About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, April 3, 2014

Mengandung Luar Rahim @ Ektopik 1

Assalamualaikum

Hari ke-9 selepas pembedahan kecil di perut
Alhamdulillah.....Semakin sihat
Semakin bertenaga dan mampu nak buat kerja2 rumah yang ringan
Sebab pembedahan kecil saja dan hanya permukaan atas perut
Tidak seperti ketika bersalin secara czer

Aku nak kongsi apa yang terjadi pada aku sehingga terjadinya pembedahan kecil itu
Salah satu kenangan dalam hidupku :) :)

Asalnya lewat datang bulan 3 hari dari tarikh kebiasaan
Jadi malam kedua lewat aku buat UPT result die NEGATIVE
Jadi tidaklah mengharapkan apa2

Malam ke-3 pulak aku rasa cam memulas2 kat kawasan bawah perut
Orang panggil ala-ala senggugut kot
Aku tak tahu sebab tak pernah hayat kene senggugut pun

Tapi sakit tu tak menggangu rutin aku pun
Kiranya tak de la sakit sangat sampai mengrekot atas tilam ke atau sakit sampai tak leh bangun
Aku still boleh main2 dengan Alauddin, boleh buat kerja rumah semua la
Dia macam sengal2 gitu je la

Lepas je sakit dalam sejam macam tu, aku perasan ada mende mengalir
Aku cek ada darah macam biasa datang bulan
Jadi aku anggap aku sudah datang bulan setelah lewat 3 hari itu

Berterusan la sehingga hari ke 11 aku masih bleeding lagi
Aku mula perasan masa hari ke 7 lagi sebab kebiasannya aku datang bulan hanya 7 hari sahaja
Tak pernah melarat lebih dari 7 hari
Jadi ini memang pelik dari biasa

Tapi aku amik pendekatan nak tunggu sehingga 14 hari la
Sebab normal datang bulan 14 hari kan
Aliran pun agak pelik
Biasanya aliran banyak pada 1-3 hari pertama je
Tapi aku mengalami aliran yang sama banyak setiap hari

Pada hari ke-12, bleeding tu stop kejap
Kiranya 1 hari tu langsung tak de darah apa
Aku fikir ohhh....ni kira dah hujung2 la ni

Tapi malam ke 13 tu, lebih kurang pukul 8 lebih aku rasa sengal2 balik kat bawah perut aku
Rasa dia agak senak sikit dan kuat sikit dari sakit masa hari pertama nak datang bulan tu
Masa ni kami 3 beranak tengah melepak baring atas tilam dalam bilik je
Jadi aku just baring2 je la
Tapi sakit ni aku rasa kat bahagian kiri ja
Belah kanan tak de apa
Jadi aku baring mengiring ke kanan untuk kurangkan rasa sakit tu

Nas dah perasan aku diam je masa tu
Pastu die tengok muka aku cam tengah tahan sakit
Dia tanya kenapa, sakit perut ke
Aku kata macam sakit tapi bukan sakit sangat, macam senak2 je
Masa ni Nas tak tahu pun aku dah bleeding berbelas hari
Sebab aku tak fikir apa2 yang tak kene pun
Mungkin la bulan tu aku datang bulan lebih dari biasa
Mana la tahu begitu kan

Lepas sakit2 tu dalam pukul 11 lebih aku rasa cam basah je
Sekali cek bleeding balik
Tapi yang ni warna merah pekat lepas tu banyak sangat2
Kejap je dah penuh 1 pad.
Dan yang aku perasan lagi ada seketul darah sebesar 20 sen
Memang kecik je tapi jelas sebab de seketul tu je

Dalam masa yang sama aku terpikir nak google pasal masalah period di kalangan wanita ni
Lepas tu aku perasan pasal MENGANDUNG LUAR RAHIM @ EKTOPIK
Aku pun baca la sepaham-pahamnya
Lepas tu aku ajak Nas gi beli pregnancy test
Sebab aku terpikir aku lewat datang bulan tu mungkin salah satu puncanya juga

Lepas tu baru la cerita kat Nas apa yang jadi
Dia pun ajak pegi klinik esok tu wat check up apa masalah sebenarnya kan
Dia nak pegi Jumaat pagi tu
Masa tu Khamis. Aku ajak pegi sabtu je la senang
Sebab aku malas nak kacau waktu kerja dia
Duk tanya 2 3 kali aku kata Sabtu je la senang

