About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, August 29, 2014

Konvo Suami

Assalamualaikum

Minggu ni minggu Nas convo selepas 9 bulan selesai DPA di IKWAS awal bulan 12 tahun lepas.
Maknanya dah 9 bulan dia tinggalkan moment kerinduan dan kesedihan berjauhan dengan keluarga, kepayahan dan kesukaran dia menempuh latihan dan ujian yang perlu dilaksanakan, kepenatan dan tak cukup tidur sebab mengejar masa jadual yang ketat dan paling dia ingat sekali adalah 2 perkara.

Pertama pengalaman dia melalui Outward Bound School (OBS) di Lumut selama 4 @ 5 hari. 
Kene lari naik 3 bukit yang tinggi. Ada juga beberapa kawan sepasukan yang tarik diri separuh jalan, ramainya wanita la. 
Bila tarik diri deme kene ulang balik latihan tu pada next batch dengan junior pulak. 
Kira tak abis la studi deme tu dan grade pun lewat dari kawan2 sepasukan. 
Tu yang Nas takut dan kuatkan semangat untuk habiskan diploma dia 6 bulan ni.  Bila dah selesai tak yah pikir dah pasal ni.

Naik bukit tu pulak ada catatan masa pukul berapa kene sampai.
Lepas tu malam pulak kene duk sorang2 dalam khemah dan jauh dari orang lain.
Yang ni Nas kata dia tak tido sangat pun. Banyak berjaga.
Maklumlah duk tengah padang sorang2 keliling hutan pastu jarak antara khemah lain hanya nampak lampu kecik je

Dah la tu, sepanjang malam duk dengar bunyi macam2, tu la gamaknya tak lena tidurnya. 
Esok tu kene berkawad la berlari la macam2 la aktiviti fizikal dan padat jadualnye.
Bila balik dari OBS tu memang legam la laki aku. Nampak biji mata je. hahahahaa

Nasib le tak de aktiviti air sepanjang DPA ni selepas kes kematian seorang pelajar di Kedah tak silap aku ketika latihan air dilakukan.
Kalau tak lagi takut Nas ni sebab die tak kuat nak lalui ujian dalam air.
Dia ada  pengalaman ngeri dengan air jadi die takut sikit dengan air. 
Tapi batch tahun ni dah mula balik latihan dalam air tapi dengan pengawasan lebih teliti la.


Yang kedua program keluarga angkat di salah satu kampung di Jelebu Negeri Sembilan.
Nas ni memang tak biasa duk rumah orang dan amik masa lama nak sesuaikan diri.
Masa sebelum dia nak pergi tu, macam2 die runsingkan. Pasal kipas la sebab dia tak boleh panas boleh sakit kepala *ngada tak laki i.....hihihi*

Pastu pasal makanan sebab dia tak makan ikan ngan sayur pastu ayam pulak makan masak sup kicap sambal paprik gitu je la. Kuah2 cam kari ke gulai ke memang tak makan. 
Makan ayam dengan daging je pun, tu pun tengok masakan apa. 
Dia dah siap pikir dah kalau lauk mak angkatnya masak tak kene dengan selera die memang makan telur aje la jawabnya. Senang cerita

Pastu duk berdoa la moga2 jamban dalam rumah maklumlah time melepasnya berjadual bukan ikut dan je. 
Die duk pikir jamban kampung kat luar cam dalam filem drama antu kat tv tu kan.
Tengok gelagat dia tu aku yang risau lebih.
Macam nak lepaskan anak sulung gi asrama pulak dah gayanya

Sampai je kat rumah famili angkatnya call aku anta report kekdahnya
Hati tu tak risau mana sebab dia kata umah ok xde cam kampung. Dalam bilik tidur die ada kipas. Pastu bilik ok bilik air sekali ngan jamban dan ofkos dalam umah. 
Yang paling dia suka depan umah ada sawah padi. 

