About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, July 9, 2014

Menu Berbuka 10 Berpuasa

Assalamualaikum

1 Ramadhan 

Kami berbuka di rumah famili Nas.
Mama masak udang sambal, ikan rebus masak lemak letak terung, cendawan goreng tepung, sotong celup tepung dan ayam goreng kunyit
Kami laki bini ke bazar putrajaya tapi hanya beli meehun sup utara dan roti boom je
Sebabnya hampir semua gerai beratus orang duk beratur nak beli
Dengan ramainya umat manusia pastu jammed lagi memang tak lama la terus balik ke rumah


2 Ramadhan

Isnin tu kami ke KLIA anta mak dan abah Nas menunaikan umrah
Gerak dari  KLIA dah pukul 2 lebih.
Jadi aku kata sampai rumah mesti dah pukul 4 5  ni.
Nas request nak makan lontong sebab simple, senang dan cepat.
Dia kata penat pulak baru balik aku nak masak beria kan
Aku ok aje ;)


Lontong



Lontong ni sedap makan dengan sambal pedas
Ada orang makan dengan daging sambal, paru sambal, sambal bilis dan kuah kacang
Aku buat sambal bilis je sebab terfikir nak buat pau sambal pulak 



Pau sambal


Dah alang2 ada sambal ikan bilis tu kan kita buat menu sekali harung je la

Bahan
3 cawan tepung gandum
2  sudu marjerin
2 sudu yis mauripan
2 sudu gula dibancuh dengan semangkuk kecil air suam
1 biji telur


Cara
1. Ratakan marjerin bersama tepung. Nampak tepung tu bertukar warna kuning2 tu sedang elok dah la
2. Bancuh yis mauripan bersama bancuhan air gula tadi. Ratakan kemudian biarkan berbuih seketika
3. Masukkan telur dan yis yang dah kembang
4. Uli rata sampai boleh jadi doh - jangan terlalu lembik. Agak2 tak melekat kat tangan kira cantik la
5. Tutup doh plastik atau kain dan rehatkan dalam 15 minit - biarkan dia kembang
6. Selepas 15 minit buat doh kecik2 agak2 la nak saiz doh beso mana
7. Rehatkan dalam 10 minit sebelum menggoreng
8. Minyak agak2 boleh menenggelamkan pau tu dan tidak terlalu panas
9. Goreng api sederhana je sampai coklat2
10. Dah siap goreng biarkan sejuk jap baru potong tengah pau
11. Masukkan sambal bilis dan letak timun. siappppp!!!


3 Ramadhan

Nas request nak roti john
Ok boleh je lagi mudah kan
Aku pulak rasa nak makan laksam
Agak renyah untuk buat mee laksam tu tapi senang buat kuah laksam


Roti John Daging



Laksam




Bahan untuk tepung laksam

2 cawan tepung beras
setengah cawan tepung gandum
air

Cara
1. Bancuh tepung beras dan tepung gandum bersama air
Agak2 cairnya tu macam buat lempeng tapi tak lah cair sangat. Agak2 ye
2. Panaskan kukus. Guna loyang sederhana bulat. Sapukan marjerin kat loyang tak nak bagi tepung melekat dan mudah dikeluarkan dari loyang nanti
3. Dah panas kukus tu, masukkan 2 senduk tepung dalam loyang - agak2 ye tak mau nipis sangat tak mau tebal sangat
4. Kukus dalam 5 minit macam tu. Dah masak angkat loyang dan alirkan belakang loyang dengan air untuk kurangkan panas
5. Guna garfu atau pisau untuk cungkil tepung keluar atau tarikkan perlahan2
6. Kemudian biar suam sikit dan gulungkan. Ulang buat sampai la tepung habis. Nanti nak makan baru potong tepung tu


Bahan kuah laksam
Ikan termenung / mabong / mata besar - aku guna mata besar
Asam keping
Lada hitam
Santan
Daun kesum
Halia
 Bawang besar
Belacan

Cara 
1. Rebus ikan dengan asam keping separa masak
2. Perisikan ikan dari tulang dan blend isi ikan bersama bawang besar, halia dan belacan
3. Masukkan santan dan bahan blend dalam periuk dan masak atas api
4. Kacau2 sampai sebati sambil tu masukkan asam keping, daun kesum potong halus dan lada hitam yang dah ditumbuk 
5. Perasakan dengan gula dan garam. 

