About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, February 25, 2015

Hurmmm....kisahnya nak berCD pulak untuk 2nd baby....

Assalamualaikum

Beberapa minggu lepas Nas dah mula tanya pasal peralatan barang baby
Aku kata awal lagi kot nak beli apa2 pun
Nas suruh aku sediakan list apa nak beli dan pastikan yang dibeli untuk kegunaan baby la
Bukan beli untuk simpan atau tak guna sudahnya...huhu

Ok sebab dah ada pengalaman anak pertama, jadi aku dah tahu la apa yang memang perlu dan apa yang tak perlu.
Aku tak de list yang proper pun, hanya catit dalam notebook aku je

Tapi fokus aku untuk 2nd baby ni nak guna cloth diaper.
Aku memang minat sangat dengan CD ni
Dari Alauddin kecil lagi aku suka tengok CD
Aku bukak website jual CD, design dan corak dia tu memang gerammmm je tengok
Kemain la lawa, comel, cantik2 belaka
Kalau pakai kat baby ohhhh comel sangat
Lepas tu tak payah dah nak berseluar bagai
Sebab CD tu sendiri dah cantik bercorak






Cantikkkkkkkkk kannnnn!!!!
hikhikhik


Aku ada cerita kat Nas pasal nak pakai lampin moden ni
Dia jenis tak kesah cuma dia tanya mama rajin ke nak basuh2 nanti tu?
Hihi..aku kata inshaa Allah aku rajin kot...hahaha
Lagipun ada cara basuh CD dan insert ni
Ada yang kene masuk dalam beg dulu baru basuh, ada juga jenis campak je terus dalam mesin tu.

Renyahnya part kene basuh tu je la terutama bila baby poo poo kan
Kalau pampers juz bukak lepas tu celet sikit terus lipat buang kan
Tapi guna CD ni kene rajin cuci insertnya tu la
Mula2 kene alirkan atau pancutkan air kat tempat najis tu ke toilet bowl
Lepas tu baru sental dengan tangan untuk hilangkan warna najis
Tang ni la banyak orang malas nak berCD
Macam renyah kan

Lepas tu nak menjemur CD ngan insert bagai
Kerja membasuh pun jadi bertambah la sebab sebelum ni basuh baju harian je
Ni dah tambah basuh napkin dan CD pulak
Trip membasuh tu jadi bertambah la

Lepas tu kalau travel pun kene sediakan lebih CD untuk tukar tak macam pampers boleh pakai berejam2 kan
Tapi CD pun ada jenis2 yang tahan lama penyerapannya dan kalau tukar pun hanya tukar insertnya sahaja.
Kalau guna pampers pun anak poo poo kene jugak tuka pampers kan
Sama je konsepnya bezanya tempoh penyerapan dan perlu membasuh seperti kaedah mak2 kita dulu

Jadi dalam list barang persediaan untuk 2nd baby, aku dah sediakan sedikit peruntukan untuk membeli CD dan aksesorinya
Dalam list tu, aku perlu sediakan beberapa lampin putih biasa tu dan beberapa prefold dan diaper cover untuk kegunaan ketika dalam berpantang
Masa dalam pantang baby pun kecik lagi kan, jadi aku rasa nak gunakan lampin dulu
Lagipun baby pee pee atau poo poo pun tak banyak mana, dan tak sempat pun nak menyerap banyak sebab kita sentiasa dengan baby kan jadi boleh pantau.
Aku pun ada tanya beberapa kawan yang otai dalam CD  ni
Nak invest untuk newborn CD aku rasa tak berbaloi sebab pakainya hanya sekejap dan baby cepat membesar
Ada yang hanya pakai dalam pantang sahaja
Jadi aku bercadang nak beli CD one size sahaja yang boleh guna dari newborn sampai 3 tahun
Otai kongsi nanti bila anak dah abis pantang, biasanya CD one size tu dah boleh guna dah
Masa dalam pantang pun boleh guna tapi akan nampak cam kembung sikit la sebab baby kecik kan
Tapi terpulang je yang mana2 mudah pada si ibu

Aku masa pantang Alauddin, memang aku yang jaga dia
Mak aku hanya mandikan dia je, lepas tu dia serah kat aku, semua aku buat sampai siap
Aku panaskan siap2 punjut kain untuk demah bebird dia, aku sapu ubat kat tali pusat, aku pakaikan baju dan seluar dia, susukan dan tidurkan dia.
Jadi aku fikir tiada masalah untuk aku kalau guna napkin atau CD masa dalam pantang sebab aku menguruskan anak aku sendiri

