About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, December 31, 2013

Bye Bye 2013

Assalamualaikum

Selamat tinggal 2013
Selamat datang 2014

Tahun 2013 yang menyimpan pelbagai kenangan pahit manis seperti tahun-tahun yang lalu
Tapi banyak yang manis dari pahitnya...Alhamdulillah :)


ABAH DAN MAK

Alhamdulillah....abah dan mak masih diberi kesihatan yang baik sepanjang tahun ini.
Mampu untuk melakukan tugas2 harian, berjalan-jalan dengan anak-anak dan bersukan dengan adik2 aku.
Cuma abah dah mula ambil berat kesihatannya. Mula mengawal apa yang perlu seiring dengan pertambahan usianya.
Doktor kata tekanan darah abah agak tinggi. Sejak makan ubat hospital, darah tinggi abah kembali stabil tapi perlu pemeriksaan doktor sebulan sekali.
Mak pula beberapa minggu lepas doktor kata ada kecing manis walaupun bacaan lebih sikit dari bacaan normal.
Doktor pesan untuk kawal pengambilan makanan dan minuman manis.

Selain itu, keupayaan mak dan abah dalam keadaan yang baik sahaja...Alhamdulillah :)
Bisnes murtabak abah dalam keadaan yang baik. Masih diterima seperti selalu.
Adik-adik dah semakin besar, semua dah boleh diharap. Dah boleh bantu mak dan abah.
Banyak dah ringankan tugas abah....:)
Ila pun dah abis tingkatan 5 dah...dah anak dara dah adik aku sorang ni.
Teringat time baby aku yang menjaganya macam seorang mak menjaga anak
Sekarang dah abis sekolah dah adik aku....alahaiii...cepat masa tu berlalu..
Kak Long doakan perjalanan hidup Ila selepas ini lebih baik...In shaa Allah..

Tahun ni tak dapat bawak mak abah berjalan-jalan pusing Malaysia.
Sebab Nas berkursus selama 6 bulan.
Nas la kaki jalannya pun, jadi bila tauke tak bergerak, yang lain-lain pun sama la..hihi
Sebab Nas rajin survey tempat nak berholiday.
In shaa Allah tahun 2014 kita berholiday ye...
Nas kata nak qadha' tahun ni punye masa holiday...huhu

MA DAN ADIK-ADIK

Ma di Kuantan dijaga baik oleh adikku, Wan. Semakin berseri muka ma sebab suka anak-anaknya semua berkumpul depan mata ma sekali sekala.
Rindu ma sudah lama terubat apabila dapat bertemu dengan anak-anaknya selepas 11 tahun menanti.
Doa seorang ibu memang termakbul.

Alhamdulillah.....Wan membesar sebagai lelaki yang bertanggungjawab.
Menggalas tanggungjawab menjaga ma dan 2 adik perempuan kami ketika usianya 22 tahun.
Yang ketika itu rata-rata remaja seusianya begitu seronok melalui kehidupan zaman muda mereka.
Tetapi Wan memilih untuk merasa nilai seronok itu dengan 3 wanita yang berbeza namun sangat dekat dengan hatinya.

Wan yang dahulunya agak nakal dan sukar mendengar kata, kini dia saling tak tumpah seperti seorang bapa.
Walau tidak belajar tinggi mana, tapi mampu berbakti pada ibunya.
Ada bahagian yang lebih baik untuk kamu adikku...in shaa Allah :)

Ma seorang yang lembut dan sangat menghargai apa2 yang anaknya bagi.
Beberapa kali jugak kan, masa aku call ma, ma cakap macam ni "Long, ma tengah pakai baju yang Long beli tu....cantik bajunya..ma suka..."
Pastu dengar la gelak tawa dia kat hujung tu..
Selalu sangat cakap macam tu :)
Pastu masa raya, aku datang beraya dengan ma.
Masa aku sampai, tengok ma pakai baju raya aku bagi.
Pastu tanya...cantik tak ma pakai?...Mesti la cantik kan...haha :)
Semoga tahun depan Allah S.W.T. kurniakan kita sekeluarga lebih banyak masa bersama :)

KELUARGA MERTUA

Tahun ni tahun terakhir mama dan abah buat bisnes kantin sekolah.
Sebab memang menjadi syarat di sekolah Putrajaya, paling lama pegang kantin sekolah selama 3 tahun sahaja, kemudian akan digantikan dengan tender dan peniaga baru.
Mama memang dah bersedia dari pertengahan tahun lagi.
Mama bercadang nak bukak restoran.

Kedainya mama dah dapat setelah lebih kurang 3 minggu mencari.
Lokasinya di Kota Warisan, Dengkil jalan nak ke Salak Tinggi.
Segala urusan sewa kedai dan kunci dah selesai.
Sekarang tengah proses menambah kelengkapan kedai, piping, wiring, pasang tiles semua la..

Mama target hujung bulan 1 atau awal bulan 2 in shaa Allah akan mulakan perniagaan.
Kami anak menantu bagi buah fikiran mana yang perlu. Mama memang nampak semangat sangat tu.
Cuma mama dan abah adakalanya tak sepakat...masing2 ada idea tersendiri
Harapan aku semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Selepas ni mama boleh urus masa sendiri. Ye la..perniagaan sendiri dah tentu semua mende kita sendiri yang control kan.

Kalau tak, setiap tahun mama sekeluarga boleh berjalan-jalan time cuti sekolah je
Paham-paham je la kantin sekolah kan, mana boleh tutup macam restoran, mau lapor bebudak kan...kang ada yang saman laks..hihi
Pastu mama boleh la ada masa untuk berehat dari masa buat kantin dulu.
Kami memang nak mama jadi tauke yang sebenar....tak perlu buat kerja berat2
Badan makin tua makin tak larat.

Masa kantin dulu, mama la tauke, mama la tukang masak, mama la tukang kemas...
Sebab mama susah nak harap orang atau pekerja sendiri nak2 lagi bab masakan, takut tak sedap dan yang penting tak jaga kebersihan seperti mana mama buat.
Harap tahun depan lebih baik la kehidupan mama dan abah sekeluarga.

MY SMALL BISNES :)

Alhamdulillah....masih diberikan rezeki yang baik dalam perniagaan kecil.
Masih ada rezeki untuk dikongsi bersama-sama yang tersayang di sekeliling aku.
Ahli dropship juga semakin bertambah..Alhamdulillah
Jualan dari dropship juga menyumbang kepada jualan harian aku.

Tahun ni banyak perubahan dalam bisnes aku lakukan untuk jadikan ia lebih mudah dan senang diuruskan.
Cabarannya masa nak bukak current account dengan Maybank.
Aku isi online je...tapi rupanya akaun yang aku pilih tu conventional, aku kata aku nak bukak Islamic account.
Then kene plak tunggu sistem depa cancel plak permohonan aku tu.
Sebab kalo mohon online ni once dieorang accept, terus dapat no akaun, so kene cancel dulu baru boleh mohon baru.
Tapi kene bayar denda rm20 sebab aku yang nak cancel...tak ngape la janji aku dapat bukak yang Islamic sudahlah..

Dekat sebulan jugaklah aku nak selesaikan urusan nak bukak current account ni.
Kalau walk in kat cawangan pulak die nak introducer bagainya pastu ada la lagi syarat2nya..Leceh sehhh..
Tapi disebabkan maybank tu adalah bank paling utama orang guna dalam berurusniaga online ni jadi nak tak nak kenelah jugak usahakan untuk buat current account.
Tak lalu la aku nak ke bank setiap minggu semata-mata nak clearkan transaksi yang katanya over the limit gitewww...huhu
Tapi tersenyum kembang la jugak aku kan bile staff maybank tu terbeliak biji mata masa printkan transaksi mingguan aku.

