About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Sunday, November 17, 2013

Anak Bujang

Assalamualaikum

Disebabkan bulan ni bulan besday Alauddin..mama nak cite pasal Alauddin la...lama mama tak kongsi perkembangan Alauddin kan..

Perkembangan dia tak jauh beza pun dengan kanak-kanak seusia dia yang lain. Lebih kurang sama je la cume berbeza keletah je la. Ragam lain2 kan...nama pun bebudak ye

Dari segi kesihatan, Alhamdulillah....masih dikurniakan kesihatan yang baik, lama sangat dah tak demam, selesema pun tak de lagi...batuk pun tak pernah lagi..syukur sangat anak mama dipermudahkan di bahagian tu.

Dari segi ligat dan aktif...macam biasa la...ada nakal dia juga. Cuma rata2 orang kalau tengok Alauddin katanya jenis pandai duduk diam. Sebab tak de ligat berlari  ke sana ke mari ke nak usik itu ini nak panjat segala mende nak melompat sana sini menjerit memekik kalo nak apa2...banyak diam je atau main sendiri style die.

Pada aku itu pandangan orang la yang tengok die sekali sekala. Tapi Alauddin tetap seperti budak2 lain yang ada perangai die yang tersendiri.

Dari segi pertuturan pula..tak banyak sangat la ayat yang die bole cakap tapi ada certain perkataan die dah bole sebut. Biasa kalau die nak apa2 dia akan panggil maaa...then kalo tak reti sebut dia tarik tangan aku bawak ke tempat barang tu.

Macam nak air masak..dia bawak cawan die ke tong air then panggil aku lepas tu tunjuk kat arah tong air.
Tapi sepanjang bulan lepas aku dan suami plan nak ajar die minum air masak guna botol yang ada penyedut siap tu..Kami beli dah lama dah botol tu tapi baru skang Alauddin nak gunakan. Dulu kalau bagi, dia tolak botol tu..tak nak cuba langsung hisap air tu.

Tapi bulan lepas..saje letak air masak dalam tu then abahnya minum depan dia...suka kot tengok abah die sedut air tu kan..die pun berkenan..terus la botol air tu jadi peneman dia setiap masa dan ketika..haha
Kalau air dah abis...die akan bawa botol air tu depan aku then goncangkan pastu kata...alaaaaa....bissss....maknanya ala..dah abis..hoho..

Tapi kalau dia nak ajak berborak, guna ayat panjang tu yang jadi berbelit2 bergulung lidah aku nengok die cakap tu, 1 butir pun aku tak paham...hahahaha...sebab die memang suka bercakap. Tak berenti mulut die mengomel membebel segala dan mengarah itu ini.

Air masak masih menjadi keutamaan Alauddin dan aku agak hadkan untuk bagi die air manis2. Bertuahnya aku keluarga mertua dan keluarga aku lebih suka tanya aku dulu kalo nak bagi apa2 kat Alauddin...

Macam mama kalau nak bagi air yang berais..mama akan bagi aku rasa sejuk sangat ke atau manis ke...bila aku rasa xsejuk mana dan kalo manis air tu aku kata tambah air masak sikit..then baru bagi Alauddin..tapi bukan dalam kuantiti yang banyak la.

Cuma pada aku Alauddin jenis flexible la..bila tengah minum air manis tetibe aku kata stop then ganti dengan air masak..die tak de nak marah atau nangis nak juga air manis. Kira cam redha je la apa2 pun mak die bagi kat dia..haha

Makanan manis juga aku ada bagi...tapi tak la kerap atau banyak...walaupun ada yang kata ehhhh...mana bole bagi budak makan coklat...manisssss....ko bagi anak ko makan coklat sepapan ke??? Tak kan...ko yang makan sepapan..anak ko makan la dalam seketul 2 ketul yang kecik tu kan..dipatah2kan lagi kan..sama la cam aku pun...

Aku patahkan coklat atau wafer yang manis pada aku sebab aku sendiri memang kurang dengan makanan manis..dan memang hadkan banyak tu je untuk sekali makan..bagi merasa makan je la bukan langsung tak bole makan..sesuai la dengan umur anak tu kan..then mesti minum air masak selepas makan yang manis2. 

Tapi dah memang air kegemaran dia pun air masak so tak de la masalah apa2.

