About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, September 9, 2014

Kisah Seminggu Yang Lepas

Assalamualaikum

Tak de la kisah seminggu sangat pun
Cuma nak updated awal bulan yang agak kelam kabut
Isnin hari tu amik barang selepas sekian lama tak amik stok yang banyak

Masa bulan puasa, aku banyak beli stok then pos ke rumah
Sejak supplier pun open dropship untuk reseller macam aku ni, urusan jadi lebih mudah
Sebab aku tak perlu nak pergi amik stok tiap2 minggu macam selalu tu kan

Tapinya ada sedikit masalah 
Pada aku tak de la besar pun masalah tu tapi kalau dibiarkan berterusan boleh jadi besar la dan akan susahkan aku balik
Jadi itu sebab aku ambil keputusan untuk ambil barang dan pos seperti biasa.

Sejak beberapa minggu ni aku mula aktif minta supplier yang poskan barang2 semua pada customer
Jadi aku akan pos apa yang ready stock kat aku je la, dan kebanyakkan barang yang beso2 aku suruh supplier je la pos

Lepas tu ada 1 masa tu customer duk tanya apsal barang tak sampai lagi even dah seminggu pos
Aku cuba la selesaikan masalah itu secara berhemah
Lepas tu ada lagi 2 3 4 orang mengadu perkara yang sama
Yang aku pelik tu barang yang aku pos sendiri yang lagi lewat dari supplier pos ni dah sampai dulu pulak.
Aku pun mula la nak menyiasat apa masalahnya ni

Aku call supplier tanya beberapa tracking no yang diberikan kenapa barang tak sampai lagi
Dah pos ke belum sebenarnya
Kalau belum cer kabo terang2 bila nak posnya
Senang aku nak paham duduk perkara

Yang lagi 1 hal pulak supplier ni sistem dah canggih dah
Order semua thru website bagai
Sebelum ni by wasap je pun
Masalah bermula ketika order menggunakan website diperkenalkan
Yang aku selalu wasap yang bekerja di kedai
Yang melayan order di website orang yang bekerja di gudang atau stor barang depa
Jadinya bila aku tanya status barang dah pos ke apa2 la berkaitan barang yang kat kedai akan cakap sebegini yang kat stor cakap macam ni

Masa ada beberapa kes barang lambat sampai tu, aku wasap budak kedai
Dia kata akak barang dah pos
Aku kata tapi apsal tak sampai2 lagi sudah seminggu
Budak tu cakap akak orang stor kata sudah pos sebab sudah bagi tracking no

Ok, fine
So, aku pun kumpul beberapa tracking no yang katanya belum sampai barang lagi tapi dah pos tu then cek di website poslaju
Haaaaaaa masa ni la kepala aku rasa berangin jeeeeee
 Sabo mak esah...sabo

Sebanyak 6 tracking no menunjukkan no record found 
Hang apa citaaaaaa!!!!

Aku pun dalam keadaan mood masih terkawal aku call cerita pasal penemuan aku dan minta dieorang cek dengan orang stor dan aku nak jawapan segera
Aku kata customer aku dah bising2
Pastu respond lambat jugak sudahnya aku call je la terus

Baru la budak kedai tu cakap ada beberapa barang yang masih belum pos
Pulakkkkkkk
Aku tanya tadi kata dah pos skang kata belum pos
Mana 1 betul ni

Pastu orang stor pulak call aku kata barang2 tu belum pos dan akan pos petang tu
WHAT?????????!!!!
Baru nak pos petang tu setelah 2 3 hari order dan payment diterima??
Aku tanya apsal lepas order u terus bagi tracking no kalau masih belum pos?
Tracking no dah bagi without any notice means barang dah pos la

Budak stor tu jawab
Akak, biasa kat stor banyak barang nak pos
Kami memang sibuk di stor
Jadi bila ada order dan payment kami dah terima, kami terus bukak CN then terus updated tracking no
Van Poslaju datang pukul 3 petang jadi kalau masa tu barang akak sempat pos kami akan pos terus
Kalau tak sempat kami akan pos esok