Jumaat petang aku still beeding dan masih banyak juga
Jadi Jumaat malam tu aku ajak jugak la Nas gi klinik
Sebab tahap kerisauan aku menggila malam tu

Malam tu juga sebelum pegi ke klinik aku wat UPT dan result dia POSITIVE
Dengan 2 line yang sangat2 terang
Aku wat 2 kali test guna brand yang berbeza dan hasilnya juga sama

Kami pegi Klinik Pakar Wanita kat Kuala Selangor ni je
Doc wanita India yang incharge masa tu
Jadi dia buat scan perut macam biasa
Dia kata rahim aku kosong
Tak ada apa2 kantung atau ketulan darah kalau kata aku pregnant la

Lepas tu doc buat transvaginal ultrasound
Untuk tengok rahim dari bawah sebab lagi jelas dari scan perut
Doc kata tak de apa yang pelik sebab laluan pun kosong

Aku cerita pasal UPT aku tu
Dia kata normal jika masa period bila cek upt result adalah positive sebab hormon ketika itu.
Tapi kene tengok warna line tu jugak.
Biasa warna tak terang atau 1 line terang dan 1 line samar2 saja
Tapi aku cakap 2 line aku terang macam pegnant betul pulak

Aku cerita juga ada kuar seketul darah tapi kecik je
Tapi aku memang perasan la
Jadi mugkin keguguran ke atau macam mana
Atau mungkin ektopik??

Doc kata mungkin juga tapi macam terlalu awal dan kene buat kajian lebih lagi
Tapi doc kata rahim aku memang kosong
Dan kalau betul gugur kemungkinan dah turun bersama darah sebab aku cakap ada ketulan tu
Jadi doc cuma minta aku pantau bleeding tu dan cek UPT seminggu selepas tu
Kalau betul keguguran, line UPT tu akan samar2 atau ada 1 line sahaja
Sebab bagi kes keguguran, hormon pregnant tu amik masa dalam 2 minggu untuk hilang bila buat UPT kemudiannya

Kalau line masih positive dan masih bleeding kene datang buat check up lebih terperinci
Kemungkinan kes ektopik jadi kene ambil sample darah untuk  tahu kandungan beta hcg
Jadi doc just bagi ubat stop bleeding untuk makan dalam 5 hari
Doc pesan kalau selepas 5 hari masih bleeding lagi dan cek UPT masih positive kene datang klinik lagi la

Cuma doc ada cakap kes aku macam nak kepada ektopik
Sebab aku bleeding lama dan result upt aku positive
Tapi bila scan tak nampak apa2
Sebab kes ektopik memang kebiasaan akan bleeding lepas tu upt memang positve tapi scan perut tak de kantung sebab kantung duduk di tiub fallapio sama ada belah kiri atau kanan
Dan disertai rasa sakit
Ada rasa sakit yang sampai tak leh bangun atau berjalan
Jika sehingga ke tahap itu, perlu pembedahan segera sebab kemungkinan kantung tu sudah pecah dan sangat2 membahayakan nyawa si ibu
Bila pecah pendarahan dalam rahim akan berlaku sehingga kehilangan 2-3 liter darah dan menyebabkan ibu pengsan dan boleh membawa maut

Penerangan doctor memang sama seperti yang aku baca dalam internet
Risiko2 yang bakal terjadi dan simpton2 ektopik
Hampir2 sama dengan keadaan aku bezanya aku tidak rasa sakit melampau
Muka aku pun doc kata tak nampak pucat macam orang kehilangan darah sebab aku dah bleeding hampir 14 hari
Jadi aku perlu pantau keadaan ini di samping bersedia dengan sebarang perubahan pada badan aku

Urusan dalam 15 minit aje klinik tu pau aku RM190
Hohohoho.....redha je la mak esah masa tu

Balik je rumah aku terus makan ubat yang doctor bagi
Dalam hati memang dah risau sangat
Sebab hati aku kuat mengatakan aku memang sedang megandung luar rahim
Sangat pasti

Penantian 5 hari sungguh lama bagi aku
Sebab selepas 5 hari tu la baru aku tahu apa langkah seterusnya aku perlu ambil
Selepas 5 hari itulah aku akan tahu hala tuju masalah aku

Nanti aku sambung kisah selepas 5 hari makan ubat stop darah tu ye

Wassalam







No comments:

Post a Comment