About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Sunday, February 2, 2014

RAWAK :)

Assalamualaikum

Minggu ni aku rasa banyak beno cutinye
Nas pun kata gi pejabat cam main-main je...haha
Ye la, gi Penang hari Ahad sampai Selasa.
Rabu pulak dia mesyuarat kat Kajang dari pagi sampai petang.
Khamis sibuk dengan urusan pejabat.
Lepas tu Jumaat dah cuti raya cina pulak.
Keje pejabatnya bertimbum-timbum.
Sudahnya sabtu ahad ni kami berkampung lagi la kat ofis dia.

Sejak ditukarkan ke unit baru ni selepas balik dari kursus 6 bulan dia tu, kerja dia bertambah sibuk.
Sebab unit die besar dan antara unit utama dalam urusan pejabat tanah.
Tapi yang bagusnya dia jarang kerja luar atau lawat site macam sebelum ni.
Kiranya life dia banyak dalam pejabat.
Tu yang macam2 kelengkapan dia belikan untuk bilik dia
Konon nak bagi feeling macam kat rumah sendiri la.
Hahahaa...

Khamis ari tu mama call kata nak mari sini
Tak de sebab lain confirm rindu cucu nan sorang ni.
Tapi mama mungkin tido semalam je la kat sini sebab sabtu pagi mama ada order makan dari cikgu sekolah lama.
Dia order makan untuk sedara mara je bukan untuk majlis kahwin tu.
Dia nak buat kenduri kahwin pastu jemput mama sekali datang kenduri die tu.
Jadi esok mama kene balik untuk prepare barang2 masak la

Proses bukak restoran mama pun dah banyak siap
Tunggu kelulusan dari majlis perbandaran sepang je
Lepas cuti raya cina ni boleh la beroperasi kata mama.

Minggu lepas balik Manjung
Sabtu balik tido semalam
Ahad tu kami gerak ke Penang.

Mak abah nak pindah ke rumah lain
Sebab nak rasa suasana baru katanya.
Plus abah kata dah 10 tahun dah abah menyewa kat situ.
Tapi pindahnya tak jauh pun
Taman seberang jalan rumah lama ni je.

Jadi balik baru ni rumah memang dah banyak yang berbungkus segala barang2
Kami sempat la angkut suku barang bawak masuk rumah baru.
Wan balik Isnin ari tu nak tolong abah angkat barang2 besar.
Barang besar tak banyak pun cuma barang2 niaga abah la
Wan kudrat beso jadi mudah la kerja mengangkat tu
Tadi call kata tinggal dapur kulit kat belakang rumah tu je lagi tak berangkat
Yang lain dah abis angkat dah

Deme pun dah dekat seminggu dah tido rumah baru.
Ok katanya rumah baru tu
Aku ari tu sempat angkat peti ais je.
Bukan la aku yang angkat.
Nas ngan abah la angkat...haha
Jumaat baru ni last la angkat semuanya
Sabtu dah boleh cuci rumah lama.

Alauddin skang ada beberapa perangai baru.
Memang asalnya dia suka dengan buku.
Dia suka menulis
Nak2 kalau menulis bersama-sama aku kat atas meja jepun tu.
Dan barang wajib ada bersama beliau adalah calculator.

Sambil menulis tu sambil menekan calculator.
Lepas tu minta form poslaju tu konon nak tulis alamat.
Nanti time aku packing barang dia akan cari balik form poslaju yang dia conteng tadi
Pastu minta plastik poslaju, amik barang2 yang aku tengah kumpulkan tu
Pastu masukkan barang dalam plastik, amik form, masuk dalam poket plastik tu.
Then kumpulkan kat tepi pintu rumah sebelum aku packing semua masuk dalam plastik besar.
Begitula rutin budak sorang ni.

Jadinya, masa balik Manjung baru ni kami ke Econsave
Tengah jalan2 tu Alauddin nampak buku mewarna otomen.
Terus la becok nak jugak buku tu.

Aku bagi dia pegang sendiri buku bawak ke depan.
Sambil berjalan tu dia bercakap2 la dengan otomen dia.
Pesen dia suka panggil orang yang dekat ngan dia ketika tu then tunjuk apa yang tengah tengok
Masa dia pegang buku tu, abis la dia cuit abah dia
Abah...abah...ni..ni...tomen...
Lepas tu cuit mama
Ma...ma...tomen...hiiiyyahhhh
Lepas tu cuit Mak Su Jannah
Bah...bah...iiiyyyahhhh

Mula2 nas kata tak yah la beli buku sebab takut hangat2 taik ayam je sukanya
Sat gi ntah mana dia campak buku tu.
Tapi tengokkan minat dia tu beria sangat belikan je la

Sampai rumah abis dia tunjuk kat atuk opah makcik2 dan pakcik die otomen die
Pastu mak su jannah plak bawak kuar pensil warna ajak mewarna sekali dengan dia.
Mak teh pun join sekaki.
Jadi 3 sekawan mewarna bersama-sama

Memang ralit sungguh
Berejam-jam sesi mewarna deme
Aku dan paknya duk lepak je la
Dapat la merasa rehat lama...haha

Langsung dia tak cari mak pak dia
Suka sangatlah mewarna tu
Dekat pukul 11 malam, mak su jannah nak simpan pensil warna dah sebab dah nak tido
Tapi dia marah, kata tak boleh, dia nak lagi.
Layankan je la

Dah dekat pukul 12, opah pun dah bentang toto nak tido kat luar sebab bilik tengah kemas2
Mula2 marah gak orang nak simpan buku ngan pensil warna
Tapi bile tengok opah mari bawak toto, dia suka nak guling pulak
Baru bentang separuh dah bergolek atas toto.