Memang deme akan tanya...bisnes apa ni kak beso2 je amountnye...aku kabo bisnes barang baby...hihi..
Ehhh.....boleh dapat rupe ni ye kak bisnes online jerrrr....boleh aje dikkk kalo diusahakan....giteww..
Memang deme2 suggestkan sangat segeralah bukak akaun semasa tu.
Mana taknya muka aku pun deme dah kenal tetiap minggu datang bank atas sebab yang sama....deme letih aku lagiiii letih..haha
Minggu ke 2 bulan 12 selesai la urusan perbankan aku dan berurusniagalah aku sampai pengsan pun tak ngapa sebab in shaa Allah tak de limit transaction katanyaaa...legaaa mak esah dengorkan.
Alhamdulillah...panjang pula kisahnye kan..
Aku kalo cite pasal bisnes memang la rupe ini...haha

Dengan cimb pula bukak akaun semasa punye la senang...
Datang terus pegi jumpa officer kat meja belakang tu kan...tunjuk semua maklumat die nak...
Deme godek2 komputer jap..lepas tu bagi borang suruh sain...
Dekat 6 7 kali sain jugak la..dah macam bebudak datang nak minta sain sijil nak masuk u plak...haha..
Lepas tu tot tet tot tet siap la semuanya...bagi kad bank buat apa yang patut
Lepas tu tunggu la seminggu lagi nak dapat buku cek pulak..
Apa ke mudah bebeno nak bukak akaun semasa dengan cimb ni...haha..memang aku salute la dengan perkhidmatan deme ni..terrrrrrbaik

Tahun ini juga segala barang2 ready stock kat bilik belakang aku susun lawa2
Beli segala container yang aku rasa sesuai untuk aku simpan stok dan mudah untuk aku angkat dan ambil stok.
Lepas tu buat coding dan label elok2 kat container tu bagi aku senang nak cari barang.
Mana perlu gantung aku gantung
Nas dah siap tebuk lubang pastu beli penyangkut segala.
Memang udah rupa kedai serbaneka dah aku tengok bilik belakang tu.
Tapi dalam keadaan yang kemas dan tersusun la
Kalo bersepah aku jugak yang rimas kan
Cumanya akan datang nak perkemaskan lagi susun atur barang2 dalam bilik tu.

Tahun ni juga rasa lebih puas sebab dapat bantu abah untuk persekolahan 3 orang adik2 aku dengan hasil bisnes kecik aku ni. Alhamdulillah
Sepanjang bulan 12 memang mak selalu call kata hujan kerap kat Manjung.
Sampai berniaga pun banyak tak abis.

Ada sehari tu abah berniaga kat Seri Iskandar.
Elok je abah baru goreng 20 keping, datang sorang customer beli 10 keping.
Baru nak tambah goreng turun hujan selebat-lebatnya dari petang tu sampai la ke malam.
20 keping tu je la yang abah sempat goreng.
Elok lepas maghrib abah kemas2 terus la balik rumah sebab memang tak de tanda2 hujan akan berhenti.
Itu salah satu dugaan orang yang berniaga pasar malam.
Pergi berniaga bawak 10 takung, kalau hujan tak berhenti-henti dari petang bawak ke malam memang akan bawak balik la 10 takung ke rumah semula.

Aku dah merasa masa zaman kami 3 beradik berniaga dulu.
Basah lenjun, kilat petir, payung nak terbang dek angin, air lecak bergelenang kat kaki, angin kuat, minyak meletop2 kene air...perghhhh...tu paling thrill nya..kami lagi sanggup berdiri luar payung basah lenjun kene hujan dari kene minyak meletop2 kat merata- rata badan...haha...
Kalau ingat balik memang seronok...sebab pengalaman macam tu bukan semua orang lalui.

Jadi bila mak selalu bercerita pasal berniaga time hujan ni, aku tolong la mana yang mampu untuk ringankan beban abah.
Alhamdulillah...selesai dah semua bab yuran dan barang2 persekolahan adik2 aku.
Mana lebih kita kongsi mana kurang kita tontong..
Tu ayat paling aku suka time2 belajar dulu...haha..kenangan gak tu.

Adik2 aku pun suka beno pow kakak die ni
Tak pe la...bukan untuk orang lain pun..adik sendiri jugak.
Walaupun orang duk kata adik tiri la bagainya padahal deme pun tak tahu kalo dah 1 bapak tu adik badik kandung la..mana nak datang tirinya pulak
Pastu sibuk kata adik tiri ko..adik tiri ko..
Lempang sekali nak?????!!!!

Ketika ini jugaklah aku rasa mungkin ini hikmahnya aku memilih untuk tidak bekerja makan gaji.
Aku dapat juga bekerja di rumah dan dalam masa yang sama aku dapat jaga suami dan anak aku dengan tangan aku sendiri.
Ada jugaklah kawan2 yang kata jeleslah tengok ang duk umah masyukkkk tapi anak depan mata
Ala....rileks la babe..bahagian kita lain2
Masing2 punye pilihan
Kalau kita bahagia dengan apa yang kita pilih...in shaa Allah bahagia lah kehidupan kita.
Jangan suka banding2kan life kita dengan life orang lain sebab apa yang kita lalui tak sama dengan apa yang orang lihat.
Yang pentinggggg....kita enjoyyyyyy..gitewwww

KAMI 3 BERANAK

Nas dah kembali ke pangkuan keluarga...wah...ayat ko tak menahan mak esah!!!
Awal tahun dulu kami berdoa lambatlah masa berlalu menghampiri bulan 6.
Tapi ia tetap tiba juga.
Bulan 5 suami dah sugul memikirkan nak tinggal anak bini walaupun boleh je balik 2 atau 3 minggu sekali kan..kihkih
Ye la..laki aku bukan kerja tengah laut ke hape kan, memang tak biasa nak jauh2 ni.

Lepas tu dugaan berjauhan pulak.
Bagi kami yang tak pernah berjauhan ni memang terasa sangat lah.
Mula la ada perasaan merajuk, rasa sunyi, rasa memendam...masa ni la syaitan mari nak cucuk jarum..
Bagi si isteri pikir yang bukan2
Suami senyap je kata sibuk apa la agaknya

Padahal memang suami tu sibuk gilerrr
Sampai selalu mengadu tak cukup tido..kadang 4 jam je tido.
Lepas tu kene train cam askar...segalanya kene punctual.
Tapi aku suka time nas ada kelas sebab time tu duk wasap non stop.
Macam2 cerita aduan dan masalah dikabonya.
Aku cube membayangkan aku berada bersama die di sana...feeling mehhhh...haha

Lepas tu ada harinya memang tak sempat nas nak call tanya kabo anak bini...aku pulak duk tenang2 ke tepon ngape la tak de bunyi apa2 ni...apa dibuatnya laki aku ni
Pastu karang kalo telepon tercungap2 suaranya..rupenye tengah naik tangga..
Tak pun tengah berjalan nak ke dining..jalan laju ngejor ke masa..jadual padat bebeno katanya.
Dapat la sembang barang 5 minit macam tu.

Tapi kalau ada masa terluang..time hujung minggu tapi deme tak bole balik sebab ada aktiviti malam...memang duk video call sampai la berejam2..

Tapi dugaan berjauhan memang la hebat pada kami laki bini.
Bergaduh beso tu tak de la...tapi lebih kepada perasaan tak tentu hala dalam hati masing2.
Memang nas banyak main peranan la...cuba menenangkan aku.
Selalu pesan doa la cepat masa berlalu supaya cepat habis kursus dia.
Nas agak positif berbanding aku yang bercelaru sikit emosinya..haha
Minah drama katakan...

