About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, August 20, 2014

SUNGKAI HOT SPRING LAGI

Assalamualaikum

Sabtu baru ni (16.8.2014) kami ke Sungkai Hot Spring lagi tapi kali ni dengan abah sekeluarga.
Nas tetibe je rasa nak mandi manda sama ada Air Terjun Ulu Kenas atau Hot Spring 
Tapi disebabkan bulan 5 ari tu kami ke Ulu Kenas pastu aku kena gatal2 dan ruam2 merah beso syiling 20 sen terus cancel.
Aku perasan lepas salin baju. Masa tu aku dah mula garu2 dah kat lengan sampai pergelangan tangan.
Malam baru naik sikit2 sampai la peha pun kene jugak gatal2 tu
Mak aku kata mungkin ada telur serangga dalam air kot pastu terkena kat kulit aku tu yang jadi gatal2
Nasib baik la gatal kat tangan dengan peha je
Tapi kan air terjun Ulu Kenas sekarang dah tak jernih macam dulu dah, dah mula keruh 
Kadang2 tengah mandi nampak sampah duk hanyut sekali, dah kurang bersih seperti zaman aku kecik2 dulu

Jadi mak aku pun rasa tak nak mandi Ulu Kenas sebab takut jadi gatal2 balik
Jadi kami decided nak ke Hot Spring
Malam Jumaat kami bergerak balik ke Manjung
Sabtu pagi pulak Nas ada appoinment pasal kereta dia
Jadi kami pergi Ahad pagi.

Pagi Ahad bangun awal sikit untuk masak nak berkelah kat sana
Mak masak gulai tauchu ikan tongkol, kobis goreng, ulam selom, petai, sambal belacan dan cempedak goreng.
Pukul 8.30 macam tu kami dah mula bergerak.

Sampai lebih kurang jam 10 lebih. 
Apa2 pun mesti makan dulu
Kami berkelah kat tepi parking tu ada kawasan berumput
Memang sedang elok je sebab ada pili air dan meja panjang kat situ
Bentang tikar, susun lauk atas meja
Kira layan diri je, amik lauk nasi lepas tu bersila atas tikar

Selesai makan beli tiket masuk
Tiket abah lebih murah dari kami semua sebab SENIOR CITIZEN lagi murah dari tiket kanak-kanak...hihi
RM7 warga emas, RM10 kanak-kanak, RM12 untuk dewasa.

Masuk je kami terus ke kolam air panas dulu
Waktu pagi elok la mandi air panas dulu kan, cuaca tengah tak panas lagi
Nanti dah panas dah tak sedap nak mandi air panas pulak kan





Dalam setengah jam mandi kat kolam air panas kami je kolam air biasa 
Sebelum tu makan eskem buatan dulu
Sedap tau eskem ni. Eskem kon pun makcik tu buat sendiri, rasa lain dan sedap!!

Kita layan gambar je la ye


















Dalam pukul 3 kami ke kolam air panas tempat orang merendam kaki dan merebus telur
Abah nak merasa merebus telur kat kolam air panas tu
Semangkuk 6 biji telur RM5 siap kicap cair dan lada sulah
Abah beli 2 mangkuk
Rebus kejap je dalam 5 minit macam tu

Lepas tu sesi rendam kaki pulak dalam 30 minit macam tu
Selesai tu kami ke kolam air panas mula2 tadi. 
Rendam buat kali terakhir sebelum mandi air bersih
Kat kolam ni ada air tempayan. Sejuk tau airnya
Air bawah tanah.
Naik je dari kolam air panas jirus pulak air sejuk memang sedapppp sangat.

Selesai tukar baju semua, makan dulu sebelum balik
Sekali lagi berkelah kat tempat yang sama
Lepas tu baru balik 

Abah ke Manjung kami ke Kuala Selangor
Kami pisah kat hentian rehatTeluk Intan
Abah sampai dulu, kami sejam kemudian

Best holiday sebab dapat layan kehendak abah dengan suami serentak
Nas suka mandi manda di theme park atau air terjun dan abah suka pergi ramai dengan anak menantu
Abah kalau ajak berjalan macam ni memang semangat sungguh
Seronok dapat bawak abah berjalan-jalan walaupun dekat2 je
Janji bagaimana memanfaatkan masa berkualiti yang dihabiskan bersama tu lebih penting dari isu lain

Ok la....jumpa next entry
Wassalam :)










No comments:

Post a Comment