About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, October 28, 2014

Love Cycle - Apps Untuk Merancang Keluarga

Assalamualaikum

Hari ni nak share 1 ilmu rumahtangga la ngan korang2
Ilmu untuk merancang kehamilan atau menjarakkan kehamilan menggunakan apps terkini di smart phones

Aku tahu ni pun dari kengkawan blogger since aku pun follow blog sweetlikekisses Safiyyah Osman.
Selepas berborak2 pada apps ni aku terus rasa nak cuba la apps untuk bantu aku merancang kehamilan.
Sebab apps ni bantu kita untuk kira hari subur dan tak subur seseorang wanita itu.

Nama apps ni LOVE CYCLE
Korang leh install dari apps store atau play store ye



Mudah je apps ni sebab simple dan praktikal.
Kita juz masukkan date 1st dan last kita period, nanti apps ni akan kirakan hari kita subur, kurang subur, dan tidak subur.
Kalau untuk yang merancang tak nak anak lagi, pun boleh guna apps ni.
Kiranya tak perlu lah bergantung dengan kaedah perancangan macam pil atau implan ke cucuk2 ke kan.
Tapi make sure period kita regular la.
Kalau tak teratur sekejap ada sekejap tak de tu agak rumit jugak untuk guna apps ni.
Macam aku memang tak de masalah period jadi aku guna apps ni untuk tahu waktu subur.

Korang refer gambar atas tu
Setiap date dan warna tu ada fungsi dan maksudnya tersendiri.
Yang date warna biru tu maksudnya bukan  waktu subur.
Jadi kalau untuk yang planning nak jarakkan kehamilan, boleh la bersama ketika ini kerana peratusan untuk lekat tu kurang atau tiada langsung.

Untuk date warna merah pula adalah masa kita mula period.
Yang lambang cam underwear tu untuk 1st day kita period la.
So bila mula period, tekan kat date tu lama sikit then apps ni akan setkan date tu sebagai hari pertama kita period.
Lepas tu bila kita dah kering dari period, dah mula mandi wajib, kita tekan date kita dah suci tu lama sikit then apps ni akan setkan itu date terakhir kita period untuk bulan tersebut.
Jadi bermula dari date 1st dan akhir period, apps ni akan kirakan date kita subur.
Mudah sangat2 apps ni tau :)

Untuk date bertanda kuning pulak MAY BE FERTILE.
Maksudnya kemungkinan untuk mengandung adalah 50%  jika bersama ketika itu.
Jadi pada yang nak hamil boleh la mula usaha ketika ini
Tapi untuk yang rancang jarakkan kehamilan pandai2 la pakai protection ye....hihi

Date yang berwarna hijau FERTILE
Yezzaaaaa masanya sudah tiba!!!
Usaha lah anda sehabis daya ketika tiba waktu subur anda
In shaa Allah kalau memang ada rezeki untuk hamil, Alhamdulillah

Tapi pada yang berniat untuk jarakkan kehamilan, korang kene elakkan bersama ketika ini kalau masing2 boleh bawak berbincang dan tolak ansur ye
Kata hubungan bersama kan mestilah ada tolenrasi
Biasanya 3 hari tu waktu subur la

Mudahkan untuk yang nak merancang keluarga dan kehamilan dengan apps ni
Korang boleh la cuba

Aku jugak ada baca kat website yang air mani ni boleh hidup selama 5 hari selepas bersama.
Jadi korang boleh la mula kira2 ye kalau korang memang plan untuk hamil

Harap perkongsian ini memberi manfaat pada korang2
Gud luck pada yang sedang berusaha tu ye :)

Wassalam :) :)

No comments:

Post a Comment