Tapi hikmahnya berjauhan ni kan.....
Aku dah teror bawak kete.
Ke pasar malam, ke bank, ke klinik, ke kedai....tu je pun...haha
Aku memang bukan kaki jalan merata kalo tak de nas..jadi memang aku keluar hanya dengan tujuan je.

Kalau saje2 nak keluar sebab nak jalan-jalan ke memang tak de la...
Sebab perasaan MALAS aku lagi kuat dari perasaan nak berjalan tu.
Kiranya aku dah berani bawak kereta la.
Walaupun Alauddin tak di train untuk duduk dalam car seat ke atau duduk sengsorang kat seat die, Alhamdulillah dia memberi kerjasama yang amat baik sekali.
Biasa mpv ada seat kecik kan kat tengah die..tempat letak lengan time driving biasanya orang guna seat kecik panjang boleh naik atas bawah tu..

Tapi aku gunakan seat tu untuk jadikan tempat sandar Alauddin.
Alauddin pulak duduk atas bantal tinggi, memang nas suka suke beli bantal tinggi ni..aku panggil bantal sakan sebab banyak jual kat kedai sakan.
Lepas tu aku ikat die dengan tali pinggang lama nas.
Kira cam seat belt khas untuk die la...mana tahu tengah bawak nanti brek tetibe ke kan tak de la jatuh ke depan.
So memang selesa la si bujang ni duk situ sambil melayan upin ipin dia.
Bawak sekali kudapan dan air botol die.
Semua letak kat seat penumpang tu.
Dia nak apa2 capai je sendiri.

Hujung tahun ada anniversary, besday Alauddin dan besday nas masa new year. Setiap tahun time besday dia memang 1 dunia la cuti...haha
Tapi kami tak sambut beria pun.
Cuma saling ingat mengingati.
Masa anniversary nas tak abis kursus lagi.
Jadi masa sebelum krismas tu dia bawak la anak bini dinner kat Medan Ikan Bakar Tanjong Harapan, Port Klang.

Sambil makan tu die cerita lah masa dia kecik2 mama selalu bawak die makan kat sini.
Yang famous kat sini nasi lemak.
Nas kata sambalnya sedap.
Tapi masa kami makan tu nas kata tak sedap cam dulu nasi lemak dia.
Mungkin air tangan orang lain kot.
Masih sedap cume tak sesedap dulu.
Pastu die cerita plak pasal port klang
Siap cakap lagi...ni la port klang kalau ayang nak tahu...
Cam abang duk cerita bedtime story kat adik umur 5 tahun lagak dia..hahaha..

PLANNING 2014

Nas cam biasa nak banyakkan bercuti dengan anak bini.
Kalendar bulan jan sampai april dah terisi dengan destinasi jalan2 yang bakal kami pergi.
Aku serah je semua kat dia...ikut lah mana nak gi..aku tak kesah.
Cuma aku request nak gi penang sebab aku dah mula rindu penang.
Setiap tahun memang tak sah kalo tak mai penang.
Syurga makanan hoiiii...sapa tak suka kan!!
Line clear.....mu tunggu aku datang...haha!!

Nak tambah ahli keluarga
In shaa Allah...sedang berusaha ke arah itu.
Aku dah sebulan lebih stop ambil pil perancang.
Alhamdulillah...tak de gangguan hormon selepas stop pil sebab kitaran kewanitaan berjalan seperti sedia kala malah tarikhnya juga sama seperti sebelumnya.
Jadi aku hanya bersedia mental dan fizikal untuk menerima rezeki dari Allah Taala pada bila-bila masa sahaja.

Alhamdulillah....dapat selesaikan penyusuan susu ibu selama 2 tahun pada  Alauddin.
Sehingga sekarang masih menyusu lagi.
Cuma malam dah boleh tido tanpa susu mama.
Dah 4 malam Alauddin tido dalam dakapan abah.
Sebab nak biasakan die tido dengan abahnya.
Senang di kemudian hari :)

Rasa nak buat website khas untuk bisnes aku.
Senang orang nak beli thru website je terutama pada mereka yang tak akaun facebook ni.
Ada jugak tau yang tak minat nak layan laman sosial ni jadi aku kene sediakan platform lain untuk mereka.
Ada juga yang order thru lelong.com. Bulan 1 ni kene renew akaun untuk tahun depan.

Tu la antara yang aku terpikir nak buat untuk tahun hadapan.
Sebab aku bukan jenis yang list beria apa nak buat.
Aku suka tengok keadaan dan follow je apa yang ada depan mata.
Ada rezeki untuk kami Alhamdulillah....kalau tak de rezeki nak buat macam mana.

Yang lain2 macam nak jadi lebih dari sebelum2 tu memang dah jadi azam harian dah.
Mesti la kita nak setiap hari kita sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.
Tak perlu tunggu tahun baru pun.

Yang lepas jadikan kenangan 
Yang akan datang perlu diutamakan.
Tingkatkan perkara kebaikan yang memberi hikmah pada diri, keluarga, masyarakat dan agama.
Kurangkan dan jauhi perkara yang lagha dan terlarang demi memelihara iman dan hati kita semua.

As-salam :)





Thursday, December 26, 2013

Sungkai Hot Spring

Assalamualaikum

Nak kongsi mende dah berlaku bulan lepas...haha...tak pe la...kata untuk kenangan masa hadapan kan :)

Kami 3 beranak pergi ke Sungkai Hot Spring. Ni kira planning secara tiba-tiba je.
Nas tetibe nak bawak anak mandi manda, lama beno katanya tak bawak anak jenjalan.

Kami gerak 8 pagi. Sempat la sarapan kat rumah dulu.
Pastu wat sandwich sardin untuk makan2 kat sana nanti.

Dalam pukl 11 pagi kami sampai sana.
Mula2 jenjalan kawasan sekitar dulu.

Memang cantik tempatnya, sebab kawasan kampung kan.
Ada homestay jugak, kiranya kalau bawak family besar pastu nak mandi lama2, elok sangat lah sewa homestay tu.

Tapi Alauddin tak sabonya nak mandi je
Pantang tengok air kome!!

Layan gambo je la ye







Mula-mula takut nak masuk air.
Bukan takut air, tapi geli nak pijak lantai kolam tu
Punya la merengkot kaki tu bergayut kat badan mak die ni

Jenuh la aku cakap tak de apa pun, cer pijak...cer pijak..
Tapi die duk annak...annak...annak...

Lepas tu aku masuk air sekali, duduk2 ngan dia
Bagi kaki die biasa pijak, lepas tu tengok die ralit tu
Aku pun lepaskan die, slow2 aku bangun, tinggalkan die kat situ

Mula2 dia panggil la sebab geli tak ilang lagi
Duk terjengket2 dalam air tu
Aku biar je sambil pujuk2 die suruh jalan kat aku.

Nas masa ni tukar baju then simpan barang dalam locker.
Aku la melayan kerenah anak bujang ni

Tak lama pun gelinya.....lepas tu galak la plak..
Hahahahaha...layannnn










Ko rasa anaknya yang suka ke maknya yang terlebih excited??
Haaaa......kome tengok la sendiri....hahaha...











Sampai ke aras leher die redah air kolam tu
Tapi aku pantau la
Cuma Alauddin jenis tak menggelepur bila dalam air
Dia juz jalan2 je dalam air, kocak2 air
Jadi, aku tak de la gelabah nak pantau die dalam air sangat kan

Budak2 boleh tahan ramai
Tapi kawasan luas jadi selesa nak main
Tapi kami lupa nak bawak bola Alauddin

Lepas ni kene ingatlah, sebab bila tengok Alauddin gelak2 tengok budak2 main baling, rasa kesian pulak.
Tapi die ada la tunjuk nak bola cuma dia tak de mengamuk nak juga bola.
Masih makan pujuk dan layan mak abah dia main ngan dia.

