About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, August 13, 2014

Kisah Raya 2014 - 2 & 3 Syawal

Assalamualaikum

Selasa 2 Syawal, kami bersiap2 nak balik ke Puchong, rumah mama
Tengah hari kami bergerak. Masa ni jalan dah mula penuh dengan kereta tapi tak de jammed pun
Kami berhenti makan di R&R Temerloh.
Sampai Puchong jam 4 petang macam tu


Halina Jubah dari Zawara
Sangat sedap dipakai, material terbaik dan warna yang sangat cantik
Terasa ala2 princess plak bila pakai tu
Tudung pulak macam biasa la, bawal Aidijuma




Nampak budak dah sihat tu
Kemain ligat dia main, tak peduli mama dan abah dia dah

Mama jamu makan lontong petang tu
Ada juga ketupat, nasi impit, rendang ayam dan puding koktail.
Petang tu hanya rehat2 je sebab plan nak bawak abah jenjalan malam tu



Pukul 9 malam bawak abah dan adik2 jalan ke Putrajaya
Dah lama abah kata nak pegi Putrajaya
Aku ingat kat dataran tu tak ramai orang
Rupenye penuh dengan pelancong dari Arab 
Orang kita pun ada juga tapi tak la ramai macam pak arab semua
Deme beraya ke Putrajaya gamaknya

Macam biasa ada beberapa peniaga yang open bisnes basikal motor dan kereta guna remote tu kan
Tapi ada 3 tempat je la
Hari biasa memang penuh sekeliling dataran tu
Tapi sebab bercampur dengan bangsa Arab yang memang kasar dan ganas bila bermain, mata aku tak lepas pandang Alauddin takut kene langgar dengan budak2 Arab yang main basikal 
Deme main kemain laju pastu kejar2 pulak tu
Ramai yang jatuh tergolek terseret segala tapi mak ayah deme bantai gelak siap ejek lagi
Pastu sambung main balik
Ada jugak mak ayah lumba sekali naik basikal budak
Mengucap abah aku tengok perangai bangsa Arab....huhu


Setengah jam lebih kurang kat dataran tu
Bagi Jannah main basikal dan Alauddin main kereta remote tu cukup lah
Kami berjalan ke tasik Putrajaya, tunjuk kat abah tempat orang duk heboh nak naik Cruise bagai tu
Putrajaya ni cantik di waktu malam, sebab lampu2nya terlalu banyak
Kat jambatan lain, kat tasik lain, kat bangunan kerajaan lain
Memang meriah lampu2 kat Putrajaya

Esok tu plan nak bawak abah dan adik2 ke KLCC
Rancang nak bawak ke Petrosains dan Aquaria
Dan yang paling aku teruja nak bawak mak abah naik train 
Mak aku dah pikir macam2 dah
Hahahaha....kemain takut katanya

Nas memang plan tak nak bawak kete masuk KL
Memang letih la jawabnya
Jadi nak jalan santai2 je

Pukul 10 lebih kami gerak ke Putrajaya Sentral, park kete kat situ
Naik ERL terus ke KL Sentral
Seronok tengok abah teruja nak naik ERL
Sampai KL Sentral tukar naik komuter ke KLCC
Abah pikir kan tambangnya mestilah beratus sebab bayangkan naik train 
Padahal tak mahal pun
ERL ke KL sentral RM9.50 dewasa, budak RM4.50 untuk sehala
Komuter RM1.80 untuk sehala.




Jubah Pantera Pardus warna peach pink 
Bahagian atas cotton bahagian bawah satin 
Yang pastinya BF friendly
Boleh terjah FB Muslimah Nursing Centre
Tudung bawal Aidijuma 

Tapi ada kisah seram kelakar terjadi kat KL Sentral
Lepas beli token kan kene lepas kat pintu masuk nak ke komuter kan
Akmal last sekali masa tu, kami semua dah lepas dah dan teruslah jalan ke depan
Ingat tak de apa2 la
Sekali dah naik escalator, nampak si Iqah lambai panggil kata Akmal tak lepas
Aku pun turun la balik risau pulak aku kenapa adik aku tertinggal kat bawah
Nasib la belum naik train lagi
Rupanya token tu tak leh baca kat mesin nak masuk tu
Jadi kene tunggu jap nak bagi token lain
Lega la aku ingatkan kenapa lah

KL Sentral terlalu ramai orang dan pelbagai bangsa
Memang aku berhati-hati sungguh kalau ke tempat terlalu ramai manusia ni
Macam-macam mende boleh jadi kalau terleka sikit

