About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, January 26, 2015

Alauddin Dah Putus Susu :)

Assalamualaikum

Alhamdulillah...Aku kini dah 16 weeks dah, dalam 4 bulan macam tu la.
Syukur masih diberikan kesihatan yang baik.
Masih diberi peluang menggendong janin ini sehingga ke hari ini.

Dah mula rasa gerak2 ke?
Hihihi....yang sebenonya aku memang lupa masa bila Alauddin mula bergerak.
Tapi yang pastinya masa tu dah masuk 4 bulan dan ke atas la.
Masa 4 bulan nak masuk 5 bulan jugaklah aku dah tahu jantina anak bujang aku ni.
Masa tu perasaan seronok memang tak tahu la nak kata macam mana.
Seronok sangat2 sebab pertama kali melaluinya.

Untuk pengalaman mengandung kali kedua ni aku macam dah lebih bersedia
Lepas tu dah mula banyak membaca dan join group2 yang berkaitan kat FB.
Ilmu2 breastfeeding, maternity, parenting dan solid food.
Mana2 file yang penting tu aku siap2 compiled dalam folder khas.
Nanti senang aku nak rujuk kemudian hari.

Aku mula rasa pergerakan baby masa minggu ke12 lagi.
Tapi rasa light2 ja, cam dia gerak sekali lalu ja.
Gosok2 tekan sikit dah tak rasa dah.
Cuma ada sekali je masa tu duduk menunduk sikit sebab tengah suap Alauddin makan, kira macam tertekan sikit la kat bahagian perut tu.
Tetiba macam tendangan kuat pulak kat tepi perut tu
Sampai aku terjerit kecil...hihi
Tanjat mama tau..
Abang baby pun tanjat tau dengar mama jerit.

Masuk minggu ke-15 mula rasa 1 hari 2 kali gerakan dalam perut.
Tapi setiap kali cek up masih belum scan lagi selepas scan yang nak tengok janin kat dalam rahim awal minggu dulu tu.
Cek nadi baby pun belum lagi
Doktor kata masuk minggu ke18 baru leh scan dan cek nadi.
Sebab masa tu baby dah agak besar dan in shaa Allah cukup sifatnya.
Tak lama dah pun, selasa minggu depan je.....hihi

Alauddin pun dah lama berenti mengusu badan.
Alhamdulillah mudahnya proses dia berhenti menyusu tu.
Tak perlu nak rasa stress, rasa sedih, rasa down, rasa penat kene cuba itu ini, sapu itu ini.
Itulah hikmah agaknya aku mengandung pada usia dia 3 tahun tahun.

Bersyukur dapat susukan Alauddin sehingga genap 3 tahun.
Lagi sebulan Alauddin nak masuk 3 tahun, aku dan Nas dah mula sembang2 dengan Alauddin pasal dia nak ada adik nanti.
Duk cakap dengan dia, dalam perut mama ada baby tau.
Susu ni untuk baby pulak, Alauddin dah besar.
Kene minum air masak je.
Boleh tak?

Setiap kali sembang dan tanya, dia akan jawab boleh mama....pahamlah agaknya tu
Masa awal2 minggu memang aku sensitif sangat kat bahagian dada.
Rasa pedih sangat kalau Alauddin menyusu.
Tapi selalu cakap kat Alauddin mama sakit la. Ada darah ni. Luka la. Mama nak sapu ubat boleh tak?
Reaksi Alauddin Sian mama, sakit ye. Ok tak mau nenen.
Aku kata kalau Alauddin dahaga Alauddin minum air tau.

Dalam seminggu macam tu setiap kali dia nak menyusu aku akan cakap macam tu
Dan setiap kali tu jugaklah dia akan berhenti minta susu.
Botol air dia memang Nas sentiasa isi air masak penuh sebelum masuk tidur tu.
Letak botol air kat hujung kepala dia.
Malam2 kalau dia terjaga nak susu aku kata Alauddin minum air masak ye sebab nenen mama ada darah.
Jadi dia akan ambil botol air dan minum terus sambung tidur.

Tak lama selepas tu dia dah tak minta nak susu dah.
Tidur pun dah tak bangun tengah malam cari susu.
Nyenyak je sampai ke pagi.
Bangun pagi tu baru cari botol air masak.
Minum air banyak2....hihi...

