About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, January 16, 2014

S.A.B.A.R

Assalamualaikum

S.A.B.A.R

Mudah untuk diungkapkan tapi agak susah untuk dilaksanakan terutama bila berada dalam situasi tersebut.
Lagi senang pada yang bercakap tu
"SABAR je la....."

Aku nak fokus pada SABAR dengan anak je la.
SABAR dengan mende lain tak mau campur...haha

Lately ni selalu dengar banyak kes dera budak kan.
Tak kira la pengasuh dera anak jagaan dia ke, mak tiri dera anak tiri ke, mak kandung dera anak sendiri pun ada.
Bapak dera anak pun ada, tak terkecuali.
Tak berlaku dalam Malaysia, tetap berlaku di negara lain, merata dunia ada.

Kadang-kadang terfikir, ngapa deme sampai sanggup mencubit, menampar, menumbuk, memukul dan sepak terajang pada seorang budak lebih2 lagi yang kecik halus mulus tu?
Yang memang dah tahu nyata depan mata memang tak akan melawan malah tak de kudrat langsung nak selamatkan diri sendiri dari  dibelasah sesuka hati?

Memang tak de langsung perasaan SABAR dalam diri sendiri ke hape?
Atau memang SYAITAN itu selalu menang ketika manusia tu dalam keadaan baran, marah, geram dan sakit hati?

Aku cuba relatekan dalam kehidupan aku seharian.
Aku malas nak sentuh perihal orang lain.
Aku nak sentuh perihal aku je.

Alauddin semakin besar semakin banyak akal, semakin lasak dan semakin ligat, malah nakalnya juga bertambah la seiring dengan perkembangan otak dia.
Itu normal :)

Ada masanya dia buat hal dia.
Ada masanya dia memang langsung tak nak bagi kerjasama.
Ada masanya dia tak kesah langsung dengan mak dia atau abah dia.
Dia elok je main sengsorang berejam-jam tanpa cari mak atau abah dia.
Sampai aku dah siap wat kerja pun dia masih dengan permainan dia.

Tapi ada masanya juga dia memang langsung tak nak berkompromi.
Nak duduk atas riba sahaja, tak mau mende lain.
Tak mau tengok tv, tak mau makan, tak mau minum, tak mau main, tak mau semua mende.
Dia nak duduk atas riba sambil menung je
Atau pun nak mama dia baring sama2 dengan dia atas toto sambil menyusu.
Sambil menyusu sambil main mata dengan mama, sambil gentel pusat, sambil main jari sendiri, sambil sengih, sambil kejap hisap kejap lepas kejap gelak kejap hisap balik.
Nak begitu berejam-jam tanpa mama boleh buat apa2 kerja pun.

Ada kalanya aku sibuk memasak, mengemas dapur, basuh pinggan, dia pun sama sibuknya.
Aku baru susun tupperware elok2 ikut saiz bertingkat2, aku pusing badan mengadap pinggan mangkuk.
Dia datang senyap2 terus angkut tupperware yang baru bersusun tadi ke depan.
Bukan takat ke ruang tamu, dia akan letak barang2 tu di mana2 saja dia berehat seketika dalam proses mentawaf kawasan rumah.
Bukan takat tupperware, senduk, sudip, sudu garfu, pinggan cawan, periuk segala mak nenek yang ada kat dapur memang dia akan angkut selagi dia larat.
Lepas 1, 1 dia akan angkut sehingga rak pinggan bahagian bawah tu kosong dah tak de apa nak diangkutnya.

Nasib baik la dia memang tak usik mangkuk, pinggan dan gelas kaca.
Yang tu memang aku terpaksa gunakan suara yang maha keras untuk larang dia JANGAN SENTUH BARANG KACA, TAKUT NANTI PECAH KENE KAKI BERDARAH!!
Itu la ayat yang selalu aku duk ulang setiap kali melarang dia buat.
Tapi tu masa dia dalam setahun lebih dulu la.
Jadi lepas dah larang begitu, dia tak sentuh langsung kaca.
Yang pelik tu tahu pulak tu barang kaca ke barang plastik.