Selesai kes Akmal jadi pulak kes seram kelakar kali kedua
Dah berkumpul kat atas nak naik komuter ke KLCC
Abah dan Ila paling belakang
Aku pulak lupa la nak kabo komuter ni jenis tutup pintu cepat sikit

Masa tengah nak masuk tu memang la ramai orang
Masa abah ngan Ila baru nak masuk pintu dah tutup
Yang kelakar tu muka Ila dengan Abah tercengang-cengang
Tapi aku risau la jugak, takut deme panic ke apa kan
Maklumlah pes time naik kan
Aku pun sms la ila kabo tunggu next train, biasa 5 minit sekali komuter tu datang
Nanti sebelum train sampai stesen ada suara akan inform KLCC, baru turun
Aku siap kabo 5 stesen ke depan baru KLCC.
Kami tunggu kat stesen KLCC, beza 4 minit je dari kami
Nampak Ila ngan Abah kuar dari train sambil sengih je kami pun bantai gelak
Sabar je la wehhh

KLCC macam biasa memang penuh umat manusia
Jadi terus la cari food court nak lunch dulu
Lepas lunch gerak ke Petrosains
Sekali ada notis kat pintu inform kata tutup masa 3 Syawal dan beroperasi 4 Syawal
Alaaaaaa terawal sehari aje
Tengok kat website dia tutup sampai raya ke-2 je
Tak pe la tak de rezeki
Kami terus la gerak ke Aquaria






Kebetulan masa kami datang pelatih ni tengah bagi makan pada memerang
Memang cerdik sangat memerang ni
Pandai melompat, berpusing, berenang, salam dan tepuk tangan dengan hanya guna isyarat jari telunjuk
Memang bijak sangat 
Tapi suara memerang tu punyalah nyaring menjerit2...hahaha...comelllll













Masa ni kat kat terowong tu
Cantik sangat permandangan dalam laut dengan ikan2 duk berenang atas kepala
Teruja tengok jerung ngan pari sebab besar sungguh 
Muka pari tu macam muka manusia...huhu




Yang ni masa sesi bagi makan jerung
Penyu gergasi pun ada

Bila tengok ikan besar yang buas boleh hidup aman damai dalam air brersama pelbagai jenis ikan yang kecil dan hidupan air yang lain macam penyu buat terfikir binatang pun pandai hidup rukun dan damai tapi manusia yang ada akal fikiran pulak boleh bergaduh bagai dengki busuk hati rebut gila kuasa tamak haloba segala
Memang jauh beza sungguh adab manusia dan haiwan ye.

Lama juga kami berjalan dalam Aquaria tu
Hampir 3 jam jugak lah
Perjalanan pulang melalui route yang sama
Tapi tiada kes seram sejuk dah
Hahahha...

Sampai rumah dalam pukul 5 macam tu
Tak rasa penat sebab tak bawak kereta
Kalau bawak kereta risau sangkut kat jalan je
Lagi letih habiskan masa dalam kereta kan

Abah memang plan nak balik petang tu jugak
Aku ajak abah tidur semalam lagi kat rumah aku, esok tu baru balik Manjung
Bagi abah rehat betul baru la drive balik Manjung, tak de la penat sangat

Mama pun nak ikut sekali sebab rasa seronok la tu kan ramai2 kat rumah aku
Jadi pukul 7 macam tu kami gerak ke Kuala Selangor
Perjalanan lancar walaupun banyak kereta
Nasib lah Nas biasa jalan pintas kat area Kapar dan Meru tu
Jadi kami ikut jalan belakang dari Kapar ke Jeram

Sampai rumah malam pukul 8 lebih macma tu
Terus mak sinsing lengan masak nasi sebab abah lapar...hihi
Tak yah susah2 masak lauk beria
Mak masak sambal sardin, ikan masin bulu ayam, telur dadar, dan sambal belacan
Lauk macam tu pun boleh licin periuk nasi
HAHAHAHHA

Esok pagi tu abah balik Manjung pukul 10 pagi
Sekali dengan mama sekeluarga sebab mama nak terus ke Ipoh rumah Mak Cu lepas singgah Manjung kejap
Saja abah paksa mama ke Manjung
Abah dah pindah rumah lain, jadi abah nak ajak mama ke rumah baru sekarang la
Senang la nanti nak ke Manjung dah tahu rumah kat mana kan

Habis dah sesi beraya aku bersama famili
Dengan mak ayah sendiri pun dah beraya dengan keluarga suami pun dah beraya dah
Masing2 seronok dengan apa yang dah dilakukan bersama
Tapi tiap2 minggu tetap lah balik ke rumah mak ayah kan
Cumanya minggu pertama raya tu kami dah sambut bersama2 la

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wassalam :)


















No comments:

Post a Comment