About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, June 6, 2014

Bila Anak Lama Tak Demam

Assalamualaikum

Lamanyaaaaaa tak menjenguk blog sendiri
Sibuk mencara blog bisnes
Aduhaiiii

Nak kongsi kisah anak la
Lama tak mencoret perkembangan Muhammad Alauddin ku sayang ni

Muhammad Alauddin sudah 2 tahun 6 bulan pada Mei 2014.
Nas mengomel dah makin besar anak abah
Dah makin bijak, makin banyak akal, makin nakal
Makin mencuit dan menggeletek hati abah dan mama

Minggu lepas Alauddin demam
Cek suhu 38.5, aku pun mula amik langkah berjaga-jaga
Maklumlah anak jarang demam mau tak menggelabah aku kan
Sebab takut melarat pulak demamnya tu yang over jaga

Bangun pagi tu dia tak de demam lagi
Elok je bangun cam biasa, gelak2 lari2 kan
Pastu masa mandikan dia aku perasan dia menggeletar
Selalunya tak pernah pulak dia menggelatar masa mandi
Lepas tu aku pegang tangan dan badan dia sejuk je rasa
Aku pun sudahkan mandi dia terus lap2 bawak keluar dari bilik air

Masa aku pakaikan dia pampers, dia masih menggeletar
Makin heran pulak aku
Pastu aku letak tangan kat bawah leher dia rasa suam2
Aku syak demam ke budak ni
Pastu aku amik termometer cek suhu 38.5.
Tu diaaa....terus 38,5 naiknye
Aku tak pakai dia baju dah, biarkan pampers je

Bentang toto ajak dia baring kat depan tv sambil tengok video kat tv
Bagi dia layan ABC la 123 la lagu2 kartun dia
Masa ni baru nampak dia macam tak aktif nak main
Mulut pun diam je
Aku tanya sepatah dia jawab sepatah
Memang nampak la badannya mula tak sihat tu

Aku pun mula buat air asam jawa untuk jerlum kepala dia
Kakinya aku tutup sampai paras lutut sebab aku pegang rasa sejuk sangat
Tambah pulak dia menggeletar bila tak tutup kaki tu
Bila tutup kaki dia tak de menggeletar pulak

Suhunya maintain jugak 38-39 macam tu
Aku pikir kalau suhunya lebih 39 aku kene bawak gi hospital la
Takut jadi lebih teruk kan
Mandi pun lebih kerap jugak
Jelrlum pun sama
Aku sediakan juga sup tulang a.k.a bronth soup.
Zat dari tulang2 ayam tu bagus untuk sembuhkan penyakit dan tingkatkan imun kita
Guna ayam bahagian tulang bukan bahagian isi
Rebus dalam 3 jam macam tu, lepas tu masa 1 jam terakhir tu masukkan beras dalam segenggam je
Nasi dia jadi ala2 bubur nasi tapi bersup ayam
Jangan lupa letak lada hitam, halia lebih sikit, bawang putih banyak pun tak pe
Sebab bawang putih ni bagus untuk imunisasi budak
Aku pun memang suka lebihkan bawang putih dalam masakan seharian

Dalam duk lemah tu 2 kali muntah juga dia
Yang pertama pagi lepas mandikan dia suap ubat demam
Mungkin lama tak makan ubatnya agaknya dia muntah masa masuk kali pertama
Tunggu dalam 15 minit bagi ubat demam lagi sekali elok dia telan tak de muntah
Kali kedua muntah masa petang.
Tetiba dia buat gaya cam orang tercekik
Padahal masa tu dia tak makan apa2
Juz bangun dari baring mungkin rasa pening2 kot
Alauddin ni agak senang menjaganya
Nampak dia macam nak termuntah tu, aku tadah kain pelikat kat depan dia
Aku kata Alauddin nak muntah ye, muntah atas kain ni
Dia duk geleng2 kepala...aku kata tak pe...mama ada...mama ada..
Muntah cepat atas kain ni
Lepas pujuk 2 3 kali dia pun muntahkan
Lepas muntah tu nampak dia segar sikit

Lepas muntah aku mandikan dia lagi
Masa mandi tu elok pulak dia nyanyi macam biasa time dia mandi
Pakaikan pampers terus cari basikal macam orang tak demam pulak
Padahal tadi dia duk baring je
Mungkin la lepas muntah tu badan dia rasa sedap sikit

Bersyukurnya Aluaddin tak merengek
Cuma dia terbaring je la tak nak main ke melompat macam selalu
Bila dia tidur aku memang jaga tengok keadaan dia
Dia jaga je aku bagi susu, biar dia banyakkan minum susu badan
Nasib baik juga dia masih menyusu badan lagi
Apa2 aku makan untuk perbaiki imunisasi akan dapat pada Alauddin melalui susu tu la

Petang tu Nas balik aku kata demamnya masih sama
Tapi dia banyak tidur
Setelah berbincang aku kata bawak pegi hospital la
Biar doktor cek baru puas hati kan
Kami terus ke emergency hospital sungai buloh
Ramai betul orang kat emergency
Terutama kanak-kanak...memang musim sakit la skang kan

Tunggu pun tak lama. Elok letak kad terus nama dia kene panggil
Doktor cek suhu masih 38.5
Doc tengok kerongkong dia, doc kata tonsil bengkak sikit dan warna merah tapi tak teruk lagi
Jadi doc kata demam panas biasa
Aku tanya demma denggi tu tanda dia macam mana
Sebab aku risau kot2 dia demam denggi ke kan