Tapi 12 hari kat rumah orang tu yang buat dia ingat. Orang tak betah kat umah orang nak abiskan 12 hari tu macam 12 tahun.
Setiap jam call aku ajak borak sebab bosan sangat katanya. Pastu kalau aku tak angkat sebab sibuk ke apa kan kemain la merajuk macam kene marah ngan makwe lak gayanya. 
Boleh tergelak aku kalau duk ungkit balik cite ni kat Nas. Dia sengih malu je la.
Kene bahan ngan bini pun redha je la ye dakkk

Ok, back to cite pasal konvo ye

Ikut jadual Isnin taklimat dan raptai dan Selasa baru majlis konvo, veneu di PWTC.
Kami stayed 3 hari 2 malam kat Seri Pacific Hotel, sebelah PWTC je.
Dari Kuala Selangor 6.30 pagi sebab pendaftaran Nas tu pukul 9, takut jammed ka apa kan so gerak awal.
Pagi tu hujan dari subuh masuk KL baru soyat.

Sepanjang menunggu sesi raptai tu habis, kene lah aku melayan Alauddin supaya dia tak rasa bosan ke buat perangai ke kan.
Tapi Alhamdulillah sepanjang 3 jam tu keadaan terkawal
Good boy anak mama tak buat perangai ye






Kawasan lobby memang lengang 
Ada beberapa parents je yang duduk kat kawasan menunggu dan ada yang berjalan2 sekitar kawasan biasanya yang bawak anak lah. 
Kira nak hiburkan anak la tuh

Mula2 Alauddin memang baik je duk diam, pastu minta makan, mintak air.
Kira tak de la bising2 ke menjerit tak tentu hala ke
Risau gak aku kot die menjerit ke buat bising sebab kawasan lapang cam tu tahu2 je la suara kuat macam mana kan
Bagi dia layan video kartun2 kat tab die
Aku pulak sambil2 tu melayan order2 dari customer, maklumlah Isnin tu orang gomen gaji kan selepas raya sakan.
Kome paham2 je la camne mencacak-canak order masuk kan

Tapi kan memang selalu gitu tau
Asal aku bercuti je dari sesi pengeposan, order masuk kemain banyak pastu tak benti pulak tu
Bila aku kat rumah biasa2 je pulak trend deme order barang tu
Tapi bila aku bercuti je, dalam kete tengah on da way tu la order dah beratur masuk dengan payment mencurah-curah.
Kemain jenuh la kepala aku nak ngingat payment orang kan
Tu yang kalau balik dari bercuti memang sakan la aku packing sebab 2 3 hari punye order nak pos sekali harung
Aku tak merungut ye, aku bersyukur sangat2 walaupun sampai je hotel aku terus bersilaT bukak order deme...hahaha
Tak buat kerja lain dah sebab aku takut terlepas pandang dan payment2  tu semua kene la cek dan asingkan siap2 takut terguna pulak semasa bercuti tu kan
Gitu laaaaa


Kome nampak tak entiti yang tak jelas tu????
Masa ni raptai dah habis
Nas ada urusan pasal pakaian nak guna untuk konvo esok tu, Alauddin nampak Nas kemain la lompat la berlari la joget2 la
Masa ni kat lobby penuh dengan orang dah
Yang Alauddin pulak mula la nak berlari-lari kan
Tapi sebab hala ke belakang tu takde orang, pastu lobby dia jenis memanjang
Kalau Alauddin lari pun tak ganggu orang yang lalu lalang tu
Jadinya aku biakan je la dia berlari-lari tu
Just pantau je la kot ganggu orang ke kan
Kemain suka la dia dapat berlari tu

Nas datang je kabo dah selesai urusan then nak check in hotel laju je aku ajak Alauddin balik....hahaha
Letih dah aku tengok gelagat anak bujang aku ni
Masa ni kul 12 lebih, biasa hotel boleh je check in awal kalau bilik tu memang kosong

Sampai bilik rehat2 jap, mandi solat semua, baru la pikir nak makan apa.
Kami naik train je ke SOGO, then berjalan je nak pegi mana2
Beli makanan kunyah2 kat bilik, dan makanan malam siap2
Dah malas nak kuar dah 
Malam tu prepare baju istiadat untuk pakai esok pagi
Pasangkan butang la, lencana segala, test pulak tengok segak dak esok....hihi

Esok pagi tu, bangun awal sebab nak siapkan Nas
Dah macam bini tentera pulak aku pakaikan Nas uniform ala2 tentera kan
Dia gerak dulu sebab deme kene berkumpul la raptai ringakas la, nak berkumpul dalam dewan apanya.
Konvonya mula jam 9 pagi.