Cumanya ketagih dia tu ada lagi.
Dia bukan nak apa pun, just nak cium2 je
Kalau malam2 mengigau ke aku tarik dia kat aku, pastu nanti dia pusinglah peluk aku tapi hidung tu cium gesel2 kat dada....rindu bau kot...hihi
Kalau siang tu dia tengah main ada masa dia datang dekat dia peluk aku pastu cium dada
Pastu kata ermmm wangi nenen mama....
Nanti aku usik la Alauddin nak nenen ke
Dia kata taknak....mama luka ada darah kesian mama....mama sakit...
Tak kesah pun kalau dia peluk ke cium ke...buatlah Alauddin
Mama paham sangat2 sebab 3 tahun kan Alauddin melekap kat dada mama takkan la semudah itu Alauddin nak lupa kan.

Bab alahan pun Alhamdulillah dah semakin berkurangan.
Dah mula boleh makan macam2 makanan
Bau pun tak de alahan apa2.
Cuma masa awal2 minggu tu aku tak boleh bau nasi masak.
Tapi masa awal2 minggu banyak beli lauk je.
Aku just masak nasi.
Sebab tak larat sangat nak berdiri lama2, kepala rasa pening berat macam nak pitam.
Ada masa tu berdiri kat dapur rasa macam terhuyung hayang pastu berpeluh2 1 badan.
Cepat2 aku duduk ambil nafas kejap.
Lepas tu elok la balik, sambung masak tapi banyak duduk2 la.

Dah mula masuk minggu ke 13 aku dah kurang pening2 loya2 tu
Banyak mende aku dah boleh makan.
Awal2 minggu ikan tak boleh makan.
Nak makan mende masam je.
Tomyam tu memang kene sangat la dengan tekak aku.
Duk ratah tomyam je la

Ayam pun tengok tak sedap
Telur pun tak sedap
Lama jugak aku tak sentuh telur.
Tapi masuk 3 bulan perlahan2 aku dah mula makan ikan, daging, telur dan boleh dah bau nasi tengah masak tu.
Sekarang ni masalah tu dah hampir tak de langsung.
Aku dah boleh makan apa saja, masak apa saja dan larat dah buat kerja rumah mana yang tidak memudaratkan aku la.
Alhamdulillah....:)

Ok....nanti jumpa next enry ye
Wassalam :)


Tuesday, January 6, 2015

Tahun Baru 2015

Assalamualaikum

Selamat tinggal tahun 2014
Selamat datang tahun baru 2015

Tahun 2014 meninggalkan kenangan yang manis dan pahit untuk kami sekeluarga.
Tapi tak banyak pun yang pahit, lebih kepada dugaan dalam alam berumahtangga
Yang paling meninggalkan kesan apabila aku kene ectopic dan "berpisah" seketika dengan anak bujang tersayang selama 5 hari ditahan di wad.
Ketika dia masih lagi menyusu badan dengan aku.
Bagaimana melawan perasaan rindu pada anak dan keadaan anak yang terpaksa "berpuasa" beberapa hari dari menyusu.
Keadaan suami yang terpaksa melayan kerenah anak yang mencari-cari mamanya terutama ketika tidur malam.
Tengah malam bangun menangis mencari mama, mau mengempeng dengan mama hanya dengar suara abah je memujuk sehingga tertidur atas badan abah.
Suami bertabah anak tidur atas badannya sementara dia hanya bersandar di dinding sebab kalau dialihkan anak atas tilam akan terjaga dan terus menangis mencari mama.
Sehingga suami bertekad untuk lakukan pembedahan di hospital swasta kerana aku ditahan agak lama di hospital Sungai Buloh.
Tapi aku taknak sebab tak perlu pun untuk berhabis puluh ribu di hospital swasta hanya kerana giliran aku berubah dari malam selasa ke pagi rabu.
Dan nasib baik suami boleh bersabar sebab aku sendiri lebih yakin dengan treatment di hospital kerajaan.
Terima kasih suami sebab bersama tabah dan kuat menempuh dugaan bersama-sama.

