About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Sunday, December 1, 2013

2 Tahun Sudah ---------<@

Assalamualaikum





Selamat Hari Lahir Muhammad Alauddin bin Nasrul Faiz yang ke 2 tahun.
Mama sentiasa mendoakan semoga kehidupan Alauddin sentiasa dalam Rahmat Allah S.W.T.

Rasa panas birai mata bila usia anak dah genap 2 tahun. Kenangan melahirkan Alauddin masih segar, masih diingati setiap apa yang berlaku pada hari sebelum dan ketika kelahiran.

Muka suami yang sama2 takut dan risau juga masih terbayang di mata.
Peneman di wad ketika sakit contraction untuk bukaan 1-4cm selama 10 jam.
Mengajak berborak untuk kurangkan rasa sakit, walaupun tahu si isteri sudah tiada daya untuk bercerita.
Paling tidak dilupakan, suami bawa surat khabar kemudian diceritakan perihal berita hari itu.
Aku rasa kelakar tapi tak larat nak gelak...aku hanya layan kan je la usahanya itu...:)




Juga peneman di labour room untuk bukaan sehingga 8cm selama 6 jam.
Merelakan segala perbuatan isteri...meramas, memegang, memicit, mencengkam tangan sasanya ketika sakit itu datang menyerang, selang 10 minit sekali...
Sambil bersama2 membaca ayat2 suci Al-Quran, berselawat, berzikir kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani agar dipermudahkan urusan kelahiran cinta hati kami.

Dan akhirnya diputuskan untuk emergency czer kerana slow progression, bukaan hanya sehingga 8cm dan mengambil masa yang sangat lama untuk setiap bukaan,.
Doktor mengatakan laluan kelahiran masih kosong tanda bayi tidak turun ke bawah. 
Graf nadi bayi juga menunjukkan bacaan yang kurang baik, jadi hanya redha menyerahkan diri demi menyelamatkan nyawa anak tersayang.




Doktor keluar untuk memberitahu pada suami keputusan terakhir itu.
Disambut suami dengan linangan air mata, di hadapan bapa mertuanya.
Tidak malu untuk mengalirkan mutiara kebal itu kerana kerisauan di hati mengatasi segala perasaan yang ada.

Sepanjang katil ditolak ke bilik pembedahan, suami mengekori dari sisi. 
Tiada kata2, hanya pandangan mata yang mengatakan....jangan risau, in shaa Allah semua selamat. Bertenang.....
Sebelum berpisah, diusap plastik kepalaku, suaranya tidak kedengaran, tapi bukaan mulutnya mengatakan in shaa Alah, semua akan ok....
Sebelum pintu tertutup rapat, tangannya sempat melambai padaku......






Dalam bilik operation, setelah dibius, Allah hu Akbar.......rasa syukur Alhamdulillah...kerana hilang terus segala sakit yang ditanggung selama 16 jam tadi....
Ketika inilah baru teringat aku langsung tak tidur dari jam 7 petang semalam, sehingga jam 1.00 pagi di bilik ini. Lebih 24 jam mata ini tidak mahu lelap.

Tapi dalam bilik pembedahan, mata aku begitu layu untuk tutup...doktor rajin berborak tapi hanya sayup2 kedengaran, sehingga dipanggil doktor untuk melihat 1 susuk tubuh yang dibawa ke atas kepalaku.
Doktor bertanya, baby apa aisyah?
Lelaki....Alhamdulillah..
Jawabku dengan perlahan sambil tersenyum..:)






Kemudian proses menjahit....aku dapat rasakan perutku digoyang dan ditepuk 2 3 kali.
Aku tanya pada doktor yang berada dekat dengan aku, buat apa tu doktor?
Kami tengah susun organ dalam perut...
Ohhhh....terperanjat, takut, ngeri tapi rasa seronok sebab baby dah selamat dilahirkan.

Doktor tegur....seronok aisyah tido ye....penat ye tak dapat tido malam tadi...
Dari mata dokor, aku tahu doktor sedang tersenyum...
Aku hanya balas dengan senyuman juga.

Alhamdulillah....doktor yang terlibat dalam pembedahan itu 4 orang dan semuanya Islam, dan aku dengar dia mengucap salam pada kelahiran baru kami itu.

Selesai semua, tidak lupa aku ucapkan terima kasih sangat2 pada setiap insan yang berada di dalam bilik operation itu....tersenyum doktor melihat keletah aku.