Pukul 9 pagi aku dah siap2, turun sarapan dulu. 
Bagi Alauddin kenyang elok, supaya dia tak meragam masa sampai kat sana
Aku pakai dress dari AVILIA, boleh usah fb page AVILIA
Nursing dress, kain chiffon full lining, tak jarang, dress elok je jatuh terletak 
Zip dia di depan dan memang sesuai untuk bf mom yang nak bergaya even bf anak kan
Ada banyak pilihan warna, dan aku punya atas purple kain soft blue.

Jam 10 lebih baru gerak ke PWTC. 
Nas kata awal2 ada ucapan dari KSU dan Ketua Pegawai depa, jadi aku kira2 mesti mula lambat konvo tu.
Dapat pulak call dari isteri kawan Nas, Kak Ina, dengar dalam phone die orang tengah berucap lagi, maknenye tak mula lagi la tu

Sampai je beberapa orang pegawai bertugas bawakan kami ke pintu menuju dewan
Semalam Nas kata budak tak boleh bawak masuk, boleh tengok kat skrin khas untuk parents yang bawak anak kecik.
Tapi pegawai ni aku tanya dia kata boleh bawak masuk budak, mungkin sebab tak penuh seperti yang dijangkakan.


Alauddin dalam dewan elok pulak dia berperangai
Sebelah dia sepasang atok dan nenek dari Sabah, katanya tengok anak 
Jadi atok ni rajin la melayan Alauddin
Alauddin pulak suka la, ajak borak la, wat gedik2 dia
Kalau atok tu suh duk diam, duduk betul2 atas kerusi dia ikut je
Tak de pulak nak melawan ke nak main2
Jadi boleh la aku duduk lama sikit dalam dewan tu
Aku target lepas je Nas amik scroll aku aku nak keluar dari dewan la, tunggu kat luar je





Selesai je Nas naik pentas, setengah jam lepas tu aku ajak Alauddin keluar
Masa ni dia dah mula nak minta susu
Dah duk nenen...nenen...
Aku kene cari port tersorok sikit untuk susukan dia



Sebelum tu sempat la dia main kejap dengan 2 orang awek ni ha
Awek bunga pink tu baru pandai merangkak dan duduk, jadinya apa yang awek tu duk buat, Alauddin ni pakat la duk ikut segala
Lepas tu maknya angkat sebab nak masuk dewan balik
Ramai je budak2 duk main, berlari segala 
Si bujang ni tengok dia pun sama naik la, tapi sebab aku tak larat nak kawal aku ajak dia g tempat lain
Tapi Alauddin dah mula tunjuk tanda2 cam nak tido je, aku mula la cari port baik punye
Tak abis2 duk minta nenen dia


Memang dah tiba masa dia nak tido, nenen kejap terus tido

Aku duduk kat bucu belakang skrin tapi jauh sikit la dari speaker tu.
Lena jugak la dalam sejam sementara nak tunggu abis konvo tu

Lepas sesi konvo, lunch dulu la, memang disediakan untuk semua yang hadir
Lepas makan, sesi bergambar pula.
Aku minta Nas amik yang pakej bergambar famil tu, RM35 amik saiz besar
Sementara nak tunggu queue untuk bergambar, Nas gi amik sijil di kat kaunter lobby
Nasib tunggu giliran bergambar tak lama, tak sampai setengah jam dah panggil nama

