About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, March 14, 2014

Si Pusar 3

Assalamualaikum

Masa Alauddin lahir, atuk opah tok wan dan tok sibuk belek kepala dia.
Opah kata ada 2 pusar, tok kata 3 pusar.
Atuk tengok ehh...3 pusar la
Tok wan tak tahu berapa pusar sebab mata tok wan tak nampak...huhu

Lepas tu opah mengurut aku tu tengok kepala Alauddin
Opah kata 3 pusar ni
1 besar, 2 lagi kecik dan bersambung
Opah kata in shaa allah terang hatinya ni
Aminn....

Bila Alauddin makin besar, pusarnya makin jelas
Ada 3 dan sama seperti opah tu cakap
Aku pun tak sangka budak ni ada 3 pusar
Selalu tengok 2 pusar je

Orang tua2 kata budak ada 2 pusar suka dengan binatang berbulu
Mesra dan mudah membela binatang macam kucing, arnab, hamster, apa2 yang berbulu la
Binatang pun mudah dekat dengan deme2 ni
Orang tua kata la

Lepas tu orang tua kata orang 2 pusar ni serasi membela lembu ke kerbau ke kuda macam tu
Kira kalau membela tu menjadi la ternakannya
Lembu kerbau sihat, gemuk, cukup makan semua, tak renyah la nak menjaga.

Tapi bela kambing ada yang pusar 2 tak menjadi atau tak serasi
Ada yang kambing mati la, tak gemuk kurus kering je la, ada yang susah nak tahan lama la
Kata deme la

Tapi orang yang ada pusar 3 ni serasi dengan 3 binatang ni
Lembu, kerbau dan kambing
Paling serasi kambing
Sebab aku pernah tanya orang yang bela kambing ni susah ke bela kambing
Deme kata bukan lah susah tapi tak berapa serasi
Lepas tu bela kambing ada yang cerewet tapi bukan la susah
Ada caranya la nak bela kambing bagi menjadi
Kome kene tanya lah kat gembala kambing untuk lebih lanjut
Sebab aku tanya sampai kat situ je

Pakcik sebelah Nas memang ada ladang membela lembu
Kami panggil Pak Ngah
Dia membela lama dah la, bertahun dah
Ohhh..Pak Ngah ada 2 pusar

Pak Ngah pernah bela kambing dan lembu
Tapi yang menjadi lembu aje
Kambing banyak yang mati
Ada yang baru amik baka kat penternak
Bela dalam beberapa bulan mati kambing tu
Setelah 2 kali percubaan Pak Ngah dah tak nak bela kambing
Katanya tak serasi la tu

Tapi lembu Pak Ngah sampai sekarang makin membiak
Tiap2 tahun kalau buat Qurban memang lembu Pak Ngah antara orang cari
Kami pun senang nak buat Qurban sebab memang tahu tiap2 tahun Pak Ngah bukak untuk Qurban keluarga2 kami.








Nampak tak pusar dia
Yang kanan 2 tu selari dan bersambung
Yang 1 lagi belah kiri dan besar sikit dari yang 2 tu



Macam Aluaddin aku pun tak nampak suka binatang sangat ke apa ke
Tapi yang pastinya dia suka kucing
Tu je la pun

Kalau nampak kucing die tak takut.
Dari dia kecik die tak takut kucing 
Siap dia datang dekat kucing tapi kucing yang lari pulak

Dari segi terang hati ke bijak pandai ke aku tak nak la komen apa2
Itu rezeki dan bahagian untuk Alauddin
Aku cuma mampu beri khidmat sebagai mak yang terbaik untuk dia
Selebihnya kuasa Allah S.W.T dalam menentukan keseluruhan kehidupan seseorang manusia itu

ok...jumpa lain entry ;)

Wassalam





No comments:

Post a Comment