Rezeki di tahun 2014 juga Alhamdulillah melimpah ruah disamping dugaan kejap2 duit mengalir seperti air terjun tapi rezeki lain masih lagi ada.
Kesihatan yang baik sepanjang tahun 2014. Hanya dugaan suami sakit mata sehingga 2 minggu.
Kemudian melarat pula demam panas, selesema, batuk dan pening kepala cukup lengkap pakej selama 2 minggu kejap baik kejap sakit.
Tapi yang lama batuknya lah. Perit tekak hilang suara.
Yang menjadi tanda tanya tu demamnya kene sebulan sebelum aku disahkan mengandung kali ketiga
Mungkin petanda rezeki agaknya :)

Adik aku Ila dapat juga sambung belajar dalam bidang yang dia suka iaitu masakan dan kulinari.
Dia agak tak suka yang banyak membaca dan lebih kepada skill dan kemahiran.
Jadi aku usahakan mohon ke tempat2 yang ada kursus2 macam tu.
Sekarang sedang belajar di kolej komuniti di Kuala Kangsar selama 2 tahun kot tak silap aku.
Setiap kali balik ada je mende dia nak masak terutamanya cupcakes, muffin dan cakes la.
Suka sangat sebab dia pikir susah sangat buat kek muffin semua tu.
Bila dah tahu senang gila cara buatnya makin seronok la
Tak pe la Ila, timbalah ilmu selagi mampu :)

Penghujung tahun aku terima berita aku mengandung
Alhamdulillah, kini sudah masuk 13 minggu.
Walaupun mengandung kali ini agak berlainan sikit alahan dan letihnya tapi tetap nikmat yang tak terhingga.
Banyak kerja yang terpaksa suami lakukan.
Kebanyakkan memang suami lakukan walaupun baru balik kerja rehat mandi kejap sambung pulak masak air untuk stok air masak, kadang2 masak lauk makan malam
Kalau aku tak de selera nak makan, gigih keluar beli lauk kat luar dan aku masak nasi siap2
Memang nampak sangat2 menyusahkan suami, tapi memang aku rasa sangat2 lesu, lemah, pening, sakit pinggang dan punggung, kaki seribu satu rasa dalam satu masa.
Tapi sejak masuk 3 bulan ni, diri mula gagah sikit.
Dah boleh masuk dapur memasak, mengemas rumah, tapi perlahan-lahan.
Agak pening aku rehat kejap duduk bagi hilang pening tu.
Masa mengandungkan Alauddin memang aku tiada masalah, aktif dari awal mengandung sampai la hujung2 mengandung.
Tak duduk diam aku buat itu ini, jalan pun kemain laju tak macam orang bawak perut pulak.
Kali ni memang banyak berehat.
Terima kasih banyak2 untuk suami sebab sangat2 faham keadaan aku ni.

Penghujung tahun juga negara diuji dengan banjir yang tidak diduga.
Kawasan yang tak pernah dinaiki air berpuluh tahun dahulu kini mula disinggahi banjir
Bukan sikit yang kehilangan nyawa, harta benda, barang berharga, trauma dan kesedihan berpanjangan tetapi berpuluh ribu mangsa yang terlibat dengan dugaan ini.
Tapi syukur Alhamdulillah, ma, wan dan adik2 di Kuantan tidak terjejas teruk walaupun bandar kuantan lumpuh teruk selama beberapa hari.
Rumah wan kat kat Kg Jaya Gading, agak ke dalam sikit
Jadi banjir tak masuk kampungnya cuma banjir di jalan nak masuk kampung je.
Urusan berniaga wan tiada masalah,masih boleh berniaga cuma seminggu dia cuti berniaga sebab demam agak teruk.
Air banjir di jalan utama masuk keluar kampung masih boleh dilalui sebab airnya tidak terlalu tinggi.
Cuma Syikin terpaksa cuti sehari sebab masa awal2 air naik tu motor tak boleh lalu sebab arusnya agak deras.
Esok tu dia keje macam biasa naik motor.
Alhamdulillah keluarga dalam keadaan yang baik2 sahaja.
Semoga yang ditimpa dugaan ni diberi kekuatan dari Allah Taala untuk menempuhnya.

Kini dah masuk ke tahun 2015
Sentisa berdoa yang baik-baik, minta yang baik-baik, jadi orang yang baik-baik, berkawan dan bergaul dengan orang yang baik-baik.
Semoga diri lebih kuat, lebih tabah, perbaiki apa yang kurang dan tambah perkara dan sifat-sifat baik dalam diri.
Semoga diberi dugaan yang mampu ditempuhi segara berhikmah.
Kurangkan sifat amarah.
Menambahbaik dalam menjadi seorang ayah dan ibu pada anak-anak.
Tahun ini in shaa Allah kalau memang rezeki kami, bertambahlah seorang lagi ahli dalam keluarga kecil kami.
Tanggungjawab semakin besar untuk mendidik 2 khalifah yang diamanahkan Allah pada kami.
Perbaiki diri agar boleh menjadi teladan dan mendidik anak dengan lebih baik
Inshaa Allah

Wassalam :)