Alauddin pulak bagi kerjasama yang sangat baik, 3 kali snap 3 kali dia pandang camera
Biasa tu kalau nak tangkap gambar kemain payah nak pandang camera.
Lepas bergambar tu, atok nenek dalam dewan tadi jumpa balik kat tempat tangkap gambar
Deme dengar aku panggil Muhammad masa dalam dewan tadi
Jadi deme datang kat aku, tanya mana Muhammad, pakcik nak balik dah ni
Nak jumpa Muhammad jap
Aku bawak deme ke Alauddin, disalam, dipeluk, diciumnya Alaudin macam cucu sendiri pulak
Kemain suka la si bujang aku tu
Baik atok nenek dari Sabah ni
Sebelum bergerak tu, sempat nenek tu cakap byee...atok balik dulu

Selesai bergambar kami terus balik hotel, masa tu dah pukul 4 petang
Rehat2kan diri je la, malam baru keluar cari makan malam pulak

Malam tu kami jalan2 cari makan
KL ni malam pun banyak kete
Sudahnya kami ke Ampang, makan kat Ampang Ruz Aladdin Restaurant - Johor Briyani Gam
Order tak lama pun, sebab orang pun takde la ramai sangat
Masa ni Alauddin tido, jadi senang la aku nak makan
Juz ribakan dia atas peha, aku dah leh bersantap dengan tenang



Ni menu Nas
Nasi Briyani Daging Lembu - RM16 sepinggan
Daging dalam nasi, kuah daging asing dalam piring
Pakej sekali dalca kari, papadom dan telur rebus sebiji



Ni pulak menu aku, Nasi Briyani Ayam Merah RM 16 sepinggan
Pakej sekali papadom dan Acar Mentah dan telur rebus sebiji

Masakan yang sangat sedap dan mengenyangkan
 4.5 bintang boleh kasi restorant ni

Esok tu check out seperti biasa 
Sebelum balik singgah Econsave beli barang2 dapur kemudian terus balik rumah
Selesai dah urusan konvo Nas yang selama ni duk tunggu2 
Lepas konvo baru la dapat surat pengesahan jawatan dan dah sah la Nas dalam kerajaan sebagai penjawat awam.
Begitulah kisahnyaaaa

Ok, jumpa next entry ye
Wasssalam :)














Wednesday, August 20, 2014

SUNGKAI HOT SPRING LAGI

Assalamualaikum

Sabtu baru ni (16.8.2014) kami ke Sungkai Hot Spring lagi tapi kali ni dengan abah sekeluarga.
Nas tetibe je rasa nak mandi manda sama ada Air Terjun Ulu Kenas atau Hot Spring 
Tapi disebabkan bulan 5 ari tu kami ke Ulu Kenas pastu aku kena gatal2 dan ruam2 merah beso syiling 20 sen terus cancel.
Aku perasan lepas salin baju. Masa tu aku dah mula garu2 dah kat lengan sampai pergelangan tangan.
Malam baru naik sikit2 sampai la peha pun kene jugak gatal2 tu
Mak aku kata mungkin ada telur serangga dalam air kot pastu terkena kat kulit aku tu yang jadi gatal2
Nasib baik la gatal kat tangan dengan peha je
Tapi kan air terjun Ulu Kenas sekarang dah tak jernih macam dulu dah, dah mula keruh 
Kadang2 tengah mandi nampak sampah duk hanyut sekali, dah kurang bersih seperti zaman aku kecik2 dulu

Jadi mak aku pun rasa tak nak mandi Ulu Kenas sebab takut jadi gatal2 balik
Jadi kami decided nak ke Hot Spring
Malam Jumaat kami bergerak balik ke Manjung
Sabtu pagi pulak Nas ada appoinment pasal kereta dia
Jadi kami pergi Ahad pagi.

Pagi Ahad bangun awal sikit untuk masak nak berkelah kat sana
Mak masak gulai tauchu ikan tongkol, kobis goreng, ulam selom, petai, sambal belacan dan cempedak goreng.
Pukul 8.30 macam tu kami dah mula bergerak.