Terima kasih sebab membantu dalam proses kelahiran ini, terima kasih sebab memberi layanan yang sangat baik sepanjang aku kesakitan, terima kasih atas kata2 semangat ketika sakit contraction dan ketika dibedah, dan paling tidak dilupakan usapan lembut seorang doktor perempuan di bahuku ketika aku mengucapkan terima kasih banyak2 doktor, hanya Allah mampu balas usaha doktor, sebelum aku ditolak keluar dari bilik operation.

Sampai di lif, suami tetap setia menunggu di situ.
Tersenyum lega dia melihat aku keluar dari situ, dibalas dengan senyuman juga oleh aku :)

Sampai di wad, soalan pertama aku tanya, mana baby?
Suami kata ada di sebelah kaunter nurse. 
Nurse kata sebab aku operation, nurse akan jaga sementara kesan bius hilang esok pagi.

Sempat suami tunjuk kesan berbirat di lengannya akibat cengkaman aku ketika sakit contraction tadi.
Aku hanya mampu senyum malu sahaja 
Terima kasih sebab sudi bagi tangan untuk kurangkan kesakitan.

Aku minta untuk tengok baby sekejap
Suami tarik tempat baby tu bawak kat aku, kemudian angkat tunjuk muka baby kat aku.
Perasaan tu Ya Allah...tak tahu nak kata apa...




Sekarang anak mama dah 2 tahun dah.
Bersyukur sebab diberi peluang membesarkan anak dengan tangan sendiri, melihat depan mata setiap perkembangan anak, bangun, jatuh, senyum tawa, sedu sedan, air mata dan wajah gembira si anak.

Syukur yang tak terhingga juga sebab diberi rezeki dan peluang untuk melengkapkan tempoh penyusuan sehingga 2 tahun. Alhamdulillah..:)
Masih belum terfikir untuk wean off, tapi ada beberapa usaha untuk buat Alauddin kurang bergantung pada susu ibu. Sebab aku terfikir untuk buat secara perlahan-lahan, bukan secara drastik atau mengejut.
Doakan semoga dipermudahkan :)

Membesarkan Alauddin juga dipermudahkan banyak oleh-Nya.
Tidak banyak ragam, mudah dibawa ke mana-mana, pandai main sendiri, tidak kerap sakit, mudah dijaga terutama sepanjang mama tinggal berdua je dengan Alauddin.




Tiada pengalaman yang tidak seronok sepanjang mama bersama dengan Alauddin.
Begitu juga abah.

Bila jauh dengan Alauddin, air mata abah mudah untuk tumpah.
Bila abah rindu Alauddin, abah akan tatap segala gambar Alauddin yang tersimpan rapi di handphone abah.
Sehingga abah sanggup buat banyak copy gambar Alauddin dari lahir sehingga sekarang kerana risau jika gadget abah dan mama hilang bersama gambar comel Alauddin.
Abah simpan di hard disk, cd dan laptop abah....semua sebab Alauddin.

Bila abah jauh dengan Alaudin, abah ternampak budak sebaya Alauddin, abah akan teringat kat Alauddin.
Terus abah video call Alauddin.
Tengok gelagat Alauddin melompat-lompat suka nampak abah walaupun kat phone je buat abah lagi sedih.
Tapi abah kuat menempuh tempoh 6 bulan berjauhan dengan Alauddin.
Pertama kali berjauhan dengan anak buat abah tidak keruan.



Abah juga rajin menjaga Alauddin.
Bersama-sama dengan mama membelai Alauddin dari kecik hingga kini.
Nampak bola cari abah.
Nak mandi cari abah.
Abah pegang kunci lari kat abah, ingat abah nak keluar.
Abah makan tumpang makan kat pinggan abah walaupun ada pinggan sendiri.
Abah balik kerja, melompat-lompat suka.
Bila nangis kene marah dengan mama, lari kat abah, baring atas peha, abah akan pujuk :)

Tapi bila abah tegur sikit, terus merajuk....lama pulak tu.
Jenuh abah pujuk balik.
Sebab abah jarang sangat2 tinggi suara pada Alauddin.

