About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, June 13, 2014

Penang lagi...weeeehuuuuu.....;)

Assalamualaikum

Bulan lepas kami ke Penang lagi
Asal tanya je tahun ni nak jalan mana
Aku mesti nak selit Penang jugak
Suka betul aku berjalan ke Penang
Tak tahu lah kenapa
Tapi yang paling suka makanan dia
Itu paling utama kalo aku ke Penang
Sampaikan aku memang akan google tempat makanan paling best kat Penang
Baca review bloggers
Lepas tu aku kabo kat Nas nak pegi makan kat mana
Memang kami suka cuba tempat makanan yang baru

Aku nak cerita tempat makan yang aku pegi sepanjang kami 3 hari 2 malam kat Penang
Mana yang sedap mana yang sedang2 je rasanya aku akan review ye
Kot la leh jadi panduan pada orang lain kan




Kami bermalam di Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang terletak di Jalan D.S.Ramanathan berdekatan dengan bandar Georgetown
Rate pun murah aje, 1 malam rm70 dan kami amik 2 malam jadi rm140



Pandangan dari pintu masuk 


Ruang lobi


Ruang dalam bilik
Ini bilik kami
Sesuai untuk famili yang bawak 1 atau 2 orang anak kecil



Antara tempat yang kami tuju




ZAITON FAMOUS LAKSA PENANG

Lokasi di Padang Kota
Gerai berderetan dengan gerai yang jual jeruk2 tu
Harga murah ja RM3.50.
Macam biasa aku minta tapau ja makan kat hotel baru feel
Sebab aku tak suka makan tempat ramai umat rasa seksa nak makan plus nikmat pun kurang
Sayur banyak gila dia letak
Bunga kantan depa tak masak letak dalam kuah tau cam mak kita duk buat tu
Depa rincik2 halus ja makan mentah cam salad ngan timun tu
Sekali gigit memang terasa ulam2 tu
Tapi laksa penang tak dak telur ye
Depa tak makan telur rebus macam kita biasa makan tu
Pastu laksa dia boleh tahan la, tak sikit tak banyak
Pastu cili api aku minta lebih sebab tak puas ler makan laksa tak gigit cili api
Kuah pulak memang banyak siap leh buat hirup lagi
Pada aku laksa dia memang marvelous sedap gila
Kuah dia memang kene dengan selera aku sebab tak pekat dan tak cair
Memang aku akan tuju lagi gerai ni kalau mai Penang lagi


SOTONG KANGKUNG

Sebelah gerai laksa Zaiton ada gerai jual sotong kangkung
Aku dah pernah cuba gerai lain jadi kali ni aku nak cuba gerai lain pulak
Aku pun order set paling kecik
Aku jenis suka tanya harga
Sotong kangkung dia sebut rm16 sepinggan besar
Aku kata yang kecik ada tak sebab makan sorang
Dia kata ada rm6 saja
Kerang rebus rm12 sepinggan
Sama harga cam gerai2 lain jugak
Tapi sebab aku pernah beli kerang rebus pastu sos dia manis cam sos keropok lekor aku memang takkan order dah
Aku ingat sos dia buat sendiri pastu rasa pedas manis
Rupanya itu je rupa sos dia
Memang aku tak mau beli dah la sebab sos dia tak seperti apa yang aku harapkan
Lepas tu kerang dia kecik dan sedang2 gitu ja
Pastu bakar pulak sampai masak sangat sudahnya kecut isi kerang tu
Cenonet je tinggal isinya
Tapi minta maaf la aku tak ingat pulak nama gerai sotong kangkung tu tapi memang sebelah gerai zaiton laksa
Sotong kangkung pun tapau jugak
Rasa memang sedap macam biasa la
Tapi yang best sotong dia tak keras, lembut sangat.
Setakat ni dah makan 4 kali sotong kangkung tiap kali datang Penang
Gerai sebelah Laksa Zaiton ni paling sedap dan kene dengan selera aku




PASEMBOQ HUSSAIN FAMOUS FOOD

Nas jenis kalo dah suka sesuatu tempat tu memang dia tuju situ ja la
Dah 4 kali dah kami beli pasemboq kat gerai yang sama
Nas suka beli kat gerai Hussain Famous Food
Biasa kami ambil untuk 2 orang makan
Memang tak lebih dan tak membazir
Wajib amik 3 ketul ketang 4 ketul cucur rangup 2 tauhu 1 tempe 1 telur rebus dan mende kering petak segiempat sama tu apa nama ntah tu kami amik 3 or 4 keping
Biasa kene tak mahal mana pun range dalam rm18-rm25
Tak pernah lagi la kene mahal nak mampos ke apa kan
Sebab lepas potong2 tu memang banyak betul la so puas hati dengan harga
Tak tahu la kenapa beberapa orang kat blog beli pasemboq sampai 50 60 sekali makan
Kome amik makanan mahal ke hapa kan
Kalo amik hat mahal memang la cas mahal ye dok??? Hihi

