About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, February 3, 2014

KES DUIT

Assalamualaikum

Hari ni baru la boleh menarik nafas dengan lapangnya.....
Setelah menanti selama 19  hari
Dengan penuh sesak
Dengan penuh tanda tanya
Dengan penuh debaran
Dengan penuh kerisauan
Selesai juga perasaan tak tenang dan libang libu aku ni
Alhamdulillah....


Alkisahnya begini....

Ada seorang customer aku berbangsa cina
Dia mula2 beli bulan 12 tahun lepas.
Lepas tu dia rasa best lepas dapat barang so dia repeat order pada bulan 1 baru ni

Dia kata nak pakai untuk raya cina
Aku pun bagi la invois kat dia kan.
Masa awal minggu bulan 1.
Kira lambat lagi la nak raya cina kan.

Lepas tu seminggu dia diam je tak de respond apa2 lepas aku bagi invois.
Tak lama lepas tu dia mesej aku tanya pasal order dia masih ada lagi tak
Aku cakap ada 2 kod yang dia nak dah sold

Dia ok je sebab dia paham bisnes aku memang tak amik booking
Jenis bayar dulu dia punya la sebab kebanyakkan item selling fast
Jadi dia pilih kod lain dan aku bagi invois baru.
Total dia beli rm200 semuanya.

Dia kata dia memang confirm nak beli sebab nak pakai masa raya cina
Jadi dia minta aku simpankan
Nanti dia dah bank in dia inform

Hari yang sama dia mesej tanya akak sempat tak nak pos hari ini
Masa tu jumaat petang 10.1  pukul 3 lebih macam tu.
Aku cakap sempat kalau bank in sekarang sebab akak tengah packing barang.
Dah bank in inform akak then bagi siap2 alamat nak pos

Lepas tu dia mesej lagi kata alamat tu dia tak confirm nak guna alamat rumah mak dia atau kawan die
Sebab esok tu (sabtu) dia kene outstation ke kota kinabalu, dalam 3 minggu.
Aku cakap macam tu bagi alamat ofis suami je la
Dia kata dia dan suami dia sama2 outstation ke KK sebab company sendiri.
Ohhh....baru la aku paham.

Sudahnya dia tak sempat nak bank in hari tu sebab tak sempat nak ke mesin atm masukkan duit.
Dia tak de maybank dan cimb
Jadi kene kuarkan duit dari bank die then masuk guna mesin deposit.

Petang esok dia call kata dia akan bank in secepat mungkin.
Hari itu juga dia dah nak gi KK dah
Dia kata KK susah mau cari bank
Sebab dia kene keluar ke bandar baru ada bank
Tempat dia tinggal tu pedalaman sikit.

Ok la....aku kata nanti apa2 inform je sebab masih ada 3 minggu lagi nak raya cina
Jadi sempatlah nak pos baju2 anak dia.

Selasa 14.1 dia call aku tanya dapat payment tak
Aku cakap berapa amount masuk
Dia kata rm200
Aku cakap belum ada terima
Dia kata dia ada inform sepupu dia minta tolong masuk duit kat aku
Pastu dia tanya ada tak sepupu dia mesej aku
Aku cakap belum terima apa2 mesej
Jadi dia kata mungkin sepupu dia belum bank in lagi.
Nanti dia tanya sepupu dia

Khamis 16.1 aku cek maybank aku ada bayaran rm200 guna mesin ATM.
Jadi aku juz tunggu dulu kot2 ada yang akan mesej aku pasal bayaran tu
Tungu punye tunggu sampai 4 hari tak de juga orang mesej pasal bayaran rm200 tu.

Aku pun call la customer aku ni
Tapi dia tak angkat
3 kali call 3 kali tak angkat
Ringing phone tu ada tapi sampai 5 kali ringing terus senyap.

Aku pun sms dia tanya pasal sama ada dah buat bayaran atau belum.
Pun dia tak balas
Aku pun pelik jugak sebab biasanya dia jenis balas mesej segera.
Tak pernah pula ignore mesej2 sebelum ni.

Jadi aku ambil keputusan tunggu lagi dalam beberapa hari
Kot2 ada sepupu dia mesej aku

Aku confident dia yang bayar sebab tak de urusan dengan customer lain untuk nilai rm200
Hanya dengan dia je yang totalnya rm200 untuk transaksi minggu tersebut.

