About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, September 18, 2014

MAJLIS AQIQAH BEST FRIEND

Assalamualaikum

Sabtu lepas ke Bukit Chandan, Kuala Kangsar, kampung kawan baik aku, Marianor
Ada majlis Aqiqah dan cukur jambul anak daranya, Marissa Humaira
Nak masuk 4 bulan dah menantu aku tu...ecececehhh

Bersyukur yang amat sebab Nas mau pegi ke kenduri tu
Maria kabo kat aku lama dah, tapi aku tak leh kabo awal2 kat Nas sebab takut ada planning lain
Pastu lagi seminggu nak kenduri tu Nas kabo minggu ni balik Manjung la
Dah alang2 die nak service kete die tu leh la balik Manjung kan
Jadinya bila dah kabo nak balik tu, masa tu Rabu aku kata la boleh dak kita gi Kuala Kangsar?
Nas tanya ada apa hal kat Kuala?
Aku kata nak gi kenduri kawan, dia ajak lama dah
Mula2 Nas kata tengok la dulu macam mana, jauh la Kuala tu
Nas tu rupe tu la kalo ajak ke mana-mana, semedangnya jauh padahal setengah jam pun tak sampai kalau naik kete tu kan
Saja le tu nak sakat aku kan

Aku pun kabo la kawan ni datang tau masa wedding kita kat Putrajaya tu
Dia dari Kuala sanggup turun Putrajaya semata-mata nak mai kenduri kita
(Saja ayat gempak padahal kawan tu duk KL ja pongggg)
Ari tu dia kawin kita tak pi, ni dia wat kenduri anak dia jom la pi
Bukan jauh pun, memang kita balik perak pun kan

Ko nampakkkkkk....ayat manis bak anggg
Ungkit balik kisah 4 tahun lepas, kisah wedding segala
Tu je ayat aku nak menagih simpati 

Nas tengah baca katalog tesco masa tu.
 Dia baca katalog cam baca jurnal lagaknya, tak berkalih orang sembang ni
Aku tanya lagi, boleh la kita pegi Kuala ye, kawan baik ni tau, dari zaman u lagi rajin tolong orang...baik orangnye...
*KO NAMPAK AYAT AKU.....HIHIHI

Aku cuit pinggang die
Tanpa berkalih dia tanya majlis pukul berapa
Aku kata makan tengah hari, majlis pagi *mata kelip2 
Ok, lepas service kete kita pegi
YEAYYYYYYY!!!

Tapi masa rabu tu nas kata balik Sabtu pagi sebab dia nak service kete sabtu petang lepas balik dari Kuala tu
Jumaat petang tu dia call pulak suh siap beg balik Manjung malam tu jugak
Sebab dia service kete pagi sabtu
Ermm....lagi bagussss sebab tak de la terkejar2 lepas kenduri tu kan

Sabtu tu dekat pukul 12 baru gerak la haiii
Tapi memang dah kabo ke Maria aku gerak tengah hari
Sejam setengah perjalanan sampai la kat kampungnya
Idok la susah beno nak cari kampungnya, cuma nak cai rumah je
Sebab umahnya di belakang rumah orang

Masa sampai tu orang masih ramai, meriah kendurinya
Apa2 pun makan dulu la, lepas tu baru layan menantu...mihmihmih
Antara menunya nasi minyak, ayam goreng, kurma kambing, bubur, pecal dan ada lagi tapi aku dah lupa...hahaha

Meh layan gambo sekitar majlis pulak ye


Ini lah anak daranya
Marissa Humaira 




Kumpulan marhaban














Nampak tak keserasian mak mertua dengan menantu
Muehehehehe...


Kerlasssss ko Mariaaa :)



Budak nyerongin 


Myra duk meniarap dia paling sibuknya pun nak meniarap sekali


Sebelum balik Maria kasi goodies bag khas untuk kami laki bini
Mekasih la bebanyak ye
Memang baaaaaaaanyak sungguh aneka manisan dan yang pastinya adik2 aku la paling suka sekali
Aku merasa makan cupcake je
Lain semuaaaa deme sebat, janji abis idok berbuang2 sebab pemberian orang ye dak

Balik dari rumah Maria singgah kat medan selera kat jam beso kuala tu, mak aku kirim laksa kuala.
Pastu aku beli mihun sup saja nak merasa sebab deme kata sedap mihun sup kat situ
Tapi udah sampai rumah baru la aku tahu silap kedai aku beli
Mak aku kata yang popular orang kata sedap mihun sup pak usop kat jalan belah sana
Bukan kat medan selera
Tapi mak aku sendiri yang kabo kat medan selera masa aku tanya sebelum pegi tu
Tak pe le, lain kali la pulak aku try mihun sup pak usop
Mentara tu aku makan mihun sup abah aku jadi le, pak usop gak namanya
Muahahaha
Tapi sedap jugak mihun sup aku beli kat medan selera tu, licin je aku makan...heh

Selesai dah urusan aku nak je majlis kawan baik aku nan sorang ni
Memang nak beno la jumpa dia dengan anaknya
Last jumpa kat hospital klang, masa tu dia baru lepas bersalin.
Tapi jumpa kejap bebeno la pun, 10 minit gamaknya sebab aku sampai pun masa melawat dah nak abis
Dapat cium2 pipi aje nak nyembang lama dah tak dan
Masa pegi tu jammed kemain bandar klang nya pun
Tu yang kemain beria aku nak gi kenduri anaknya
Dapat la jumpa lama sikit kan, bergambar berborak apanya

Oppssss.....ari ni 18.9.2014 - genap 10 tahun kami bersama
Wahhhh bersama gitewww
Doakan kami kekal bahagia bersama sehingga syurga ye
Amiinn...

Kalau rajin nanti ada la entry untuk 18.9 tu, kalau malas NAN HADO...haha


Wassalam :)







No comments:

Post a Comment