Sampai lebih kurang jam 10 lebih. 
Apa2 pun mesti makan dulu
Kami berkelah kat tepi parking tu ada kawasan berumput
Memang sedang elok je sebab ada pili air dan meja panjang kat situ
Bentang tikar, susun lauk atas meja
Kira layan diri je, amik lauk nasi lepas tu bersila atas tikar

Selesai makan beli tiket masuk
Tiket abah lebih murah dari kami semua sebab SENIOR CITIZEN lagi murah dari tiket kanak-kanak...hihi
RM7 warga emas, RM10 kanak-kanak, RM12 untuk dewasa.

Masuk je kami terus ke kolam air panas dulu
Waktu pagi elok la mandi air panas dulu kan, cuaca tengah tak panas lagi
Nanti dah panas dah tak sedap nak mandi air panas pulak kan





Dalam setengah jam mandi kat kolam air panas kami je kolam air biasa 
Sebelum tu makan eskem buatan dulu
Sedap tau eskem ni. Eskem kon pun makcik tu buat sendiri, rasa lain dan sedap!!

Kita layan gambar je la ye


















Dalam pukul 3 kami ke kolam air panas tempat orang merendam kaki dan merebus telur
Abah nak merasa merebus telur kat kolam air panas tu
Semangkuk 6 biji telur RM5 siap kicap cair dan lada sulah
Abah beli 2 mangkuk
Rebus kejap je dalam 5 minit macam tu

Lepas tu sesi rendam kaki pulak dalam 30 minit macam tu
Selesai tu kami ke kolam air panas mula2 tadi. 
Rendam buat kali terakhir sebelum mandi air bersih
Kat kolam ni ada air tempayan. Sejuk tau airnya
Air bawah tanah.
Naik je dari kolam air panas jirus pulak air sejuk memang sedapppp sangat.

Selesai tukar baju semua, makan dulu sebelum balik
Sekali lagi berkelah kat tempat yang sama
Lepas tu baru balik 

Abah ke Manjung kami ke Kuala Selangor
Kami pisah kat hentian rehatTeluk Intan
Abah sampai dulu, kami sejam kemudian

Best holiday sebab dapat layan kehendak abah dengan suami serentak
Nas suka mandi manda di theme park atau air terjun dan abah suka pergi ramai dengan anak menantu
Abah kalau ajak berjalan macam ni memang semangat sungguh
Seronok dapat bawak abah berjalan-jalan walaupun dekat2 je
Janji bagaimana memanfaatkan masa berkualiti yang dihabiskan bersama tu lebih penting dari isu lain

Ok la....jumpa next entry
Wassalam :)










Wednesday, August 13, 2014

Kisah Raya 2014 - 2 & 3 Syawal

Assalamualaikum

Selasa 2 Syawal, kami bersiap2 nak balik ke Puchong, rumah mama
Tengah hari kami bergerak. Masa ni jalan dah mula penuh dengan kereta tapi tak de jammed pun
Kami berhenti makan di R&R Temerloh.
Sampai Puchong jam 4 petang macam tu


Halina Jubah dari Zawara
Sangat sedap dipakai, material terbaik dan warna yang sangat cantik
Terasa ala2 princess plak bila pakai tu
Tudung pulak macam biasa la, bawal Aidijuma




Nampak budak dah sihat tu
Kemain ligat dia main, tak peduli mama dan abah dia dah

Mama jamu makan lontong petang tu
Ada juga ketupat, nasi impit, rendang ayam dan puding koktail.
Petang tu hanya rehat2 je sebab plan nak bawak abah jenjalan malam tu



Pukul 9 malam bawak abah dan adik2 jalan ke Putrajaya
Dah lama abah kata nak pegi Putrajaya
Aku ingat kat dataran tu tak ramai orang
Rupenye penuh dengan pelancong dari Arab 
Orang kita pun ada juga tapi tak la ramai macam pak arab semua
Deme beraya ke Putrajaya gamaknya

