About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, April 29, 2014

Mengandung Luar Rahim @ Ectopic 3

Assalamualaikum

Minta maaf ye....lambat nak sambung kisah ectopic pregnancy tu :)
Mari sambung bahagian akhir

Aku pergi terus ke bahagian emergency
Bagi staff situ surat rujukan die minta aku refer bahagian bilik bedah sebelah belakang bangunan emergency
Sampai di sana, aku bagi nurse di kaunter pendaftaran surat
Terus aku dibawa ke bilik rawatan untuk doktor periksa

Prosedur yang sama juga aku lalui seperti 2 buah klinik sebelum ini
Tapi kali ni doktor buat pemeriksaan lebih terperinci
Dia godek sungguh2 dan dia sendiri tak boleh nak bagi jawapan yang konkrit
Jadi doktor muda seorang lagi diminta ambil darah aku untuk cek kandungan beta hcg
Result darah akan diketahui dalam tempoh 4 jam dari waktu ambil darah

Aku tanya doktor aku kene admit wad ke atau boleh balik selepas tahu result darah
Doktor kata kalau kandungan darah aku menunjukkan bacaan 400 dan ke atas kemungkinan memang aku pregnant jadi memang kene admit wad untuk pemantauan 48 jam

Doktor juga minta aku buat urine test
Dan hasilnya positive dengan 2 line terang
Doktor kata ada kemungkinan untuk admit wad
Jadi pada ketika itu aku memang dah rasa aku akan kene tahan di wad

Aku terus cerita kat Nas
Dia pun dah pasrah je kalo memang aku kene admit hari itu
Risaunya pada Alauddin sebab tak pernah sekali pun berjauhan dengan aku
Dan yang paling kesian die masih menyusu badan
Macam mana la keadaan dia tidur tanpa susu??
Tengok muka anak memang tak terluah tapi gelagat dia macam tiada apa yang berlaku

Nas tunggu sama2 result darah tu walaupun aku kata aku mungkin kene admit
Tapi dia kata tak pe la....kalau betul2 kene admit baru dia balik rumah
Dalam pukul 4 lebih, nurse panggil aku masuk sebab aku lepak kat bahagian pendaftaran kat tempat menunggu tu.
Walaupun nurse dah sediakan katil untuk aku berehat tapi aku tak rasa nak berehat pun
Aku nak duduk dengan Nas dan Alauddin

Masa nurse panggil tu, doktor yang ambil darah bagi tahu
Aku kene admit di wad 6  pukul 5 lebih nanti di tingkat 6
Nurse pun tengah siapkan katil untuk aku
Sebelum masuk wad, aku kene ke tingkat 6 juga untuk scan lagi sekali
Kali ni doktor pakar pulak nak scan aku
Doktor yang scan mula2 tadi bagi tahu nanti my boss nak scan u kat tingkat 6
Kat situ mesin scan die lagi better dan jelas dari mesin kat bawah
Nanti i ikut u sekali ya
Memang baik doktornye
Cair menusuk kalbu aku mendengo suaranya....hikhik

Aku minta izin dengan nurse untuk jumpa Nas sebelum dia balik petang tu
Aku peluk cium Alauddin gaya macam nak pergi jauh je
Tapi memang jauh pun, jauh dari mata aku...huhu
Aku pesan bawak kete elok2 sebab Nas berdua dengan dia dalam kete, risau pulak aku
Nas kata lepas maghrib nanti dia datang balik anta pakaian dan makanan aku

Tak lama lepas tu nurse datang bawak baju untuk tukar pakaian
Tengok baju pink terus teringat masa aku kene warded nak bersalinkan Alauddin
Lepas tu nurse bawak naik tingkat 6 kat bilik scan
Seorang doktor cina dah tunggu aku
Bersama dengan doktor yang scan aku kat tingkat bawah tadi

Perbualan 2 orang doktor tu aku dengar sungguh2
Dan yang bestnye doktor cina bercerita segalanya pada aku siap kata apa2 puan tak paham tak tahu boleh tanya sebab puan ada hak untuk tahu
Berdasarkan hasil scan tu doktor 1st kata dia scan tadi memang ada something like spotted kat belah kiri
Then bila dia tekan sikit aku kata ada rasa sakit sikit
Sebelah kanan die tekan aku kata tak de rasa sakit
Jadi dia kata sebelah kiri itu die perlu kaji lebih lagi