Bila selesai mengemas dapur, masak segala, aku ke ruang tamu pula.
Sekali tengok suasana serupa titanic karam, aku dah urut dada dah.
Angkut la balik segala mak nenek barang dapur yang dibawa dek anak bujang.
Susun la balik dengan gigihnya sambil tangan dan mulut sama je bekerjanya.
Nak membebel apa pun...sebab memang tahu bukan anak paham pun kan
Tapi tetap gak membebel.
Pastu pesan kat anak, lepas ni tak mau sepahkan lagi ye, tolong mama kemas rumah ok.
Paling hebat pun dia angguk kepala then cakap...haaaa..
Pastu dia sambung balik aktiviti dia.

Kalau tengah packing barang pula.
Datang rajin memang dia rajin sungguh2 la.
Tak de yang paling rajin melainkan dia sorang je la.

Aku kumpul barang2 kat ruang tamu.
Lepas siap kumpul barang, letak 1 tempat plastik courier poslaju dan gdex.
Lepas tu letak 1 tempat segala invoice customer supaya senang aku nak packing sambil rujuk invoice.

Aku memang dah tahu Allah kurniakan aku anak yang maha rajin ni, jadi aku bagi siap2 plastik poslaju sekeping kat dia.
Bagi yang paling beso sekali.
Dia memang suka copy apa sahaja yang aku buat.
Yela, dari kecik die tengok kan, memang dah hafal sangat dah.
Dari gaya menulis, memegang pen, mengoyak slip, susun parcel sampai la sain kat borang masa poslaju dan gdex mari collect barang.
Semua dia ikut sebijik sejibot.
Sampai pakcik gdex dan adik2 poslaju tu gelak je tengok gelagat dia.
Orang cop borang dia pun nak cop jugak.
Layannnnzzzz

Ada ketikanya barang2 tu hilang seketika di tempat aku kumpulkan tu.
Berpusing2 aku mencari sebab nak packing tapi barang tak cukup atau tak jumpa.
Lepas tu jumpa la bawah toto, dalam seat basikal dia, dalam plastik poslaju dan bawah meja atau kerusi.
Ada 2 3 kejadian, aku terjumpa mainan dia dalam parcel yang dah siap tunggu masa nak collect je.

Barang nak pos tu bean bag.
Aku packing guna plastik hitam yang paling besar.
Bean bag tu memang bantal besar dan lembut, jadi memang kalo pegang lembut dan lembik je la.
Jadi, masa pakcik gdex tengah sain kat borang, aku pegang bean bag tu.
Sekali aku perasan aku mende seketul keras kat bahagian atas bungkusan tu.
Aku tekan nak pastikan amenda la tu.

Sekali aku koyak sikit plastik tu
Tengok2 mainan lego si bujang aku ni.
Tergelak pakcik gdex ni tengok muka aku.
Sabarrrrrrr je la kan.

Poslaju pun macam tu.
Plastiknya tak de la besar macam gdex, jadi senang aku nak tahu ada mende asing  dimasukkan dalam tu.
Tetap juga membuatkan darah aku nak naik
TAPI sabarrrrrr

Ada kalanya, invoice atau borang alamat aku dah cantik2 aku tulis, aku pelekat kat bungkusan
Mari si bujang dia bantai conteng atau koyakkan tanpa rasa bersalah langsung.
Mana yang teruk diconteng gagahlah aku bukak borang baru then tampal semula.
Kalau alamat masih boleh dibaca aku teruskan je la.

Ada masanya aku nak ke bilik air pun punya lah payah.
Keras kejung dah perut aku menahankan sisa nak tunggukan masa die tido baru aku membuang.
Begitulah juga dengan sisa tinja.
Sampai ke 1 tahap aku terpaksa juga tinggalkan dia dengan menangis meraung kat depan pintu bilik.
Ingat tenang ke aku nak melayan sesi membuang tu???
Mulut aku dalam jamban tu berbakul-bakul memujuk dia suh sabar kejap
Tapi haram tak diendahnya....
Lagi kuat meraung ada lah.
Pelik la orang keliling aku....berak pun bising ke?????