Aku kata dah tu kalau payment aku pagi masa korang baru bukak kedai pun bagi alasan tak sempat ke?
Patut kene ada sistem lebih teratur la
Masuk pukul berapa korang kene stop bukak form poslaju tapi order still la masuk sebab korang guna sistem automatik once buyer beli barang automatik email akan send to buyer
so tak perlu pantau beria
Then fokus untuk packing barang
Dah siap packing  barang baru updated tracking no
Itu cara orang bisnes guna website buat
Tak caya tengok la zalora poplook nile dan mana2 online seller yang guna website as medium untuk jual barang
Dah pos baru up tracking no
Bukan belum packing dah up tracking no
Pastu tak inform pulak tu belum pos segala
Kita ni ye ye la cakap dah pos kat customer
Deme pun nunggu la hai depan pintu mana la barang aku ni tak sampai2
Rupenye tak pos
Kalau kabo awal2 masih belum pos dan akan pos sekian2 tarikh tak da la masalah
Aku boleh la inform customer dan deme pun tak tunggu2

Budak stor tu angguk2 je la paham
Tapi dia sendiri kata kami tak boleh buat apa kak
Kalau sempat kita pos kak kalo tak sempat esok saja
Apa2 akak boleh tanya kita nanti kita cek guna no order akak
Macam tu pulak
So tak de action la dari deme2 ni ye untuk  baiki sistem supaya lebih elok dan teratur
Perabis air liur aku je bercakap

Rupenye aku ke kedai yang kat kedai pulak kabo mereka pun tak boleh buat apa
Sebab orang stor keje mereka lain kami susah mau tegur atau cakap
Kami cuma bole tanya saja akak
Yang lain mereka akan uruskan
Budak kat kedai pun kadang2 pening melayan sebab deme kata bukan aku je yang kene macam tu tapi ramai lagi yang dropshiper dengan mereka begitu juga
Sampai ada yang marah2 kenapa tracking no no record dalam sistem
Mereka yang kat kedai la kene menjawab

Kalau aku tak soal siasat tu tak de la aku tahu apa puncanya
Nak kene tanya abis2 baru la tahu kisahnya
Pastu 1 hal lagi pasal email
Aku ada order beberapa barang tapi email untuk sahkan bayaran tu tak lepas sebab inbox depa tu penuh dan exceeded quota
Aku pun kabo la kat deme suh cek quota email depa dah penuh so email baru masuk semua kene tendang
Dah tu macam mana nak proceed untuk pos

Tapi jawapan deme itu kami tak pasti kak
Boss yang jaga kami tak boleh buat apa
Aku kata inform pun tak bole ke
Cakap kat boss inbox penuh so buang email lama
Tak pun kat inbox tu ada notification yang kabo inbox dah penuh
Takkan tu pun tak boleh?????
Memang pelik la aku dengan sistem deme bekerja
Tak paham sungguh

Sebab masalah2 begini la aku mulakan balik beli barang2 dengan banyaknya sampai penuh Alza selagi muat dan uruskan pos sendiri 
Itu lebih baik dari aku mengharapkan orang lain
Yang pastinya aku lebih yakin dan percaya kalau aku yang uruskan sendiri dari orang lain
Sebab mende ni bawak nama online shop aku jugak
Kalau service teruk orang akan nampak aku, tak nampak supplier tu
Kang tak pasal2 buruk nama kedai aku kan
Aku memang jaga mende2 mcm ni

Panjang pulak mukaddimah aku kan
Tu yang Isnin baru ni gi angkut stok bebanyak balik macam sebelum puasa kasi penuhkan balik bilik stor tu
Pagi dah gerak keluar, sarapan pun kat luar je
Siap amik barang beli barang dapur pulak
Pastu singgah pulak pantai jeram sebab aku nak beli lokan ngan kepah
Teringin beno nak makan
Sampai umah dah pukul 3

