About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, February 13, 2014

Aku dan Kasut Tumit Tinggi

Assalamualaikum

Dulu masa bujang aku suka gile dengan kasut tumit tinggi.
Padahal memang dah dilahirkan tinggi tapi tetap suka pakai kasut tinggi
Abah aku memang pelik sungguh dengan minat aku yang 1 ni.


Dah la tinggi pakai lagi heels
Tak mendongak orang nak tengok aku
Kawan2 yang pendek tu kan selalu la cakap
Cah, ko duduk la, sakit ar leher aku sembang ngan ko


Kalau gi ukur baju wat baju kurung kan pun sama
Makcik ngukur tu mesti kata cam ni
Adoii....lenguh tangan acik nak ukur tinggi kamu ni
Labuh baju pun panjang, labuh kain pun panjang
Sakit pinggan nak bongkok sakit kaki nak jengket
Hihihihihi....


Masa zaman sekolah pakai heels masa pegi kenduri kendara atau hari raya je la
Sebab mana ada duit beb
Semua pak tanggung lagi
Masa nak raya je la abah bagi duit suh beli pakaian raya siap kasut semua.
Pastu kasut tu la duk lenjan pakai kenduri segala sampai la lunyai.


Pastu bila dah sambung belajar, dah ada duit poket sendiri walaupun tak banyak mana pun.
Nak2 pulak memang aku stok kene jimat sebab famili bukan orang senang nak masuk duit tetiap bulan.
Aku pulak memang payah nak minta duit kat mak ayah
Rasa segan, macam tak patut aku minta sebab dah de ptptn kan
Bila abah call tanya ada duit tak, cukup nak beli makanan, buku semua?
Abah aku paling risau bab makan ngan buku je
Takut sangat aku tak cukup duit nak beli makan atau nak bayar duit buku.
Tapi Alhamdulillah berkat didikan abah sepanjang membesarkan supaya menghargai duit sangat2 aku amalkan sampai lah dah jadi mak orang.

Ok...back to topic :)

Tapi masa belajar pun aku tak banyak beli heels gak
Aku juz beli bila aku rasa teringin je.
Sebab utama adalah saiz aku amattttt susah nak cari
Tak paham betul la aku.


Tinggi aku 172cm, tapi saiz kaki bapak beso
Aku kata bapak beso sebab ramai orang bile tengok kasut aku semua kata besonyeeeee
Bukan la beso tapi panjang
Saiz aku biasa pakai saiz 10
Saiz 9 tu ada jugak tapi tengok cutting dan pattern la
Biasa kalau kasut flat saiz 9 muat dah
Tapi kalau heel memang kene pakai saiz 10

Bila difikir balik, ada hikmah la aku susah nak cari kasut ni
Cer kalau kaki aku saiz 6 7 gitu tak penuh rumah ngan heel je???
Keje nak labur duit beli heel....ko dah gile???

Jadi bila susah nak mencari kasut tu kan, aku banyak jenjalan cuci mata je la
Bila ada berkenan tu tanya paling beso saiz apa, kebanyakkan saiz 8
Saiz 9 tu ada la beberapa jenis je tu pun limited gila
Saiz 10 memang tak de la
Tu masa zaman belajar la.

Bila belajar kat Shah Alam, lagi banyak la tempat nak cari kasut
Macam2 pesen pulak tu.
Tapi masalah yang sama tetap la ada kan
Tetap susah nak cari kasut.
Mudahnya sebab Shah Alam bandar beso pastu banyak mall, banyak butik kasut

Aku biasa terjah Nose je la
Sebab nose je la ada kasut sampai saiz 10 dan ada beberapa pattern saiz 11.
Masuk Vincci memang tak de saiz aku
Memang ada beberapa kasut dia saiz 10 tapi limited sangat2 dan cutting die kecik sikit dari saiz 10 standard yang aku pakai.