Dan selepas terima rm200 tu tanpa pemberitahuan dari siapa2 memang aku amat berjaga-jaga nak menggunakan duit dalam akaun aku.
Sebab dalam akaun aku ada duit orang yang tak diketahui siapa punye
Memang asing siap2 la rm200 tu sampai la aku tahu siapa tuannya
Punye la risau sapa la bank in kat aku tapi tak kabo
Jenis aku kalo boleh lepas bayar nak terus pos je
Selesai dah urus niaganya kan.


Minggu akhir sebelum cuti raya cina aku masih usaha call lagi customer ni
Tapi macam selalu tak berangkat dan mesej juga tak berjawab.
Aku hantar mesej kata Jumaat 25.1 last aku pos barang untuk sampai sebelum raya cina tu.
Kot2 la dia perasan mesej aku tu kan
Mesti dia akan respond sebab kata nak pakai untuk raya cina.
Tapi nan hado......senyap tak berbalas.


Aku menunggu lagi dengan penuh kerisauan dan ketakutan sebab duit orang dik oiiii
Gila ko tak cuak!!
Aku sampai dah abis ikhtiar dah
Aku cakap dengan diri aku
Kalau sampai bulan 2 ni tak de orang inform pasal payment rm200 tu aku nak masuk dalam wakaf atau sedekah je la.
Simpan lama2 risau pulak sebab aku berurusan dengan duit setiap hari
Nak beli stok bagainya kang terguna terpakai terusik memang jenuh la
Dah la bukan hak aku pun sebab tak tahu sapa bayar dan untuk urusan apa kan.

Akhirnyaaaaa....
Pada hari ini aku tergerak hati nak call dia untuk kesekian kalinya.
Aku call pagi tadi tak berangkat
Tapi ringing dia berbunyi panjang sikit macam kebiasaan kita call orang.
Lepas tu kalau tak berangkat akan ada suara awek kata suh masuk voice mail je kan.

Kalau sebelum ni bila aku call ringing 5 kali je lepas tu terus senyap tak de bunyi apa
Suara awek suh tinggal pesan kat voice mail pun tarak

Jadi bila aku call 2 kali tak berangkat aku pun fikir
Tak pe la....sat gi aku mesej dia tanya pasal payment tu kan
Sebab pagi tadi aku call dia sambil vacuum rumah
Hahahhahahaa....jadi pikir lepas siap vacuum aku mesej la dia

Tak lama lepas tu ada mesej masuk kata may i know who u are?
Aikkk.....biasa dia memang kenal setiap kali aku mesej tu.
Aku pun terus call dia cakap ini kak aisyah yang u beli barang baby

Terus dia kata
Akaaaakkkk....sorry banyak2
Ada banyak mende jadi pada saya
Sampai saya hilang terus semua mesej2 saya dengan akak

Dia pun cerita la apa yang jadi kat dia
Dia kata masa sampai KK line internet teruk
Jadi dia tak dapat nak online transfer
Lepas tu barang2 dia kene rompak termasuk la handphone dia
Dan sekarang pun dia masih di KK lagi selesaikan kerja mereka suami isteri dan company selepas kejadian rompakan itu.
Sambut raya cina pun kat KK dia kata....huhu

Jadi dia lost no aku
Nak online internet tak de langsung
Kalau boleh online dia boleh ambil no phone aku kat fb kan

Jadi dia macam hilang arah la
Dia kata dia memang berharap aku akan call dia atau sms dia
Sebab baru semalam dia dapat no lama dia balik
Tapi tak de maklumat apa2 la....kosong

Kiranya hari ni memang bertuah la dapat bercakap dengan dia
Boleh meleraikan kekusutan yang melanda jiwa dan sanubari aku ni.

Aku pun tanya pasal order dia
Dia kata akak....sepupu saya tak de inform akak ke kata sudah bayar
Sebab dia kata dia sudah masuk atm mesin beberapa hari selepas saya inform akak itu
Dia kata dia masuk mesin duit bukan transfer
Dia masuk mesin lain terus maybank akak

Aku tanya dia ingat tak bila dia masuk duit
Dia kata sepupu tak ingat cuma dia kata belas2 macam tu.
Dia kata dia masuk rm200

Aku pun kata ok la.....akak ada terima bayaran rm200 tu pada 16.1
Dan maklumat itu pun memang cakap melalui mesin deposit dan bukan mesin deposit maybank masuk akaun maybank.
Jadi, maklumat dia bagi sama la macam maklumat yang aku ada.
Dah jelas la semuanya

Jadi, aku rasa lega yang amat sebab masalah duit tu dah selesai.
Petang ni aku akan pos semua barang2 dia direct ke ofis gdex xpress Melaka
Sebab dia masih di KK jadi dia minta kawan dia tolong ambilkan kat ofis gdex je.
Alhamdulillah.....selesai dah masalah
1 bahagian orang lain dalam hasil perniagaan aku dah diketahui dan diselesaikan
Legaaaaaa.....

