About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, January 8, 2014

Tudung Bawal AidiJuma

Assalamualaikum

Mesti korang pernah dengar Tudung Bawal Aidijuma kan.
Orang panggil bawak AJ kan.
Mak aku pun suka tau, tapi suka tengok je la
Tak suka pakai pun sebab katanya corak banyak bebeno
Mak aku mesti la suka tudung awning tu kan, tudung express katanya.

Aku pada asalnya duk tengok2 je la orang pakai.
Memang lama sungguh aku tak berbawal pun
Duk pakai tudung sarung je.

Sekali tertengok fb sorang kawan ni dia jual tudung AJ dan Fareeda ni.
Cara dia susun pic tudung AJ tu betul2 buat aku tertarik.
Lawa giler tengok corak AJ ni.

Lepas tu kalo korang perasan tudung  AJ ni boleh guna dengan baju pelbagai warna
Sebabnya corak tudung dia separuh warna lain separuh corak lain
Ada yang plain dan corak batik
Ada yang plain dan polkadot
Ada plain dan bercorak tumbuhan, bunga atau haiwan.
Colour block pun ada.
Jadi sesuai lah 1 tudung tu digayakan dengan pelbagai warna baju yang berbeza.

Murah rupanya tudung AJ ni.
Dulu beli bawal berbatu bermanik segala lagi mahal dari tudung AJ ni.
Kain pulak nipis je
Harga white label RM15 je.
Dah murah tu aku borong la 6 helai terus.
Tapi tudung AJ ni memang bagus, tak nipis bila dah pakai.
Tudung bawal style lama tu dah lipat 2 pun still jarang nampak anak tudung.

Lagi 1 yang bagusnya TAK PAYAH GOSOK!!
Memang terbaik la tudung AJ ni.
Selama aku pakai memang tak pernah bergosok pun even dah kene lenjan dalam mesin basuh tu.
Yang pastinya abis je mesin tu berputar, aku sidai dengan cara lipat 2 tapi longgar2 kan lipatan tu then gantung.
Lepas tu bila dah kering aku lipat elok2 tapi dalam keadaan petak besar
Kalau lipat kecik kan kene lipat banyak kali so akan ada kesan petak2 yang banyak.

Tapi tudung AJ ni yang aku perasan memang takde kesan petak terang2 macam bawal lama tu.
Senang nak hilangkan kesan petak tu.
Juz gosok dengan tangan je masa kita cantumkan bucu dengan bucu untuk pinkan kat bawah leher tu kan.
Gosok 2 3 kali guna tapak tangan je lepas tu tak de dah nampak petak2 tu.
Mudah kan?? Mak Esah memang suka sangat kalo yang mudah giler babeng ni

Lepas tu bila pakai kat kepala pulak, tak perlu dah nak hembus2 bagai konon nak bagi bulat la, tak nak lembik kelewek la..
Alaaa...macam zaman kome2 sekolah dulu...sikit2 fuhhh...sikit2 fuhhh...

Tapi tudung AJ ni letak je atas kepala, centre kan then terus pin.
Betulkan sikit2 je nak bagi kemas then terus la buat apa gaya yang kome suka.
Siapppp!!






Nampak tak....tak kedut2 ke kesan lipat2 ke
Tu tudung aku amik yang aku dah lipat berminggu dah..haha

Seminggu selepas dapat 6 helai tudung yang aku order tu, aku tengok owner fb ni upload pulak AJ black label.
Apa lagi beli 5 helai lagi.
Harga mahal sikit je dari white label, RM45 sehelai.
Yang black label ni kain tebal sikit dari white label dan lebih kepada konsep colour block dan plain.
White label lebih kepada bercorak2 bunga dan tumbuhan gitu.
Kiranya kalau kita pakai baju berbunga atau bercorak, boleh pakai tudung AJ blak label side plain tu.
Kalau kita pakai pakaian yang plain hari tu, boleh gayakan side yang bercorak atau colour bock tu.
Style kan :)

Seronok pulak dah ada 11 koleksi tudung AJ ni
Ohhh...lupa nak bagi tahu
Bidang AJ ni besar tau.
Memang sah2 tutup dada dan sesuai untuk bf mom macam aku ni.
Buat la style apa pun tetap labuh dari dada...gitewww

