About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, June 14, 2014

WEDDING DAN KLIA 2

Assalamualaikum

Dua minggu lepas kami ke kenduri kahwin sepupu Nas, Nadiya
Umur dia muda setahun je dari aku.
Nikahnya dah selesai pada Khamis 28.5, dan majlis bersanding pada sabtu 30.5
Depa bersanding kat Dewan Gemilang UKM, Bangi

Kami tak datang masa nikah, sebab Jumaat Nas keje jadi kami datang masa majlis bersanding
Mama offer untuk masak 3 jenis bubur, bubur jagung, bubur nangka dengan bubur pulut hitam
Mama memang biasa ambil kontrak memasak bubur untuk kenduri kahwin sedara mara ni

Kami sampai di dewan pada jam 11 pagi lebih kurang
Masa ni pun baru selesai susun atur makanan dari pihak katering
Nas pun tolong untuk setting bahagian bubur

Menunya pula Subhanallah....memang banyak tak terperi rasanya
Untuk sebelah kanan, makanan biasa orang kahwin, nasi minyak, ayam goreng berempah, kuah dalca, nanas masak lemak ikan masin, papadom, buah oren, air aku lupa dah..haha

Sebelah kiri pula lauk kampung, ada nasi putih, sambal goreng jawa, cendawan kering masak lemak, paru masak sambal kering, sambal petai ikan bilis, ikan masin bulu ayam, ulam-ulaman, sambal belacan, buah oren

Sebelah lauk pauk masakan nasi minyak ada aiskrim malaysia, buat kat situ jugak
Dia ada mesin buat aiskrim, masuk air lepas tu goyang2 kejap dalam beberapa minit
Bila orang nak dia angkat lidi cucuk tu ja siap dah aiskrim dia
Ada kiwi, anggur, strawberry, laici dan oren

Bubur pulak kat sebelah bahagian makanan kampung
Sebelah tepi pula ada cendol pulut
Memang sedap cendolnye pun, manis lemak pekat cukup segala
Bertambah orang makan termasuklah aku....hihi

Depan sikit ada laksa pulak
Kuah laksa agak pedas dan ramai jugak yang kata pedasnya laksa lepas tu siap letak cili api potong pulak
Tapi mana suka pedas memang layan la
Tapi sayangnya ramai yang buang je sebab tak tahan pedas sangat pun
Kang makan jenis perut tak tahan jenuh nak lawan sakit perut pulak
Tapi aku memang suka sebab kene dengan selera aku

Sudut lain pulak ada menu yang memang orang tunggu2 kambing golek
Memang beratur orang nak merasa kambing bakar kan
Semua merasa sebab kambingnya besar dan Pak Ngah order 2 ekor
Aku siap makan 2 pinggan lagi, daging sedap, empuk, perapan bakar tu memang menyelinap di segenap daging kambing tu
Terrrrrbaikkkk!!!

Atas setiap meja makan ada kerepek untuk kudapan selepas makan nasi
Kerepeknya sedap, duk ralit makan tak sedor abis sebotol, naya sungguh
Kerepek dari tepung beras rasanya, memang sedap
Ada juga kuih muih macam tepung talam, kuih bakar, carrot cheese cake yang dah dipotong kecik2 senang orang nak ambil kan

Goodies juga ada pelbagai jenis
Untuk kanak-kanak, dapat mashmallow, beg coklat ada pelbagai jenis coklat, dan coklat batang buatan sendiri yang popular tu
Coklat tu dicairkan then letak dalam acuan letak batang then tekap pastu biar dia beku sendiri
Sedap sebab ada campuran oat kat dalam coklat tu

Untuk tetamu pula dapat apam coklat moist yang boleh tahan sedapnya tapi terlalu manis pada aku la
Yang tu je aku ingat, yang lain aku dah lupa...haha


Meh layan gambar eh :)


PELAMIN TEMA PEACH OREN





RUANG MAKAN BERADAT


PULUT KUNING SAMPAI TEPAT JAM 12 TENGAH HARI


MEJA GOODIES UNTUK KANAK-KANAK


MASHMALLOW



SESI PEMBAHAGIAN TUGAS

Pakaian untuk mak dan pak sedara memang disponsor oleh pihak pengantin perempuan 
Lelaki berbaju melayu warna peach pink 
Perempuan baju ikut suka nak buat pattern apa, kurung moden ke, kurung biasa ke, kebaya kebarung terpulang
Yang pastinya warna dan coraknya sama
Baju plain warna peach pink dan kain warna peach pink biru berjalur batik
Memang lawa kainnya



MENUNGGU PENGANTIN TIBA PADA JAM 1 PETANG



HULUBALANG DNA DAYANG PENGIRING


Alauddin memang ramai dayang2 dan hulubalang yang duk layan dia
Mak dan pak dia syok leh dating kat majlis kahwin orang
ngeh3




Ketibaan pengantin tepat jam 1 petang






Mak Cu bersama Adam anak lelaki bongsunya dan gadis cilik tu anak sedara sebelah Pak Ngah


Ketibaan pengantin tidak disambut dengan paluan kompang tetapi dengan alunan cak lempong.
Rasa lain sikit tak de kompang, sebab bunyi kompang ni semangat kahwin tu rasa berkobar2 je
Lagi kuat kompang lagi meriah rasanya
Tapi tak pe la kan, pilihan masing2

Mak Na kan pengetua sekolah kat Kajang, apa nama ntah aku lupa dah
Sekolah dia memang juara cak lempong ni
Dua orang anak dia kahwin guna alunan cak lempong je sebagai kompang dan halwa telinga sepanjang majlis berlangsung selang seli dengan lagu2 pilihan dan karaoke dari cikgu2 juga



