yang akan diambil berat adalah pembahagian masa.
Tanyalah mana2 surirumah yang bekerja di rumah, masa adalah perkara utama sama ada menjadi masalah atau memberi kelebihan kepada mereka.

Rutin harian aku simple je kot, mungkin tak sesibuk ibu2 yang ada bisnes lagi besar dan hebat dari aku yang hanya kecil-kecilan je.

Rutin pagi seperti kebanyakkan surirumah yang lain. Kemas rumah, defrosts bahan2 mentah untuk masak tengah hari, mandi dan siapkan anak, sediakan sarapan dan sebagainya.

Kalau aku ada order barang dari supplier, biasa dalam pukul 10-11 pagi lori courier akan sampai. Jadi, aku akan prepare lebih awal la.
Prepare awal bukan apa, senang nak bawak masuk kotak2 dalam rumah, lepas tu nak susun barang ikut jenis, nak snap pic, then nak coding semua barang.

Tapi aku akan utamakan kerja rumah dahulu baru aku tumpu pada barang2 bisnes.
Sampai je stok, aku akan letak tepi sudut rumah then sambung kerja2 rumah yang masih belum siap.

Tu kadang2 ada yang wasap, mesej, pm or email, mana yang jawapan pada soalan dia memerlukan aku untuk bukak laptop aku hold dulu.

Lepas tu kalau ada ejen dropship yang tanya harga dan stok segala aku suruh deme cek sendiri kat page aku sebab details semua lengkap kat situ, tak perlu tunggu jawapan aku pun deme bole tahu sendiri.

Tapi kalau jenis yang nak tunggu aku jugak, kome kene banyak bersabar sebab aku memang takkan online selagi kerja rumah aku tak siap.
Itu prinsip aku la.

Jenis desak2 aku nak cepat manjang, aku suruh dia gi wat bisnes dengan orang lain.
Bukan dengan aku.

Kadang2 tu beria nak cepatnya, bila dah bagi total segala nak bayo time gaji pulak...gelabahnya tu macam duit nak terkeluar bebeno la dari bank die....kalut sungguh orang rupe tu

Bila aku dah ready depan laptop dan sedia untuk bukak kedai, memang aku layan abis semua pertanyaan dan order deme2 ni.
Time ni la aku akan cek stok, bayar je aku terus buang pic dalam album, lepas tu asing ikut nak pos ari ni atau nak pos kemudian.

Lepas tu kalau ada stok baru nak upload gambonya, siap reply semua order tu, aku akan amik masa untuk snap pic pulak. Biasanya sebelum masak makan tengah hari la.

Ni duk berdua dengan anak bole la masak lewat dari biasa sebab jaga perut sendiri je.
Alauddin senang je dia. Apa mak dia makan, itu dia makan. Tak de cerewet bab makan.

Kadang2 buat kan die kentang goreng, letak la rempah kari sikit, suka la ratah.
Kadang buat tempe goreng berempah, roti bakar, nasi putih makan dengan telur atau ikan goreng, bubur, pisang tu dah cam makan nasi dah, oat, mihun goreng, mihun sup.....macam2 la si kecik ni makan. Masak je apa pun die makan je dengan penuh berselera.
Senang keje mak ko nakkk..

Lepas snap pic semua, aku tak terus duduk ngadap laptop upload gambo, aku akan masak lunch dulu.
Makan sorang apa nak dikesahkan.
Kadang2 sampai tengah hari pun aku tak tahu nak masak apa.
Udang sotong ayam ikan segala dah bawak keluar, tapi idea nak makan apa tu tak mari jugak.

Nasi aku memang dah masak awal2 dah.
Sebab nak bagi Alauddin makan pagi dulu.
Sudahnya goreng telur mata 2 biji, letak kicap, amik cili api 6 7 biji, goreng ikan masin terubuk campur bawang...siaaapppppp!!
3 pinggan juga aku makan...kalah makan lauk beriani.
Simple kan.

Mak mertua aku memang selalu pesan, macam ni kata mama
Nasi tu masak pagi2, lauk kendian tak pe...kita ni duk rumah apa kesah nak makan. Bukan keroje kat luar gi kedai makan pusing2 nak pilih lauk.
Duk rumah apa nak makan pun tak kesah.
Kalau sibuk sangat dengan kerja rumah, goreng telur, letak kicap, gigit cili api, udah sedapppp...
Yang penting kat rumah jangan putus telur, kicap, cili api, bawang dan ikan bilis. Itu ajeeee...
Ade 5 barang in shaa Allah kenyang perut tu...
Haaaa...gitewwww

Lepas siap masak, kalau rasa lapar makan la sekali, kalau tak aku layan bisnes aku pula.
Sambil layan bisnes melayan Aauddin, ajak main otomen dia la, nak minum air, berak, nak menulis macam aku, kadang2 main sengsorang dia.
Lepas tu datang nak mengempeng la apa lagi kan...layannnn

Pukul 3 lebih cam tu aku dah ready untuk kumpul barang2 nak pos kat 1 tempat.
Masa ni Alauddin kalau belum tido lagi, dia yang paling sibuk sekali.
Rajin sangat menolong mama dia.