Doc terangkan demam denggi ni demam otot
Dia makan otot dan urat2 kita, jadi kita demam pastu rasa sakit badan
Kalau budak memang lembik terus lepas tu lemah tak bermaya
Aku tanya biasa cek darah masa bila
Doc kata biasa demam berterusan dengan suhu yang tinggi tanpa surut dalam tempoh 3 hari berturut-turut. Pada hari ketiga demam bawak ke hospital doc akan buat ujian darah
Jadi doc pesan kalau 3 hari masih demam atau suhu semakin naik cepat2 bawak ke hospital
Doc pesan kalau berak berair atau cirit pun kene bawak hospital

Masa cek tu Alauddin ok je, duk usik2 barang, sembang ngan doc bagai
Mulut boleh tahan becok
Jadi doc kata nampak macam demam biasa
Jadi kene pantau dalam 2 3 hari

Sebelum balik doc bagi PCM dan air garam bancuhan in case kalau anak cirit birit
Sebelum tido aku bagi PCM tu dan teruskan jerlum setiap sejam
Malam tu memang aku tak tido mana pun
Kerap terjaga sebab kepala duk pikirkan dia
Memang tak leh lena pun
Kakinya aku pakaikan stoking basah
Memang membantu sangat2 wet socks tu
Aku basahkan dengan air biasa je, cuka apple tak de kat umah
Tapi memang nampak surut panas dia tu

Alauddin tido pun nyenyak je
Dia juz berbunyi mama...mama....nak nenen...nak nenen
Bgi susu terus dia diam sambung tido balik

Bagun pagi tu cek suhu 37.5
Alhamdulillah....lega sikit rasa
Masa ni Alauddin tak de la main sangat
Dia duk wat perangai nak manja2 pulak
Mungkin sebab seharian aku duk kepit dia je kan

Sampai tengah hari suhunya turun kepada 36.5.
Badan pun aku rasa dah macma biasa, tak de panas dah
Tapi PCM masih tetap bagi lagi. Makan pun makin berselera
Kalau tak semalam masa tengah demam tu macam bercinta nak bagi makan tu
Kene pujuk kejap baru dia makan

Suhunya sampai ke malam maintain 36.5 dan tido malam tu aku pakaikan dia baju
Sebab rasa dia macam dah tak demam
Semalam dia tido pakai pampers je sebab takut panasnya naik tetiba
Malam tu jugak aku dapat tido dengan nyenyak
Juz bangun sekali je pukul 3 untuk cek suhu dia
Alhamdulillah dah tak demam dah

Esok pagi tu dia bangun penuh ceria
Bangun je terus keluar bilik cari basikal
Mulut bising buat bunyi motor la bas la aeroplane la
Nas tengok tercengang-cengang je...hahaha
Semalam terlepek hari ni terus melompat mana la bapaknya tak heran kan

Tapi tak pe la....janji anak mama dah sihat
Syukur bukan demam yang bukan2
Hanya demam biasa

Alauddin lama tak demam
Setahun lebih dia tak demam, bila kena terlompat jugak la aku kan
Risau punye pasal

Tapiiiiiiii
Lepas demam 2 3 hari tu mulut dia bukan main riuh lagi
Macam2 dia nak bercakap nak berbunyi
Aku kata demam nak lagi becok ka Alauddin ni

Yang aku perasan sangat ada beberapa perkataan yang sebelum ni dia sebut pelat atau tak jelas
Tapi selepas demam ni elok je dia sebut
Contoh macam minum, tido, air, basikal, moto, lori, baju, mandi, atok
Kalau dulu dia sebut mama nak do...mama nak num...
Kalau masa drive lalu kat atas jambatan yang nampak sungai dia juz tunjuk je tak sebut air pun

Tapi lepas demam ni kalau nampak air laju je mulut dia sebut airrrr...jelas je tak pelat2
Paling aku suka kalau dia sebut basikal
Dah la tak pelat jelas pulak tu, rasa comel sangat masa dia sebut basikal tu
Bangun pagi2 cakap ngan aku, mama...nak basikal....boommm....boommm...
Aku suka suruh dia ulang basikal tu banyak kali saja duk usik dia
hahaha

Dalam kereta asal nampak lori, bas, basikal, moto abis semua dia sebut
Dah kenal semua tu dah
Tapi kami laki bini payah sikit nak sembang sebab melayankan dia
Cuma aeroplane je payah nak sebut betul2 lagi
Aku kata aeroplane, dia bantai sebut alepelekkkk
Macam mana jadi alepelekkkkk tak tahu la aku

Tapi sejak demam tu banyak sangat word yang dia dapat sebut dengan lancar
Seronok pulak rasa duk sembang hari2 tu kan
Alauddin bukan jenis mengikut bila kita ajar sebut apa2 perkataan
Banyak buat tak tahu je dari mengikut
Kalau dia ikut pun sekali  je masuk kali ke3 dia dah malas terus sambung main je
Kadang tu dia main2 je, lain aku sebut lain yang keluar
Tapi tak pe la....dia masih kecil, banyak masa nak belajar pun
Yang penting kami enjoy sama2 dalam menjaga dan membesarkan anak nan sorang ni

Ok la....jumpa kat next post ye
Banyakkkkk sangat nak cerita tau
Tapi masa tu macam tak cukup je nak menaip
Adoiiii

In shaa Allah
Aku berharap aku masih diberikan ingatan yang kuat untuk menulis kenangan yang telah berlalu
Untuk disimpan di blog kehidupan aku ni
Amin

Wassalam :)






No comments:

Post a Comment