Nas selalu kata, die tengok Alauddin jenis cool
Tak senang nak mengamuk, nak merajuk kalau tengok apa2
Pastu kalau bercampur dengan budak2 dia banyak tengok dan sengih2 je
Kalau main ramai2 pun die amik elok2 pastu kalo orang amik mainan die tengah pegang dia tengok je
Lepas tu kata alaaaaa....haha...
Dia tak de nak rampas mainan ke, nak tolak2 ke

Aku risau jugak kalau dia bersikap begitu
Sebab orang kan selalu kata, budak kalau banyak duk umah lepas tu mak je jaga 24 jam tak berapa mesra dengan orang, pastu nanti jadi kasar sebab tak biasa bergaul dengan budak2 cam yang anta kat taska kan.

Bukan aku yang kata....beberapa ibu2 yang anta anak deme ke taska la kata kat aku kan
Maklumlah mak esah kan SURIRUMAH TANGGA yang berjaya...kuikuikui...
Tapi ada aku kesah???

Sebab yang  membentuk anak2 itu adalah ibu dan bapanya jugakkk
Elok bentuknya elok la akhlaknya....In shaa Allah

 Ok...abis dah membebel

Sebelum nak tukar baju, kami lepak jap makan sandwich 
Dalam tu ada jugak orang jual nasi lemak, air minum segala.
Kira mewah jugak la makanan dalam tu

Kami tak terpikir ada jual nasi2 segala...haha
Lepas ni tahu dah la
Biasa theme park ni jual mende2 remeh je..mende tak kenyang la orang kata

Masa pergi tu, kami park kete kat pintu masuk then naik train yang akan bawak kita ke dalam kawasan theme park
Boleh juga nak jalan kaki je, dalam 1km je jaraknya.
Jadi, masa nak balik kami jalan kaki je nak ke parking tu

Sepanjang berjalan tu kami lalu la kat kawasan air panas
Siap jual telur ayam pada sapa2 yang nak rebus telur kat situ

Tapi kami juz rendam kaki je dalam kolam air panas tu
Sedap wooo...memang terapi la

Tapi suami tak tahan lama2....aku rileks je letak kaki dalam tu...hoho




Bagi Alauddin celup sikit dalam tu
Sengih je dia...haha...pastu cakap annak....panas ko!!

Memang sekitar tu kolam air panas je la pun
Ada kecik ada beso
Lepas tu kawasan memang tak boleh masuk sebab air terlalu panas, ada antara 100 hingga 130 darjah celcius...berasap je
Nas memang teruja gila la

Pastu ada tempat jalan kaki atas batu2 kecik, ala2 refleksologi la
Batu2 tu suam2 je rasa...sedap sangat jalan atas tu
Pastu ada aliran sungai kecik je...lalu kat tapak kaki
Suam2 gitu rasa die...

Masa kami hampir nak sampai ke pintu masuk, lalu kat kawasan kolam air panas yang boleh mandi
Tengok ramai gak orang mandi
Pastu ada 1 kawasan berbatu, tu tempat orang nak berendam dalam air panas la...
Tak de la panas juz suam2 sesuai untuk badan la
Tapi dia dah bagi amaran berendam di situ tidak lebih 15-20 minit tak silap aku

Sekitar kawasan berbatu tu boleh mandi la, tak de rasa panas
Tapi kawasan die agak tersorok dari tempat kami mandi tadi
Sapa2 nak ala2 privasi leh la mandi kat kolam kecik sikit ni



Yeayyy....dah abis dah jalan2
Nas kata nak pegi lagi sebab suka dengan kawasan sekitar die plus sesuai untuk budak2 besar Alauddin ni nak bermandi manda.

Daaa....
As-salam :)


Wednesday, December 18, 2013

Kenduri Sepupu di Kuantan

Assalamualaikum

Banyak sangat nak cerita tapi semua simpan dalam draft je sebab gambar ada dalam hp suami...huhu...ceritanya banyak guna gambo..jadi kene la tunggu suami free nak amik gambo tu...

Dua minggu lepas kami ke Kuantan, ada kenduri kahwin anak Ayah Lang. Lepas tu abah ajak sekali mama sekeluarga datang kenduri, Ayah Lang pun memang ada jemput.

Aku sewa homestay kat Taman Indera Sempurna. Asalnya nak sewa homestay yang sama tahun lepas time raya tu tapi dah fully booked plak untuk minggu kami nak pegi tu.

Kira memang rezeki la sebab kebanyakkan yang aku call semua dah penuh untuk minggu 6-8 hb Dis tu.
Bila tahu masih kosong plus owner tu cakap ada 3 orang duk tanya2 pasal rumah tu, aku terus kata confirm booked then terus bayar deposit.

Rumah tak mahal sangat, biasa2 je,  1 malam RM130, jadi amik 2 malam, dapat malam ke-2 rm110, owner bagi diskaun rm20...Alhamdulillah..

Abah sekeluarga pegi dulu, Jumaat pagi abah dah gerak ke Kuantan. Sampai dalam petang pukul 4 petang macam tu. Kami laki bini gerak dengan mama 2 buah kereta subuh sabtu tu. Sebab nas (suami) sampai dari Kluang pukul 11 malam. 
Jadi nas kata elok gerak subuh esok la.

Kami sampai dalam pukul 11 pagi cam tu. Perjalanan dari pagi sampai la kami dah sampai hujan tak berhenti2. Tapi separa lebat je la. Alauddin pulak dari mula masuk kereta sampai ke Kuantan tido aje.
Bila dah sampai tu memang segar bugar la dia kan, melompat main tak ingat apa...haha

Rumahnya cantik dan dalam keadaan baik semuanya. Taman pun cam taman baru, jadi rumah cantik la dalam die tu kan. Nak kata besar sangat tak de la..standard rumah semi D kan. 
Bilik pun sedang elok la...tak de besar sangat, sesuai la untuk kami 3 beranak ni.
Mama duk bilik master sebab bawak tok. Mak abah aku kat bilik no.3 kami plak kat blik tengah.
Adik2 aku semua pakat tido kat ruang tamu je.

Garaj pun luas, boleh masuk 2 mpv tapi nas je boleh buat...cam ne dia buat tak tahu la..hahaha...memang ngam2 je  masuk pun. Van abah park kat luar je.

Famili kami ni memang suka memasak, jenis tak gemar nak makan luar sangat. Abah aku memang dah cakap sedap lagi makan masak sendiri dari beli2 ni, tak puas makan katanya.

Jadi, memang aku cari homestay yang lengkap barang2 dapur die. Mak aku pun bawak barang2 masak sikit. Kebetulan, nas masa kat Kluang minggu akhir tu, ada buat program masterchef, jadi bahan2 masak tu banyak lebihnya. 
Siap ada daging 5 kg lagi..bapak beso daging die bawak balik malam tu.
Jenuh la subuh2 sebelum bertolak tu aku kerat 2 bahagian daging tu.
Subuh2 dah kelentang kelentung ketuk anak lesung batu kat pisau...seksa hoii nak potong..
Dari petang nas on da way balik tu, sampai la ke subuh tak masuk peti ais, tapi masih keras kejung lagi...aihh
Separuh bawak ke Kuantan separuh lagi simpan kat rumah la.

