About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, July 2, 2014

Terima Kasih

Assalamualaikum

Salam Ramadhan korang ;)
Macam mana hari pertama Ramadhan?
Harap semua ceria dan sentiasa bersemangat untuk tingkatkan amal ibadat kita semua ya
Amin

Korang biasa tak cakap terima kasih kat suami atau isteri?
Tak biasa? Haaa??? Tak pernah???
Biar beno kome...hihi

Perlu ke cakap kat suami atau isteri terima kasih sayang sebab tolong tadi.
Atau pun terima kasih sayang ambilkan abang tuala.
Perlu ke?

Bukan ke perkara tu perkara biasa atau rutin kebiasaan seorang suami atau isteri?
Tak yah la kot kan cakap terima kasih bagai sebab memang hari2 duk buat mende yang sama
Ke memang perlu ucap terima kasih tu???

Ok la...
Aku memang biasa dengar Ustaz Ustazah, pakar motivasi dan pakar dalam hal rumahtangga bagi tahu setiap pasangan perlu ucap terima kasih pada pasangannya
Sebab itu tanda penghargaan kita atas bantuan, perhatian, kasih sayang dan ingatan dia dengan penuh keikhlasan.

Aku tak nak usik hal orang lain
Aku nak kongsi perihal kami suami isteri sahaja
Bukan nak kata aku baik atau suami aku bagus....tidak ye
Tapi nak relatekan apa yang pakar2 tersebut katakan dalam realiti kehidupan suami isteri

Nas biasa sebelum tido dia akan bancuh air kopi dalam botol air ala2 tarmos yang selalu dia bawak ke ofis
Ye....Nas memang dari zaman sekolah, universiti sampai la dah keje dia akan bawak air sendiri.
Jenis tak suka beli air mineral kat luar

Malam2 dia masak air panas, letak uncang kopi o hang tua, tuang air panas pastu tutup separa rapat botol tu
Esok pagi lepas mandi aku akan masuklan ais batu dalam botol tu baru dia bawak pegi keje
Itu rutin dia setiap hari. Dia buat air kopi sendiri.
Pagi2 aku yang ketukkan ais batu dan letak atas meja siap2

Sebab apa dia buat sendiri air bukan aku yang buat?
Sebab dia kata aku buat tak kene dengan selera dia jadi biarlah dia buat sendiri bukan susah pun
Ok la aku kata walaupun jauh kat sudut hati aku de perasaan cam wat air kopi suami pun tak reti ke ko esah????
Tapi aku tak nak layan sangat perasaan tu sebab Nas pun bukan marah aku apa2 dan dia memang rajin untuk buat air sendiri.

Ada 1 malam aku tengok dia buat air
Aku tanya abang tak letak gula ke
Dia kata guna madu je tak guna gula
Aku tanya banyak mana. Dia kata 1 sudu kecil je
Air panas dia letak separuh tarmos
Aku tanya napa buat malam2
Dia jawab sebab nak bagi rasa dia lagi power lagi pekat baru sedap
Ok aku dah paham

Ditakdirkan 1 malam tu dia penat sangat
Aku perasan masa tu dah pukul 11 tapi dia belum buat air kopi untuk esok
Aku pun masak air rendam uncang kopi dalam tarmos dia
Masuk bilik aku tukar pampers Alauddin aku terus tutup lampu
Saja je aku taknak ingatkan Nas pasal kopi dia
Dia pun aku tengok memang tak ingat langsung mungkin sebab penat sangat la tu

Esok pagi tu dia pun mandi cam biasa
Aku wat rutin biasa lah
Masakkan dia 3 keping roti boom dan letak ais batu dalam tarmos kopi dia
Lepas dia siap pakai baju semua tetiba dia teringat yang dia belum buat air lagi
Tapi aku perasan gelagat di
Aku kata taraaaaa.....dah siap dah airnya....jangan risau
Tersengih je dia....pastu cakap terima kasih sayang
Aku pulak yang terkedu tapi aku  senyum tu
Tapi yang best tu mood aku kemain hepi....tersengih2 je bila teringat balik
Nampak tak macam mana mood seorang isteri tu bole berubah hanya dengan 1 penghargaan?
Start dari situ ada masanya dia buat sendiri ada masanya aku yang buat.

Kadang2 tengah sidai baju, dia datang nak amik baju, dia kata banyaknya basuh baju...terima kasih sayang....
Tersengih lagi aku
Tak reti pulak aku nak respond sebab mende tetibe je

Ada ketika tu kalo tengok tv biasa dia bawak bantal ke depan tengok tv sambil baring
Pastu bila nak masuk bilik nak tido baru teringat bantal kat depan tak bawak masuk
Minta tolong aku amikkan pastu cakap terima kasih sebab susahkan
Pulak dah....padahal mende tu tak ada apa pun pada aku
Mende kecik la kata orang
Tapi bila suami sendiri cakap terima kasih lain macam pulak perasaan tu kan
Rasa cam kembang je dalam hati ni

Kalau balik kerja atau bangun dari tido tengok aku dah siap masak, kemain la suka
Nak2 kalau aku masak makanan kesukaan dia kan
Mulut tu tak berenti la cakap terima kasih sebab masak sedap2
Padahal memang la keje aku masak hari2 pun kan
Tapi bila dengar ucapan terima kasih disertai dengan riak muka gembira terbanf habis rasa letih panas melekit sebab memasak tadi
Begitu power kan ucapan terima kasih pada emosi seseorang terutama untuk hubungan suami isteri

Aku pun ada juga ucap terima kasih
Nak2 bila dia rajin tolong kat dapur
Tolong buat air minum pun dah suka dah
Nas paling rajin buat air time makan
Kalau hari minggu memang dia jadi tauke air la
Kalau hari kerja masa makan malam je la dia buat air
Memang sedap kalau dia buat air nak2 teh susu dan nescafe

Kadang2 dia tolong basuk baju....ala masuk mesin je pun kan
Tapi sidai baju dia tak mau jadi tolong basuh pun kira ok la kan
Tengok dah siap basuh lega rasa
Laju je mulut tu kata mekasih abang ;)

Ye la....aku kan suri rumah jadi memang hampir semuanya aku yang buat
Jadi bila sesekali dia tolong dan buat sama2 perasaan tu lagi seronok kan tambah pulak dengan gelagat Alauddin tukang jadi pak lawak kan

Jadinya....ucapan terima kasih tu nampak simple je tapi berupaya merubah mood dan emosi suami isteri
Tak luak pun kalau kita sama2  amalkan ucap terima kasih selepas diberi atau meminta pertolongan
Aku sebagai isteri bila dengar je ucapan cam tu rasa memang sangat2 dihargai walaupun perkara yang aku buat tu simple je dan kebanyakkan wanita buat perkara yang sama jugak
Lepas ni cuba terapkan nilai murni macam ni

Lagi 1 bila kita wat ni sebagai amalan dan anak2 pulak tengok mereka akan belajar untuk ucap terima kasih juga pada mak ayah dan orang sekeliling mereka
Anak2 kan belajar melalui tauladan
Baik yang kita tunjuk baik jugaklah ikutannya
Jika buruk yang dilihat maka buruk la lakunya

Terima kasih sebab membaca blog buruk aku

Wassalam ;)




No comments:

Post a Comment