Bab makan pula, masih menerima makanan dengan baik sekali. Cuma aku hadkan makan nasi 2 kali sehari je. Saja nak pelbagaikan jenis makanan die.

Biasa bangun pagi2, sementara nak tunggu aku masak pagi, aku bagi Alauddin buah dulu, cam pisang, jambu batu, betik atau anggur. Ni buah yang kerap aku simpan untuk Alauddin.

Lepas tu dalam pukul 10 ke 11 cam tu, bagi la die makan nasi. Lauk pula ikut apa yang aku masak hari tu. Sebab Alauddin jenis makan semua jenis setakat ni dan suka lauk orang dewasa. 

Cumanya dia suka makan berkuah, jadi aku kerap la masak sup ayam dan masak lemak. Masak lemak plak ikut la lemak labu la, lemak pucuk paku, lemak umbut kelapa, ayam masak lemak, tapi aku ikut selera anak la.

Kurangkan masin, perasa dan pedas. Kadang2 aku guna cili besar je buat mesin tu, tapi aku buat sambal belacan untuk lawan lauk aku, sebab tak de pedas memang tak sedap la makan kan..haha

Jadi, makan mesti sama2. Aku takkan biarkan Alauddin makan sorang2. Kalau aku dah kenyang atau belum rasa nak makan, aku duduk sebelah dia, bawak air secawan, layan dia makan.

Dia memang dah tak makan bersuap melainkan kat rumah orang atau kat kenduri kendara la sebab dia paham kot bukan rumah dia dan dia sendiri kalau kat luar perangai dia lebih pada pendiam dan ikut je apa mama abah dia buatkan untuk dia.

Mainan kegemaran die kereta dan bola je...yang lain dia main ikut masa dan mood atau wat bahan sepah je..haha..
Jadi, abah dia selalu la belikan kereta untuk dia. Tapi abah dia jenis yang suka beli kereta yang tahan lama dari kereta mainan plastik tu...katanya kalo kene baling terus rosak dan2 tu juga.



Kereta ni memang duk kelek setiap masa dan ketika. Ikut suka dia la kejap kang tukar yang tu kejap kang tukar ni. Lepas tu ikut dan jugak la nak parking kat mana kan, depan bilik air ke, tengah rumah ke, bawah meja, main parking je. Nanti mama dia terkedek2 la kutip kereta die parking kat tempat yang disediakan.

Kereta kuning tu atok Puchong kasi masa besday Alauddin tahun lepas. Kereta biru tu plak hadiah besday tahun lepas dari Tok Mail, abang sulung mama.

Masih dalam keadaan yang elok lagi, harap kekal elok la ye Alauddin...boleh adiknya tumpang sekaki nanti...hehehe..


Ni kereta mainan beli masa lawat suami kat Kluang, beli kat Ayer Hitam. Saje jalan2 tak tahu nak beli, kereta control yang aku beli...hahaha






Petron kan ada buat promosi isi minyak dapat beli kereta mainan porscher m20 rasanya..aku pun lupa dah..haha..Kereta ni suami tengah rajin nak kumpul.  Minggu ni balik katanya nak beli warna merah....untuk siapa lagi kan kalau bukan untuk anak bujang nan sorang...Alauddin pulak memang suka kereta yang bergerak sendiri ni. Tu yang duk main hari2.

Tu je la yang Alauddin suka main pun....yang lain ada tak bersentuh ada yang bercuit gitu2 je...tak pe la...simpan je la untuk generasi yang akan datang ye :) :) :)

Aku sedang dalam usaha nak ajar dia gosok gigi. Dah lama pun kenalkan dia pada berus gigi dan dia pun dah kenal berus gigi sebab dia selalu tengok aku gosok gigi. Mana taknya, pantang aku masuk bilik air, mesti tercongok depan bilik air, takut mama die pegi mana ntah. Tapi kalau mama masak, tak de plak dia nak sibuk mengekor ke apa kan,  boleh pulak dia main sendiri. Masuk bilik air je tak boleh, ngapa ntah la.

Ada 1 hari tu, dia duk godek2 youtube, ntah cam ne leh plak dia main cite upin ipin tajuk gigi susu. Awal2 cite dah tunjuk upin ipin gosok gigi. Scene tu Alauddin duk gelak tak berenti, mengekek ngekek sebab tengok upin silap letak ubat gigi, lepas tu dia uweeekkk konon rasa tak sedap la..then action berkumur tu pun dia suka..lepas tu masa upin ipin gosok gigi, dieorang buat bunyi bule..bule...bule...konon2 sambil gosok gigi sambil main la...yang tu die gelak sampai terbaring terus....aku yang tengok ni terkesima la plak..

