About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, April 7, 2014

Mengandung Luar Rahim @ Ektopik 2

Assalamualaikum

Mari sambung kisah ye :)

Balik je dari Klinik Pakar Wanita Kuala Selangor, aku terus makan ubat yang doctor bagi tu
Masih lagi bleeding tanpa surut sehinggalah hari ke 18.
Pada hari ke-19 darah dah tak de
Aku rasa macam ye ke darah dah stop???
Atau ada kat dalam lagi tapi tak mengalir keluar??

Jadi aku memberanikan diri memasukkan jari telunjuk untuk memeriksa ada darah tak kat bahagian dalam
Sekali tengok memang banyak darah dan kali ini macam lendiran
Warna merah pekat dan agak cair
Biasanya aku nampak warna di pad merah fresh blood tu
Tak de warna merah gelap atau coklat seperti darah period kebiasaannya
Jadi aku anggap darah masih ada cuma tak turun pada pad
Begitu juga pada hari ke 20, darah tak de kat pad, tapi bila aku cek bahagian dalam ada darah lagi dan agak banyak juga

Masa ni juga aku pesan kat Nas minta belikan pregnancy test
Nas beli 3 pek dari brand yang berbeza
Petang khamis aku test lagi sekali
Masa ni ketiga-tiga test kata POSITIVE dengan 2 line terang!!
Aku dah memang rasa ini confirm ektopik

Terus wasap Nas cite semua
Dia tanya nak gi klinik bila dan kalau boleh klinik pakar wanita lain
Kalau jauh sikit pun tak pe la dia kata
Nas nak ajak pegi UMRAA kat Shah Alam sebab kami pernah wat scan kat situ masa pregnantkan Alauddin
Tapi aku rasa tak mau pegi situ
Nak pegi tempat lain
Dalam kepala aku duk ingat SALAM tu je

Aku ajak pegi sabtu je senang sebab kalau aku ada apa2 masalah, Nas boleh jaga Alauddin
Aku leh ngadap doktor tanya apa2 yang patut
Jadi kami setuju nak pegi sabtu pagi
Aku kene cari klinik yang aku nak pegi
Nas tukang bawak je.....huhu

Ubat masih ada untuk dimakan 2 hari
Aku stop makan ubat tu sebab dah rasa memang kene check doktor lagi sekali

Aku pun mulakan perncarian klinik pakar wanita untuk rujuk kes aku
Aku mula tanya kawan2 yang biasa wat check up kat mana2 klinik kat area Shah Alam
Aku wasap Mai tanya SALAM cam ne, ok ke tak
Mai inform Dr. Siti memang pakar O&G dan senang refer pada dia je
Mai memang suggest refer SALAM sebab dia kata service bagus plus rate pun berpatutan
Mai dah biasa dengan SALAM sebab anak ke-3 dia check up dan bersalin kat situ
Jadi, aku dah nampak mana hala tuju aku sabtu ni
Terima kasih banyak Mai ambil berat pasa aku
Hugssssss for u :) :) :)

Beberapa kawan suggest DEMC, KPJ, UMRAA dan Pusat Pakar Wanita Hospital Bersalin Razip
Tapi aku rasa nak ke SALAM je la
Sebab dah memang tahu doktornya wanita

Jumaat malam, masa ni hari ke-21, kami 3 beranak keluar ke IKEA.
Saje jalan2 sebab rasa lama tak pegi window shopping
Masa tengah siap2 tu aku rasa macam sengal2 je bahagian kiri perut
Aku urut dan tekan pelan2 ada rasa senak sikit
Tapi tak de la sakit beria sangat

Sampai kat IKEA pun masih ada rasa sakit tapi tak mengganggu pergerakan aku
Rasa sengal2 tu bahagian kiri je.
Belah kanan tak de rasa apa2
Aku tekan pun ok je, tak de rasa sakit

Kami sampai rumah jam 11 malam
Masa tu aku rasa sakit tu dah tak de pun
Aku tekan belah kiri pun tak de rasa apa
Tapi tak lama lepas tu aku rasa cam ada aliran panas kat bahagian bawah