Telinga aku ni memang dah biasa sangat dengar budak2 salesgirl cakap
Ishhh...kaki awak ni kaki oversea
Kene beli kat butik KLCC kak, banyak kasut saiz oversea.
Huhhhh....semata-mata nak terjah KLCC memang bukan aku la

Tapi bila aku tengah usha tu, ada pulak berkenan kan
Lepas tu tanya saiz ada pulak saiz 10
Lepas tu test sarung sedang elok kat kaki
Catwalk sat depan ceromin, rasa confident aku lawa bila sarung heels seksi itu
Memang tak cakap banyak confirm akan beli
Sebab memang tahu payah dah nak jumpa lepas ni
Tengah ada tu elok la beli...haha

Begitulah juga bila dah mula pegang duit sendiri
Dah mula bekerja
Aku rasa cam lagi seronok membeli guna duit hasil titik peluh sendiri.
Dan yang seronok tu boleh beli yang mana kita memang idam-idamkan selama ni
Tapi sebab pikir duit tak dak masa tu tahan kan je la
Dah pegang duit sendiri rasa cam mampu la beli

Makin lama makin mudah nak cari kasut saiz besar
Mungkin permintaan untuk kasut saiz besar ni semakin bertambah kot kan
Atau zaman la ni ramai pompuan tinggin-tinggi kot...haha
Jadi kat mana2 kedai dah ada sampai saiz 12 pun ada.

Jadi masa nak kahwin urusan cari kasut pun jadi senang
Kasut kat butik pengantin memang bukan saiz aku la
Paling beso pun saiz 7 je
Huhuhuh....


Pas kahwin 1 container heels aku angkut bawak ke kuala selangor
Tapi semua tak pakai kecuali heels yang 2 inci tu je
Heels tu aku guna masa majlis kahwin
Terus wat pakai jalan2 sebab rasa sedap di kaki.


Tapi sejak dah berkahwin perasaan aku terhadap kasut heels makin kurang.
Last aku sarung heels masa Alauddin 5 6 bulan macam tu
Masa tu pergi kenduri kawin ex roomate aku.
Tu pun heels yang 2 inci kegemaran aku tu la.


Sampai la sekarang aku tak sarung heels dah
Langsung tak bernafsu tengok heels
Kasut yang aku pakai skang tapak rata je
Itu pun berkenan time raya tahun lepas
Jalan2 kat IOI Mall, tengok ada sandal Hawkeye
Tanya2 ada pulak saiz 10
Bila pakai rasa selesa sangat plus tapak die lembut.
Jadi hak milik la lepas tu kan :)


Jadi sekarang ni itu la kasut yang disarung setiap kali keluar ke mana-mana
Semua heels aku memang tak berusik sejak setahun setengah yang lepas
Tak tahu macam mana rupa dia dalam container tu.
Nas dah tanya banyak kali dah apa nak buat dengan kasut aku tu
Kalau memang tak pakai elok la bagi kat orang
Nas suh bagi kat adik2 aku
Sebab kasut aku memang dalam keadaan yang elok
Sebab banyak kasut jadi setiap jenis tu jarang pakai
Ada 2 3 pasang tu memang sekali 2 je la pakainya
Jadi keadaan dia memang elok sangat
Kecuali yang heels 2 inci tu je yang memang dah lusuh
Sebab aku selalu lenjan yang tu.....huhu


Tapi kalau ikutkan memang tak elok amalkan pakai heels selalu
Sebab pemakaian yang berterusan boleh memberi kesan pada tulang belakang kita
Lagi pula dah jadi isteri dan mak ni, lagi la tak elok untuk struktur badan kita yang semakin meningkat usia in.
Kira ada bagusnya juga la aku dah tak pakai heels kan.


Dalam adik beradik pun aku sorang je la yang ada kegilaan dengan heels.
Adik perempuan yang lain tak de pun minat heels
Syikin suka sandal dan sneakers je.
Farah dan Syuhada ada masanya suka heels tapi die lebih minat wedges
Deme lagi banyak wedges dari heels.
Ila pulak suka sandal je
Yang 2 orang pompuan lagi tak nampak lagi minat arah mana
Tapi nasib baik juga adik badik aku memang semua stok kaki beso2 dan panjang
Dah kata semua tinggi2 belaka
Syikin je la kaki kecik sikit saiz 7
Ila dan Syudaha macam aku la, saiz 10
Farah saiz 8.

Itu je la kisah aku dan heels
Hihihi

Lama dah peram entry gi Penang ari tu, tapi pic banyak dalam hp Nas pulak
Nanti la baru publish ye

Wassalam :) :)


1 comment:

  1. Adik kite pun mslh sama. Sudahnya g cari dkt bahagian org laki. Besoo nau kakinyee sb tuannya tinggi haha

    ReplyDelete