Jadi, masa kami ke Penang, kami angkut sekali buku otomen tu dalam beg tangan aku
Dalam bilik penginapan dia duk sambung ralit tengok otomen la
Tapinya kami tak beli pensil warna
Dia biasa tulis dengan pen je
Tapi sebab malam tadi die guna pensil yang berwarna warni, jadi dia tak nak pen dia nak pensil warna.
Buku tu dia tak conteng pun.

Kami ni asal keluar je konon nak beli pensil warna tapi asyik tu jugaklah terlupanya.
Sampai la sekarang ni masih belum beli lagi.
Nas kata nak beli lagi la buku mewarna kalo memang dia suka mewarna tu.
Lepas tu beli pensil warna biar dia conteng atas buku tu.
Bila ada minat baru ni seronok la sikit
Sebab dia biasa main bola dan block lego dia je
Lain dia tak minat sangat.

Aku nak cari buku mewarna upin ipin
Sebab dia suka 2 benda ni je
Upin ipin dan otomen.
Lain katun dia tak layan pun
Boboiboy pun dia tak minat

Ada tengok beberapa blogger dia ajar anak main tepung
Tepung tu wat warna warni
Kira main sambil belajar la kan
Aku pernah buat untuk Alauddin
Masa tu bancuh nak buat donut, tapi asing sikit untuk bagi dia main

Tapi Alauddin ni penggeli la pulak
Dia tak suka mende lembik2
Mainan lembik2 dan lembut gebu pun dia geli
Bagi dia pegang tepung tu, dia kata eeeeeee....
Pastu aku saja la main gentel2 tepung tu
Dia iku tapi asal pegang sikit kesat tangan kat baju cam orang geli terpegang taik plak
Main2 jugak tapi asyik duk kesat tangan kat baju je

Pegang pun hujung jari je
Pastu kalau ada sisa tepung kat tangan
Ma...ma...eeeeeee....annak
Memang kene buang cepat2 kalau tak selagi tu la duk eeeee...eeeee

Sudahnya aku pikir tak sesuai la tepung tu dengan dia.
Tapi aku rasa kalau aku wat keras sikit boleh kot
Masa tu mungkin bancuhan tepung aku lembik pada dia
Lepas ni kene wat kental sikit.


Blocks pun dia dah pandai main
Dulu masa awal2 beli dia tak usik pun
Bila aku ajak main, dia tengok je aku bina2 ikut kad dalam block bagi
Lepas tu bila aku kata siap dahhhh
Dia tepuk tangan lepas tu robohkan
Tu je la keje dia

Aku pasan sejak minggu lepas dia suka main block tu
Aku susun blocks tu kat atas palang  rak giraffe dia
Jadi agak tinggi la dia nak amik sebab bawak kotak blocks ada kotak mainan lain
Jadi setiap kali nak main blocks dia akan minta la

Jadi 2 minggu ni duk main blocks je la
Lepas tu tengok buku otomen dia
Lepas tu main bola
Lepas tu main block balik

Cumanya sekarang ni dah pandai susun blocks sendiri
Dia tak bina la apa2
Cuma dia suka susun blocks tinggi2
Sampai la blocks tu jatuh sendiri sebab susunan senget atau sebab susun tak sama saiz
Tapi mulut die mengomel sengsorang la
Susun 1....yeayy...andai...susun 1 lagi...yeayy...andai
tepuk tangan....aku layankan dia tepuk tangan je la sebab sian tengok tepuk tangan sengsorang
Hahahaha

Cuma whiteboard je belum disentuh secara total oleh Alauddin
Mungkin tak sampai seru lagi kot
Ada je whiteborad tu kat sebelah rak toys dia tapi tak disentuhnya.

Nas pernah bebel jap tengok aku beli whiteborad
Sebab dia kata mesti mahal tu sebab kalo beli kat kedai alat tulis murah je
Dia nak beli yang siap lekat kat dinding
Yang aku beli ni berkaki, boleh lipat kalau tak nak guna
Kira sandarkan je la kat dinding kan
Boardnya ada 2 muka, 1 papan hijau 1 papan putih
Jadi boleh guna kapur dan marker.
Tak pe la...dah selamat beli dah pun....hoho

Hari Ahad yang damai ni pun masih berkampung di pejabat nas.
2 minggu ni dia akan berkursus kat Tanjung Malim.
Mana urgent kene siapkan awal.

Hujung minggu  kebelakangan ni aku tak masak sarapan
Pagi sabtu dan ahad kami akan beli nasi lemak kat gerai2 dekat2 sini lepas tu makan kat ofis nas
Dalam pukul 2 ke 3 petang kami balik la
Tapi biasanya memang akan keluar berjalan-jalan pula.
Tak la shopping ke hapa....juz jenjalan 3 beranak.
Kadang2 tu nas saje2 ajak makan luar
Ada gak masanya 2 hari berturut dapur tak berasap
Rasa best plak ada aktiviti macam tu sekali sekala.
Tapi hari ni aku nak masak
Rasa rindu lama tak masak...haha
Tadi dah shopping sayur2 segar kat pasar
Excited la nak masak kan :)

Ok la.....
Saje nak ngomel2 hujung minggu

Selamat bersantai untuk korang semua :)

As-salam :) :) :)

No comments:

Post a Comment