About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, March 19, 2014

Online Makanan Yang Sedap - AQILAH ZAIDEE

Assalamualaikum :)

Kan aku dah kata aku ni kaki shoppng online tegar
Dari bab pakaian, kasut, tudung, gadget, buku, wallet, jam, ubat-ubatan sampai ke bab makanan kebanyakkannya adalah aku beli secara online ajo
Alhamdulillah.....nasib baik masih menyebelahi aku :) :)

Kali ni nak share pasal 1 FB ni yang jual makanan yang maha sedap
FB belia nama AQILAH ZAIDEE
Perniagaan makanan beliau dikenali sebagai LITTLE KITCHEN HALAL BAKERY AND PASTRY
Bisnesnya hanya beroperasi di rumah sahaja.
Yang pasti service adalah TIP TOP
Mak Esah kasi 10 bintanggggggggggg

Aku memang dah jadi regular customer cik aqilah ni dah
Asal dia open je order untuk diposkan pada sekian2 hari aku la antara orang yang akan PM dia untuk order
Sampai cik aqilah ni dah paham bebeno dah dengan aku
Hihihi

Kami mula berurusniaga pada 20.9.2013
Masa ni cik aqilah open order untuk dessert dan pelbagai jenis cake dan brownies je.

Aku order Butterscoth Brownies  rm17 / pek


Pertama kali merasa tu memang sedap sangat2
Aku mengadap berdua je dengan Alauddin 1 pek tu
1 lagi simpan kat Nas
Rasa die lemak manis, kek yang gebu, berminyak cantik, memang melting abis la dalam mulut
Yang best air tangan Cik Aqilah tidak terlampau manis, lemak2 manis gitu




Selepas tu bermula la episod mengorder apa sahaja dessert yang boleh diposkan

Antaranya



Riquisimo Mars Chocolate Bar - RM16 / pek
Wajib order 2 pek ye....hihi

Yang ni paling aku suka
Cik Aqilah guna chocolate bar Mars tu untuk buat lapisan atas choc rice tu
Pastu yang bestnya simpan kat luar 2 3 hari pun masih dalam keadaan yang elok
Nas suka sangat dessert yang ni



Le Dulche Brownies rm18

Kek yang penuh dengan almond dan choc chips
Alauddin duk kutip almond ja


Soft marble nutella rm20 / pek

Yang ni baru sampai semalam
Sebelum ni Cik Aqilah just amik order untuk customer yang datang ambil di rumag atau COD sahaja
Baru minggu lepas beiau mencuba untuk edisi pos pula
Alhamdulillah, sampai dalam keadaan yang elok, tidak pecah atau terbaik keknya
Lega Cik Aqiah selepas mendengar perkhabaran dari customernye ini....hewhewhew

Rasa yang mengasyikkan seperti rupanya juga :) :) :)
Yang petak2 atas tu wafer dan taburan choc chips
Ada juga versi starberry ditabur atas brownies ni
Memang sedapppppp!!!


Selain dessert, Cik Aqilah ada juga buat masakan lain

Ibu sambal rm5 / pek (150g)


IBU SAMBAL

Sesuai dimakan terus dgn nasi lemak atau di buat pes masakan goreng2an 
Nasi goreng,mee goreng,kue tiaw goreng
 Masakan lauk pauk ( ayam masak kicap, sambal ayam,sambal kerang dan sebagainya)
TIADA BAHAN PENGAWET


Ibu sambal ni aku beli 5 pek
Sambal ni dimasak dalam tempoh waktu yang lama jadi jangan risau ye kalau takut sakit perut ke apa ke
Memang ibu sambal ni boleh simpan lama dalam peti sejuk
Kalau simpan dalam tempat beku boleh tahan sampai 6 bulan
Sebab cara memasak sambal sangat2 terjaga dan dititikberatkan supaya tahan lama





Daging Dendeng
RM22/250g


Keistimewaannya, daging segar dari ladang, daging batang pinang
Daging terbaik lagi empuk dipilih untuk dibuat dendeng ni
Tak silap aku makanan ni asal dari Nogori Sombilan
Tapi Cik Aqilah buat tak de la pedas mana, jadi boleh la makan seisi keluarga bersama anak-anak juga

Daging dendeng ni aku dah rasmikan semalam
Buat lauk dinner
Nas kata sedapppp....rasa macam aku masak 
Tapi bila aku kata bukan aku masak, beli kat online je
Dia kata...lorhhhh
Sebab dia tahu aku tak de beli daging pun....hahaha
Tapi makan dengan nasi panas2 memang terangkat




Keropok Lekor rm4 sepaket

Keropok lekor ni Cik Aqilah tak buat sendiri
Tapi ada pembekal keropok kat area Bangi tu yang buat
Jadi Cik Aqilah juz open order kepada yang suka makan keropok lekor
Rasa dia memang asli kopok Ganu la
Sedap, rangup dna yang penting tak bau hanyir
Goreng pun tak de meletop2 
Jadinya tak de la aku melompat-lompat kat dapur tu tanjatkan minyakkan panas
Pastu bukan jenis kopok hat banyak tepung, memang sedap
Sekali goreng sepeket tu boleh la makan untuk 2 orang dewasa dan seorang budak



Setakat ni itu aje la yang aku pernah order dengan Cik Aqilah ni
Dia memang buat banyak jenis dessert, tart, cake, brownies, cookies, kuih muih, masakakn tradisional dan segala macam jenis masakan tapi hanya beberapa jenis makanan sahaja yang boleh diposkan

Jadi, kalau yang duduk area BANGI tu lebih senang terjah je la rumah dia 
Cik Aqilah ni selalu terima order untuk apa2 event hatta dari agensi kerajaan pun ada order dengan beliau.
Tapi untuk makanan yang menggunakan pos, biasanya Cik Aqilah akan announce kat FB dia
Jadi masa tu la kita kene submit order kita

Biasanya bukan semua makanan Cik Aqilah buat dalam 1 hari
Tengok pada permintaan pada hari tersebut
Kalau ada order berskala besar untuk sesuatu event, Cik Aqilah akan open untuk order
Kiranya dia buat sekali harung je la
Mana2 yang tak leh pos tu memang kene amik kat rumah dia atau COD di kawasan sekitar tempat tinggal dia.
Mudah sangat berurusan dengan Cik Aqilah ni
Yang pasti mesti kome akan puas hati sangaaaaaat
Macam yang Mak Esah rasakan......muaahahahaha...

Jangan lupa lawat FB Cik Aqilah ye

AQILAH ZAIDEE

Nak order juz PM kat FB pun tak de masalah
Cuma kene bawak bersabar la ye menunggu respond dari empunya badan
Ada msanya beliau sibuk dengan tempahan
Ada masanya beliau sibuk dengan kelas masakan yang beliau anjurkan atau beliau sertai
Cik Aqilah ada buat kelas masakan jugak tau
Dan Cik Aqilah juga jenis yang tak segan menuntut ilmu baru dunia masakan sebab beliau seorang yang sangat passionate dalam bidang masakan dan memang impian beliau untuk bukak sebuah kedai bakery dan pastry 1 hari nanti
Semoga impian beliau dipermudahkan oleh Allah S.W.T. 
In shaa Allah :)



Jangan lupa singgah FB Cik Aqilah Zaidee ye :) :)

Wassalam



No comments:

Post a Comment