Biasa aku beli dengan suhaini sahar - ni nama fb dia la.
Dia ni mak kutu plus jual tudung Fareeda dan AJ juga.
Lepas tu semalam aku duk scroll fb nampak la kawan Nas sama2 kerja kat sekolah cina dulu jual tudung AJ jugak.
Aku pun skodeng la fb dia - Hannah Adam Zaqwan

Rupanya dia memang ejen AJ yang jual tudung ni sepenuh masa.
Aktif join booth AJ kat mana2 event pun.
Aku usha album tudung dia.
Banyak seh pilihan tudung AJ yang aku belum ada lagi.

Nak pulak design yang aku nak masa beli ngan Suhaini Sahar ari tu dah sold out, tapi kat Hannah Adam Zaqwan ada pulak....ermmm....memang tak pikir panjang dah la kan
Apalagi, kasi sambar la kan 6 helai jugakkkkkk
Black label 3 helai, polkadot selai stripe 1 helai.
Polakdot dan Stripe masing2 RM35 sehelai
Dia pos semalam dah sampai dah petang tadi.

Corak songket pun ada tapi warna yang aku nak dah abis
Kot2 dia restock nanti aku nak sambar la.
Katanya dalam minggu ni nak release new design 2014
Tak sabar plak nak tengok mana rupa dia kan.
Teaser dia pun dah mengancam oullsss!!
Hari2 la aku duk usha fb makcik ni ha..
Hahaha...

Nas pun perasan tengok aku tak usik pun tudung awning yang bergantung lemau kat bilik belakang tu.
HAHAHAHAHA...
Tapi yang dia suka aku dah tak amik masa yang lama untuk bersiap.
Lepas tu dia dah tak de dengar dah rungutan aku malas nak bersiap bila ajak keluar jenjalan tu kan.
Bukan merungut apa...MALAS nak gosok tudung segala..haha

Sekarang ni semua senang
Sekejap je dah siap
Sama siap dengan Nas lagi..tu yang suka bebeno tu.

Tudung AJ pun boleh pakai style lilit jugak ala2 shawl gitu kan
Lagi nampak cun sebab kain senang bentuk kan.
Lagi 1, pakai tudung bawal ni nampak la keremajaan sikit kan.
Boleh la perasan iolss masih masih student lagi
Gitewwww :)



Ni antara koleksi AJ yang aku ada.
Tu je yang aku rajin nak susun...haha
Kebetulan sampai yang baru beli semalam aku snap je la sekali


MOTIP???


Korang yang mempunyai minat yang sama seperti aku, boleh la shopping dengan Hannah Adam Zaqwan tu.
Banyak lagi tau stok die 
Dia rajin updated stok :)

Ok..tu je nak share :) :)

Wassalam :)






12 comments:

  1. salam sis..nk preloved kat kite x buterfly black tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam. xnak la awk...sayang la :)

      Delete
  2. Assalam Sis.nak tanya,kalau sy nk jd agent tudung aidijuma ni mcm mana?

    ReplyDelete
  3. Sis kalu nak let go whatsap sy k 0197343286 :)

    ReplyDelete
  4. as salam sis..nk beli tudung aj ni leh g insta akk sy..dia pn jual jgk..leh la tgh ye.. juliana johar

    ReplyDelete
  5. Wah! Dh byk koleksi la,cn pn br nk berjinak2 dgn aj ni,mmg best

    ReplyDelete
  6. bnyknya AJ...yg OS ni org jual ratus2 dah skrg kan...kita pulak baru nak berjinak2 dgn AJ ni...mmg xmerasala yg OS pnya ...

    ReplyDelete
  7. bnyknya AJ...yg OS ni org jual ratus2 dah skrg kan...kita pulak baru nak berjinak2 dgn AJ ni...mmg xmerasala yg OS pnya ...

    ReplyDelete
  8. sis.. os butterfly tu tak nak letgo ke? teringin nak merasa ..hehe

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Sesiapa nk beli tdg prelove..sue ad jual... gold label dan black label yg dimond love n japaness songket

    ReplyDelete