About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, December 15, 2014

Alhamdulillah, Rezeki Hujung Tahun 2014

Assalamualaikum

Alhamdulillah hi Rabbil 'Alamin
Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah S.W.T. 
Dia yang Maha Pencipta Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani
Yang Memakbulkan segala doa-doa hambaNya

Allah yang memberi ujian dan Allah jua lah yang memberi kegembiraan
Awal tahun ni aku diuji dengan mengandung luar rahim, hujung tahun Allah bagi khabar gembira bahawa aku disahkan mengandung
Alhamdulillah
Tak leh nak cerita perasaan seronok tu

Selepas pembedahan buang tiub filapio belah kiri bulan 3 hari tu, aku jadi seorang yang agak memikir.
Memikirkan keupayaan diri aku untuk mengandung lagi.
Mampukah aku untuk melahirkan zuriat lagi
Kalau selepas solat tu bila time2 sunyi, time anak suami dah tidur atau ketika aku tengah berehat sorang2 aku mesti menangis bila fikirkan keadaan diri sendiri.
Mende yang sama je la aku duk ulang fikir, mampu ke aku mengandung lagi?

Ye la, walaupun orang sekeliling yang rapat dengan aku selalu pujuk dan bagi kata-kata semangat contoh aku masih ada tiub sebelah kanan dan rahim aku jugak sihat jadi jangan terlalu berfikir yang negatif.
Tapi ada masanya memang kata2 tu betul2 buat aku tenang dan ada masanya kata2 tu macam tak de makna apa2 pun.
Kawan2 rapat pun pesan jangan terlalu memikir, jangan terlalu berharap
Jalani kehidupan seperti biasa, sambil usaha dan doa serta tawakal.
Biasanya bila kita tak terlalu memikirkan sesuatu, ianya akan terjadi dengan sendiri tanpa kita terlalu mengharap dan seperti suatu kejutan yang menggembirakan.

Aku selalu merasakan aku seperti sudah tidak normal kerana ada 1 tiub sahaja.
Sedangkan wanita lain ada 2 tiub.
Tapi aku suka baca blog2 wanita yang melalui kes seperti aku.
Ada yang boleh mengandung berkali-kali selepas ectopic malah tiada masalah besar pun mereka hadapi sepanjang kehamilan.
Ada juga wanita yang lagi cekal yang mempunyai rahim dan 2 tiub tapi masih belum dikurniakan rezeki anak lagi.
Ada 3 tahun, 5 tahun 8 tahun malah 10 tahun pun ada.
Jadi kenapa aku perlu merungut??? perlu meratap??? perlu jadi seorang yang terlalu memikir???
Nampak lemah sangat jiwa aku ni kan.

Jadi aku mula bangun semula, cari semangat aku yang hilang selepas melalui kesedihan itu.
Semangat aku semakin sembuh bila last check up aku dengan doktor di Hospital Sungai Buloh bulan 6 hari tu.
Doktor tu hanya bertanya khabar dan scan perut aku.
Dia tanya period pertama bila?
Aku kata beberapa minggu selepas operation hari tu
Doktor tanya lagi ada senggugut ke sakit2 ke ketika period?
Aku kata tak de rasa sakit apa2
Doktor tanya lagi regular ke atau ikut suka nak datang?
Aku kata regular dan tepat pada tarikh setiap bulan
Greaaattttt!! kata doktor sambil tunjuk isyarat bagus.

Doktor scan rahim aku pun tiada apa2 yang menghalang aku untuk mengandung lagi.
Doktor scan tiub kanan pun dalam keadaan yang baik2 je.
Tengok muka doktor banyak senyum aku pulak rasa seronok dan lega sebab paham yang aku tak de masalah apa2.
Sebelum aku bangun untuk keluar dari bilik tu, doktor sempat cakap semoga berjaya ye. Awak dah boleh mula usaha untuk mengandung sebab inilah masanya.
3 bulan selepas pembedahan jika tiada rasa sakit apa boleh la mula planning untuk mengandung.

Balik dari hospital kemain bersemangat aku sebab doktor dah bagi kata2 semangat kan.
Aku juga minta pandangan dari bidan2 muda dan tua.
Kot2 depa ada petua atau cara untuk meningkatkan kesuburan kan.