Kuah dia sedap sangat pastu pedas dan kuah dia warna merah2 sikit
Aku suka makan pasemboq dengan kuah yang banyak
Rasa puas sangat makan pasemboq hussain ni


QUEENSBAY MALL

Macam mall biasa kita pegi tu
Hanya jalan2 saja tak ada yang menarik pun nak dibeli
Mencari bahan makanan kering untuk ngunyah untuk Alauddin, air minum dan apa2 kudapan la
Lalu kat bahagian basah ada ayam perap barbeque pulak
Kami beli kat Giant ja
Aku kata kat Nas kita beli ayam ni wat makam sarapan esok sementara nak cari makan kat luar
Depa jual potongan besar. Jadi aku ambil untuk Nas bahagian dada yang sekali tight tu then aku punya the whole leg sekali drumstick tu. Memang besar la ayam tu kan
Aku memang bawak multicooker ke mana kami pergi pun
Senang nak masak or panaskan apa2

Jadi sarapan kami esok pagi tu nasi dengan ayam panggang. Baki perapan ayam tu kami wat salut dengan ayam sambil panggang tu jadi ada la kuah sikit kan
Perapan ayam yang sedap dan kami pilih yang black pepper punya


TOYS MUSEUM

Masa pergi bulan 2 ari tu kami just lalu je depan toys museum tu
Tak de rasa nak singgah pun. Aku pikir tak ada apa yang menarik kot
Pastu ada sorang blogger ni aku memang follow blog dia, dia bawak anak dia ke toys museum tu
Tengok gambar wahhhh menarik jugak ni
Ada banyak patung watak animasi, anime dan komik kat dalam tu
Mesti Alauddin suka nanti kalau bawak dia masuk
Bayaran masuk untuk dewasa rm15 dan kanak-kanak rm10.
Tapi kene tunjuk IC masa nak bayar tu ye








































Lebih kurang 2 jam jugak kami kat dalam tu
Lepas pergi toys museum kami sambung jalan-jalan cari makan semula
Yeehhhuuuuu!!




MADY CHAR KUEY TIAU

CKT  Mady ni memang famous tau
Kalau baca blog orang cerita pasal CKT  gerai Mady memang antara yang top
Gerai dia tepi jalan je dekat dengan Petronas tak susah mencarinya pun
Kat area Batu Feringgi

Aku just order CKT special Rm6 ke rm8 tak silap aku la
Ada udang 3 ekor kot tapi aku tak mau telur mata
Rasanya pulak pada aku biasa2 saja
Sedap jugak rasa dia tapi belum sampai aku rasa suka nak beli lagi
Mungkin next time aku akan beli kat kedai lain pulak


ZAIRIE LAKSA

Zairie laksa ni 1 gerai dengan Mady CKT
Aku rasa nak test Zarie Laksa. Sebab ramai kata laksa dia boleh tahan jugak
Harga rm4 tapi laksa dia lebih banyak dari laksa Zaiton.
Dari segi sayur semua memang bagus both letak sayur yang banyak macam kambing pulak rasa sebab makan sayur penuh ja atas laksa tu
Tapi bab kuah laksa zaiton lebih ummpphhh dan sedap dari laksa zairie
Jadi laksa zaiton aku bagi 5 bintang laksa zairie aku bagi 3.5 bintang ajo.
Bukan tak sedap tapi lebih sedap hat zaiton lagi dan lebih menepati selera aku





SANY CHAR KUEY TIAU

Lokasi kat jalan nak ke airport Bayan Lepas, gerai seberang jalan
Senang mencari gerai ni
Tapi orang memang ramai gila dan yang paling best tu service dia cepat jugak
Kami tak menunggu lama untuk order kami
Dalam 10-15 minit sahaja
CKT dia memang sedap cuma lagi nikmat kalau makan kat kedai tengah panas2 tu kan
Kira baru angkat dari kuali tengah basah2 tu makan kan lagi nikmat
Tapi sebab kami tapau sampai kat bilik dah tersejat kuah CKT tu tapi sedap memang tak leh kata apa
Nas makan CKT Mady dia kata sedap lagi CKT Sani. Next time kita makan kat Sani je la....ok set!! Hahaha