Jadi dia buat analisa
Ectopic tu memang betul tapi nak pastikan sama ada sudah gugur atau kantung sedang membesar
Kalau sudah gugur, kes tidak begitu rumit, juz buat pembedahan kecik iaitu tebuk dan buang kantung
Kalau kantung sedang membesar itu bahaya sebab saluran tiub oleh pecah sendiri dan kesannya sangat merbahaya pada diri dan nyawa pesakit
Tapi doktor cina kata kawasan sekitar luar rahim aku memang ada bendalir dan die kata itu kemungkinan besar adalah darah
Dan jawapan die lebih terarah kepada keguguran luar rahim
Tapi pemantauan 48 jam itu yang akan memberikan jawapan yang paling tepat

Jadi kembalilah aku ke katil di wad sepatutnye
Melangut la 2 hari sementara nak tunggu isnin untuk ambil darah kali kedua

Dalam pukul 8 malam, datang doktor india
Dia beri penerangan pasal result darah aku
Dia kata bacaan beta hcg aku tak terlalu tinggi tapi cukup untuk mengatakan aku memang pregnant
Bacaannya 432. Doktor kata awak pregnant tapi mungkin dah gugur
Jadi disebabkan kantung tu masih ada di dalam membuatkan bacaan tu tak turun pada paras sepatutnya seorang itu disahkan gugur
Doktor kata kalau keguguran atau kantung dah turun bersama darah bacaan sepatutnya 200 dan ke bawah

Aku tanya tujuan pemantauan 48 jam tu untuk apa
Doktor kata untuk pantau keadaan kantung
Selepas 48 jam darah akan diambil semula untuk tengok bacaan beta hcg yang terkini.
Jika memang betul pregnant kantung tu akan membesar dalam tempoh 48 jam, dan bacaan beta hcg akan meningkat.
Jika makin meningkat dari yang pertama, memang aku pregnant dan langkah susulan akan diambil iaitu emergency minor operation
Kalau bacaan menurun, aku sudah keguguran dah perlu ditebuk atau minor operation jugak
Kalau bacaan sama seperti yang pertama langkah susulan juga adalah minor operation

Aku cakap kalau macam tu kenapa tak buat operation terus je?
Sebab pengakhiran dia adalah aku perlu dbedah
Doktor kata kita kene pantau keadaan kantung dan perlu ambil langkah susulan yang terbaik

Jika serius kemungkinan tiub sebelah kiri akan dibuang dan telur sebelah kiri juga rosak
Kebiasaanya untuk kes pregnant dan kantung sedang membesar lalu pecah dalam tiub
Jadi kebanyakkan kes perlu pembedahan terbuka dan tidak boleh ditebuk

Jika hanya bengkak tiub, dan telur tidak ada apa2 masalah, pembedahan hanya buang tiub sahaja
Jadi hanya perlu ditebuk sedikit sahaja dan tidak perlu pembedahan terbuka seperti biasa

Tiub tetap kene buang sebab ianya sudah rosak dan jika dibiarkan mungkin boleh dijangki kuman
Dan risiko ectopic untuk berulang di masa akan datang juga tinggi

Jadi doktor nak pastikan aku hanya dibuang tiub sahaja dan telur sebelah kiri aku selamat dan tidak rosak
Aku dah mula paham situasi diri sendiri
Bagus doktor kat sini sebab tak kedekut nak bercerita apa2 yang aku nak tahu

Ada 2 cara pembedahan untuk kes ectopic pregnancy.
Korang leh refer link sebelum ni ye
Aku ada ceritakan pasal pilihan pembedahan

Isnin pagi doktor ambil darah sekali lagi.
3 jam selepas ambil darah aku kene scan sekali lagi
Kali ni doktor India dan agak garang air mukanya tapi sangat soft spoken

Doktor ni aku rasa mesti pakar dalam bidang dia
Sebab dia tengok je skrin tu terus dia kata akak, u kene operate hari ini jugak
Kita akan arrange u untuk pembedahan petang ni
Pukul berapa akak last makan?
Aku kata pukul 10 pagi
Saya mau akak mula puasa sekarang sampai kami panggil akak petang nanti ye
Akak kene pastikan perut kosong 6 jam dan ke atas untuk kita  buat operation.

Aku tanya apa cerita doc hasil scan tadi
Doc kata memang akak memang ectopic pregnancy dan kantung akak sudah takde apa
Akak sudah keguguran tapi luar rahim
Bacaan beta hcg dalam darah akak juga tidak beubah iaitu 432 seperti hari sabtu
Jadi kita perlu segera buang kantung itu sebab tiub akak sudah membengkak
Kita takut tiub sebelah kiri akak pecah nanti tak boleh buat pembedahan tebuk
Kalau sudah pecah kita kene bukak akak punye tempat czer then jahit semula

Tapi kejayaan pembedahan tebuk juga bergantung pada akak punye keadaan dalam perut
Sebab akak ada sejarah czer kan sebelum ni
Jika semasa pembedahan tebuk tu kita susah untuk cari jalan atau urat atau isi dalam perut akak berlapis2 sehingga mengganggu proses tebuk, kita akan buat pembedahan terbuka juga di tempat czer akak
Jadi kami berharap akak kawasan dalam perut akak tiada masalah

Aku sempat tanya doc kenapa 2 doc sebelum ni kata sebelah kanan aku ada benjolan macam cyst?
Doc India ni kata saya tengok bukan cyst akak
Tapi lebih kepada keadaan isi dalam rahim akak
Normal keadaan dia berlekuk-lekuk sebab akak pernah czer kan sebelum ni
Jadi itu hanya pandangan biasa apabila kita scan
Ia bukan 1 masalah apa2
Tapi kita akan lebih tahu selepas camera dimasukkan nanti

Cam terpana kejap aku lepas doc tu cerita
Aku mula la terpikirkan cam manalah keadaan dalam perut aku ye
Memang sepanjang nak menunggu giliran tu doa aku tak putus-putus berharap aku hanya menjalani laparskopic dan bukan pembedahan terbuka.

Balik ke katil kepala dah runsing
Terus call Nas, mak dan mama inform keputusan yang doc cakap tadi
Nas kata dia datang petang nanti masa aku kene operation dengan mama

Sampai jam 5 masih belum ada tanda2 aku akan dipanggil untuk pembedahan
Mama dan Nas pun dah datang, sama2 menunggu sampai la jam 8 malam juga masih belum dipanggil
Aku tanya nurse aku kene operate malam ni juga ke
Nurse kata kemungkinan malam ni atau esok pagi
Sebab pada waktu itu banyak kes emergency untuk ibu bersalin dan kemalangan maut

Aku terus call Nas inform apa yang nurse bagi tahu
Aku kata balik la umah dulu
Nanti aku inform balik kalau jadi operation

Pukul 10 malam datang sorang student medic dari uitm puncak alam
Dia ni nak masuk bilik pembedahan sebab nak tengok pembedahan laparskopic ni
Jadi disebabkan dia perempuan aku benarkan lah dia masuk sekali
Dia inform aku bilik operation tengah penuh
Sebab ada kes kemalangan petang tadi sampai cedera parah kat kepala dan kaki
Pastu ada kes ibu bersalin yang alami pendarahan teruk kene operation pula
1 lagi ada kes ibu bersalin czer.
Kira bilik bersalin untuk aku digunakan untuk kes emergancy dulu

Lepas tu mari sorang doc wanita melayu dia nak scan aku sekali lagi
Dia kata kalau aku jadi operate malam ni, dialah doktor bedahnya
Doc ni Islamic, suka aku kalau dia yang handle aku nanti
Cerita yang sama juga seperti doctor India pagi tadi
Dia kata nanti dia akan inform nurse sama ada aku perlu operate malam ni juga atau esok pagi

Dalam 20 minit macma tu, nurse datang kat katil aku
Dia inform aku dah boleh bukak makan atau minum tapi selepas tu kene puasa semula
Sebab operation aku esok pagi
Jadi aku hanya buat apa yang disuruh dan berharap esok aku akan dioperate jugak
Sebab pikirkan dah 3 malam aku kat hospital
Kesain sangat kat Alauddin