Dapat je petua apa2, mana yang aku rasa serasi dan mudah untuk aku ikut, aku amalkan.
Yang pastinya kebanyakkan mereka selalu pesan untuk meningkatkan kesuburan lelaki, mesti kurangkan stress, jalani kehidupan yang menyeronokkan bersama isteri, anak2 dan keluarga.
Kemudian kurangkan ambil minuman berkafien. cam kopi, nescafe, milo, sebahagian teh dan minuman instant.
Amalkan pengambilan zinc untuk kebaikkan air mani dan pemakanan yang sihat terutama sayuran yang boleh membantu meningkat kepekatan air mani.
Bersukan juga perlu walaupun hanya berjoging sekeliling taman.

Jadi, aku ni kalau dapat apa2 info memang aku share dengan Nas.
Aku bagi tahu dia apa yang dia perlu buat dan biasanya Nas memang tak de masalah nak bagi kerjasama.
Cuma aku memang paham yang dia memang tak makan sayuran hijau.
Dia hanya makan tempe, carrot, brokoli, kobis bunga dan cendawan, 
Ohhh...lupa pulak nak kabo, cendawan tu juga salah 1 makanan untuk meningkatkan kesuburan tau :)

Bila jenis sayuran yang dia makan adalah terhad, aku usaha kat pengambilan supplement.
Sepanjang kami berusaha Nas amalkan makan vitalea sebiji sehari dan zinc sebiji sehari
Tapi tak makan sekali harung la.
Pagi pergi kerja dia makan vitalea dan malam sebelum tido dia amik zinc.
Vitalea tu memang dah lama amalkan tapi selang sehari dia makannya.
Zinc tu awal bulan 10 baru dia mula ambil.
Bab bersukan pulak memang setiap Isnin sampai Jumaat dia akan main hoki dengan cikgu dan student kat sekolah menengah kat area sini.
Kalau time cuti sekolah, hujung minggu atau musim peperiksaan je tak de orang main. 

Itu antara usaha dari pihak suami la.
Apa pulak yang aku usahakan?

Pengambilan asid folic yang berterusan. Aku sejak berhenti ambil pil perancang bulan 11 tahun lepas, aku dah mula amalkan asid folic. Setiap hari makan 1 biji.
Sehinggalah aku disahkan ectopic aku berhenti kejap makan asid folic.
Selesai period pertama selepas ectopic aku sambung makan asid folic sehingga kini.

Aku selepas pembedahan hari tu, perlu melalui proses penjagaan seperti orang keguguran la lebih kurang.
Aku pun dah tanya beberapa bidan jadi mereka minta aku berpantang 30-44 hari ikut kesedapan badan aku la yang penting aku kene jaga kawasan luka aku tu je la.
Jadi aku mula la berpantang selama 30 hari untuk betul2 berpantang.
Dan sehingga ke hari ini aku masih belum lagi sentuh air kelapa.
Aku kalau berpantang memang betul2 patuh....hihi

Aku amalkan set NR masa berpantang ectopic ni.
Tapi aku hanya amik loose pack je la ikut saranan bidan yang aku beli product tu.
Korang kalau nak beli product NR dan dapat konsultasi terbaik boleh berurusan dengan bidan vouge ni
FB Siti Aishah (Confinement)
FB PAGE Kami Ibu Berpantang

Aku amalkan Akar Herbanika, Phyto Cleanse dan Nu3med iaitu madu pekat.
3 produk NR yang aku ambil tu semua untuk cucikan dalaman bagi kuar habis sisa2 dalam rahim sebab mengalami bleeding yang agak banyak dan terkumpul dalam rahim.
Ada jugak ubat2 yang hospital bagi untuk tahan sakit dan sembuhkan luka dalam pun aku habiskan.

Habis makan Nu3med dan Phyto Cleanse, aku teruskan dengan Akar Herbanika sehingga sekarang.
Akar herbanika pun sesuai untuk ibu mengandung, selain buang toksin dalam badan dan melawaskan pembuangan, Akar herbanika membantu mengurangkan loya2 dan mual2 ketika awal kehamilan dan menstabilkan berat badan.

Habis dah kisah aku berpantang selepas kes ectopic :)

Pastu aku ada install apps untuk tahu waktu subur aku supaya lebih mudah kami untuk merancang.
Period pertama selepas ectopic aku dah catit dalam calendar apps love cycle.
Nanti apps tu akan automatik setkan bila date kita subur, tak subur, dan next period.

Ok, rasa dah panjang dah aku bebel ni
Nanti kita jumpa next entry ye :)

Wassalam















No comments:

Post a Comment