Harga Sani pun tak mahal mana. Aku order yang spesel ada telur mata baru rm5 sebungkus.
CKT dia banyak lepas tu bungkus dalam kertas coklat tu ja gulung2 cam roti canai
Yang Mady tu bungkus dalam bekad ekslusif siap kene tekan polisterin plastik tu memang tak tumpah la kuah dia
Aku pikir mungkin harga mahal sebab bekas bungkus pun mahal gak kalo canggih rupa tu
Yang bawak aku makan kat Sani si Faez la kawan sekolah menengah dulu
Terima kasih la bawak kami laki bini makan CKT Sani sedap. Hehehe


GURNEY DRIVE

PASEMBOQ

Malam kedua kami pusing2 cari makan kat Gurney Drive yang dekat tengah bandar Georgetown tu
Berhadapan dengan McD
Tempat ni memang sesak betul, cari parking pun 2 3 kali pusing
Kami nak beli pasemboq kat sini pulak, konon Nas nak rasa tempat lain la pulak
Harga dia lebih kurang je dengan kat Padang Kota
Tapi dia kurang sedap dari padang kota
Aku tak pasan nama kedainya tapi dia paling hujung sekali kat deretan kedai yang ada jual makanan panas dan laksa tu
Kuah pasemboq dia tak sedap macam kat padang kota

NASI LEMAK CHILIBILIS

Gerai nasi lemak ni gerai yang paling depan
Nasi lemak kukus lepas tu dia bungkus dalam polisterin canggih
Tauke tolong cedokkan nasi dan letak bahan asas nasi lemak
Sambal kita letak sendiri. Ada ayam goreng berempah jugak kalau yang nak makan nasi lemak lauk ayam
Aku just tambah telur mata je. Harga tak mahal mana RM3.50 sahaja
Sambal minta bungkus asing tapi banyak betul pakcik tu bungkuskan
Rasa sambal dia boleh tahan sedap tapi aku suka nasi dia
Lembut dan rasa santan lemak tu
Nasi dia boleh tahan kenyang jugak dan kami hanya beli sebungkus sahaja konon kata nak merasa
Sebab masing2 dah ada makanna yang dah dibeli sebelum tu

MIHUN SUP TULANG

Gerai dia berderet dengan nasi lemak chilibilis tadi
Selang 2 3 gerai kot tapi sebaris la
Ada perut usus daging tulang dan ekor
Boleh minta campur2 harga rm6 tak silap aku
Memang mihun sup utara sebab depa guna sambal merah tu
Aku minta sup campur ayam dan perut
Rasa sup baisa2 sahaja, nak kata sedap sangat2 tu tak de la
Kalau nak bagi bintang aku boleh bagi 3 bintang dari 5 la
Rasa boleh pergi tapi nak ulang beli lepas ni memang tak la, akan cari gerai lain yang supnya mungkin berbeza rasa dia dari gerai ni


Selesai dah 2 hari kami di Penang
Esok pagi Isnin tu kami siap-siap nak balik dah la
Tapi Nas kata nak singgah kat Kuala Kangsar la
Jalan-jalan cari makan kat Kuala Kangsar pula

Kami singgah kat gerai-gerai berdekatan dengan jam besar yang terkenal kat Kuala tu
Kat situ ada beberapa gerai jual laksa kuala dan kuih muih

LAKSA ZIMBO
Kawan aku yang memang orang Kuala Kangsar kata laksa zimbo memang top
Dia ada gerai kat situ jugak dan lori bergerak kat belah tepi bangunan sebelah medan selera
Tapi aku beli kat gerai tu je la
Minta bungkus setengah kilo RM6.
Aku beli 2 gerai yang berbeza. 1 lagi yang kat sebelah popia station
Ada gerai laksa apa nama ntah lupa dah. Tapi dia belah paling hujung sekali





POPIA STATION
Ada 2 jenis popia basah dan popia goreng
Aku beli 2 jenis, harga aku lupa dah berapa
Tak silap aku 5 ketul rm3 ke rm5 macam tu la
Tapi rasa dia memang sedap, paling aku suka popia basah dia
Penuh sayur2 kat dalam tu, pastu sambal dia pun sedap

Lepas beli segala makanan tu kami teruskan perjalanan sampai la ke Kuala Selangor
Sampai rumah lebih kurang pukul 9  malam macam tu
Puas hati dapat berjalan ke Penang dan singgah di Kuala Kangsar
Rasa nak pegi lagi la Penang tu
Hahaha....suka sangat mai Penang kan

Wassalam :)





1 comment: