About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, March 26, 2014

5 Hari di Wad

Assalamualaikum

Alhamdulillah
Syukur Rabu 26 Mac aku dapat jugak discharge dari Hospital Sungai Buloh setelah berkampung selama 5 hari.
Admitted wad pada Sabtu dan discharge hari Rabu.

Tempoh yang sama ketika aku bersalinkan Alauddin 2 tahun yang lepas.
Admitted wad pada Khamis dan discharge pada Ahad.

Rindu dan risau pada Alauddin membuak2
Sabtu malam nas kata Alauddin ok, tiada masalah untuk tidur.
Tidur malam juga nyenyak
Cuma terjaga jam 3 pagi nak nenen katanya
Selak baju nas tengok tak de nenen merengek kejap
Pujuk2 sambung balik tido
Pastu bangun sekali lagi jam 6.30 pagi rengek kejap sambung tido balik

Petang sabtu lepas confirm kene admit wad untuk pemantauan dalam tempoh 48 jam aku terus call mak aku
Cerita masalah apa aku kene admit wad
Biasalah mereka akan risaukan Alauddin yang tinggal berdua dengan Nas
Lagi pula Alauddin masih menyusu lagi

Malam sabtu pukul 10 lepas abis berniaga abah terus bertolak ke Kuala Selangor
Dalam kul 12 abah sampai
Masa tu Alauddin dah tido dah
Abah beli satay hut, makan jap ramai2 baru tido

Aku memang risau dan kesian tengok nas jaga Alauddin
Ye la...biasa memang aku yang jaga
Nas biasa mandikan suap makan ajak main perkara biasa seorang bapa lakukan dengan anak2 kan
Tapi nak tinggal berdua dengan nas aku rasa kesian dan sedih sebab terpaksa susahkan dia.

Walaupun sungguh2 die kata dia ok je
Tak de masalah nak jaga Alauddin
Dia tak kesah pun sampai la masalah aku selesai
Tapi aku tetap rasa kenapa lah aku kene susahkan dia
Tapi dugaan Allah bagi nak uji tahap iman dan kasih sayang kami suami isteri

Pagi ahad Alauddin bangun tido die terus keluar dari bilik
Tengok2 kat depan ada ramai orang
Ada atuk opah mak ngah mak anjang ayah uda mak teh dan mak su tengah tunggu die bangun tido
Kemain melompat2 dia tengok orang ramai
Terus main tak ingat mama die
Mama tak sedih sangat janji Alauddin hepi tak termenung ingatkan mama
Itu mama lagi risau

Nas ada cerita
Last nas melawat sabtu malam pukul 8 macam tu
Budak2 bawah 12 tahun tak leh masuk wad. Hanya jumpa di lobi saja
Aku minta izin nurse untuk jumpa anak dan suami sekejap sebab suami datang berdua je dengan anak tak leh tinggal anak kat bawah
Lagipun nas datang nak anta beg baju aku
Jadi aku bertemankan sorang nurse untuk ke tingkat 2
Wad aku kat tingkat 6

Procedure sini ibu2 yang pakai baju pink kene guna wheelchair untuk keluar lebih dari wad
Jumpa Alauddin dari jauh die dah lari2 nak peluk mama
Pastu belek2 jarum kat tangan mama
Nurse bagi jumpa 15 minit je
Alauddin tarik tangan mama ajak keluar
Mama kata mama kene tidur sini 2 malam
Dia diam je

Masa nak balik tu nas bagi die tengok aku kene tolak dengan wheelchair
Dia babai tapi tak lama lepas tu nak minta turun dari dukung nak gi kat mama
Tapi nas pujuk
Makin lama makin jauh mereka 2 beranak
Air mata aku berjurai tak leh tahan
Nurse yang tolak memahami
Dia tanya anak sorang ye kak
Aah...anak baru sorang
Nurse biar je aku melayan perasaan sengsorang