Lepas tu kemas2 apa patut aku mula la mengadap barang2 aku
Kene tangkap gambar siap2 pastu susun barang kat stor elok2 supaya senang aku nak amik untuk packing nanti
Tapi sebab barang banyak sangat, selesai tangkap gambar saja dah pukul 8 malam
Duk benti mandi dan solat je pun.
Tu pun aku rasa cam lamanya nak siap tangkap gambar
Memang letih

Alauddin memang dari mula sampai umah sampai ke tidur semua Nas yang jagakan
Alhamdulillah, dapat suami cenggitu tak berkira dan paham keadaan aku yang tengah sibuk
Dari layan main, suap makan, mandikan, sampai lah tidokan pun dia yang buat semua
Petang pukul 6 dia bawak Alauddin ke taman bawah umah ni
Main basikal katanya, kemain laju dia ngayuh dapat main kat luar
Pukul 7 baru balik 

Aku duk la minta maaf sebab tak leh nak benti layan deme nanti lagi lambat siap
Lepas tu esok pulak dah tak de masa nak ngadap semua ni dah
Nak layan order je
Nas ok aje, suh wat keje sampai siap
Mekasih my pakwe  :) :)

Malam tu sesi edit kod pulak untuk setiap barang
Ada barang baru yang tak pernah jual, ada barang lama yang memang biasa jual
Just updated stok je
Lepas edit nak upload pulak
Tapi upload ni tak makan masa lama pun
Sejam pun tak sampai
Pukul 10 Nas dah bawak Alauddin masuk  bilik nak ajak dia tidur
Tot tet tot tet dari pas maghrib tu, jam 11 malam baru siap segalanya

Siap semua aku masuk bilik jenguk 2 beranak ni
Sebab aku tak dengor apa2 pun
Rupenye dah tido pun deme  ni ha
Kesian pulak aku tengokkan
Dah macam bapak yang jenguk anak2 tidur pastu terasa dalam hati tu maafkan abah ye abah sibuk sebab mencari rezeki
Kemain ko mak esah....kaki drama sangatkan
Padahal nak kata sibuk bebeno tu dalam sebulan sekali pun payah
Malam tu pulak kemain tacing aku kan
Ke sebab anak ngan laki tido dulu tak tunggu aku????
Mentang2 la aku sibuk kan, deme tidur sesama deme je
Padahal sebelum tu deme dah wish gudnight bagainya
Tapi lagi nak tacing
Memang la ko mak esah oiiii

Siap semua baru rasa lapar
Makan la dulu, pastu kemas umah kejap
Kumpul segala plastik2 sticker2 kertas2 yang tak patut tu
Esok pagi senang terus buang aje
Pastu basuh pulak baju dengan tuala, tengok dah 2 hari duk pakai tuala yang sama
Sambil tunggu mesin siap  kemas meja makan, cuci pinggan, kemas dapur pulak
Lepas tu kemas mainan pulak, gulung tikar apanya esok senang terus je vacuum
Lepas tu iron baju laki nak gi keje esok pulak.
Siang tadi laki beli seluar keje 2 pasang, kene jahit kaki seluar
Tu yang basuh juga malam tu sebab esok nak jahit kaki seluar pulak
Siap iron baju, asingkan baju yang dah kering kat atas katil
Nanti lipat sekali harung je, senang
Lepas tu jemur kain pulak, nasib 1 trip je basuhnya
Yang lain sambung esok pula basuhnya
Siap segala kerja baru la cek suis apanya pastu mandi nak masuk tido dah
Selesai dah tugasan Isnin
Letih memang letih tapi kita buat mende yang kita suka dan memang keje kita jadi tak de la nak gaduh apanya kan


Itu je la nak bebel pun
Hahahaha

Jumpa lagi next entry

Wassalam :)



No comments:

Post a Comment