About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Sunday, March 23, 2014

Berpisah Seketika

Assalamualaikum

Tak pernah terfikir akan melalui pengalaman sebegini
Perkara pokok yang masih menjadi teka teki
Sebelah sini kata begitu
Sebelah sana kata begini
Yang pasti isinya sama
Huraiannnya sahaja yang berbeza

Aku??
Hanya berserah pada yang Maha Kuasa
Segala apa yang bakal diperkatakan aku sebolehnya akan berusaha untuk menerimanya
Mencuba untuk menelannya
Hanya mengharap mustajabnya doa seorang suami, mak abah dan keluarga mertua.

Suami mula menggalas tugas si ibu
Di samping melaksanakan tugas hakiki sang bapa
Anak menunjukkan sikap yang baik dan beri kerjasama pada si bapa
Ibu di sini sibuk bertanya itu dan ini
Semua pasal anak
Bagaimana keadaan anak?
Dah makan ke anak?
Makan apa dia?
Dah mandikan?
Bagaimana jika bangun malam hari mencari ibu?

Belum masuk pesanan setiap waktu
Mandikan anak sekian2 jam
Jangan lupa tukarkan pampers anak sebelum tidur
Jangan marahkan anak kalo die tanya mana ibu
Ohhhhh.....perasaan ini sangat2 menyesakkan rongga nafasku

Suami updated anak dah tido
Layan upin ipin golek2 terus lena
Perasaan aku sentap sunguh2
Pertama kali anak tido tiada ibu di sebelahnya
Yang mengharukan tiada susu ibu buat peneguk sebelum lena

Ikatan ibu dan anak itu kuat
Lekapannya selama 2 tahun 3 bulan tidak pernah diputuskan walaupun sekejap
Hari ini terasa kosong tiada dakapan hangat si anak
Tiada renungan romantis si anak sambil mulut menghisap syahdu
Tiada rangkulan tangan kecilnya di pinggang, mencubit lemak2 degil si ibu
Mencuit dan menggigit geram mengusik si ibu
Allah hu Akbar

Aku masih lagi terkebil2
Berbekalkan sehelai baju si anak di tangan
Mata masih belum mahu lelap
Menanti si anak dan suami tidur nyenyak
Mungkin hatiku lebih tenang begitu

Esok kita bertemu lagi sayangku
Harapnya tidak lama kita berpisah begini
Ibumu tidak kuat menahan rindu
Isterimu merintih2 keseorangan tiada teman disisi

Kuat ya anakku
Allah sedang menguji kasih sayang kita
Mungkin dengan berpisah seketika
Perasaan kasih dan rindu kita kian menebal

Tidurlah sayang
Tidurlah intan
Nyenyaklah kamu dalam dakapan abah

Wassalam



No comments:

Post a Comment