Selepas melalui perkara ini,  terpikir la dalam kepala hotak aku ni
Macam mana ye perasaan orang yang biasa menipu orang di alam maya ni?
Yang jenis suruh orang bank in duit dalam akaun die lepas tu senyap membisu tanpa khabar berita
Yang jual barang tu mana barang yang dijual?
Atau kalau main kutu mana duit kutu bila sampai giliran?
Senyap begitu je
Dan kebanyakkan kes tu langsung tak dapat dikesan.
No phone dah tak dapat dihubungi
Bagi alamat pulak palsu
Tak tahu hilang ke mana

Deme tak de rasa apa2 ke dalam hati deme lepas kebas duit orang?
Tak rasa bersalah ke?
Tak rasa takut ke?
Tak rasa jahat gile babeng ke amik duit orang lepas tu wat bodo cam tak pape je?

Mungkin betul la kot kata ustaz ustazah dan para alim ulama

Kalau dah biasa makan mende haram
Dah memang jadi darah daging
Buat lah dosa apa sekalipun memang tak de rasa apa dalam hati
Sebab iman itu memang dah tak de, dah hilang, dah lenyap dalam diri dia.
Jadi memang hati kosong, hati kering je la bila buat dosa hatta memakan hasil titik peluh orang lain tanpa izin atau dengan cara yang batil macam mencuri.

Ada orang suka berprasangka begini
Salah penjual la jahat, suka makan duit orang
Memang online seller jenis berniaga nak makan duit orang
Online seller paling senang tipu orang, makan duit orang

Kan habis semua online seller dia cop jahat suka makan duit orang
Memang ada tapi bukan semua
Kalau ada 1000 orang penjual mungkin suku tu ada yang niat jahat dan baki lagi tu ikhlas dan memang berniat baik dalam berniaga.
Kesian kat penjual yang memang niat baik lagi murni untuk berniaga tu.
Macam diriku ini....huhu

Tapi aku belum lagi berhadapan dengan situasi orang tanya kak....akak pernah tipu orang tak?
Hahahaha...selamba kan soalan dia
Ada beberapa kawan aku pernah kene aju soalan macam tu.
Nak salahkan atau marahkan dia tak boleh juga
Sebab dia pun sedang berjaga-jaga juga
Cumanya soalan dia agak bombastik sikit ja

Aku biasa customer yang baru2 nak beli la
Tak pernah beli online
Depa ada la tanya kak....memang confirm akak pos barang saya kan?
Nanti akak bagi tracking no ye
Sebab saya tak pernah beli online lagi
Takut juga ni.....hihi

Ayat macam tu biasa la aku hadap
Bila tanya pernah kene tipu ke?
Dia kata tak pernah
Tapi ada kawan / sedara mara / ofismate pernah kene tipu
Tu yang saya risau juga

Biasa aku cakap in shaa Allah....akak berniaga jujur.
Memang berniaga barang
Orang bayar akak terus pos
Kalau barang tak de akak inform awal2 then boleh decided nak tunggu barang sampai baru bayar then pos
Atau nak bayar dulu, then sampai barang akak terus pos
Pilih la mana2 yang rasa senang pada dia.

Biasalah.....aku sendiri yang suka beli online pun memang amik langkah berjaga-jaga
Sampai la aku sendiri rasa yakin baru aku mula berjual beli.
Aku kalau survey memang amik masa jugak
Tak de jenis tengok je minat terus beli

Dan kebanyakkan yang beli dengan aku pun yang pernah membeli sebelum ini
Dan yang baru membeli sebab kawan2 duk promote kat dia
Kiranya ada la rasa yakin tu kan sebab kawan2 dah pernah beli sebelum ni

Ok la....merepek banyak sangat dah aku ni
Hahahahhaha....


As-salam  :) :) :)















No comments:

Post a Comment