Sekali tengok darah mengalir laju tanpa henti sampai ke pangkal lutut
Laju macam air dan warna fresh blood
Aku terus ke toilet dan cuci apa yang patut

Masa ni Alauddin dah tido pun
Dia tido dari dalam kete lagi
Dapatlah aku berehat dan tenangkan fikiran aku yang memang serabut gile masa tu
Nas amik positive side
Doakan takde apa2 yang membahayakan berlaku

Dah cek siap2 waktu operasi SALAM untuk sabtu
Sampai pukul 1 tengah hari je
Jadi pukul 8 pagi kami dah bersiap
Dalam perjalanan rasa memang tak tenang
Tak tahu apa doktor akan cakap
Memang takut sungguh-sungguh
Nas ajak singgah sarapan pun rasa tak lapar
Sudahnya dia beli roti ikan bilis wat alas perut

Sampai SALAM terus daftar then tunggu dr panggil
Aku inform kes aku masalah period, jadi dieorang terus refer pakar O&G
Masa dia bawak ke bilik rawatan tu, tengok nama Dr. Siti....Alhamdulillah :)
Menunggu dalam 20 minit juga sebab ada ramai preggy mom wat check up masa tu
Alauddin pun tak de meragam apa sebab ada sudut untuk budak2 main

Sampai giliran aku, Dr. Siti sambut dengan senyuman manis
Tenang rasa hati nak ceritakan masalah aku
Lepas cerita terus Dr. Siti kata kene baring sebab nak scan tengok apa masalah

Sempat Dr. Siti puji parut czer aku cantik sangat
Halus katanya, lepas tu tak nampak macam parut pun
Tak renti mulutnya kata alahaiiii....comelnye parut
hihihi.....kembang mak esah kejap

Dr. tanya mana buat czer ni
Aku kata kat hospital seri manjung
Ohhhh.....mesti doktor ni pandai jahit....cantik

Ok....back to topic :)
Scan dari perut, Dr. Siti banyak scan sebelah kiri sebab aku kata sakit di situ
Dr kata memang ada something gelap di sebelah kiri tapi tak berapa jelas

Jadi kene buat vaginal ultrasound untuk lebih jelas
Masa scan dari bawah, Dr Siti banyak diam dari bercakap
Tak macam masa dia scan perut.
Aku tanya ada masalah ke Dr.?

Dr Siti tenung muka aku lama2
Then die kata saya scan lagi sekali ye
Sebab ketulan yang saya nampak di sebelah kiri awak tidak menggembirakan saya
Allahu Akbar.....


Kali ni Dr tunjuk screen sambil cerita pada aku
Dr. kata memang ada sesuatu ketulan di bahagian tiub fallapio kiri aku
Ketulan tu tak kecik dan tak besar tapi dah mula pecah
Sebab sekitar rahim aku penuh darah
Dr tunjuk darah yang masih ada dalam rahim aku, yang belum turun lagi tapi penuh dalam rahim
Dr kata kalau lambat sangat2 bahaya

Aku tanya Dr
Jadi memang saya kene EKTOPIK???
Dr Siti kata betul dan confirm EKTOPIK

Solution Dr?
Kene operate untuk buang sebelah tiub yang rosak
Sebab tiub yang rosak memang kene buang, tak boleh dibuang ketulan sahaja tapi tiub dijahit atau dibaiki
Untuk mengelakkan terjadinya ektopik di masa akan datang

Berapa lama operation tu?
Bergantung pada jenis operation yang awak pilih
Kalau kaedah LAPAROSKOPI  dalam 15-20 minit dah selesai

Kalau tiub dah pecah teruk kene buat operation terbuka means operate perut macam biasa la
Dr. Siti kata akan buat kat tempat czer aku tu dan bukak pendek sikit dari parut czer

Jadi ada 2 kaedah la untuk membuang tiub dan ketulan tersebut
Laparoskopi atau pembedahan terbuka