Tapi sejak dah besar sikit ni dah mula paham mak ke bilik air sebab apa.
Kalau mandi memang tak leh la nak mandi sorang melainkan ada bapaknya kat rumah.
Bapaknya jaga anak, aku boleh la menikmati masa2 perseorangan aku dalam tu.
Nak layan spa pun boleh dalam tu babe.

Tapi kalau berdua dengan anak, memang mandi bersama-sama lah jawabnya
Sebab dia tahu aku nak mandi atau nak buang hajat je.
Jadi kalau aku ada hajat, dia rileks je main ke tengok tv ke
Tak de dah melalak macam dulu2
Lega sikit dah.

Bila malam pula, ada masanya dia memang masih segar, masih aktif dan masih nak bermain lagi.
Pak ngan maknya dah tunggu masa nak lelap je nih.
Tapi sebab anak, layankan je la.
Pastu bila dah nak tengah malam, dia masih lagi ajak main.
Paknya nak kerja esok tapi nak juga ajak pak main.

Pujuk elok2 dia tak layan.
Merengek ajak main juga.
Lepas tu layan lagi.
Sudahnya aku upah nenen.
Tapi kalo nenen time masih belum nak tido, itu juga cabarannya.
Aku dah berapa kali terlelap dah tapi dianya tak tido2 jugak.
Duk ubah kiri kanan kiri kanan sampai aku sekali letih sebab aku pun berubah jugak duk layankan aksi menenen dia.

Tapi bila time dia senang tido, tak yah menenen pun elok je dia pusing then peluk bantal dia terus tido.
Tak sempat nak dodoikan ke apa pun.
Sedar2 dah lena dah.

Ok....situasi-situasi di atas, memang kebanyakkannya akan menguji keSABARan seorang ibu.
Betul tak?
Ada juga antara korang yang hadap lebih banyak kerenah anak kan, lebih2 lagi ada 2 3 4 orang anak.
Lebih hebat yang ada anak yang usianya tidak jauh antara kakak, abang dan adik.
LAGIIIIIII banyak kerenah nak dihadapi kan.

Memang aku akui, ada masanya memang badan ini menggeletar menahan MARAH atas perlakuan si anak.
Tapi SABAR itu masih ada walaupun sedang hampir menipis dan risaunya jika terus lenyap dan MARAH itu lebih berkuasa dalam hati.
Bahasa mudahnya.....besar kecik besar kecik je aku tengok budak ni kannnn...
Cenggitu la perasaannya menahan amarah yang sedang menggunung.

Ada ketikanya aku terduduk juga
Melihat seketika barang seminit dua perlakuan anak aku yang buat hati ini nak meletop.
Suara tu ditahan supaya tak berubah menjadi naga atau helang
Kang terkejut lak jiran tetangga aku kan.

Tapi ada juga terlepas kadang2 tu.
Sampai pernah Nas kata dia dengar suara aku panggil nama ALAUDDINNNNNN
Rumah aku tingkat 1, ada 4 tingkat semuanya.
Bawah blok ada parking.
Dia bukan dengar suara aku kat tangga ke hape
Tapi suara aku kat tempat parking.

Aku kalau mula nak marah, suara yang naik dulu.
Maklumlah vokal bukan sekadar rupa lebih menyerlah dari segalanya.
Bini tarzan dengar pun confirm dia datang menuntut ilmu dengan aku.
Confirm!!

Kadang2 terpikir juga kenapa ada mak2 yang sanggup pukul anak sampai tahap mendera?
Marah sangat ke dengan anak atau macam mana?