Mak aku pulak bawak pulut, bawang cili segala, lepas tu masa kami baru sampai tu, deme baru balik dari pasar basah, beli talapia 2 ekor, bapak talapia kot, beso sungguh, dengan ayam sekor.
Sayur pun ada dibeli siap petik terung bulu kat rumah Mak Lang, adik mak.
Mak Lang duduk kat taman depan kami je.

Sudahnya makanan memang la banyak gile
Ate, ada 2 chef dalam rumah tu macam2 la menunya kan.

Asalnya, kenduri ni berlangsung sabtu dan ahad. Jumaat malam akad nikah.
Sabtu kenduri belah perempuan, ahad kenduri belah lelaki pulak.
Tapi kuasa Allah tu mengatasi segala perancangan manusia.

Taman tanah putih baru dilanda banjir yang agak teruk juga pada hari Rabu.
Tak pernah2 taman pakcik aku kene banjir, tapi tahun ni kene banjir dan air naik sehingga paras pinggang.
Boleh bayang tak perasaan bakal pengantin yang majlisnya akan berlangsung dalam 2 hari lagi?

Memang semua barang hantaran dan decorasi lain2 musnah dalam banjir.
Sebab banjir tu secara tiba2 je datang dan sekelip mata air naik ke paras pinggang.
Tak sempat deme nak bawak barang2 keluar.

Kereta 4 buah tenggelam dalam banjir. 1 van, 1 vois, 1 myvi dan 1 grand livina.
Huisshhh....boleh tahan la kos selepas banjir cam ne kan....dugaan untuk pakcik aku sekeluarga..

Abah cerita, malam rabu lepas abah balik niaga, ayah lang call abah, sambil nangis2 kata rumah masuk air, tinggi, abis barang2 die kene banjir semua, tak sempat nak selamatkan.

Abah pun nak kata apa kan, mende dah jadi dan semua bukan dalam kawalan kita sebagai manusia.
Aku tanya abah, cam ne mula2 tahu banjir tu.

Abah cakap, si hafiz, anak ayah lang, baru lepas siap buat bola tepung untuk canai kulit murtabak tu.
Masa tengah kemas2 tu, dia tengok ada aliran air kat kaki dia.
Laju jugak la, tapi masa tu paras pergelangan kaki je.

Dia pun tak pikir la akan naik tinggi, dia ingat air lalu nanti surut la.
Dia bagi tahu ayah die, then terus masuk bilik konon nak berehat la, sekali tertido.

Tak lama pun lepas tu, air makin laju...tak sempat langsung la nak bawak kereta keluar dari situ sebab dapat khabar dari orang yang kawasan luar taman dah penuh air paras pinggang dah.
Memang tak sempat la nak buat apa pun.

Katil pengantin, barang hantaran semua abis kene banjir.
Yang selamat pun hantaran yang masih belum siap cam sireh junjung, makanan dam bag goodies untuk keluarga dan saudara mara je selamat.
Goodies bag untuk tetamu abis hanyut dek banjir

Jadi, ayah lang sewa homestay kat kawasan tak de banjir, dan bertanggak je la di situ sementara nak tunggu surut.
Kira majlis untuk hari sabtu terpaksa dibatalkan pada saat2 akhir dan buat semua kat rumah pengantin lelaki.
Nikah dan bersanding la kiranya

Keluarga lelaki memahami, dan majlis berlangsung dengan meriah dan sempurna.
Alhamudulillah...
Ayah lang sempat berseloroh, duit catering belah perempuan yang dah bayar kat caterer boleh la buat repair kereta2 die..huhu..

Jadi, kami pada hari sabtu tu kira free la, duk di rumah je la.
Hujan sepanjang hari, sampai la ke malam.
Ingat nak berjalan tapi semua lemau sebab hujan je...huhu...

Tapi tido memang sedap la
Nas bantai tido dari kul 2 sampai la 5 petang tu, maklumlah penat malam tadi tak ilang lagi.

Apa menu waktu hujan tu....?
Mak masak pulut kuning, rendang ayam, masak nasi putih, buat sambal terung bulu, goreng ikan masin, daging masak kicap, mihun sup daging.
Mama pulak ada bawak lauk siap masak dari rumah, gigih mama bangun 4 pagi masak kari kepala ikan, dan ayam goreng berempah.

Penuh 1 meja ngan makanan je...memang lapor je la kejenya...dah kata hujan kan
Pulut kuning tu mak niat nak buat sebab kami berkumpul ramai2 kan, jadi nak sambut besday Alauddin sekali.
Cuma aku tak de beli kek sebab makanan banyak sangat plus mana nak cari kek kat Kuantan, bandar pun banjir...tak penting pun kek tu..haha..

Niatnya nak sambut besday je....aku jenis tak suka beria, janji semua orang ingat tarikh Alauddin dilahirkan cukuplah...Alhamdulillah..

Malam tu, suami ajak jalan2...tengok hujan dah rintik2 halus je
Nas ajak pegi kedai cowboy lama kat jalan gambang tu.
Kami kalo ke kuantan, memang akan singgah kedai cowboy ni sebab banyak barang2 murah
Ala2 borong la gitu..dari barang dapur, barang plastik sampai la makanan cekedis jeruk segala.

Tapi masa kami masuk kedai tu, tengok pekerja die tengah basuh2 dan lap2 pinggan melamine.
Patut la...kedai kene banjir, tinggi jugak paras pinggang
Barang2 serap air cam tuala, alas kaki, sarung2 segala abis basah lencun, kotor2 selut...

Masa kami jalan2 dalam kedai pun ada part yang die tutup tak bagi lalu sebab ada air bertakung
Ada juga yang masih berlecak lagi.
Kesian kan, dugaan banjir untuk mereka..

Hari ahad tu, masih lagi penuh dengan masakan sedap2...haha..
padahal tengah hari nak makan kenduri, tapi kalo dah jenis makan ikut waktu ni memang sentiasa ada makanan la.
Makan pagi mak masak sardin, talapia 3 rasa, ayam goreng dan sambal belacan
Abah tak leh tak de sambal belacan..haha

Aku kan masa kecik selalu balik Kuantan, jadi nasi minyak tu memang feveret aku la kalo balik sini
Aku rasa tak de lagi aku jumpa nasi minyak yang sedap macam masa aku makan kecik2 dulu
Masa kecik, hari2 sarapan aku nasi minyak, ayam sambal die sedap gile..haha
Nasi minyak taman tanah putih baru kata deme...

Jadi pagi tu, aku minta abah cari nasi minyak, teringan pulak nak makan
Abah beli 2 bungkus je, nak bagi aku rasa katanya
Sebab semalam (sabtu) abah dah sarapan nasi minyak dan nasi berlauk untuk mak dan adik2
Hari ni saje nak bagi aku merasa je la..

1 bungkus tu memang sedap gile ayam merah dan jelatah mentah die
Terimbau kenangan makan nasi minyak masa kecik2, lebih kurang macam tu la rasa ayam merah dia
Yang sebungkus lagi tu sambal die hangit.
Terus putus selera aku..haha..

Dalam pukul 12 tengah hari, kami check out, terus ke homestay ayah lang
Berkumpul ramai2 sebelum ke rumah pengantin lelaki.
Homestay ayah lang ni beso, corner lot lagi...memang luas la
Alauddin pulak siap main lari2 sepak bola lagi
Menunggu orang semua sampai sebelum gerak ke rumah pengantin lelaki dekat sejam la jugak.



