About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, January 6, 2015

Tahun Baru 2015

Assalamualaikum

Selamat tinggal tahun 2014
Selamat datang tahun baru 2015

Tahun 2014 meninggalkan kenangan yang manis dan pahit untuk kami sekeluarga.
Tapi tak banyak pun yang pahit, lebih kepada dugaan dalam alam berumahtangga
Yang paling meninggalkan kesan apabila aku kene ectopic dan "berpisah" seketika dengan anak bujang tersayang selama 5 hari ditahan di wad.
Ketika dia masih lagi menyusu badan dengan aku.
Bagaimana melawan perasaan rindu pada anak dan keadaan anak yang terpaksa "berpuasa" beberapa hari dari menyusu.
Keadaan suami yang terpaksa melayan kerenah anak yang mencari-cari mamanya terutama ketika tidur malam.
Tengah malam bangun menangis mencari mama, mau mengempeng dengan mama hanya dengar suara abah je memujuk sehingga tertidur atas badan abah.
Suami bertabah anak tidur atas badannya sementara dia hanya bersandar di dinding sebab kalau dialihkan anak atas tilam akan terjaga dan terus menangis mencari mama.
Sehingga suami bertekad untuk lakukan pembedahan di hospital swasta kerana aku ditahan agak lama di hospital Sungai Buloh.
Tapi aku taknak sebab tak perlu pun untuk berhabis puluh ribu di hospital swasta hanya kerana giliran aku berubah dari malam selasa ke pagi rabu.
Dan nasib baik suami boleh bersabar sebab aku sendiri lebih yakin dengan treatment di hospital kerajaan.
Terima kasih suami sebab bersama tabah dan kuat menempuh dugaan bersama-sama.

Rezeki di tahun 2014 juga Alhamdulillah melimpah ruah disamping dugaan kejap2 duit mengalir seperti air terjun tapi rezeki lain masih lagi ada.
Kesihatan yang baik sepanjang tahun 2014. Hanya dugaan suami sakit mata sehingga 2 minggu.
Kemudian melarat pula demam panas, selesema, batuk dan pening kepala cukup lengkap pakej selama 2 minggu kejap baik kejap sakit.
Tapi yang lama batuknya lah. Perit tekak hilang suara.
Yang menjadi tanda tanya tu demamnya kene sebulan sebelum aku disahkan mengandung kali ketiga
Mungkin petanda rezeki agaknya :)

Adik aku Ila dapat juga sambung belajar dalam bidang yang dia suka iaitu masakan dan kulinari.
Dia agak tak suka yang banyak membaca dan lebih kepada skill dan kemahiran.
Jadi aku usahakan mohon ke tempat2 yang ada kursus2 macam tu.
Sekarang sedang belajar di kolej komuniti di Kuala Kangsar selama 2 tahun kot tak silap aku.
Setiap kali balik ada je mende dia nak masak terutamanya cupcakes, muffin dan cakes la.
Suka sangat sebab dia pikir susah sangat buat kek muffin semua tu.
Bila dah tahu senang gila cara buatnya makin seronok la
Tak pe la Ila, timbalah ilmu selagi mampu :)

Penghujung tahun aku terima berita aku mengandung
Alhamdulillah, kini sudah masuk 13 minggu.
Walaupun mengandung kali ini agak berlainan sikit alahan dan letihnya tapi tetap nikmat yang tak terhingga.
Banyak kerja yang terpaksa suami lakukan.
Kebanyakkan memang suami lakukan walaupun baru balik kerja rehat mandi kejap sambung pulak masak air untuk stok air masak, kadang2 masak lauk makan malam
Kalau aku tak de selera nak makan, gigih keluar beli lauk kat luar dan aku masak nasi siap2
Memang nampak sangat2 menyusahkan suami, tapi memang aku rasa sangat2 lesu, lemah, pening, sakit pinggang dan punggung, kaki seribu satu rasa dalam satu masa.
Tapi sejak masuk 3 bulan ni, diri mula gagah sikit.
Dah boleh masuk dapur memasak, mengemas rumah, tapi perlahan-lahan.
Agak pening aku rehat kejap duduk bagi hilang pening tu.
Masa mengandungkan Alauddin memang aku tiada masalah, aktif dari awal mengandung sampai la hujung2 mengandung.
Tak duduk diam aku buat itu ini, jalan pun kemain laju tak macam orang bawak perut pulak.
Kali ni memang banyak berehat.
Terima kasih banyak2 untuk suami sebab sangat2 faham keadaan aku ni.

Penghujung tahun juga negara diuji dengan banjir yang tidak diduga.
Kawasan yang tak pernah dinaiki air berpuluh tahun dahulu kini mula disinggahi banjir
Bukan sikit yang kehilangan nyawa, harta benda, barang berharga, trauma dan kesedihan berpanjangan tetapi berpuluh ribu mangsa yang terlibat dengan dugaan ini.
Tapi syukur Alhamdulillah, ma, wan dan adik2 di Kuantan tidak terjejas teruk walaupun bandar kuantan lumpuh teruk selama beberapa hari.
Rumah wan kat kat Kg Jaya Gading, agak ke dalam sikit
Jadi banjir tak masuk kampungnya cuma banjir di jalan nak masuk kampung je.
Urusan berniaga wan tiada masalah,masih boleh berniaga cuma seminggu dia cuti berniaga sebab demam agak teruk.
Air banjir di jalan utama masuk keluar kampung masih boleh dilalui sebab airnya tidak terlalu tinggi.
Cuma Syikin terpaksa cuti sehari sebab masa awal2 air naik tu motor tak boleh lalu sebab arusnya agak deras.
Esok tu dia keje macam biasa naik motor.
Alhamdulillah keluarga dalam keadaan yang baik2 sahaja.
Semoga yang ditimpa dugaan ni diberi kekuatan dari Allah Taala untuk menempuhnya.

Kini dah masuk ke tahun 2015
Sentisa berdoa yang baik-baik, minta yang baik-baik, jadi orang yang baik-baik, berkawan dan bergaul dengan orang yang baik-baik.
Semoga diri lebih kuat, lebih tabah, perbaiki apa yang kurang dan tambah perkara dan sifat-sifat baik dalam diri.
Semoga diberi dugaan yang mampu ditempuhi segara berhikmah.
Kurangkan sifat amarah.
Menambahbaik dalam menjadi seorang ayah dan ibu pada anak-anak.
Tahun ini in shaa Allah kalau memang rezeki kami, bertambahlah seorang lagi ahli dalam keluarga kecil kami.
Tanggungjawab semakin besar untuk mendidik 2 khalifah yang diamanahkan Allah pada kami.
Perbaiki diri agar boleh menjadi teladan dan mendidik anak dengan lebih baik
Inshaa Allah

Wassalam :)














3 comments:

  1. Assalamualaikum..nak tanya..ada lagi program dropship untuk barang baby?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..nak tanya..ada lagi program dropship untuk barang baby?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. Masih ada. Boleh refer blog dropship saya syanasestore.blogspot.com

      Delete