Esok pagi tu pukul 7 nurse datang minta aku ready untuk masuk bilik pembedahan
Aku pun siap apa yang patut
Dalam setengah jam tu aku dah ditolak ke bilik pembedahan
Hospital besar sungguh rasa jauhnya nak sampai ke bilik pembedahan

Sampai bilik pembedahan, pakar bius doc wanita cina bagi info pasal prosedur pembedahan
Pembedahan ni guna bius penuh, kiranya aku tak sedar apa-apa langsung
Pastu 1 wayar akan dimasukkan melalui hidubg untuk pernafasan dan bernafas menggunakan mesin
Wayar akan melalui kerongkong dan apabila aku sedar nanti aku akan rasa sakit kerongkong dan mungkin perit sikit untuk bercakap, batuk atau bersin dan makan atau minum.

Jadi, ini kali pertama aku kene bius sepenuhnya
Masa bersalinkan Alauddin bius separuh badan je
Kepala boleh gerak dan dalam keadaan sedar
Tapi yang ni langsung tak sedar apa
Bila tengok punye la ramai doc yang kerumun aku jadi seram gila

Doc letakkan corong oksigen kat hidung dan minta aku sedut gas yang tengah keluar banyak2 tu
Sedut 5  6 kali terus aku tak sedar apa dah
Sedar2 suara doc wanita panggil nama aku aisyah....aisyah....
Aku pun juz sahut gitu2 je tapi dalam mata tak berapa bukak lebar tu aku perasan aku masih di bilik pemdedahan
Doc tu cakap sudah selesai ye
Nurse akan tolak aisyah masuk wad balik
Sampai situ aku terus tak sedar balik

Aku sedar semula masa Nas datang pukul 2
Dia kejut aku pastu cakap dia singgah kejap sebab dari Shah Alam ada meeting
Lepas tu terus nak balik rumah dan akan datang petang nanti
Aku dalam mamai2 tu aku cakap ye je kot sebab aku dengar suara dia sayup2 ye
Tapi lepas kene kejut tu, aku mula sedar perlahan-lahan
Dah mula menelan air liur
Memang perit yang amat
Aku terus minta air sebab rasa sakit sangat tekak ni
Bila masuk je air rasa mual2 nak muntah pula

Reaksi biasa selepas operation adalah mual2, pening nak muntah.
Nurse pun datang tanya nak ubat tahan muntah tak
Aku cakap nanti dulu la sebab aku nak berehat dulu
Nurse kata kalo rasa nak muntah panggil je nanti die masuk ubat

Aku banyak tidur selepas operation tu
Sedar balik masa pukul 4 lebih macam tu
Tetiba rasa lapar dan pening still ada lagi
Usaha nak bangun tapi sebab kepala makin berat terus sambung tidur balik

Dalam pukul 5 mama datang dengan Nelly
Rasa bersyukur sangat dapat mak mertua yang sayang aku macam anaknya sendiri
Dari aku mula masuk wad, hari2 mama datang tengok aku
Risau sangat kalau anak menantu ada masalah
Alhamdulillah :)

Tapi petang tu tak berapa rancak bersembang sebab aku masih mamai lagi
Sampaikan aku tak perasan bila aku terlelap masa tengah sembang tu
Memang kuat betul kesan bius ni
Rasa lapar aku makan roti je
Tu pun rasa nak keluar balik
Panggil nurse nak ubat tahan muntah
Lama-lama dah boleh makan walaupun tak banyak pun

Aku pesan kat Nas tak yah datang petang ni
Datang esok petang je masa aku nak discharge tu
Senang terus balik je. Datang 2 3 kali rasa susahkan dia pulak

Pagi Rabu doktor bedah dan doktor bertugas hari tu datang untuk periksa keadaan aku
Tempat jahit pun dah dibuka pelekatnya
Bila tengok parut tu, laaaa....kecik je pun
Tapi tetap la ada peritnya bila nak bangun duduk tu kan
Cuma tak sesakit selepas czer