Lepas sementara menunggu sedara mara lain sampai


Goodies bag untuk sedara mara je yang selamat 








Kalau dapat bola, memang tak main lain dah
Ngadap tu je la
Tapi kalau dia tak dapat bola, majuk kejap tapi tak nangis la
Dia buat hal die je, tak layan bile abah panggil ajak main sama
Konon majuk la ngan abah kan
Abahnya pulak suka nyakat anak....
Mamanya yang tengok ni sabo je la ngan 2 beranak ni

Habis makan kenduri dalam pukul 2 lebih cam tu.
Terus je kami gerak balik sebab abah nak terus balik ke Manjung
Esok tu nak berniaga so kene balik nak rehat cukup la.

Masa balik ni cuaca mendung je, hujan kejap2 tapi rintik2 je la.
Mama terus balik ke Puchong.
Aku ajak abah rehat jap kat Kuala sambil makan2 nasi kan
Lauk sarapan pagi tadi ada lagi, memang mak ngan mama pakat2 bawak balik sikit sorang
Senang bila sampai rumah, badan penat tak yah nak singgah2 beli makan atau nak masak dah

Aku cuma masak nasi je la, sebab nasi lebih pagi tu sikit je
Lepas tu panas lauk semua, dah ready untuk makan.
Dalam pukul 8 malam macam tu, abah terus bergerak balik ke Manjung.

Kami melepek je la malam tu
Tu je la pun na cerita....kisah kenduri sepupu aku yang dilanda musibah banjir
Tapi majlisnya tetap berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Ok la...nanti nak cite pasal mandi manda kat Sungkai Hot Spring

As-salam :)












Thursday, December 12, 2013

Kembali Pada Rutin :) :)

Assalamualaikum

Alhamdulillah.....menerima berita penempatan kerja suami selepas tamat belajar dengan hati yang lega dan penuh kesyukuran.

Suami masih kekal berkhidmat di Selangor. Pada asalnya dia mohon ditempatkan di daerah Petaling jika tidak dapat kekal di Kuala Selangor, tapi daerah Kuala Selangor maklumkan tiada siapa2 pun yang ingin ke Kuala Selangor, jadi kekosongan 3 tempat tidak diisikan.

Jadi suami memohon untuk kembali ke Kuala Selangor tapi mungkin bertukar bahagian la. 
Tak kisah katanya janji dia tak perlu pindah randah :)
Alahmdulilah..

Kami memang sudah sebati dengan kehidupan di Kuala Selangor, walaupun tiada mall yang gah tapi kami suka suasana yang masih ada nilai kampungnya. 

Kehidupan kami sekeluarga juga dah kembali kepada asal seperti 6 bulan yang lepas...hihi..
Tamat belajar selama 6 bulan pada Jumaat, 6.12.2013

Seronok dia tak dapat digambarkan.
Sudah tak perlu berjauhan lagi.
Tidak perlu berindu-rinduan
Tak perlu menangis jika teringat-ingat
Nikmat yang tak terungkap

Rutin aku juga kembali seperti sediakala
Mula menggosok pakaian kerja suami di malam hari.
Masak nasi sebelum tido jika suami mahu sarapan nasi goreng.
Siapkan bahan2 memasak jika suami mahu makan cucur bilis atau cucur jagung untuk sarapan.

Makan tengah hari juga dah mula masak mengikut waktu sebelumnya,
Jika semasa tinggal berdua dengan anak, aku lebih utamkan makanan anak, kini keutamaan pada makanan suami dan anak pula.
Sebab suami biasa balik makan tengah hari jika tiada mesyuarat pada hari itu.
Kalau ada mesyuarat, suami makan kat pejabat je la dan hanya makan malam je.

Ada kalanya suami mesyuarat petang, ada kudapan di ofis, jadi balik kerja dia takkan terus makan nasi.
Biasa dia nak makan ringan2 je la, macam cucur ke, pisang goreng ke, kuih muih ke.
Malam nanti baru cari nasi.
Tapi kalo tiada apa2 urusan, balik memang cari nasi la...huhu

Bisnes pun kene uruskan dengan lebih teratur lagi supaya aku boleh sediakan segalanya dengan baik mengikut waktu yang sepatutnya.
Rasa rindu untuk buat semua rutin tersebut :)
In shaa Allah....semoga dipermudahkan oleh Allah Taala

Aku tanya dia, napa taknak tuka daerah. Dia kata kalo boleh tak nak berulang jauh sangat, tapi kalo terpaksa nak buat macam mana kan.
Dan yang paling terharu tu, dia kata kalo kerja jauh atau berulang jauh, dia tak dapat balik makan tengah hari...mana abang nak makan nanti....huhu

Sedih pulak kan...haha...suami tak biasa makan kedai, memang susah dia nak makan di kedai.
Dia lebih suka makan fast food cam KFC atau McD je....tapi lalu ke nak hadap semua tu hari2 kan.

Dari isnin hingga khamis ni dia kene ke Shah Alam, tempat pengumpulan sebelum betugas secara rasmi di daerah masing2.
Jadi, dia hanya makan pagi di kanti pejabat dan makan tengah hari dengan bekalan yang aku masak.

Rasa seronok lain macam sebab dia masih tidak segan untuk bawak bekal makan sebab tak biasa makan kedai. Aku tak kesah untuk masak pagi sebab aku memang rasa seronok untuk buat semua itu.
Kata surirumah kan :)

Hari ni bawak bekal nasi goreng daging.
Biasa makan di kereta sahaja.
Mudah menjaga lelaki nan sorang ni :)
Tidak banyak kesah dan suka bergerak sendirian..
Hati isteri pun kurang la curiga :)
Ye la...syaitan tu kan ada di mana-mana....

Ok la..nak masak lunch plak.
Semalam gi tesco tengok ketam bapak beso, mula la rasa nak masak ketam masak sambal kan...wat kering2 tu....sedappppp..

Ayuh memasak...hihi..

As-salam :)



Sunday, December 1, 2013

2 Tahun Sudah ---------<@

Assalamualaikum





Selamat Hari Lahir Muhammad Alauddin bin Nasrul Faiz yang ke 2 tahun.
Mama sentiasa mendoakan semoga kehidupan Alauddin sentiasa dalam Rahmat Allah S.W.T.

Rasa panas birai mata bila usia anak dah genap 2 tahun. Kenangan melahirkan Alauddin masih segar, masih diingati setiap apa yang berlaku pada hari sebelum dan ketika kelahiran.

Muka suami yang sama2 takut dan risau juga masih terbayang di mata.
Peneman di wad ketika sakit contraction untuk bukaan 1-4cm selama 10 jam.
Mengajak berborak untuk kurangkan rasa sakit, walaupun tahu si isteri sudah tiada daya untuk bercerita.
Paling tidak dilupakan, suami bawa surat khabar kemudian diceritakan perihal berita hari itu.
Aku rasa kelakar tapi tak larat nak gelak...aku hanya layan kan je la usahanya itu...:)




Juga peneman di labour room untuk bukaan sehingga 8cm selama 6 jam.
Merelakan segala perbuatan isteri...meramas, memegang, memicit, mencengkam tangan sasanya ketika sakit itu datang menyerang, selang 10 minit sekali...
Sambil bersama2 membaca ayat2 suci Al-Quran, berselawat, berzikir kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani agar dipermudahkan urusan kelahiran cinta hati kami.

Dan akhirnya diputuskan untuk emergency czer kerana slow progression, bukaan hanya sehingga 8cm dan mengambil masa yang sangat lama untuk setiap bukaan,.
Doktor mengatakan laluan kelahiran masih kosong tanda bayi tidak turun ke bawah. 
Graf nadi bayi juga menunjukkan bacaan yang kurang baik, jadi hanya redha menyerahkan diri demi menyelamatkan nyawa anak tersayang.




