About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, August 12, 2014

Kisah Raya 2014 - 1 Syawal

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Masih dalam mood raya ke korang?
Hihihi...mestilah kan
Raya kan sebulan

Raya tahun ni aku rasa paling sederhana tapi meriah dan seronok
Alhamdulillah 4 tahun berkahwin dan 4 kali raya jugaklah disambut bersama keluarga aku
Raya kedua baru beraya dengan keluarga suami

Aku kan setiap kali nak raya tak pernah la aku minta suami beraya dengan famili aku
Aku jenis suka diam je tak tanya nak beraya mana tahun ni
Biasa Nas yang akan tanya aku, tahun ni abah beraya kat Manjung ke balik Pahang?
Nas pulak tanya pasal abah aku

Jadi aku biasanya memang la dah tahu awal2 ke mana famili aku akan beraya setiap tahun
Memang dari kami kecil pesen abah beraya adalah bergilir-gilir setiap tahun
Walaupun arwah opah (mak abah) dan arwah tok (mak kepada mak aku) dah meninggal abah tetap nak balik kampung mengikut giliran
Tak pernah sekali pun aku tengok mak abah aku bergaduh bab nak balik beraya ni
Sebabnya abah aku memang betul2 tunaikan giliran tu dan tak pernah la nak langgar sistem giliran yang dah dibuat
Dan mak aku juga bukan jenis suka cari gaduh pun, jenis isteri yang menurut perintah aje
Tu pasal aku kabo aku tak yah nak cari orang lain buat contoh teladan dah
Cukup la mak aku tu je jadi cerminan aku untuk didik diri aku jadi isteri yang lebih baik, In shaa Allah

Abah aku kata kene balik Pahang bila raya sebab mak aku masih ada adik beradik dia yang lain
Adik beradik mak aku ramai juga, dalam 8 orang yang masih hidup, 3 orang dah meninggal
Masih ada anak sedara sepupu sepapat yang memang menetap kat sana
Yang memang jarang berjumpa dan deme pun susah nak datang melawat kami yang jauh di Perak
Sebab ada antara deme yang hidup cukup makan
Jadi masa raya la kita nak berjumpa lepas rindu usik gurau tawa nangis segala pun
Masa raya la pun nak tengok rupa masing2, ada yang makin kembang, ada yang kuncup ada yang memang tak kuncup2 dah terus la kembang sampai kesudah, ada yang kemain melawa maklumlah dah jadi anak dara.
Ada yang dah beranak pinak, ada yan baru dapat anak, dalam pantang pun lagi, ada yang tengah mengandung, ada yang anak baru dapat kaki, keje nak berlari aje sebab kawasan kampung tepi pantai ni paham-paham je la
Memang budak main lepas je la sebab bukan bahaya macam kat bandar tu, pastu kemain ramaiiiiii sepupu sepapat yang sebaya semua pakat main.
Kalah taska dah aku tengokkan. Tapi bebudak seronok la dapat bebas main kan dengan segala yang ada kat sekeliling deme.
Ada yang tak pernah deme tengok pun cam buaian gantung kt pokok, rumah atas pokok, pukat jala segala, buah kelapa bersepah-sepah, yang gelikan pasir menjerit2 macam pijak ular, air paya depan rumah pun nak terjun, sebelah tu hutan banat, ada rezeki boleh la tengok babi melintas.
Kalau tak de rezeki jadi le dapat tengok monyet je
Macam gitu la gelagat raya kat kampung sebelah mak aku

Jadi keputusan beraya tahun ni di Pahang
Urusan homestay macam biasa aku yang uruskan
Aku booking kat area Gambang
Aku dah booking minggu pertama bulan Ramadhan lagi
Rumah ni kami dah pernah duduk masa 2 tahun lepas, time raya juga
Jadi senang la urusan aku dengan En. Hatim pemilik homestay tu

Sebab kami nak ke Kuantan sama2, jadi Sabtu 2 hari sebelum raya, abah sekeluarga ke Kuala Selangor, tido semalam di rumah aku
Ahad pukul 7 pagi kami terus gerak
Alhamdulillah perjalanan kami lancar je
Mungkin ramai yang dah balik Jumaat dan Sabtu