Tapi kalau mama.....dah biasa sangat...hahahaha
Cuma Alauddin mudah dengar kata, bila ditegur dia tak buat la.
Tapi dah namanya budak kan, lain kali buat lagi.
Kecik lagi, dah besar nanti mudah la dia paham :)




Abah banyak melayan kerenah Alauddin.
Kadang2 abah pulak yang kene buli dengan Alauddin
Mama cakap, abah sabar banyak dari mama...huhu
Mama pula abah kata garang...cakap tegas bila tegur Alauddin.
Tapi mama tak sanggup pukul anak mama...pukul manja2 bole la...tak sakit tapi Alauddin tahu mama tengah marah.

Tapi abah rajin dukung Alauddin bila keluar jalan2.
Abah rajin layan kerenah Alauddin sepanjang mama sibuk membeli belah barang2 rumah.
Rasa seronok bila nak dating bertiga sebab Alauddin behave budaknya :)

Malam tadi abah call.
Wish Alauddin selamat hari lahir.
Pagi tadi pun abah call lagi, borak dengan besday boy :)
Siap nyanyi lagu hepi besday
Alauddin yang tak paham apa2, melayan keseronokan mama dan abahnya.





Sebelum ni Alauddin tak pandai menuturkan sebaris ayat, hanya guna 1 perkataan untuk menyatakan sesuatu.
Tapi sejak Jumaat baru ni, aku perasan mulut Alauddin macam ringan untuk bercakap.
Semalam banyak kali dia menuturkan ayat yang lengkap pada aku dengan petahnya.

Dia amik bola, tendang kat mama
Tapi bola tu melambung ke lain
Dia pun kata....Alaaaa....mama ni...apa la...

Main bola, tapi bola termasuk bawak kerusi
Pegi kat mana, tanya....mama, mana bola? Uin nakkk...

Bila tengah seronok ajar die apa2 kan, dia cam tak minat dah atau dah mula bosan atau nak sambung main mende lain...dia cakap
Mama....tak nak dah...nak bola..

Nak makan apa2
Mama....nak skut. (biskut)...

Bila mama pakai tudung...
Nak gi ane?

Aku ni suka teruja lebih, terus wasap suami, cerita setiap kisah Alauddin.
Sebenarnya banyak lagi yang dia cakap...tapi cukup la cite yang tu je..hihi

Memang....atok nenek selalu cakap bila Alauddin nak bercakap ni...sebab Alauddin banyak bercakap tapi tak de butir perkataan bila cakap banyak.
Aku tak risau apa2, sebab paham anak sendiri.
Cuma atok nenek biasa la...orang tua kan...hihi




Aku paham sebab budak ni kalau nak pandai apa2, sekelip mata je.
Kadang2 kita pun tak sedar bila anak kita pandai sesuatu tu kan,
Sedar2 dia tahu buat atau kenal sesuatu perkara tu.
Dan kita....akan terkejut sekejap..then teringat....oh...mesti dia ada perhatikan perkara itu sebelum ini, atau melalui apa yang kita tutur dan ajar pada die.

Ada budak memang dia tak tunjuk minat atau tak ikut apa yang kita cuba ajar ketika itu juga.
Kadang2 dia buat hal dia je masa kita ajar dia sesuatu kan.
Tapi kita kene teruskan ajar, teruskan tunjuk dan teruskan sebut depan dia secara langsung atau sambil2 je.

Alauddin budak sebegitu. Bila diajar sesuatu menggunakan buku, dalam 5 minit gitu je tahannya...lepas tu dia layan mainan die..
Apa yang aku sebut dia memang tak ikut, tak pernah ikut, kadang2 kalo aku sebut keluar bunyi lain.
Memang kelakar kadang2 tu.

Begitu juga ketika mula2 berjalan dulu.
Alauddin tak de meniti-niti tepi kerusi, atau cuba berjalan. 
Dia banyak merangkak bila nak ke mana-mana.
Dan banyak main sambil duduk sahaja.

Ketika itu usia baru nak masuk 11 bulan.
Dia suka berdiri tapi tak pernah nampak dia nak mengangkat kaki untuk melangkah....tak pernah.
Bila aku ajak, sebut tak tih...dia buat tak tahu je...penat berdiri dia duduk then merangkak.



Sehari sebelum genap 11 bulan, petang tu suami balik kerja, bawak balik tikar buluh untuk letak kat ruang tamu.
Elok aku bentang, Alauddin berdiri. 
Suami bongkok depan dia, ajak dia angkat kaki.
Memang nampak dia takut2 nak angkat.