Bahan tambahan
Ulam- ulaman
Kacang panjang - potong kecik2
Taugeh
Timun
 Salad
Sambal belacan

Potong laksam gulung tadi dan letak atas pinggan
Tabur atasnya dengan ulam dan sayur2 di atas dan sambal belacan
Tuang kuah laksam diatasnya dan sedia untuk dinikmati


4 Ramadhan

Nas nak makam roti boom cicah kuah dal
Roti boom Nas biasa beli kat kedai 1 malaysia. Sedappppp

Jadi roti boom juz guna segera je
Sediakan kuah sahaja la





Aku pulak makan nasi putih lauk ikan pari air asam dan sayur sawi masak sos tiram

Ikan pari air asam

Bahan
Ikan pari - direbus terlebih dahulu dan ketepikan
Tomato - dipotong dadu
Bawang merah, cili api, cili besar, belacan - ditumbuk hancur
Asam jawa
Cili api - dipotong kecik
Bawang besar - dihiris untuk tabur 

Satukan semua bahan di atas dalam 1 bekas
Kuah tu terpulang ye. Nak kuah banyak bancuh lebih sikit air asam jawa tu.
Letak perasa garam gula bagi sebati
Pastu boleh dah makan :)



5 Ramadhan




Nas nak makan nasi lemak pandan dengan ayam berempah
Nasi lemak pandan tu cuma blend daun pandan bersama santan dan tapiskan dalam periuk
Kemudian tanak nasi bersama santan pandan, halia, bawang besar dan serai titik untuk bagi bau yang lebih wangi dan menyelerakan.

Perapan Ayam

BAHAN

Ayam beberapa ketul - cuci dan toskan
Blend bawang besar, halia, kunyit hidup, serai dan sos tiram
Campurkan sedikit serbuk kari atau serbuk rempah bercampur dan daun kari
Kacau sebati dan perapkan bersama ayam tadi
Letak garam dan gula kemudian perap selama yang boleh, lagi sedap lagi bagus

Bahan tambahan lain
Telur mata, timun, kacang, ikan bilis dan papadom



6 Ramadhan



Hari ni makan simple je
Aku makan nasi putih dengan kari kepala ikan
Sayur sawi pak choy masak tiram dan sambal belacan
Nas pulak nak makan nasi goreng lauk ayam goreng berempah
Ayam perap semalam ada baki lagi dan lagi sedap rasanya sebab dah perap semalaman



7 Ramadhan

Hari ni kami ke rumah Kak Ja di Putrajaya 
Bawak Nayli ke rumah kami beberapa hari sampai mama dan abah balik dari umrah Khamis nanti
Sampai Putrajaya pukul 10 pagi
Sembang sekejap pukul 10.45  kami ke Alamanda sebab dah rancang nak tengok transformers
Malam sebelum tu dah beli tiket online je
Saja nak bawak Alauddin tengok wayang 
Tapi kan dia hanya bertahan selama 15 minit sahaja lepas tu tidur sampai la lagi 10 minit nak habis baru dia jaga
Tapi tak de la meragam cumanya dia tak menikmati la wayang tu
Pukul kami dah keluar dari Alanmanda 
Terus gerak ke bazar ramadhan kat stadium shah alam 
Planning nak berbuka di dataran sebelah masjid shah alam tu
Biasa macam tu setiap tahun, kami pilih 1 hari hujung minggu berbuka di  dataran ala2 berkelah gitu

Beli pun simple sahaja
Aku, nas dan nayli makan nasi ayam 
Nas beli air kelapa dara kongsi berdua, nayli pulak air katira
Pastu beli kepak ayam, roti boom, cendawan goreng dan mihun sup


8 Ramadhan



Hari Ahad rasa nak masak lebih sikit
Nayli pun ada kat rumah dan selera lebih kurang aku je
Nas nak makan pulut bersama durian je
Aku pulak makan nasi putih, ketam masak 3 rasa, siput sedut masak lemak, sayur bayam goreng, bawal kecik goreng garing dan sambal belacan.

Ketam masak 3 rasa

Bahan-bahan
Ketam
Cili api, bawang besar, bawang putih, halia - blendkan
Serai
Sos cili
Sos tiram
Bawang potong bulat


Cara
Tumiskan bahan blend tadi
Lepas tu masukkan serai yang dah diketuk
Dah naik bau masukkan sos cili dan soso tiram
Kacau rata, letak gula dan garam
Lepas tu masak sampai pecah minyak
Masukkan ketam, kacau rata
Masukkan bawang potong bulat
Kacau sampai masak dan hidangkan


9 Ramadhan


Hari ni rasa nak makan ala2 restoran seafood pulak
Tapi tak macam kedai pun....hih

Tomyam ayam dan sayur
Daging paprik
Salad goreng
Ulam timun dan sambal belacan

Tak de renyah2 sebab semua lauk kami 3 orang boleh makan sekali
Yang seronok tu masak banyak2 tapi habis, tak de membazir
Hilang penat memasak tu..:)