Mula2 Nas bajet sampai tengah hari, tapi sebab perjalanan lancar kami sampai lebih awal dari sepatutnya
Kami sampai jam 11 pagi. Kalau ikut waktu check in jam 2 petang
Jadi aku mesej En Hatim maklumkan untuk masuk lebih awal, jika kene bayar pun tak mengapa
Alhamdulillah En Hatim tak kisah kami nak masuk jam berapa, siap seloroh kalau masuk awal pagi pun tak de masalah...hihi
Senang kan berurusan dengan orang yang memudahkan orang lain

Jadi sampai awal ni boleh la berehat-rehat, tidur sekejap kan
Petang tu kami ke Pasar Ramadhan di Taman Tas. Masih meriah lagi dengan peniaga2 yang berniaga pada hari terakhir Ramadhan
Makanan pantai timur ni memang unik dan sedap tau
Mak aku memang cari nasi dagang daun pisang
Dah jumpa beli 2 bungkus je mak ngan aku. Bila makan rasa menyesal pulak tak beli 4 bungkus. HAHA

Pastu beli sata pulak, pun sedap jugak, rasa pedas2 manis.
Yang uniknya ayam percik kat sini tak de kuah tau
Dia masa bakar tu dah salut dengan kuah, jadi ayam tu nampak lembab la
Nak rasa punye pasal kami beli la, tapi memang sedap betul.

Tapi juadah berbuka hari tu banyak sangat beli sampai ada yang tak habis tapi nasiblah tak banyak sangat
Wan kan berniaga juga kat bazar tu, jadi kami dapat lah merasa murtabak dia
Alhamdulillah rasa memang sama macam resipi abah dan mak
Kira memang wan betul2 dah mewarisi segala ilmu perniagaan dari abah

Petang tu jugak kami ke Tunas Manja untuk beli barang2 basah
Mak nak masak rendang ayam dan kuah kacang
Lemang abah dah beli tepi jalan sepanjang Gambang tu
Masa berbuka abah rasa lemang memang elok, tak de yang ceroi dan elok masaknya
Abah memang tak boleh jauh dengan lemang masa raya pertama
Baru la raya kata abah...hihi

Pagi raya kami semua mula bersiap2
Sebab lepas solat raya dan sesi bermaafan kami nak ke Rompin kampung mak pulak
Sarapan pagi kami masih dalam mood raya walaupun bukan di rumah sendiri atau kampung kan
Ada rendang ayam, lemang, nasi impit dan kuah kacang

Selesai solat raya, wan dan adik2 pun sampai sebelum kami ke Rompin
Sesi bermaafan seperti biasa penuh dengan air mata
Kami suami isteri bermaafan dalam bilik aje, segan pulak aku nak minta maaf dengan Nas depan mak ayah
Hihihi...maklumlah banyak nak ngaku kesalahan depan Nas...haha...

Hari raya pertama juga Alauddin mula dedor badan dia
Mana taknya jumpa pak mak sedara dia kemain ligat lagi
Duk main je tak henti2
Alhamdulillah tak de la demam teruk pun, cumanya badannya panas sikit dan selesema sikit
Tapi mood ceria tu kurang la jugak, banyak nak memerap dengan mamanya



Kami bertiga 
Tahun ni warna dark purple

Baju kurung Pahang beli online di FB Azidah's Collection
Azidah's Collection ntara fb page yang top dalam menjual pelbagai jenis baju kurung pada harga yang berpatutan dan material terbaik sahaja
Tak caya cuba beli sehelai dan korang akan puas hati tahap maksimum
HEHEHEHE

Tudung Bawal Aidijuma :)



Bergambar bersama
Alauddin masa ni tengah tidur
Tema wan dan adik2 warna oren
Abah dan adik2 lain memang deme tak pernah sekali pun sedondon masa raya


Mak


Abah





Si adik bongsu


Lepas sesi bermaafan kami ke rumah Mak Lang adik mak di Taman Indera Mahkota
Juadah raya mak lang mihun sup, pulut kuning, ketupat goreng dan rendang ayam
Lepas rumah Mak Lang kami terus ke Rompin kampung mak
Wan dan adik2 tak ikut
Sebab deme nak beraya rumah atok sebelah ma kat Kuantan pulak
Perjalanan semua ok, lancar dan cuaca pun redup je
Paham-paham je la kawasan tepi pantai kan, memang panas terik
Tapi bila redup rasa nyaman je 

Rumah pertama kami beraya rumah abang mak, Ayah Da kat Nenasi
Juadah istimewa nasi minyak 
Beraya naik kereta ni memang cepat lapar
Nak2 pulak aku ni masih menyusukan Alauddin lagi

