About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, October 7, 2014

Melayan Arnab

Assalamualaikum

Bulan lepas MAHA ada buat kat Kuala Selangor ni, dekat dengan pejabat Nas.
Jumaat malam tu memang cadang nak balik Manjung.
Disebabkan satu jalan je, kami singgah la kejap

Ada ceramah agama jugak lepas Isyak malam tu oleh Ustaz Hasan Din dan beberapa pencemarah lain. 
Tapi booth jualan tak banyak pun hanya ada memerapa pameran sahaja.
Booth jual buah2an pun tak banyak, hanya sekadar booth FAMA je.
MAHA berskala kecil aku rasa, tu sebab tak banyak booth macam kat UPM sebelum ni.
Tapi tak tahu kalau hari sabtu siang baru banyak booth.

Kat MAHA ada pameran arnab dan disediakan juga kandang arnab untuk budak2 masuk bermain dengan arnab.
Tapi yang lebih excited mesti la aku....haha
Comel sangat tengok arnab tu

Ada leih dari 20 ekor arnab dalam kandang tu.
Bayaran hanya RM3 dan sebungkus carrot.
Nas masuk dengan Alauddin, aku tukang amik gambo aje

Mula2 Alauddin macam takut2 je dengan arnab tu
Yang arnab pulak duk kerumun die aje
Mana Alauddin pergi mengekor je beberapa arnab kat belakang dia.
Tengok Nas bagi carrot kat arnab baru dia nampak ok dan nak mula main2 dengan arnab.
Lama2 dia pulak yang over kan
Sampai dipicitnya arnab tu.


Biarkan gambar berbicara ye :)




















Hampir 1 jam jugak 2 beranak ni melayan arnab
Lepas tu baru gerak balik ke Manjung

Tu je pun nak cerita 
Muehehehehe


Wassalam :)



1 comment:

  1. Salam. Hee tiba-tiba saya teringat kawan sekerja saya dari India bernama 'Arnab' juga. Dia kata perkataan 'arnab' berasal dari Arab dan semasa dia bekerja di Abu Dhabi orang-orang Arab disana melayannya terbaik disebabkan nama 'arnab' dia itu.

    ReplyDelete