Tomyam dan daging paprik simpan sikit untuk makan bersahur
Senang bangun tu pasanskan lauk je
Tambah je telur goreng mata kerbau dah sedap dah :)



10 Ramadhan





Semalam pun masak simple juga
Nas makan tempe je

Tempe goreng kering

Bahan
Tempe - potong kecik dan digoreng
Tauhu - potong dadu dan digoreng
Ikan bilis dan kacang tanah - digoreng
Sos tiram
Kicap

Cara-cara
Cili kering dimesin bersama bawang besar, bawang putih dan halia
Tumiskan cili blend sampai naik bau wangi
Masukkan sos tiram, kacau rata
Masukkan tauh, tempe, kacang goreng dan ikan bilis - kacau rata
Kemudian masukkan kicap sedikit je cam renjis2 gitu
Kacau rata dan boleh dihidangkan


Lauk kami yang lain
Rebung masak lemak
Ikan mabong goreng
Air asam tembikai
Telur masin
Keropok lekor
Serawa durian makan dengan roti



Hari ni dah 11 Ramadhan 
Masih belum terfikir untuk masak apa
Tapi rasa macam nak buat char kuey tiau 
Kuih pulak rasa nak buat karipap atau pau.
Biasa awal2 macam ni belum ada idea memasak lagi

Bersyukur sangat bulan Ramadhan banyak memasak di rumah
Hanya hujung minggu je keluar makan di luar
Seronok memasak untuk keluarga sendiri
Lebih seronok bila sedap, menjadi dan habis dimakan
Rasa macam dihargai je kan :)

Nas memang suka maakn di rumah
Jarang dan susah sangat dia nak makan luar dan kalau beli pun susah dia nak buat pilihan sebab takut tak kene dengan selera dia

Ok la....apa menu berbuka korang
Senang aku updated sekali harung je
Rezeki bisnes di bulan Ramadhan ni tak diduga
Alhamdulillah

Salam Ramadhan :) :)
Wassalam














Wednesday, July 2, 2014

Terima Kasih

Assalamualaikum

Salam Ramadhan korang ;)
Macam mana hari pertama Ramadhan?
Harap semua ceria dan sentiasa bersemangat untuk tingkatkan amal ibadat kita semua ya
Amin

Korang biasa tak cakap terima kasih kat suami atau isteri?
Tak biasa? Haaa??? Tak pernah???
Biar beno kome...hihi

Perlu ke cakap kat suami atau isteri terima kasih sayang sebab tolong tadi.
Atau pun terima kasih sayang ambilkan abang tuala.
Perlu ke?

Bukan ke perkara tu perkara biasa atau rutin kebiasaan seorang suami atau isteri?
Tak yah la kot kan cakap terima kasih bagai sebab memang hari2 duk buat mende yang sama
Ke memang perlu ucap terima kasih tu???

Ok la...
Aku memang biasa dengar Ustaz Ustazah, pakar motivasi dan pakar dalam hal rumahtangga bagi tahu setiap pasangan perlu ucap terima kasih pada pasangannya
Sebab itu tanda penghargaan kita atas bantuan, perhatian, kasih sayang dan ingatan dia dengan penuh keikhlasan.

Aku tak nak usik hal orang lain
Aku nak kongsi perihal kami suami isteri sahaja
Bukan nak kata aku baik atau suami aku bagus....tidak ye
Tapi nak relatekan apa yang pakar2 tersebut katakan dalam realiti kehidupan suami isteri

Nas biasa sebelum tido dia akan bancuh air kopi dalam botol air ala2 tarmos yang selalu dia bawak ke ofis
Ye....Nas memang dari zaman sekolah, universiti sampai la dah keje dia akan bawak air sendiri.
Jenis tak suka beli air mineral kat luar

Malam2 dia masak air panas, letak uncang kopi o hang tua, tuang air panas pastu tutup separa rapat botol tu
Esok pagi lepas mandi aku akan masuklan ais batu dalam botol tu baru dia bawak pegi keje
Itu rutin dia setiap hari. Dia buat air kopi sendiri.
Pagi2 aku yang ketukkan ais batu dan letak atas meja siap2

Sebab apa dia buat sendiri air bukan aku yang buat?
Sebab dia kata aku buat tak kene dengan selera dia jadi biarlah dia buat sendiri bukan susah pun
Ok la aku kata walaupun jauh kat sudut hati aku de perasaan cam wat air kopi suami pun tak reti ke ko esah????
Tapi aku tak nak layan sangat perasaan tu sebab Nas pun bukan marah aku apa2 dan dia memang rajin untuk buat air sendiri.