Aku pun rajin la melayan kerenah dia kan.
Dia akan ikut aku masuk bilik barang2 aku, lepas tu dia tunggu je aku bagi barang kat dia.
Kalau aku lambat, dia akan cakap...mama...anne??
Maksud dia, mama, mana?? Mana barang nak bawak la kononnya.

Kadang2 aku yang letih sebab dia angkat barang 1 1 bawak ke depan sambil berlari, aku ni tercongok2 la mencari barang sebab kotak barangnya banyak betul, kiranya dia lagi laju dari maknya...macam berlawan dah jadinya...hahahhaa...seronok betul time tu..

Kalau ada barang berkotak yang agak besar, dia akan cuba angkat juga, tapi dengan gaya yang sangat comel. Sambil buat muka macam orang angkat barang berat, berkerut2 muka die, lepas tu siap ada bunyi masa mengangkat...ooohhh....aaahhhh....terkedek2 berjalan ke depan...comel tengok rasa nak gigit je tau!!

Bila dah abis bawak barang keluar tu, aku akan siapkan plastik bungkus poslaju dan gdex xpress serta kertas bungkus rocker tu.
Masa membungkus juga Alauddin akan turut serta. Dia akan ambil sekeping plastik poslaju lepas tu akan masuk la barang2 dalam tu.
Dia tak kacau aku bungkus, dia buat hal dia la. Jadi mudah urusan aku.

Bila mula membungkus, aku dah tak de melayan sebarang pertanyaan sebab aku nak fokus pada membungkus sahaja.
Biasa mula bungkus dari jam  3.30 sampai 4.30 atau sampai la budak poslaju dan gdex mari rumah nak collect barang2.

Adakalanya kalau dioerang datang lambat sikit macam pukul 5 ke kan, aku plak dah siap packing, aku akan usha pulak inbox sapa2 yang dah bayar tu, aku packing terus. Kira sempat la pos ari tu jugak.
Itu pun kalau sempat la. Sebab biasanya memang ngam2 je time siap bungkus dengan time orang datang collect tu.

Lepas poslaju dan gdex dah collect barang, baru la rasa lega sangat sebab urusan ari tu dah selesai semuanya.
Pukul 5 ke atas tu aku mula kemas balik rumah selepas bersepah dengan pelekat poslaju dan gdex, kadang2 vacuum balik 1 rumah sebab dah bersepah dengan makanan ngunyah2 Alauddin.

Dalam pukul 6 lebih tu dah dapat berehat, melepak dengan Alauddin depan tv, sambil mengempeng dia. Masa ni la dia manja2 dengan mama dia, main cuit2, geletek2, gelak2, gomol2, cium2.

Alauddin ada 1 perangai yang memang dia suka sangat buat.
Tengah galak main, dia akan datang kat aku, pegang dua2 pipi aku, kalau aku tengah ngadap laptop, dia akan pusingkan muka aku hadap dia, lepas tu cium bibir aku,
Sambil tu bunyi...uurrrmmmmm....
Cium 2 3 kali, lepas tu sambung balik main.

Nanti dia datang balik dia ulang balik aksi dia tu....kalau time tu aku penat, baru lepas melayan customer...hilang terus rasa2 tak enak tu...rasa seronok sangat bila dia buat macam tu.
Betul la orang kata, anak tu penguat semangat dan penghilang segala gundah gulana.

Waktu malam aku tak banyak tumpu pada bisnes. Aku layan juga tapi tak la mengadap seperti pada siang hari. Aku banyak layan thru phone je.
Then mana dah bayar aku bukak bil lepas tu asingkan kat slip2 yang ready untuk pos esoknya.

Masa malam aku banyak melayan Alauddin je dan bisnes hanya sampingan aje.
Begitulah rutin aku, lebih kurang la berubah pun sikit je la.

Sabtu pula aku memang takkan buat sebarang pengeposan, aku akan mula pos isnin. Sebab aku memang nak spend masa untuk diri aku dan famili sahaja.
Nak keluar gi mana2, nak buat kerja2 yang hanya boleh dibuat pada hujung minggu dan macam2 lagi la nak buat di hujung minggu.

Begitulah aktiviti aku sebagai seorang WAHM. Anak tengah sorang mungkin mudah la urusannya kan, nanti kalau dah 2 3 orang mungkin lain pula cabarannya kan.

Sebab selalu share life dengan kawan2 yang ada bisnes sendiri tapi ada anak 2 3 orang, cabaran mereka lagi hebat dari yang ada anak sorang ni kan.
Tapi mereka tetap hebat dalam landasan yang mereka pilih.

Ok la, lain kali kita share lagi ye
Nak berehat2 sambil layan Kampung Girl
Cute drama actually...suka tengok nad zainal :)

As-salam :) :) :)






No comments:

Post a Comment