About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Sunday, January 5, 2014

Ke Genting Lagi

Assalamualaikum

Bersiaran dari Genting Highlands....bbbbrrrr
Sejuk gile seh atas ni
Selalu gi tak de la sejuk cam ni
Tapi aku memang jenis tak tahan sejuk sangat.
Cepat menggeletar kadang2 sampai rasa anggota badan aku keras kejung.

Pernah sekali masa berjalan ke Kota Bharu
Time tu peknenkan Alauddin dalam 6 bulan macam tu
Bilik hotel tu sejuk gile
Nas plak aku dah kata sejuk die kata mana ada...biasa je

Dia memang kebal..badan memang tak lut dengan suhu sejuk ni.
Payah yang amat nak tengok die berselubung dalam selimut walaupun aku memang dah mengrekot dah ni dalam comforter.

Pastu masa tu nak mandi
Aku suruh la slow kan aircond tu
Dia kata dah slow dah
Aku mandi air panas masa tu...elok je keluar dari kawasan air pancut tu aku rasa sejuk nak mati!!
Aku cakap tutup la aircond tu sebab aku nak keluar ni
Dia kata tak pe..die bukak tingkap sebelah atas bagi kurang rasa sejuk.
Tutup aircond cam lemas plak die kata.

Aku ni dari tadi duk berendam bawah air panas sebab langsung tak tahan sejuk bila tak kene air panas
Memang menggeletar abis dah mulut aku.
Pastu ingat dah ok la...selangkah je dr pancutan air panas tu mari sejuk beku.

Tapi masa ni memang aku tak rasa apa2 dah kat badan aku
Aku rasa jari2 aku kebas...tak leh gerak
Pastu terus terduduk kat bucu bilik air tu sambil air panas kene kat aku
Masa ni  baru nak menggelabah laki aku kan
Tengok bini kejung plak kat celah tu

Terus tutup aircond bawak tuala 2 lapis bungkus aku bawak kuar.
Tak boleh jalan kome!!!
Jenuh aku nak paksa kuar dari bilik tu

Bercakap memang tak boleh langsung
Bibir aku tak dapat bercakap
Cuma mampu terketar-ketar je
Elok je kuar terus masuk dalam comforter bungkus cam kuih ketayap

Terdiam terus nas....hapa tak berbunyi
Hahaha...
Lebih 10 minit gak aku berbungkus tu
Baru rasa tapak tangan panas sikit lepas tu slow2 die rasa nyaman.

Tu kisah 2 tahun lepas la..haha..kisah kesejukan
Sama la sejuknya macam kat Genting skang ni
Nas memang suka gi tempat sejuk mejuk cam ni
Dalam setahun tu mesti pegi Cameron dan Genting...bulan 4 ni dah booked Cameron dah..adoiii

Nak gi Bukit Fraser aku lak rasa tak yakin
Sebab jalan nak naik tu lagi berbelit dari nak naik Genting ni.
Tak sanggup plak aku sebab aku cepat pening pastu karang mula la nak muntah.
Jadi aku rasa belum bersedia la nak naik Bukit Fraser untuk kali kedua selepas honeymoon lepas kahwin ari tu.

Sebut pasal mabuk jalan bengkang bengkok ni, rupenya Alauddin ngikut perangai mak dia.
Tadi masa dah dekat nak sampai puncak, Alauddin muntah.
Mula2 nampak die cam tak duduk diam.
Duk sandar kejap kanan kejap kiri tapi gaya cam nak baring mengiring la.

Pastu muka die berkerut dan tak bermaya.
Panggil nama die pun dia wat tak layan jem
Macam orang tengah pening2 lalat.

Sebelum ni pernah gak jadi macam ni.
Masa tu nak turun dari Cameron tahun lepas.
Dia diam je lepas tu duk wat bunyi cam nak muntah.
Aku ingat kot ada mende sangkut kat tekak ke hape.
Sekali die muntah 

Lepas tu muntah tu nampak die cergas balik.
Nangis la kejap sebab terkejut kan.
Lepas tu baru nampak bertenaga balik.
Ye la..dia muntah sebab pening dan sebu perut kan
Jadi dah lepas muntah rasa lega la

Sama la jugak masa nak sampai tadi.
Tengok gelisah je rupe dia
Lepas tu nampak gaya die macam tercekik mende..duk uweek 2 3 kali.
Aku dah standby dah tuala kecik die.
Tak lama lepas tu muntah la dia.

Elok je lepas muntah die panggil mama then bebel2 konon bagi tahu die muntah la.
Aku pun pujuk2 la.
Nas park tepi jalan sat..bawak die kuar bagi tenang sikit.
Lepas tu elok dah la.

Bila sampai je lobbu hotel, tengok lampu lip lap, orang ramai terus riuh balik mulut die.
Lupa terus la dia muntah tadi tu kan.
Haiiii la anak..huhu

Datang Genting nak bawak anak bujang mandi kolam air panas tu.
Memang dah tahu yang outdoor punye dah lama tutup sebab nak bina mende lain yang katanya bakal menjadi taman tema terbesar Asia.
Mana rupenya nanti tak tahu la kan.

Jadi kami nak main indoor je la.
Saje je nak bawak Alauddin jenjala.
Dia dah pernah mandi tahun lepas.
Tapi masa tu tak pandai la main sangat.
Skang dah beso sikit nak bawak la lagi.

Punye la semangat kami 3 beranak sekali sampai kat pool dia tutup.
Alaaaaaa....haha
Bukan takat tutup..siap dah pecah dah pool tu 
Ada pembinaan sedang dijalankan kay kawasan situ.
Kami hanya melihat kawasan sekitarnya melalui cermin sahaja..huhu

Nas kata nasih baik Alauddin dah merasa pergi..haha
Lepas ni kita gi yang baru la pulak
Kot ada banyak mainan baru kan..

Jadinya abis berjalan2 dalam tu kami balik ke bilik.
Tak lama lepas tu melingkar la 2 beranak ni tido...
Senang beno deme ni tido..haha
Macam biasa la tinggal aku je terkebil-kebil wat hal aku.

Ok la

Nanti cerita lagi

Wassalam :)

No comments:

Post a Comment