Jadi aku amik pendekatan jadikan cite tu sebagai inspirasi untuk ajar Alauddin gosok gigi dengan relanya. Jadi, esok tu masa bangun pagi, aku mainkan dulu video tu, lepas tu sakan gelak sambil duk ulang scene yang sama, aku ajak dia mandi.

Laju je dia angkat tangan suruh bukak baju kan...masuk je bilik air, aku dah amik  siap2 berus gigi aku. Lepas tu dia minta berus gigi dia. Aku yang tengah semangat ni, terus la wat aksi upin gosok tu kan...aku cakap bule..bule..bule...terus die gelak.

Pastu aku gosok la gigi die sambil bunyi bule bule tu...senang gila keje aku....rela je si Alauddin ni kene gosok gigi cuma aku memang tak kenalkan lagi la ubat gigi, aku gosok kosong je. Sebab Alauddin tak pandai buang air dalam mulut lagi, kang tertelan ubat gigi tak sedap plak..dah la tak elok kan ubat gigi tu kalau tertelan selalu. Cumanya aktiviti menggosok gigi dah menjadi semakin mudah, tiap kali mandi dia akan minta berus gigi dia then bule bule bule...hahahaha

Siapa kata gadget berteknologi canggih ni tak membantu dalam pembentukan anak-anak? Kalau kita jadi hamba gadget memang la bawak keburukan, tapi kalau kita jadi TUAN yang bijak gadget tu akan bawak sejuta kebaikan pada kehidupan kita juga.

Ingat ye, kita yang kawal anak-anak, bukan anak-anak yang kawal mak bapak...mende simple cam tu pun tak boleh nak apply, ermmmmm....sendiri mau pikir la :)

Minggu depan suami balik, dan rasa lama tak bawak Alauddin mandi manda. Jadi rasa cam nak gi theme park la plak. Since Alauddin pun suka air dan makin pandai main sendiri, rasa macam sesuai la bawak dia ke theme park kan.  Bagi dia rasa sesuatu yang baru dan explore perkara baru.

Ok la...panjang dah aku cerita ni. Nanti sambung lain entry plak.

As-salam :) :) :) :)





Sunday, November 10, 2013

Kisah Rawak Je :)

Assalamualaikum

Rasa lama pulak tak mencoret kisah di sini kan. Nak kata sibuk sangat tak de la cuma masa untuk duduk menaip tu tidak disediakan, lebih banyak masa untuk uruskan anak dan hal2 lain yang lebih utama.

Minggu lepas kami ke kenduri abang sulung mama, kira pakcik sebelah suami la. 
Weddingnya kat KLGCC, Bukit Kiara. Paham-paham je la wedding orang kaya2 ni kan, penuh dengan protokol.....dah macam bukan kenduri kawin dah rasanya..hoho..

Tetamu hanya 400 orang sahaja, jadi memang semua kerusi dan meja hanya khas untuk yang dijemput sahaja la..nasib la Aluuddin ni kecik lagi, kalau beso kene tinggal kat umah la sebab tak de kerusi untuk budak..haha..biasanya jemputan wedding cam ni untuk pasangan je, kira 1 kad 2 orang sahaja dan mesti confirmkan kehadiran...nampak tak ke"protokol"nya kat situ..

Then makan pun ada timenya...kalo dalam kad kabo pukul 12 p.m, sebelum pukul 12 tu la kene datang, duduk tunggu time sampai host kabo bole makan, baru la makan...abis makan semua, ada la ucapan dari keluarga sebelah perempuan dan keluarga sebelah lelaki, then majlis abis la..baru la semua orang bangun then terus balik...gitu laaa


Alauddin dengan botol air masaknya..
Teman setia ke mana sahaja



3 of us 


Abaikan baju yang sedikit berkedut tu ye..biasalah kalau dah bergelut dengan anak kan..haha..
Jubah ni sedap tau, kain die kilat, berat dan jatuh elok je bila pakai...kain die satin. 
Aku beli ngan kawan sekolah, dia buat bisnes jual abaya. Harga berbaloi la dengan kualiti kain die.
Aku minta jubah untuk nursing, sebab mudah bila kuar gi mana2 kan, pun die bole buat tanpa ada cas apa2.
Jubah pulak memang custome made, so aku minta extra labuh la, sebab aku tinggi.
Fb Page dia nama Ulfah Hasanah
Bole usha2, jubah dan abaya die jual memang lawa meletop kebabooommm..