Macam biasa ada beberapa peniaga yang open bisnes basikal motor dan kereta guna remote tu kan
Tapi ada 3 tempat je la
Hari biasa memang penuh sekeliling dataran tu
Tapi sebab bercampur dengan bangsa Arab yang memang kasar dan ganas bila bermain, mata aku tak lepas pandang Alauddin takut kene langgar dengan budak2 Arab yang main basikal 
Deme main kemain laju pastu kejar2 pulak tu
Ramai yang jatuh tergolek terseret segala tapi mak ayah deme bantai gelak siap ejek lagi
Pastu sambung main balik
Ada jugak mak ayah lumba sekali naik basikal budak
Mengucap abah aku tengok perangai bangsa Arab....huhu


Setengah jam lebih kurang kat dataran tu
Bagi Jannah main basikal dan Alauddin main kereta remote tu cukup lah
Kami berjalan ke tasik Putrajaya, tunjuk kat abah tempat orang duk heboh nak naik Cruise bagai tu
Putrajaya ni cantik di waktu malam, sebab lampu2nya terlalu banyak
Kat jambatan lain, kat tasik lain, kat bangunan kerajaan lain
Memang meriah lampu2 kat Putrajaya

Esok tu plan nak bawak abah dan adik2 ke KLCC
Rancang nak bawak ke Petrosains dan Aquaria
Dan yang paling aku teruja nak bawak mak abah naik train 
Mak aku dah pikir macam2 dah
Hahahaha....kemain takut katanya

Nas memang plan tak nak bawak kete masuk KL
Memang letih la jawabnya
Jadi nak jalan santai2 je

Pukul 10 lebih kami gerak ke Putrajaya Sentral, park kete kat situ
Naik ERL terus ke KL Sentral
Seronok tengok abah teruja nak naik ERL
Sampai KL Sentral tukar naik komuter ke KLCC
Abah pikir kan tambangnya mestilah beratus sebab bayangkan naik train 
Padahal tak mahal pun
ERL ke KL sentral RM9.50 dewasa, budak RM4.50 untuk sehala
Komuter RM1.80 untuk sehala.




Jubah Pantera Pardus warna peach pink 
Bahagian atas cotton bahagian bawah satin 
Yang pastinya BF friendly
Boleh terjah FB Muslimah Nursing Centre
Tudung bawal Aidijuma 

Tapi ada kisah seram kelakar terjadi kat KL Sentral
Lepas beli token kan kene lepas kat pintu masuk nak ke komuter kan
Akmal last sekali masa tu, kami semua dah lepas dah dan teruslah jalan ke depan
Ingat tak de apa2 la
Sekali dah naik escalator, nampak si Iqah lambai panggil kata Akmal tak lepas
Aku pun turun la balik risau pulak aku kenapa adik aku tertinggal kat bawah
Nasib la belum naik train lagi
Rupanya token tu tak leh baca kat mesin nak masuk tu
Jadi kene tunggu jap nak bagi token lain
Lega la aku ingatkan kenapa lah

KL Sentral terlalu ramai orang dan pelbagai bangsa
Memang aku berhati-hati sungguh kalau ke tempat terlalu ramai manusia ni
Macam-macam mende boleh jadi kalau terleka sikit

Selesai kes Akmal jadi pulak kes seram kelakar kali kedua
Dah berkumpul kat atas nak naik komuter ke KLCC
Abah dan Ila paling belakang
Aku pulak lupa la nak kabo komuter ni jenis tutup pintu cepat sikit

Masa tengah nak masuk tu memang la ramai orang
Masa abah ngan Ila baru nak masuk pintu dah tutup
Yang kelakar tu muka Ila dengan Abah tercengang-cengang
Tapi aku risau la jugak, takut deme panic ke apa kan
Maklumlah pes time naik kan
Aku pun sms la ila kabo tunggu next train, biasa 5 minit sekali komuter tu datang
Nanti sebelum train sampai stesen ada suara akan inform KLCC, baru turun
Aku siap kabo 5 stesen ke depan baru KLCC.
Kami tunggu kat stesen KLCC, beza 4 minit je dari kami
Nampak Ila ngan Abah kuar dari train sambil sengih je kami pun bantai gelak
Sabar je la wehhh