Sampai rumah nas cite Alauddin diam je
Die jenguk bilik tidur kami
Die macam tunggu seseorang tapi die tak cakap apa2
Nas ajak die main then layan kartun
Dia ikut je
Tapi ada masa die memerhati sekeliling macam cari sesuatu tapi die tak luahkan
Nas cepat2 ajak die buat something tak bagi die hanyut dengan perasaan dia
Maafkan mama ye Alauddin sebab tinggalkan Alauddin seketika
Abah ada, abah pun boleh jaga Alauddin macam mama jaga

Masuk malam kedua cabaran bermula
Ahad siang tu Alauddin sangat aktif main dengam ayah uda dan mak su
Tengah hari tu deme datang melawat aku
Aku minta kebenaran untuk bawak Alauddin naik atas sebab nak menyusukan
Sampai kat bilik tetamu je nurse bagi
Jadi kami melepak di bilik tetamu

Masa ni Alauddin tak menyusu lama pun
Sebab die dah makan banyak mak kata
Padahal malam tadi punyela sakit nenen ni sebab penuh sangat
Dia engorge macam mula2 bersalinkan Alauddin dulu
Pukul 6 pagi aku terpaksa perah untuk kurangkan bengkak susu
Tapi susu tu Alauddin tak nak pun sebab die tak pernah minum susu dalam cawan
Memang dia tolak la
Jadi buang je la susu tu

Ahad malam tu nak tido tak de masalah
Tengok pocoyo dengan nas lama2 die terlelap
Ada la sikit merengek2
Video call ngan aku kejap
Tengok die merengek cam ngantuk je
Abah dah balik petang ahad tu
Sebab isnin abah niaga
Asalnya doc kata nak wat minor operation tapi sudahnya ditunda dulu sebab nak pantau keadaan aku

Jadi abah balik la dulu
Aku pun paham abah ada komitmen lain
Abah dah datang semalaman jauh2 pun dah syukur dah
Melayan alauddin, bagi dia happy semua kan
Tapi ikin dengan ikah tinggal kat umah aku Tolong jagakan alauddin dengan nas
Jadi kawan main alauddin
Ikin cuti sampai rabu je sebab bos dia kata tak leh cuti lama2 sebab ikin sorang je staff yang wat keje tu
3 hari ni pun dah banyak keje menunggu
Ikah je la tunggu sampai jumaat sebab skang masih cuti sekolah kan
Jumaat pulak abah nak ke kuantan ada kenduri anak mak lang, adik mak
Kira ikah ikut abah masa ari jumaat tu la
Abah singgah kuala jap

Ahad malam tu alauddin mula berjaga 2 3 kali
Dia panggil mama
Dia ajak nas kuar dari bilik cari mama
Nas cuba pujuk
Bawak die ke peti ais tunjuk air susu kotak
Dia minum sampak habis
Anak mama lapar.......:( :(

Lepas minum bawak ke bilik
Pujuk2 tido balik dia
Tapi bila nak letak atas tilam die nangis balik
Nak tido berdukung pulak
Nas layankan tido atas bahu
Dengan nas sekali tido bersandar sampai la ke subuh
Pukul 6.30 cam tu dia merengek lagi
Nas bagi air masak
Lepas tu die sambung tido atas tilam
Nas baru bole rehat sepenuhnya
Baring sambil betulkan lenguh2 di badan
Aku yang dengar ni rasa sedih sangat
Maafkan ayang ye abang
Terpaksa susahkan abang
Semuanya di luar kemampuan ayang
Pahala besar menanti abang sebab memahami masalah isterimu

Masalah atau penyakit apa yang aku sedang lalui nanti lah aku kongsikan ye
Tunggu semua isu ni dijelaskan sepenuhkan oleh doktor baru aku buat 1 entry pasal ni ye

Penuh kesabaran aku menanti jam 2 petang nak balik ke rumah
Tak sabar sangat
Alhamdulillah tiada yang serius

Nanti kita borak lagi ye

Wassalam :) :)

No comments:

Post a Comment