Doktor keluar untuk memberitahu pada suami keputusan terakhir itu.
Disambut suami dengan linangan air mata, di hadapan bapa mertuanya.
Tidak malu untuk mengalirkan mutiara kebal itu kerana kerisauan di hati mengatasi segala perasaan yang ada.

Sepanjang katil ditolak ke bilik pembedahan, suami mengekori dari sisi. 
Tiada kata2, hanya pandangan mata yang mengatakan....jangan risau, in shaa Allah semua selamat. Bertenang.....
Sebelum berpisah, diusap plastik kepalaku, suaranya tidak kedengaran, tapi bukaan mulutnya mengatakan in shaa Alah, semua akan ok....
Sebelum pintu tertutup rapat, tangannya sempat melambai padaku......






Dalam bilik operation, setelah dibius, Allah hu Akbar.......rasa syukur Alhamdulillah...kerana hilang terus segala sakit yang ditanggung selama 16 jam tadi....
Ketika inilah baru teringat aku langsung tak tidur dari jam 7 petang semalam, sehingga jam 1.00 pagi di bilik ini. Lebih 24 jam mata ini tidak mahu lelap.

Tapi dalam bilik pembedahan, mata aku begitu layu untuk tutup...doktor rajin berborak tapi hanya sayup2 kedengaran, sehingga dipanggil doktor untuk melihat 1 susuk tubuh yang dibawa ke atas kepalaku.
Doktor bertanya, baby apa aisyah?
Lelaki....Alhamdulillah..
Jawabku dengan perlahan sambil tersenyum..:)






Kemudian proses menjahit....aku dapat rasakan perutku digoyang dan ditepuk 2 3 kali.
Aku tanya pada doktor yang berada dekat dengan aku, buat apa tu doktor?
Kami tengah susun organ dalam perut...
Ohhhh....terperanjat, takut, ngeri tapi rasa seronok sebab baby dah selamat dilahirkan.

Doktor tegur....seronok aisyah tido ye....penat ye tak dapat tido malam tadi...
Dari mata dokor, aku tahu doktor sedang tersenyum...
Aku hanya balas dengan senyuman juga.

Alhamdulillah....doktor yang terlibat dalam pembedahan itu 4 orang dan semuanya Islam, dan aku dengar dia mengucap salam pada kelahiran baru kami itu.

Selesai semua, tidak lupa aku ucapkan terima kasih sangat2 pada setiap insan yang berada di dalam bilik operation itu....tersenyum doktor melihat keletah aku.






Terima kasih sebab membantu dalam proses kelahiran ini, terima kasih sebab memberi layanan yang sangat baik sepanjang aku kesakitan, terima kasih atas kata2 semangat ketika sakit contraction dan ketika dibedah, dan paling tidak dilupakan usapan lembut seorang doktor perempuan di bahuku ketika aku mengucapkan terima kasih banyak2 doktor, hanya Allah mampu balas usaha doktor, sebelum aku ditolak keluar dari bilik operation.

Sampai di lif, suami tetap setia menunggu di situ.
Tersenyum lega dia melihat aku keluar dari situ, dibalas dengan senyuman juga oleh aku :)

Sampai di wad, soalan pertama aku tanya, mana baby?
Suami kata ada di sebelah kaunter nurse. 
Nurse kata sebab aku operation, nurse akan jaga sementara kesan bius hilang esok pagi.

Sempat suami tunjuk kesan berbirat di lengannya akibat cengkaman aku ketika sakit contraction tadi.
Aku hanya mampu senyum malu sahaja 
Terima kasih sebab sudi bagi tangan untuk kurangkan kesakitan.

Aku minta untuk tengok baby sekejap
Suami tarik tempat baby tu bawak kat aku, kemudian angkat tunjuk muka baby kat aku.
Perasaan tu Ya Allah...tak tahu nak kata apa...




Sekarang anak mama dah 2 tahun dah.
Bersyukur sebab diberi peluang membesarkan anak dengan tangan sendiri, melihat depan mata setiap perkembangan anak, bangun, jatuh, senyum tawa, sedu sedan, air mata dan wajah gembira si anak.

Syukur yang tak terhingga juga sebab diberi rezeki dan peluang untuk melengkapkan tempoh penyusuan sehingga 2 tahun. Alhamdulillah..:)
Masih belum terfikir untuk wean off, tapi ada beberapa usaha untuk buat Alauddin kurang bergantung pada susu ibu. Sebab aku terfikir untuk buat secara perlahan-lahan, bukan secara drastik atau mengejut.
Doakan semoga dipermudahkan :)

Membesarkan Alauddin juga dipermudahkan banyak oleh-Nya.
Tidak banyak ragam, mudah dibawa ke mana-mana, pandai main sendiri, tidak kerap sakit, mudah dijaga terutama sepanjang mama tinggal berdua je dengan Alauddin.




Tiada pengalaman yang tidak seronok sepanjang mama bersama dengan Alauddin.
Begitu juga abah.

Bila jauh dengan Alauddin, air mata abah mudah untuk tumpah.
Bila abah rindu Alauddin, abah akan tatap segala gambar Alauddin yang tersimpan rapi di handphone abah.
Sehingga abah sanggup buat banyak copy gambar Alauddin dari lahir sehingga sekarang kerana risau jika gadget abah dan mama hilang bersama gambar comel Alauddin.
Abah simpan di hard disk, cd dan laptop abah....semua sebab Alauddin.

Bila abah jauh dengan Alaudin, abah ternampak budak sebaya Alauddin, abah akan teringat kat Alauddin.
Terus abah video call Alauddin.
Tengok gelagat Alauddin melompat-lompat suka nampak abah walaupun kat phone je buat abah lagi sedih.
Tapi abah kuat menempuh tempoh 6 bulan berjauhan dengan Alauddin.
Pertama kali berjauhan dengan anak buat abah tidak keruan.



Abah juga rajin menjaga Alauddin.
Bersama-sama dengan mama membelai Alauddin dari kecik hingga kini.
Nampak bola cari abah.
Nak mandi cari abah.
Abah pegang kunci lari kat abah, ingat abah nak keluar.
Abah makan tumpang makan kat pinggan abah walaupun ada pinggan sendiri.
Abah balik kerja, melompat-lompat suka.
Bila nangis kene marah dengan mama, lari kat abah, baring atas peha, abah akan pujuk :)

Tapi bila abah tegur sikit, terus merajuk....lama pulak tu.
Jenuh abah pujuk balik.
Sebab abah jarang sangat2 tinggi suara pada Alauddin.

Tapi kalau mama.....dah biasa sangat...hahahaha
Cuma Alauddin mudah dengar kata, bila ditegur dia tak buat la.
Tapi dah namanya budak kan, lain kali buat lagi.
Kecik lagi, dah besar nanti mudah la dia paham :)




Abah banyak melayan kerenah Alauddin.
Kadang2 abah pulak yang kene buli dengan Alauddin
Mama cakap, abah sabar banyak dari mama...huhu
Mama pula abah kata garang...cakap tegas bila tegur Alauddin.
Tapi mama tak sanggup pukul anak mama...pukul manja2 bole la...tak sakit tapi Alauddin tahu mama tengah marah.

Tapi abah rajin dukung Alauddin bila keluar jalan2.
Abah rajin layan kerenah Alauddin sepanjang mama sibuk membeli belah barang2 rumah.
Rasa seronok bila nak dating bertiga sebab Alauddin behave budaknya :)

Malam tadi abah call.
Wish Alauddin selamat hari lahir.
Pagi tadi pun abah call lagi, borak dengan besday boy :)
Siap nyanyi lagu hepi besday
Alauddin yang tak paham apa2, melayan keseronokan mama dan abahnya.





Sebelum ni Alauddin tak pandai menuturkan sebaris ayat, hanya guna 1 perkataan untuk menyatakan sesuatu.
Tapi sejak Jumaat baru ni, aku perasan mulut Alauddin macam ringan untuk bercakap.
Semalam banyak kali dia menuturkan ayat yang lengkap pada aku dengan petahnya.

Dia amik bola, tendang kat mama
Tapi bola tu melambung ke lain
Dia pun kata....Alaaaa....mama ni...apa la...

Main bola, tapi bola termasuk bawak kerusi
Pegi kat mana, tanya....mama, mana bola? Uin nakkk...

Bila tengah seronok ajar die apa2 kan, dia cam tak minat dah atau dah mula bosan atau nak sambung main mende lain...dia cakap
Mama....tak nak dah...nak bola..

Nak makan apa2
Mama....nak skut. (biskut)...

Bila mama pakai tudung...
Nak gi ane?

Aku ni suka teruja lebih, terus wasap suami, cerita setiap kisah Alauddin.
Sebenarnya banyak lagi yang dia cakap...tapi cukup la cite yang tu je..hihi

Memang....atok nenek selalu cakap bila Alauddin nak bercakap ni...sebab Alauddin banyak bercakap tapi tak de butir perkataan bila cakap banyak.
Aku tak risau apa2, sebab paham anak sendiri.
Cuma atok nenek biasa la...orang tua kan...hihi




Aku paham sebab budak ni kalau nak pandai apa2, sekelip mata je.
Kadang2 kita pun tak sedar bila anak kita pandai sesuatu tu kan,
Sedar2 dia tahu buat atau kenal sesuatu perkara tu.
Dan kita....akan terkejut sekejap..then teringat....oh...mesti dia ada perhatikan perkara itu sebelum ini, atau melalui apa yang kita tutur dan ajar pada die.

Ada budak memang dia tak tunjuk minat atau tak ikut apa yang kita cuba ajar ketika itu juga.
Kadang2 dia buat hal dia je masa kita ajar dia sesuatu kan.
Tapi kita kene teruskan ajar, teruskan tunjuk dan teruskan sebut depan dia secara langsung atau sambil2 je.

Alauddin budak sebegitu. Bila diajar sesuatu menggunakan buku, dalam 5 minit gitu je tahannya...lepas tu dia layan mainan die..
Apa yang aku sebut dia memang tak ikut, tak pernah ikut, kadang2 kalo aku sebut keluar bunyi lain.
Memang kelakar kadang2 tu.

Begitu juga ketika mula2 berjalan dulu.
Alauddin tak de meniti-niti tepi kerusi, atau cuba berjalan. 
Dia banyak merangkak bila nak ke mana-mana.
Dan banyak main sambil duduk sahaja.

Ketika itu usia baru nak masuk 11 bulan.
Dia suka berdiri tapi tak pernah nampak dia nak mengangkat kaki untuk melangkah....tak pernah.
Bila aku ajak, sebut tak tih...dia buat tak tahu je...penat berdiri dia duduk then merangkak.



Sehari sebelum genap 11 bulan, petang tu suami balik kerja, bawak balik tikar buluh untuk letak kat ruang tamu.
Elok aku bentang, Alauddin berdiri. 
Suami bongkok depan dia, ajak dia angkat kaki.
Memang nampak dia takut2 nak angkat.

Tapi suami buat juga aksi angkat kaki tu banyak kali depan dia.
Nampak tapak kaki dia tu sama2 nak ikut aksi abah dia.
Bila dapat melangkah setapak sahaja, kami laki bini ketawa sakan, sambil say yeayyy...pandai....lagi..lagi..

Dari setapak ke 2 ke 3 tapak...tapi masih belum berjalan sepenuhnya...hanya mahu melangkah.
Genap je esok tu 11 bulan, pagi masa tengok kartun, aku nampak Alauddin berdiri macam nak melangkah.
Aku jadi tukang sorak untuk dia terus melangkah.

Dengan langkahan lebih 15 tapak menuju ke rak tv, tanpa berhenti dan langkahan yang sempurna, aku rasa cam nak menjerit sebab anak mama dah pandai berjalan!!!  yeayyy

Hanya beza sehari je dari semalam, Alauddin dah yakin untuk berjalan.

Nampak tak kaitannya kat situ?
Budak kalau nak pandai sesuatu sekejap je.
Kita ibu bapa kene banyak sabar dan biarkan dia melalui fasa-fasa perkembangan dia dengan cara dia sendiri.
Tak perlu dipaksa, tak pelu perasaan risau yang melebih-lebih.
Selagi anak dalam keadaan yang sihat dan baik2, in shaa Allah tiada apa yang perlu dikhuatirkan.


Itu juga yang aku lakukan.
Tak berminat nak semakkan kotak fikiran dengan soalan kenapa anak lambat meniarap, lambat merangkak, lambat berjalan, lambat tumbuh gigi, lambat bercakap???

Bukan kerja ibu bapa, bukan kerja orang lain, bukan juga kerja kita sebagai manusia, tapi itu semua kerja Allah Taala...
Doa sahajalah yang baik2 untuk semua orang.

Haaaa....ada 1 lagi kisah nak kongsi....nama Alauddin dipilih oleh aku.
Kami berbincang nama anak pada saat2 aku menunggu hari kelahiran.
Masa tu aku dah selamat balik ke Manjung.

Bila suami di Kuala Sleangor, kami hanya wasap je la bincang nama anak.
Suami takde bagi pilihan nama yang dia suka.
Dia hanya suruh aku cari nama dan tunjuk pada dia serta maksudnya.
Nanti die bagi la komen minat atau tak dengan nama tu.




Aku banyak kali tanya, takkan tak de pilihan nama?
Suami kata tak de, sebab dia ikut apa yang aku senaraikan dan kita pilih sama2.
Tapi suami tak minat nama yang moden2, terlalu payah nak sebut dan terlalu canggih ejaannya.

Dalam banyak2 tu, aku minat sangat dengan nama Alauddin. Tak tahu kenapa aku suka cadangkan nama tu pada suami bila kami tiada pilihan.
Tapi suami kata kita cari lain dulu, kalau tak de yang berminat, kita amik Alauddin.

Aku menunggu suami balik pada Jumaat minggu kelahiran tu.
Tapi kene tahan wad pada malam hari Rabu.
Ketika itu nama anak masih belum pasti.

Selepas kelahiran, suami tanya apa nak namakan anak kita?
Aku cakap Alauddin?
Suami senyum je....

Terus dia taip sesuatu di handphonenya, kemudian tunjuk apa yang dia taip..
"Alhamdulillh....Muhammad Alauddin b. Nasrul Faiz selamat dilahirkan pada jam 1.45 a.m. di Hospital Seri Manjung. Ibu dan anak sihat sahaja".

Aku senyum dan suami terus send pada mama, abah, mak, dan beberapa orang saudara terdekat.



Rupanya, suami menceritakan sesuatu kisah lain disebalik kisah nama itu.

Dia sebenarnya nak letak nama yang hujungnya FAIZ 
Aku cakap, napa tak bagi tahu. Kalau tahu mungkin sempat untuk bincang kan.
Dia kata tak pe la...tengok aku suka dengan nama Alauddin, jadi dia tak sampai hati nak cakap.
Alaaaa.....

Selepas ni kene tanya abis2 la kat suami sebab dia jenis banyak mengikut dari memberi cadangan. 
Next generation :)

Kalau cerita pasal anak, memang takkan abis la...haha..
Nanti mama nak ceritakan kat Alauddin pula :) 


Selamat hari lahir sayang mama :)



Wassalam :) :) :)