KLCC macam biasa memang penuh umat manusia
Jadi terus la cari food court nak lunch dulu
Lepas lunch gerak ke Petrosains
Sekali ada notis kat pintu inform kata tutup masa 3 Syawal dan beroperasi 4 Syawal
Alaaaaaa terawal sehari aje
Tengok kat website dia tutup sampai raya ke-2 je
Tak pe la tak de rezeki
Kami terus la gerak ke Aquaria






Kebetulan masa kami datang pelatih ni tengah bagi makan pada memerang
Memang cerdik sangat memerang ni
Pandai melompat, berpusing, berenang, salam dan tepuk tangan dengan hanya guna isyarat jari telunjuk
Memang bijak sangat 
Tapi suara memerang tu punyalah nyaring menjerit2...hahaha...comelllll













Masa ni kat kat terowong tu
Cantik sangat permandangan dalam laut dengan ikan2 duk berenang atas kepala
Teruja tengok jerung ngan pari sebab besar sungguh 
Muka pari tu macam muka manusia...huhu




Yang ni masa sesi bagi makan jerung
Penyu gergasi pun ada

Bila tengok ikan besar yang buas boleh hidup aman damai dalam air brersama pelbagai jenis ikan yang kecil dan hidupan air yang lain macam penyu buat terfikir binatang pun pandai hidup rukun dan damai tapi manusia yang ada akal fikiran pulak boleh bergaduh bagai dengki busuk hati rebut gila kuasa tamak haloba segala
Memang jauh beza sungguh adab manusia dan haiwan ye.

Lama juga kami berjalan dalam Aquaria tu
Hampir 3 jam jugak lah
Perjalanan pulang melalui route yang sama
Tapi tiada kes seram sejuk dah
Hahahha...

Sampai rumah dalam pukul 5 macam tu
Tak rasa penat sebab tak bawak kereta
Kalau bawak kereta risau sangkut kat jalan je
Lagi letih habiskan masa dalam kereta kan

Abah memang plan nak balik petang tu jugak
Aku ajak abah tidur semalam lagi kat rumah aku, esok tu baru balik Manjung
Bagi abah rehat betul baru la drive balik Manjung, tak de la penat sangat

Mama pun nak ikut sekali sebab rasa seronok la tu kan ramai2 kat rumah aku
Jadi pukul 7 macam tu kami gerak ke Kuala Selangor
Perjalanan lancar walaupun banyak kereta
Nasib lah Nas biasa jalan pintas kat area Kapar dan Meru tu
Jadi kami ikut jalan belakang dari Kapar ke Jeram

Sampai rumah malam pukul 8 lebih macma tu
Terus mak sinsing lengan masak nasi sebab abah lapar...hihi
Tak yah susah2 masak lauk beria
Mak masak sambal sardin, ikan masin bulu ayam, telur dadar, dan sambal belacan
Lauk macam tu pun boleh licin periuk nasi
HAHAHAHHA

Esok pagi tu abah balik Manjung pukul 10 pagi
Sekali dengan mama sekeluarga sebab mama nak terus ke Ipoh rumah Mak Cu lepas singgah Manjung kejap
Saja abah paksa mama ke Manjung
Abah dah pindah rumah lain, jadi abah nak ajak mama ke rumah baru sekarang la
Senang la nanti nak ke Manjung dah tahu rumah kat mana kan

Habis dah sesi beraya aku bersama famili
Dengan mak ayah sendiri pun dah beraya dengan keluarga suami pun dah beraya dah
Masing2 seronok dengan apa yang dah dilakukan bersama
Tapi tiap2 minggu tetap lah balik ke rumah mak ayah kan
Cumanya minggu pertama raya tu kami dah sambut bersama2 la

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wassalam :)