Pukul?
Aku pernah pukul Alauddin tapi bukanlah pukul benci.
Ada masanya aku bab bontot die, ada pampers apa dia rasa.
Bantai gelak lagi ada la.
Tapi bila bab sekali ngan suara yang keras sikit, dia paham la dia buat silap dan mama sedang marah dia.

Cubit?
Pun ada juga
Aku cubit kat pergelangan tangan dan peha dia.
Tapi tak kuat pun
Gaya pusing je beria.
Cubit tu memang dia paham aku tengah marah
Dan dia lagi takut kene cubit dari kene bab bontot
Mungkin sebab cubit tu lebih terasa dari bab bontot kot.

Cumanya..
Aku bersyukur sebab Alauddin belum lagi sampai tahap menangis tak berhenti
Atau mengamuk 1 hari sampai tak leh buat apa
Atau mengamuk menghempas diri, bergolek sana sini
Atau menyepah rumah dengan minyak, bedak, tepung, sabun, pecahkan barang atau main air abis banjir 1 rumah.
Akan datang aku tak pasti la perangainya bagaimana
Harap tak de la...haha :)

Pernah tak time tengah rehat2 atau tengok tv ke, wat keje sendiri ke
Anak datang hempuk kepala dengan mainan?
Atau anak hempuk dengan tab atau handphone?
Atau anak datang sepak muka tetibe...kuat plak tu?
Atau tumpahkan air atas baju atau kertas kerja atau kat barang yang kita tengah kusyuk layan tu?
Atau hantukkan kepala dia kat bibir, pipi, mata, atau perut?

Lepas kene tu rasa apa???
Tak rasa nak hempuk, belasah, ketuk, tampar, gigit, picit si kenit ni???
Kalau dah namanya manusia mesti akan ada sikiiiiiiit rasa geram da marah tu kan

Tapi kalau masih waras
Akan fikir ITU ANAK AKU
Akan kata ANAK AKU KECIK LAGI
Akan rasa TAK GUNA MARAH SEBAB DIA KECIK LAGI

Kalau tak waras atau tahap kewarasan semakin hilang....
Apa nasib budak tu???
Lu pikir la sendiri!!

Pernah kawan aku anak dia main tin susu pekat manis tu
Duk bawak ke hulu hilir sekali terjatuh atas ibu jari kaki dia.
Ko rasa tak terkencing mak dia kat situ??
Sakit nak mati wooo kene kat ibu jari kaki ni
Meleleh air mata tu tahan sakit.
Tapi anak duk sengih je sambil sapu air mata mak yang duk meleleh tu
Sampai hati ke nak marah????

Ada setengah kes dera ni, sebab hati memang jahat.
Cam kes mak tiri dera anak tiri
Mungkin kene jaga anak yang bukan darah daging dia, dia pukul budak tu.
Mungkin marah atau benci pada mak budaknya ke
Atau marah bapak budaknya ke
Atau dia memang benci dengan budak tu.
Atau dia memang nak kan bapaknya je, bukan anaknya.

Yang kes pengasuh atau taska pulak lain
Ada cerita sebab budak nangis tak berhenti-henti
Ada juga sebab budak suka berdukung
Ada juga sebab memang tak suka budak kecik, tapi dah tak de keje, terdesak nak cari keje, keje la kat taska jaga bebudak, jadi layan budak pun tak ikhlas la
Ada juga memang buat kerja sebab duit, jadi bebudak ni sebagai alat untuk dapatkan duit je la.
Ada juga sebab rasa renyah jaga budak, jadi ditunjal-tunjal je la kepala budak, dicubit ikut rasa je la bebudak tu....dah meraung bagai dia sumbat susu pulak, paksa tido.
Bila budak lagi menangis, lagi bertambah ragamnya, itu yang amik hanger ke tali pinggang ke rotan.
atas alasan nak bagi diam sebab menangis je manjang.
Ada juga budak yang dikurung sampai petang dalam bilik gelap
Meraung la budak tu ketakutan kan
ALASANNYA HANYA SEBAB MENANGIS TAK BERHENTI-HENTI.
Logik ke????