Balik dari kenduri tu, anak sedara sebelah mama ajak ke rumah die, tak jauh pun, kat area KL tu jugak.
Jadi kami bertandang la ke rumah kak yati. Kira kami sepupu la walaupun kak yati tu umur lebih kurang mak aku je, sebab pangkat sepupu panggil kak la.

Aktiviti kami apa lagi, mandi pool la kan.
Umah apartment ni kan wajib ada pool..hoho






Tok nenek tukang tengok sambil berborak-borak, kami 3 beranak berendam dalam pool. haha



Hari ini suami keluar kerja lebih awal. Biasanya, dia akan bergerak balik petang jam 5.30 cam tu. Tapi disebabkan 2 minggu akan datang ni dia ada program keluarga angkat kat perkampungan negeri sembilan, jadi mereka kene bergerak dengan bas yang disediakan.

Suami gerak jam 12 tengah hari tadi, park kereta kat rumah mama di Puchong, then abah anta suami ke Putrajaya Sentral, sebab berkumpul semua kat situ. Pukul 3 petang deme2 bergerak la tapi pulang ke Kluang dulu 2 hari, selasa baru gerak ke perkampungan yang telah dipilih.

Tapi dia demam pula bermula dari semalam lagi. Minggu lepas dia ada latihan asas polis. Mula hari Rabu sampai Jumaat. Kumpulan lain mula isnin sampai jumaat. Kira jadual kumpulan dia dipenuhkan untuk 3 hari tu, kira agak penat dan lemau la badan tu.

Masa die balik Jumaat ari tu dah pasan dah muka cam letih je, pastu suara pun lain, macam nak demam je. Rupenya 3 hari tu tiada rehat yang cukup, tido pun 4 jam je. 

Jadi pagi tadi sarapan, aku buat la bubur nasi, baru ada selera nak makan. Nasi rasa cam tak berminat je, katanya la...pastu bawak la bekal bubur untuk makan sampai Kluang nanti.

Tapi tadi wasap kata bas pancit plak, nasib belum gerak lagi. Jadi kene gi bengkel plak dekat bangi. Terkandas la kat situ sejam gak. Ni baru wasap kata dah gerak nak balik Kluang...dugaan la tu :)

Dah lama suami tak jauh lama2 ngan anak bini, minggu ni kene program tu selama 2 minggu. Kira minggu depan tak dapat balik. Dah dia mula balik drama sedih rindu dendam kat anak bujang dia..haha...sabo je la

Asyik duk kata, bosan la, tak de semangat la, rindu anak la...adoii..kene kuat sikit lagi abah, lagi 4 minggu abis la diploma tu ye...so life back to normal....yeayyy..:)

Skang sibuk plak suruh plan nak g mana...sebab die nak berholiday bagai plak selepas 6 bulan duk pulun keje die...ok..puan bini on ajerr...haha

Tamat bulan genap la Alauddin 2 tahun...yeayy...anak mana dah beso la...dah kene biasakan panggil abang long ni..hoho

Bulan ni juga genap 3 tahun dah kahwin...masa berlalu cepat betul...banyak lagi yang aku tak tahu dalam bab rumahtangga ni...suami sendiri pun banyak aku kene belajar kenal die..kenal lama pun belum tentu kenal semua mende kan..

Tok nenek pun dah mula bertanya pasal besday cucu sulung deme...In shaa allah sambutan bersama keluarga akan ada cuma masa je belum diputuskan bila. Suami abis diploma pun minggu pertama bulan 12. Jadi sebarang perancangan kene buat pada bulan 12 tu la nampaknya.

Aku jenis tak suka rushing...sebab mende tu bukan la keutaman sangat sampai terdesak gila kene jugak buat...ohh..tidak...itu bukan aku la..ada rezeki bole buat, kita buat. Janji orang2 tersayang sentiasa ada di sekeliling aku...tu lagi penting pada aku..

Kita merancang Allah tentukan
Doakan ada rezeki untuk hari2 mendatang

As-salam :) :) :)