About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, January 4, 2014

Teman Suami dan Cempedak

Assalamualaikum

Hari ni teman Nas buat kerja kat ofis.
Bukan teman apa pun.
Dia yang ngajak, katanya jom la lepak2 kat ofis dia.
Aku on je :)

Kuar rumah pukul 9 pagi, singgah beli nasi lemak kuih muih segala.
Kira berpiknik kat ofis je la ni
Nas beli mihun dan ketiau goreng.
Aku punye spesel sikit, beli nasi kerabu lauk ikan tongkol masak lemak cili api dan mee goreng.
Alauddin pula aku beli kuih pau kacang 1, seri ayu 1, karipap 3, pau sambal 1 dan apam coklat 1.

Konon kata nak stay kat ofis sampai petang dalam pukul 2 cam tu.
Tu yang beria beli nasi bagainya aku ni
Maklumlah orang cepat lapar la katakan.

Alauddin ni plak menggelupur bila sampai bilik abahnya.
Kemain melompat segala.
Aku mmg dah bawak siap bola sepak 2 biji dan bola kecik 5 biji.
Takde mende lain yang menjadi kegemaran dia selain bola aje.

Bilik boleh tahan luas, memang sedang elok la dia nak main tu kan.
Nas sibuk dengan kerja dia, aku pulak sibuk ngan hal aku
Sibuk ke ko mak esah???!!
Tak de la sibuk pun....biasa la...surf internet je kejenye.



Sibuk nak duk sebelah abah.
Apa abah buat dia pun nak buat jugak.
Abah pegang pen, dia nak pen jugak.
Abah letak file sebelah sana, dia pun sibuk bagi kat abah suruh letak sana.




Skang ni tengah sakan nyopping baju anak bujang kat website oversea.
Tak leh blah kan....hahaha...oversea kata ko!!
Nanti aku story lebih panjang ye bila dah sampai baju2 yang aku beli tu.
Skang tengah on da way nak sampai Malaysia
Harga???? Memang jauh lebih murah la dari beli butik or mall kat sini kan.
Nak2 plak dioerg wat sales krismas...memang meletopsss harganya..
Meroyan aku duk pilih2 tu..hak..hak..

Memang betul la pun Nas settle kerja die lebih kurang jam 2.
Ada 2 orang staff dia buat kerja gak kat ofis.
Mungkin ada kerja yang perlu urgent kot minggu ni kan, tu yang datang settle hari sabtu.
Nas plak sebab Isnin die cuti, jadi dia selesaikan apa yang patut sebab selasa tu ada mesyuarat katanya.
Jadi ada beberapa surat yang perlu dihantar pada Isnin tu.

Sampai rumah, Nas kata tak rasa nak makan nasi.
Jadi, aku tengok ada pisang. Lepas tu 2 3 hari ni Nas asyik nak makan cempedak je.
Jadi aku rasa nak goreng cempedak dan pisang la untuk wat makan ganti nasi.
Habis la jugak separuh lebih dari sebiji cempedak tu dia makan.

Sekarang ni pulak 2 beranak ni dah tido.
Sejak Alauddin dah mula tido dalam pelukan abahnya, setiap kali nak tido mesti Nas panggil nak ajak peluk.
Tido siang pun sama.
Aku ingat tido malam je Alauddin nak, rupenye tido siang pun dia mau ngan abahnya.
Lega dah aku tengok perkembangan ni.

Bukan apa, Alauddin memang manja dengan aku.
Dengan abahnya dia banyak main je, tapi banyak masa die dengan aku la.
Mungkin sebab Nas rasa masa dia banyak dihabiskan dengan kursus 6 bulan tu, jadi dia berusaha ambil hati anak bujang dia skang.

Pada aku bagus juga dengan situasi sekarang ni.
Kalau dulu nak apa2 mesti ngan aku.
Kalau abahnya pakai smart2, baru la tergedik2 lari kat abah.
Kalau abah bukak pintu baru balik kerja, barulah dia berlari kejar abah.
Time abah makan, mesti akan menyempit kat abah.
Time mandi pun kalo nampak abah ambil tuala, dia akan lari kat abah dia la.
Kiranya time2 cam tu la dia dengan abahnya.

Selain dari situasi kat atas, dia dengan aku je.
Aku paham sebab dia bf dengan aku, jadi dah tentu dia banyak bermanja dengan aku.
Jadi bila Alauddin mudah tido dengan abahnya, aku rasa sangat seronok.
Maksudnya dia tak bergantung dengan aku je.
Memang nampak sangatlah Nas banyak layan Alauddin, dari anak tu bangun sampai la nak tido.
Aku memang tak tahu apa perasaan dalam hati Nas, tapi yang aku nampak dia memang rindukan sangat masa dengan anak bujang dia.

Teringat aku masa die mengadu dia rindu sangat dengan Alauddin masa berkursus dulu.
Sampai suara die sebak dan aku tahu dia sedang menangis.
Masa aku dan mama ke Kluang time bulan puasa ari tu, masa kami nak balik, air mata die jatuh depan aku.
Dia sedih sangat tak dapat balik dari 7 ramadhan tu sampai la lagi 5 hari nak raya baru dapat balik
Mau kawan tu tak sedih.
Duk cium la anak berkali-kali sebab rindu sangat2.

Biasanya bila dah tido dengan Nas, tak de la dia menyusu dengan aku.
Jadi dia mula kurang bergantung untuk menyusu dengan aku time nak tido.
Kalau bangun tido atau gerak2 dalam tido baru dia cari aku untuk menyusu lepas tu dia nyenyak la balik.
Lama jugak die tido ngan Nas.
Dah 2 jam tido ni tak bangun lagi.
Bestlah tu bapak ngan anak tido kan...
Aku pun adalah masa aku sendiri...wahhh...lama tak bersendirian gitewww...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ohhh...lupa nak share pic


















Isi cempedak yang lazat berkrim lagi sedap manisssss sangat!!
Kat Tanjong Karang memang ada pasar FAMA yang jual buah-buahan tempatan dan sayur2 kampung.
Memang kami suka beli kat situ je, harga pun murah.

Nanti sembang lagi ye :)


As-salam


No comments:

Post a Comment