Ada 1 malam aku tengok dia buat air
Aku tanya abang tak letak gula ke
Dia kata guna madu je tak guna gula
Aku tanya banyak mana. Dia kata 1 sudu kecil je
Air panas dia letak separuh tarmos
Aku tanya napa buat malam2
Dia jawab sebab nak bagi rasa dia lagi power lagi pekat baru sedap
Ok aku dah paham

Ditakdirkan 1 malam tu dia penat sangat
Aku perasan masa tu dah pukul 11 tapi dia belum buat air kopi untuk esok
Aku pun masak air rendam uncang kopi dalam tarmos dia
Masuk bilik aku tukar pampers Alauddin aku terus tutup lampu
Saja je aku taknak ingatkan Nas pasal kopi dia
Dia pun aku tengok memang tak ingat langsung mungkin sebab penat sangat la tu

Esok pagi tu dia pun mandi cam biasa
Aku wat rutin biasa lah
Masakkan dia 3 keping roti boom dan letak ais batu dalam tarmos kopi dia
Lepas dia siap pakai baju semua tetiba dia teringat yang dia belum buat air lagi
Tapi aku perasan gelagat di
Aku kata taraaaaa.....dah siap dah airnya....jangan risau
Tersengih je dia....pastu cakap terima kasih sayang
Aku pulak yang terkedu tapi aku  senyum tu
Tapi yang best tu mood aku kemain hepi....tersengih2 je bila teringat balik
Nampak tak macam mana mood seorang isteri tu bole berubah hanya dengan 1 penghargaan?
Start dari situ ada masanya dia buat sendiri ada masanya aku yang buat.

Kadang2 tengah sidai baju, dia datang nak amik baju, dia kata banyaknya basuh baju...terima kasih sayang....
Tersengih lagi aku
Tak reti pulak aku nak respond sebab mende tetibe je

Ada ketika tu kalo tengok tv biasa dia bawak bantal ke depan tengok tv sambil baring
Pastu bila nak masuk bilik nak tido baru teringat bantal kat depan tak bawak masuk
Minta tolong aku amikkan pastu cakap terima kasih sebab susahkan
Pulak dah....padahal mende tu tak ada apa pun pada aku
Mende kecik la kata orang
Tapi bila suami sendiri cakap terima kasih lain macam pulak perasaan tu kan
Rasa cam kembang je dalam hati ni

Kalau balik kerja atau bangun dari tido tengok aku dah siap masak, kemain la suka
Nak2 kalau aku masak makanan kesukaan dia kan
Mulut tu tak berenti la cakap terima kasih sebab masak sedap2
Padahal memang la keje aku masak hari2 pun kan
Tapi bila dengar ucapan terima kasih disertai dengan riak muka gembira terbanf habis rasa letih panas melekit sebab memasak tadi
Begitu power kan ucapan terima kasih pada emosi seseorang terutama untuk hubungan suami isteri

Aku pun ada juga ucap terima kasih
Nak2 bila dia rajin tolong kat dapur
Tolong buat air minum pun dah suka dah
Nas paling rajin buat air time makan
Kalau hari minggu memang dia jadi tauke air la
Kalau hari kerja masa makan malam je la dia buat air
Memang sedap kalau dia buat air nak2 teh susu dan nescafe

Kadang2 dia tolong basuk baju....ala masuk mesin je pun kan
Tapi sidai baju dia tak mau jadi tolong basuh pun kira ok la kan
Tengok dah siap basuh lega rasa
Laju je mulut tu kata mekasih abang ;)

Ye la....aku kan suri rumah jadi memang hampir semuanya aku yang buat
Jadi bila sesekali dia tolong dan buat sama2 perasaan tu lagi seronok kan tambah pulak dengan gelagat Alauddin tukang jadi pak lawak kan

Jadinya....ucapan terima kasih tu nampak simple je tapi berupaya merubah mood dan emosi suami isteri
Tak luak pun kalau kita sama2  amalkan ucap terima kasih selepas diberi atau meminta pertolongan
Aku sebagai isteri bila dengar je ucapan cam tu rasa memang sangat2 dihargai walaupun perkara yang aku buat tu simple je dan kebanyakkan wanita buat perkara yang sama jugak
Lepas ni cuba terapkan nilai murni macam ni

Lagi 1 bila kita wat ni sebagai amalan dan anak2 pulak tengok mereka akan belajar untuk ucap terima kasih juga pada mak ayah dan orang sekeliling mereka
Anak2 kan belajar melalui tauladan
Baik yang kita tunjuk baik jugaklah ikutannya
Jika buruk yang dilihat maka buruk la lakunya

Terima kasih sebab membaca blog buruk aku

Wassalam ;)