Jadi kalau aku gunakan lampin masa dalam pantang mudah jugak la untuk mak atau adik2 aku tolong basuhkan nanti sebab lampin boleh campak je dalam mesin basuh nanti.
Aku ada terfikir nak gunakan disposable liner untuk lapik atas lampin
Bila baby poo poo just buang liner tu then lampin mungkin tak de terkena kotoran
Jadi mudah nak cuci la
Tapi kalau taknak juna disposable liner pun tiada masalah sebab najis baby bukan susah untuk dicuci
Tak perlu sental atau berus beria pun lampin tu
Hanya pancut najisnya dalam toilet bowl then flush je
Lepas tu lampin tu bilas jap dengan air terus campak dalam mesin basuh
Kalau lepas basuh ada warna2 kuning hijau coklat tu tak pe biarkan
Nanti jemur bawah terik panas dia akan hilang dengan sendirinya

Disebabkan aku ni baru nak berjinak dengan CD, jadi barang keperluan tu kene beli dari mula la
Masa Alauddin ada beli lampin yang 1 pek ada 6 helai tu
Tapi aku tengok macam dah lusuh sikit sebab aku berus masa cuci dulu dan beli pun yang biasa je
Tidaklah tebal mana jadi ada yang macan nak koyak bila diregang perlahan
Jadi aku kene cari lampin baru yang lebih elok dan tebal sikit
Aku bajet nak beli dalam 1-2 dozen la
Ada lebih senang sikit aku nak rotate penggunaannya kan. Basuh pun tak de la setiap hari sebab stok lampin banyak

Bila guna lampin, biasa kita kene ikat atau pinkan kain tu kan
Tapi sekarang dah tak yah guna pin dah
Dah ada aksesori yang lebih mudah digunakan iaitu snappi
Ada pelbagai warna juga
Tengok gambar rajah pun tahu kan mudah je guna snappi ni






Lampin dan snappi dah masuk list
Kemudian kalau kita risau la kan kot anak kencing kerap sangat dan boleh buat tilamnya basah, lepas pakai lampin boleh pakaikan denga diaper cover
Diaper cover ni fungsi macam plastik yang mak2 kita dulu guna untuk pakaikan kat luar napkin then ikat tu kiri kanan tu kan
Tapi kalau guna diaper cover juz pakaikan then butangkan je
Ada yang memang siap untuk saiz newborn dan ada yang 1 size boleh pakai sampai 2-3 tahun

Kalau tengok macam banyak je nak beli kan
Tapi kalau difikir balik beli sekali tapi kegunaan jangka masa panjang
Macam beli CD kan beli dalam 10-12 keping yang 1 size untuk permulaan dan boleh guna sehingga anak berumur 3 tahun. 
Kalau perlu tambah pun hanya beli insert sahaja mengikut ketebalan seiring dengan usia anak dan kekerapan penggunaan ikut waktu siang atau malam.
Yang lain kalau si ibu suka design2 baru CD, hanya beli untuk tambah stok CD sahaja
Tak de la kene beli setiap bulan seperti pampers 
Itu antara kelebihan CD la 

Tapi untuk permulaan, aku dah sediakan peruntukan untuk lampin baby, snappi, beberapa cloth diaper 1 size dan mungkin akan cari beberapa diaper cover untuk kegunaan dalam pantang
Ada otai yang ambil tempahan diaper cover, tapi belum tanya berapa harganya
Mungkin tempah dengan dia sahaja lebih mudah.

Masa Alauddin, awal berpantang je pakai lampin selepas tu terus pakai pampers
Masa tu ilmu CD pun tak de sangat 
CD pun tak banyak brand masa tu kalau ada pun pada aku yang biasa2 ni mahal la jugak nakbeli mula2 tu kan
Sekarang n tengok dah banyak jenis dan harga pulak lebih murah sebab dah dikenali kot kat negara kita ni kan.

Excited punya pasal semalam aku dah terORDER 1 set pakej Brainiac Glow Bug 
Pakej tu ada 12 CD one size / 12 insert mikrofiber / 6 insert bamboo / 1 wet bag
Harganya tu kalau ikutkan murah la jugak sebab dapat 12 CD dan insert sekali kan
Testimoni pengguna pun memang bagus untuk brand Glow Bug ni
Pejam mata je aku order
Harap istiqomah la dalam niat nak berCD ni
In shaa Allah.....kelebihan dia pun banyaaaak bila berCD ni yang sebernarnya
Cuma perlu sedikit kesabaran, kerajinan dan kesungguhan sahaja....hihi

Ok la....cita pasal CD je dah pun
Ingat nak cite mende lain sekali
Tapi dah merepek2 jadi panjang pulak
Lain kali la cite lagi

Wassalam :)




No comments:

Post a Comment