Dr. Siti tengok aku termenung lama depan dia
Macam susah nak buat keputusan
Aku sebenarnya terkejut sebab tak sangka pengakhirannya begitu
Aku tanya Dr. bila nak buat pebedahan tu
Dr kata nak buat operation pada petang tu juga
Sebab kes aku dah kategori emergency
Tak leh lengah2 dah

Lepas tu aku cakap cepatnya Dr
Dr kata mesti cepat sebab ketulan awak dah pecah
Takut tiub awak pulak pecah
Kalau tiub awak pecah memang sangat2 bahaya
50-50 risiko nyawa awak

Dr. Siti tanya nak refer hospital ke?
Aku cakap aah....saya nak refer hospital dulu
Masa tu jugak ada pembantu sorang masuk kata ada patient dah pecah ketuban dan sedang tunggu masa untuk bersalin
Dr Siti kata ok, boleh, saya buat surat rujukan dulu ye
Dr pesan kata pergi terus ke emergency dan kata awak kene buat pembedahan segera
Tak leh lewat ye sebab dah pecah
In case hospital penuh atau tak boleh buat hari ni, boleh datang sini ye
Kami buka 24 hours untuk emergency

Dapat je surat rujukan dari Dr. terus aku cerita kat Nas
Dia pun terkejut selepas aku cerita semuanya
Nas kata ok la kalau operate petang ni

Tapi aku kata aku minta refer hospital dulu
Sebab rasa macam........entah lah
Nas tanya hospital mana
Aku kata Sungai Buloh, Dr dah buat surat rujukan pun
Aku kata biar hospital buat check up lagi sekali la
Sebab rasa macam cepat sangat nak operate terus

Nas pun tak kata apa tengok muka aku gitu je
Pembantu Dr tu sempat pesan kat Nas kata encik terus pegi ye hospital sg buloh,tak yah singgah2 balik rumah amik barang ke apa
Refer terus kat bahagian emergency, bagi surat dr tu ye
Nas angguk paham

Masa dalam perjalanan tu Nas tanya nak beli apa2 makanan tak untuk lunch
Sebab tahu aku tak makan apa pun, just makan roti ikan bilis seketul pagi tadi
Waktu ni dah pukul 1, mesti la lapar kan
Tapi aku tak de selera pun nak makan
Jadi Nas terus je la k hospital sungai buloh

Sampai hospital sungai buloh, terus ke emergency
Bagi surat kat kaunter depan, dia suruh rujuk ke bahagian dewan bersalin
Aku pergi dulu sebab Nas nak cari parking, Alauddin dengan dia sekali
Sampai bahagian dewan bersalin, aku bagi surat rujukan tadi pada nurse kat depan tu
Dia baca kejap lepas tu refer Dr bertugas
Lepas tu nurse suruh masuk untuk jumpa doktor

Doktor buat pemeriksaan yang sama macam kat SALAM tadi
Buat scan perut dan vaginal ultrasound
Tapi doktor kata memang ada seketul darah kat sebelah kiri aku
Dan ada bendalir dalam rahim tapi tak banyak sangat
Sebelah kanan ada bendalir tapi doktor kata macam air yang memang normal ada dalam rahim

UPT juga dibuat, dan positive dengan line terang
Doktor letak kat file aku ECTOPIC PREGNANCY
Doktor ambil 4 botol darah kecil untuk ujian darah

Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim.

INFO : http://www.babycenter.com.my/a1052719/kehamilan-di-luar-rahim#ixzz2yA3li9Il



Ujian darah mengambil masa 4 jam lebih kurang untuk tahu keputusan
Jadi kami 3 beranak kene tunggu sampai petang la
Doktor juga inform mungkin aku kene admit ward untuk 2 hari jika bacaan ujian darah menunjukkan tanda2 pregnant sebab kene pantau selama 48 jam selepas ujian darah yang pertama
Jadi kami menunggu dengan penuh debaran keputusan selepas ujian darah tersebut.

Nanti aku sambung cerita kat hospital pula ye :)

Wassalam





No comments:

Post a Comment