About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Sunday, November 10, 2013

Kisah Rawak Je :)

Assalamualaikum

Rasa lama pulak tak mencoret kisah di sini kan. Nak kata sibuk sangat tak de la cuma masa untuk duduk menaip tu tidak disediakan, lebih banyak masa untuk uruskan anak dan hal2 lain yang lebih utama.

Minggu lepas kami ke kenduri abang sulung mama, kira pakcik sebelah suami la. 
Weddingnya kat KLGCC, Bukit Kiara. Paham-paham je la wedding orang kaya2 ni kan, penuh dengan protokol.....dah macam bukan kenduri kawin dah rasanya..hoho..

Tetamu hanya 400 orang sahaja, jadi memang semua kerusi dan meja hanya khas untuk yang dijemput sahaja la..nasib la Aluuddin ni kecik lagi, kalau beso kene tinggal kat umah la sebab tak de kerusi untuk budak..haha..biasanya jemputan wedding cam ni untuk pasangan je, kira 1 kad 2 orang sahaja dan mesti confirmkan kehadiran...nampak tak ke"protokol"nya kat situ..

Then makan pun ada timenya...kalo dalam kad kabo pukul 12 p.m, sebelum pukul 12 tu la kene datang, duduk tunggu time sampai host kabo bole makan, baru la makan...abis makan semua, ada la ucapan dari keluarga sebelah perempuan dan keluarga sebelah lelaki, then majlis abis la..baru la semua orang bangun then terus balik...gitu laaa


Alauddin dengan botol air masaknya..
Teman setia ke mana sahaja



3 of us 


Abaikan baju yang sedikit berkedut tu ye..biasalah kalau dah bergelut dengan anak kan..haha..
Jubah ni sedap tau, kain die kilat, berat dan jatuh elok je bila pakai...kain die satin. 
Aku beli ngan kawan sekolah, dia buat bisnes jual abaya. Harga berbaloi la dengan kualiti kain die.
Aku minta jubah untuk nursing, sebab mudah bila kuar gi mana2 kan, pun die bole buat tanpa ada cas apa2.
Jubah pulak memang custome made, so aku minta extra labuh la, sebab aku tinggi.
Fb Page dia nama Ulfah Hasanah
Bole usha2, jubah dan abaya die jual memang lawa meletop kebabooommm..

Balik dari kenduri tu, anak sedara sebelah mama ajak ke rumah die, tak jauh pun, kat area KL tu jugak.
Jadi kami bertandang la ke rumah kak yati. Kira kami sepupu la walaupun kak yati tu umur lebih kurang mak aku je, sebab pangkat sepupu panggil kak la.

Aktiviti kami apa lagi, mandi pool la kan.
Umah apartment ni kan wajib ada pool..hoho






Tok nenek tukang tengok sambil berborak-borak, kami 3 beranak berendam dalam pool. haha



Hari ini suami keluar kerja lebih awal. Biasanya, dia akan bergerak balik petang jam 5.30 cam tu. Tapi disebabkan 2 minggu akan datang ni dia ada program keluarga angkat kat perkampungan negeri sembilan, jadi mereka kene bergerak dengan bas yang disediakan.

Suami gerak jam 12 tengah hari tadi, park kereta kat rumah mama di Puchong, then abah anta suami ke Putrajaya Sentral, sebab berkumpul semua kat situ. Pukul 3 petang deme2 bergerak la tapi pulang ke Kluang dulu 2 hari, selasa baru gerak ke perkampungan yang telah dipilih.

Tapi dia demam pula bermula dari semalam lagi. Minggu lepas dia ada latihan asas polis. Mula hari Rabu sampai Jumaat. Kumpulan lain mula isnin sampai jumaat. Kira jadual kumpulan dia dipenuhkan untuk 3 hari tu, kira agak penat dan lemau la badan tu.

Masa die balik Jumaat ari tu dah pasan dah muka cam letih je, pastu suara pun lain, macam nak demam je. Rupenya 3 hari tu tiada rehat yang cukup, tido pun 4 jam je. 

Jadi pagi tadi sarapan, aku buat la bubur nasi, baru ada selera nak makan. Nasi rasa cam tak berminat je, katanya la...pastu bawak la bekal bubur untuk makan sampai Kluang nanti.

Tapi tadi wasap kata bas pancit plak, nasib belum gerak lagi. Jadi kene gi bengkel plak dekat bangi. Terkandas la kat situ sejam gak. Ni baru wasap kata dah gerak nak balik Kluang...dugaan la tu :)

Dah lama suami tak jauh lama2 ngan anak bini, minggu ni kene program tu selama 2 minggu. Kira minggu depan tak dapat balik. Dah dia mula balik drama sedih rindu dendam kat anak bujang dia..haha...sabo je la

Asyik duk kata, bosan la, tak de semangat la, rindu anak la...adoii..kene kuat sikit lagi abah, lagi 4 minggu abis la diploma tu ye...so life back to normal....yeayyy..:)

Skang sibuk plak suruh plan nak g mana...sebab die nak berholiday bagai plak selepas 6 bulan duk pulun keje die...ok..puan bini on ajerr...haha

Tamat bulan genap la Alauddin 2 tahun...yeayy...anak mana dah beso la...dah kene biasakan panggil abang long ni..hoho

Bulan ni juga genap 3 tahun dah kahwin...masa berlalu cepat betul...banyak lagi yang aku tak tahu dalam bab rumahtangga ni...suami sendiri pun banyak aku kene belajar kenal die..kenal lama pun belum tentu kenal semua mende kan..

Tok nenek pun dah mula bertanya pasal besday cucu sulung deme...In shaa allah sambutan bersama keluarga akan ada cuma masa je belum diputuskan bila. Suami abis diploma pun minggu pertama bulan 12. Jadi sebarang perancangan kene buat pada bulan 12 tu la nampaknya.

Aku jenis tak suka rushing...sebab mende tu bukan la keutaman sangat sampai terdesak gila kene jugak buat...ohh..tidak...itu bukan aku la..ada rezeki bole buat, kita buat. Janji orang2 tersayang sentiasa ada di sekeliling aku...tu lagi penting pada aku..

Kita merancang Allah tentukan
Doakan ada rezeki untuk hari2 mendatang

As-salam :) :) :)

No comments:

Post a Comment