Pengantin bersama mak ayah sebelah lelaki


Yang berdiri tu Pak Cu
Yang duduk paling depan mama, Mak Cu, Pakcik Mail dan isterinya dan Kakak Pakcik Mail
Deme ni adik beradik 1 bapak mak lain


Mak Na mak pengantin perempuan yang di sebelah nadiya



Raja Sehari - Nadiya dan Haqim





Habis je kenduri kami terus ke rumah Kak Ja di desa pinggiran putra, putrajaya
Nak melawat baby Aliya, yang dah masuk 3 bulan lebih dah usia dia
Dah pandai senyum dan gelak bila kita agah dia
Baby aliya masa ni ada batuk sikit2, tapi tak de demam



Baby aliya yang montel lagi gebussss
Aliya ni memang putih gile.....geram sangat


Saja nak amik berkat kot2 melekat untuk next generation
Muahahahaha :)
In shaa Allah



Bergambar kenangan bersama baby aliya


Kami sampai ke rumah mama pada jam 8 malam macam tu
Semua pakat mandi selesaikan apa yang wajib diselesaikan 
Lepas tu pakat terbongkang semua kat ruang tamu

Makan malam tu hanya makan lauk pengantin sahaja
Lauk pauk banyak berlebih. Mama dan Mak cu dah siap2 bungkus bawak balik 
Mak Na suruh pakat perabih bungkus bawak balik je
Hihihi...rezeki la tu kan, tak yah susah2 nak masak
Dah balik penat hanya panaskan lauk aje terus suap masuk mulut kan


Ahad esok tu Pak cu ajak ke KLIA 2, teringin beno dia nak tengok katanya
Nas pun ajak la semua ikut jalan2 tengok KLIA 2 naik ERL je
Dalam masa yang sama nak bagi Alauddin merasa naik train kan
Cuma bas je Alauddin belum merasa naik lagi
Kapal terbang dengan train dah merasa dah...hihi

Pukul 10 kami semua keluar menuju Putrajaya Sentral
Nas beli tiket pergi balik siap senang
Dewasa RM12.80 dan kanak-kanak RM6.20

Teringat aku masa bujang kalau turun KL memang naik ERL direct pi KL Sentral je
Tambang RM10.90 tak silap aku, tu sehala je la
Kadang pegi interview kat area KL
Memang lama sungguh la tak naik ERL pun kan sejak dah kawin ni

Dalam ERL Alauddin behave je
Dia ralit tengok pemandangan luar
Masa lepas hentian kat Salak Tinggi, dah memang dekat laluan kapal terbang, elok pulak kapal terbang air asia duk lalu depan mata Alauddin
Sedang elok je kapal tu naik mengadap kami
Bukan main suka lagi dia tengok
Dah lalu tu dia cakap la...bye aeroplane....byee...byee...Sungguh2 dia babai pun



Family mak cu
Orang jauh datang nak tengok KLIA 2



Keadaan di lapangan yang panas terik
Ni kat tingkat atas bangunan tu
Ramai orang kat atas ni
Kalau tengok dari sini memang nampak keseluruhan lapangan
Tapi agak terik la, kene pakai spek gelap....hihi




Kami kat atas dalam setengah jam jugak
Tengok 2 kapal terbang naik dan 2 kapal kerbang mendarat
Cukup lah tu kan
Merasa la dari tak de langsung

Lepas tu lepak2 makan kat KFC
KFC pulak memang  mengadap lapangan tadi tapi versi dalam cermin la...haha
Tengok lagi la kapal terbang duk parking 
Memang banyak kedai2 dan mini mall dalam KLIA 2 ni
Sementara nak menunggu waktu berlepas tu boleh la shopping kat dalam ni
Restoran pun banyak dan atm pun bersepah senang nak cari




Ni masa dalam ERL on the way nak balik ke Putrajaya Sentral
Dah mula mengantuk, sekejap lepas tu elok dia lentok tido sampai la ke rumah
Senang bebeno budak ni :)

Petang tu kami terus balik ke Kuala Selangor
Mak cu pun balik sama2 kami tapi die ke Lahat, Perak





Ni gambar masa minggu lepas, kenduri sebelah lelaki pulak kat Sungai Besar, Selangor
Tema pengantin hijau 
Tapi tema famili sebelah perempuan adalah biru

Masa kenduri sebelah lelaki, ada pengantin lain juga 
Adik Haqem punye majlis buat sekali dengan majlis menyambut menantu si nadiya ni

Masa datang ni waktu dah pukul 1 lebih
Kami datang lewat sikit dari rombongan keluarga sebelah perempuan
Masa sampai dah selesai makan dah
Mak Na ajak makan kat meja pengantin sebab pegantin pun dah masuk rumah nak bergambar bagai
Memang rezeki kami la nak merasa lauk pengantin kan

Ada siakap 3 rasa, udang panjat, bergedil, ayam golek tapi aku sentuh pun sebab sekor bulat macam tu segan pulak aku nak potong depan orang kan
Biasa aku tengok orang siap potong cuma cantumkan balik ayam tu jadi seekor elok nanti senang orang nak amik makan kan

Air pula coktail buah, tapi silapnya dia dah letak ais siap2, jadinya susu coktail mendap ke bawah air ais pulak naik ke atas
Kalau nak minum kene kocak dengan senduk baru leh minum kalau tak, tak rasa la nikmat coktail tu kan
Tapi aku tak amik pun, aku minum air katira je

Banyak juga makanannya, tapi tak sentuh semua sebab kami makan lauk untuk jemputan tu sekali, lauk pngantin wat nambah2 nak merasa je

Dah selamat dah majlis sepupu aku nan sorang ni
Selamat pengantin baru ya :)
Didoakan bahagia sampai syurga ye

WASSALAM :)


No comments:

Post a Comment