Tapi suami buat juga aksi angkat kaki tu banyak kali depan dia.
Nampak tapak kaki dia tu sama2 nak ikut aksi abah dia.
Bila dapat melangkah setapak sahaja, kami laki bini ketawa sakan, sambil say yeayyy...pandai....lagi..lagi..

Dari setapak ke 2 ke 3 tapak...tapi masih belum berjalan sepenuhnya...hanya mahu melangkah.
Genap je esok tu 11 bulan, pagi masa tengok kartun, aku nampak Alauddin berdiri macam nak melangkah.
Aku jadi tukang sorak untuk dia terus melangkah.

Dengan langkahan lebih 15 tapak menuju ke rak tv, tanpa berhenti dan langkahan yang sempurna, aku rasa cam nak menjerit sebab anak mama dah pandai berjalan!!!  yeayyy

Hanya beza sehari je dari semalam, Alauddin dah yakin untuk berjalan.

Nampak tak kaitannya kat situ?
Budak kalau nak pandai sesuatu sekejap je.
Kita ibu bapa kene banyak sabar dan biarkan dia melalui fasa-fasa perkembangan dia dengan cara dia sendiri.
Tak perlu dipaksa, tak pelu perasaan risau yang melebih-lebih.
Selagi anak dalam keadaan yang sihat dan baik2, in shaa Allah tiada apa yang perlu dikhuatirkan.


Itu juga yang aku lakukan.
Tak berminat nak semakkan kotak fikiran dengan soalan kenapa anak lambat meniarap, lambat merangkak, lambat berjalan, lambat tumbuh gigi, lambat bercakap???

Bukan kerja ibu bapa, bukan kerja orang lain, bukan juga kerja kita sebagai manusia, tapi itu semua kerja Allah Taala...
Doa sahajalah yang baik2 untuk semua orang.

Haaaa....ada 1 lagi kisah nak kongsi....nama Alauddin dipilih oleh aku.
Kami berbincang nama anak pada saat2 aku menunggu hari kelahiran.
Masa tu aku dah selamat balik ke Manjung.

Bila suami di Kuala Sleangor, kami hanya wasap je la bincang nama anak.
Suami takde bagi pilihan nama yang dia suka.
Dia hanya suruh aku cari nama dan tunjuk pada dia serta maksudnya.
Nanti die bagi la komen minat atau tak dengan nama tu.




Aku banyak kali tanya, takkan tak de pilihan nama?
Suami kata tak de, sebab dia ikut apa yang aku senaraikan dan kita pilih sama2.
Tapi suami tak minat nama yang moden2, terlalu payah nak sebut dan terlalu canggih ejaannya.

Dalam banyak2 tu, aku minat sangat dengan nama Alauddin. Tak tahu kenapa aku suka cadangkan nama tu pada suami bila kami tiada pilihan.
Tapi suami kata kita cari lain dulu, kalau tak de yang berminat, kita amik Alauddin.

Aku menunggu suami balik pada Jumaat minggu kelahiran tu.
Tapi kene tahan wad pada malam hari Rabu.
Ketika itu nama anak masih belum pasti.

Selepas kelahiran, suami tanya apa nak namakan anak kita?
Aku cakap Alauddin?
Suami senyum je....

Terus dia taip sesuatu di handphonenya, kemudian tunjuk apa yang dia taip..
"Alhamdulillh....Muhammad Alauddin b. Nasrul Faiz selamat dilahirkan pada jam 1.45 a.m. di Hospital Seri Manjung. Ibu dan anak sihat sahaja".

Aku senyum dan suami terus send pada mama, abah, mak, dan beberapa orang saudara terdekat.



Rupanya, suami menceritakan sesuatu kisah lain disebalik kisah nama itu.

Dia sebenarnya nak letak nama yang hujungnya FAIZ 
Aku cakap, napa tak bagi tahu. Kalau tahu mungkin sempat untuk bincang kan.
Dia kata tak pe la...tengok aku suka dengan nama Alauddin, jadi dia tak sampai hati nak cakap.
Alaaaa.....

Selepas ni kene tanya abis2 la kat suami sebab dia jenis banyak mengikut dari memberi cadangan. 
Next generation :)

Kalau cerita pasal anak, memang takkan abis la...haha..
Nanti mama nak ceritakan kat Alauddin pula :) 


Selamat hari lahir sayang mama :)



Wassalam :) :) :)






No comments:

Post a Comment