Doktor yang bedah doktor India kelmarin yang bagi keputusan aku perlu dibedah kelmarin
Dia kata dalaman aku ok, tiada masalah
Tiada isi melekat2 di sekeliling kulit perut
Cuma doktor kata ada sedikit tempelan di bahagian pundi kencing tapi sangat minimal
Kalau pembuangan air kecil aku ok sepanjang selepas czer ari tu, ianya bukan 1 masalah
Kiranya pembedahan berjalan dengan lancar

Penerangan doktor buat aku rasa tenteram sangat
Sebab mesti la risau la keadaan dalam macam mana
Dah la pernah kene czer kan, lepas tu banyak pula kes isi menempel kat usus dan kulit perut
Mau aku tak kecut sebelum operation ni

Aku ingat lagi kata-kata doktor sebelum aku kene tolak dalam bilik pembedahan
Aku tanya ada kemungkinan tak untuk aku kene pembedahan terbuka
Doc tu kata kalau ada kesukaran untuk tebuk perut atau kamera yang dimasukkan tak boleh bagi view yang baik sebab isi-isi dalam perut yang berselirat pakar bedah terpaksa juga buat pembedahan terbuka untuk keluarkan tiub itu

Bila dah selesai semua ni rasa lega dah
Masalah dah selesai
Tiub membengkak dengan teruk
Tapi bernasib baik sebab masih belum pecah
Jadi doc potong tiub dan bawa keluar tiub bersama kantung
Telur aku juga dalam keadaan yang baik
Tiada kerosakan di sebelah kiri dan kanan
Semua dalam keadaan yang baik
Alhamdulillah

Bila aku tanya ada kemungkinan ke peluang untuk aku mengandung lagi akan berkurangan
Doc kata peluang sama je sebab telur aku masih berfungsi dan aku masih ada tiub sebelah kanan
Doc siap kata ada yang selepas 3 bulan operation dah mengandung semula
Tapi doc pesan kat aku siap2
Rehat dulu 6 bulan untuk mula mengandung semula bagi dalaman kita berehat secukupnya

Aku kan jenis mendengar kata orangnya
Memang jenis patuh pada arahan doc
Kalau doc kata rehat 6 bulan memang aku ikut punye la
Sebab aku sangat sayangkan badan aku

Walaupun ada beberapa kawan2 yang kata depa selepas 3 4 bulan operation atau gugur dah lekat baby tapi tak de masalah apa2 pun
Itu kamu bukan aku
Kau dan aku 2 manusia yang berbeza, jadi tolong jangan nak samakan ye
Pleaseeeeeeee

Mama datang tengah hari bawak bubur ikan bilis
Sedapnya bila nikmat makan tu dah datang balik
Aku makan 2 mangkuk jugak lah
Rupanya mama bawak 1 tupperware besar bubur
Mama kata senang nanti sampai rumah panaskan bubur je
Tak yah masak2 dah
Memang banyak gile bubur masak
Terima kasih banyak2 mama
Sayang mama ketat2 :) :)

Rabu petang 27.3.2014 aku dah discharge
Alauddin tengok je aku terus depang tangan nak peluk
Sedih campur gembira sebab dah tak yah jauh dengan Alauddin lagi
Memang melekap je la dia ngan mama kan
Kesian anak mama rindu sangat la tu

Sudah sebulan kejadian itu berlaku
Tempat jahitan pun dah tinggal parut sahaja
Mudah saja menjaganya sebab pembedahan hanya di sekitar lapisan atas
Langsung tak sentuh bahagian rahim
Benang di pusat juga sudah ditanggal
Pergerakan dah seperti biasa
Sakit juga sudah lama hilang

Yang paling rasa seronok sangat, period aku dah kembali seperti sedia kala
Pada tarikh yang sepatunya dia datang
Aku risau kalau2 selepas operation kitaran period aku terganggu
Alhamdulillah...urusan aku dipermudahkan
Cuma sekarang kene berjaga-jaga selama 6 bulan sahaja

Ramai kawan2 yang bagi kata-kata semangat
Tak kira yang bersama-sama semasa aku mula2 menghadapi masalah
Yang bersama ketika aku menunggu saat-saat pembedahan
Dan yang sama2 selepas pembedahan
Terima kasih banyak2 sebab kamu2 semua memang sayangkan saya  :) :)

Nanti sembang lagi ye

Wassalam :) :)





No comments:

Post a Comment