Ada juga budak dibiarkan kelaparan atau kehausan sebab TENSION dengan perangai budak yang bikin panassss je.
Memang menangis la budak tu sebab lapar dahaga kan.
Tu belum lagi yang jenis kaki lepuk, tangan tu ringan nak memukul mencubit budak je kejenye.
Pantang silap sikit laju je tangan tu nak lepuk anak orang.
Ko rasa ke macam mana mak die beranak kan dia???
Suka hati pulak nak lepuk cubit sepak terajang anak orang???
Kene kat ko boleh tahan tak agak2???

Semua perlakuan di atas berpaksikan pada sifat SABAR
Kalau memang SABAR itu sangat2 menebal dalam diri memang takkan sampai ke tahap yang teruk.
SABAR iu memang benteng kemarahan
Tapi sampai tahap mana SABAR tu mampu bantu orang yang tengah marah?

AKAL yang waras juga bertindak seiring dengan EMOSI yang berkecamuk.
Kalau tengah MARAH, AKAL pula masih membantu untuk berfikir subject matter yang sedang kita hadapi tu, in shaa Allah SABAR akan datang membantu dan menenangkan hati yang tengah MARAH.

Tapi kalau AKAL berkecamuk, tak dapat berfikir seperti sediakala, membayangkan subject matter adalah musuh yang perlu dihapuskan, MARAH akan mula berkuasa dalam hati, lalu SABAR semakin jauh atau terus lenyap tanpa dapat dikesan.
Akibatnya.........terjadilah perkara2 yang kita semua taknak atau takuti itu.

Masa MARAH, kalau ada IMAN lagi boleh la mengucap ke berzikir atau baca surah amalan harian halau SYAITAN yang tengah tiup API KEMARAHAN tu
Tapi kalau IMAN pun dah ke laut, memang CAKI MAKI dan CARUTAN je la yang terbit dari bibir.

KUDRAT yang ada digunakan seiring ketika MARAH
Tu yang sampai bantai budak pun tak sedar langsung kan.
Sepenuh hati dan tenaga selagi hati tak merasa puas!!
Mana nak datangnya SABAR masa tu???
AKAL boleh membantu ke masa tu??

Pokok pangkal adalah SABAR
Aku pun sentiasa cuba untuk hebatkan tahap KESABARAN aku.
Bagi level SABAR tu semakin tinggi
Sentiasa cuba untuk TERSENYUM dan menerima dengan penuh KERELAAN atas segala perlakuan si anak kecil.

Itu baru seorang
Memang niat untuk menambah 5 6 orang
Jadi, kalau seorang sudah tidak mampu dikawal MARAH dan dipupuk SABAR dalam diri, bagaimana mahu melayan dan menjaga 5 6 orang nanti???

Anak-anak itu UJIAN
UJIAN menjadi ibu bapa yang terbaik
UJIAN mendapat REDHA ALLAH
UJIAN kebahagian
UJIAN mengajar manusia memupuk sifat2 mulia dalam diri
UJIAN melahirkan khalifah yang baik sifat dan akhlaknya
Yang paling penting
UJIAN untuk menjejakkan kaki ke dalam SYURGA ALLAH S.W.T.

Allah sudah menJANJIkan PAHALA yang sangat BESAR dan sangat BANYAK
Untuk hambaNya yang memelihara zuriatnya dengan sebaik-baik pemeliharaan
Yang berbuat baik dengan kanak-kanak tanpa mengira siapa warisnya
Yang menjaga penghuni syurga ini dengan sebaik-baik penjagaan sehingga menjadikan mereka khalifah yang berakhlak mulia yang juga 1 hari nanti akan menyambung memelihara dan mendidik keturunan manusia dengan hasil didikan yang diperoleh dari keturunan terdahulu.

Ayuh!!
Mantapkan tahap SABAR kita semua
Kerana SABAR itu makanan IMAN
Hilang SABAR, hilang lah separuh IMAN kita

Wassalam






No comments:

Post a Comment