Lepas rumah Ayah Da, kami terus ke Kampung Leban Condong, kampung mak
Kami ke rumah Ayah Cik, abang mak jugak
Makcik Ana tiap2 tahun memang akan buat laksa
Laksa deme tak makan dengan salad, tapi makan dengan kacang panjang buat ulam, potong kecik2
Aku memang suka sangat laksa Makcik Ana bertambah makan, sampai 2 pinggan
Rendangnya pun sedap

Kami rehat lama sikit kat rumah Makcik Ana
Sementara mak pergi beraya ke rumah tok sedara, kakak arwah tok
Kesian Tok Andak, dah makin uzur dan mula nyanyuk
Dengar cerita Makcik Ana sedihnya nasib orang tua seperti Tok Andak
Tok Andak memang rapat dengan arwah tok
Dia memang tak ingat langsung yang adiknya tu dah meninggal dunia
Dah dekat 3 tahun dah, tapi Tok Andak selalu datang rumah Makcik Ana tanyakan adiknya tu, katanya nak jumpa. Lama tak jumpa
Sedihh....

Kami yang tak ikut mak beraya ke rumah Tok Andak ni duk jalan sekitar2 je la
Pastu Ayak Cik bawak kami tengok tanah pusaka mak
Mak dan abah ada rancangan nak buat rumah atas tanah tu
Sedang berusaha ke arah itu, in shaa Allah kalau ada rezeki dapatlah aku tunaikan impian mak nak bina rumah tu
Nas pun sama2 bantu sebab tanah pusaka ni paham-paham je la proses dan syarat2 dia kan



Orang tak pernah tengok kampung
Kemain ligat berlari pastu tercengang tengok keliling hutan





Lepas ke rumah Makcik Ana kami gerak ke rumah Pak Andak, jalan depan sikit je dari rumah Makcik Ana
Tapi Nas sibuk nak tengok pantai kat Lanjut resort tu
Memang cantik pantainya, tapi agak jauh dari orang 
Untuk yang suka tempat sunyi atau honeymoon nak rileks dalam bilik je memang sesuai la tempat macam tu
Tapi pantai sini ombaknya tinggi2 dan memang tak sesuai untuk mandi manda

Lepas ke pantai baru kami ke rumah Pak Andak
Mak abah memang dah gerak dulu 
Rumah Pak Andak masing2 kenyang lagi, jadi maka kuih muih je

Kemudian gerak ke bandar pulak ke rumah kakak tiri mak
Mak nak tengok kakak tiri mak yang stroke
Masa kami ziarah 3 tahun lepas kak tiri mak baru kene stroke
Datang kali ni dah boleh genggam bola kecik
Memang hari2 buat exercise genggam bola kecik tu
Beberapa bulan sebelum puasa baru mula dapat gerak jari2 kata adik tiri mak
Kak tiri mak stroke seluruh badan
Kesian terlantar je tapi masih kenal adik beradik lagi

Lepas rumah kak tiri mak kami balik ke Kuantan
Masa ni dah nak Maghrib dah
Sampai Kuantan aku terus ke rumah ma kat Jaya Gading
Wan pula bersiap2 nak ke homestay kami sebab dia tahu abah dah balik kan
Jadi kami 3 beranak ke rumah ma, wan ke homestay kami
Bertukar pulak kami...hihi

Ma masa ni baru lepas beraya rumah jirannya
Pas tu mak hidang ketupat biasa dengan ketupat manis
Pastu ada tapai pulut
Aku tak sentuh ketupat biasa tu, sebab biasa makan kan
Aku tuju ketupat manis je
Sedap ya rabbi makan dengan rendang ayam
Tak sedar aku makan sampai 15 ketul ketupat manis tu
Kemain suka mak tengok aku makan
Pastu maka tapai pulak
Tak pikir pulak aku apa jadi la dengan perut aku pas masuk segala jenis makanan dari siang tadi kan
Huhuhu

Tapi yang pastinya memang puas la dapat makan ketupat manis mak buat
Kami berborak sampai dekat pukul 11 malam baru balik
Sampai rumah memang penat sebab separuh hari jugak berjalankan
Jadi mandi2 teruslah panjat katil
Memasing letih dah

Selesai dah raya pertama kami
Nanti aku sambung pulak cerita raya 2 Syawal kat Puchong ye

Wassalam :)







No comments:

Post a Comment