About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, February 11, 2015

Ngape Nak Banding-bandingkan?

Assalamualaikum

Kenapa ye wanita zaman sekarang suka bandingkan surirumah tangga dengan wanita bekerjaya?
Atau wanita bekerjaya dengan surirumah tangga?
Yang surirumah tangga duk canang mereka begitu begini
Yang wanita bekerjaya duk kata mereka sekian sekian
Tapi yang pastinya saling membangga diri dan menjatuhkan satu sama lain.

Wanita tu kan multitasking
Pelbagai perkara dan kerja kita boleh lakukan terutama apabila melibatkan keluarga sendiri.
Yang bekerjaya berusaha membantu suami demi mencukupkan apa yang perlu
Yang surirumah tangga pula menyenangkan suami dengan berbakti di rumah.
Apa yang membezakan 2 golongan ni sampai nak membanding-bandingkan?

Yang surirumah kata kat yang bekerjaya.
Kami ni duduk rumah non stop buat kerja, selagi tak pejam mata kerja..kerja..kerja..
Kami tiada rehat
Kami buat semua kerja rumah dan melayan kerenah anak-anak dan suami.
Kamu yang berkerja tak pe la, anak hantar kat orang jaga lepas sampai ofis huha huha dengan kawan2, mengadap kerja harian di ofis.
Dah kurang berfikir pasal anak atau suami sebab anak dan ada orang jaga suami pula pandai2 makan sendiri.
Petang nanti balik tengoklah kalau rajin masak, masak lah tapi biasanya korang mesti beli je kan.
Kalau rajin masak nasi je la pun

Yang bekerjaya pula mengata kat surirumah tangga.
Kamu tiada duit seperti kami
Kami boleh beli apa sahaja yang kami mahu tanpa mengharap duit suami
Kami lebih berdikari sebab tak bergantung dengan suami
*Biasanya kenyataan macam ni dari wanita yang gaji sedap sikit dari suami....tak semua tapi selalunya la....*
Sekurang-kurangnya kami mampu beri pendidikan terbaik pada anak-anak kami sebab kami ada pedapatan sendiri.
Kami boleh shopping ikut suka kami, beli barang2 yang kebanyakkan wanita suka.
Kami tak payah nak kene pejam mata atau pendamkan apa keinginan kami sebab kami ada duit kami.
**biasanya topik duit je la paling banyak didebatkan.....mungkin mereka tak pernah tengok kot surirumah yang duitnya berkepok2 tak kira la sebab bisnes sendiri atau memang suami depa kaya raya sekali bagi duit belanja 2 3 ribu....heheheheh****

Aku suka baca komen2 kat artikel FB tapi tak rajin nak bagi komen.
Rata-rata komen seperti yang kat atas tu la
Baik dari surirumah atau wanita bekerjaya, topik deme debat tu pasal kat atas tu la.
Aku ada ni ko tak de tu, ko tak de tu aku ada ni.
Duk la banding2 ngata mengata sampai ke sudahlah tak abis2

Memang ada wanita yang betul2 kongsikan pengalamannya secara jujur tanpa merendahkan 2 golongan ni.
Yang ni memang ada, tapi tak ramai la yang ikhlas nak beri komen kan
Komen dari wanita macam ni memang bagus kita buat sebagai ilmu atau pedoman hidup kita.
Ada dari mereka kisahnya bawak teladan ada darinya boleh dibuat sempadan dan peringatan di masa hadapan.
Paling ramai yang duk hentam menghentam la.
Kalau baca tu rasa senak je

Pada aku tak banyak beza pun antara yang bekerjaya dengan yang duduk di rumah
Zaman sekarang ni tak de dah istilah wanita duduk rumah kerjanya hanya mengadap kerja rumah semata-mata.
Bangun pagi, masak sarapan, siap suami, siap anak2, kemas rumah, masak lunch , kemas rumah balik, masak makan malam, tidur.
Tak de dah wehhh....zaman sekarang zaman serba serbi pantas, canggih, wanita perlu bergerak sendiri tanpa suami, perlu belajar banyak perkara.

Sekarang pun bukan semua surirumah abis sekolah takat darjah 6 macam zaman mak2 kita.
Yang kene korban sekolah sebab adik-adik ramai jadi hat kakak-kakak ni kenelah beralah bagi adik-adik belajar dulu.
Kakak-kakak pakat kawin je la bila jodoh dah sampai dulu.

Lepas tu zaman mak2 kita dulu pegi sekolah pun naik basikal ramai-ramai
Mak hantar depan pintu rumah je.
Sebab dulu-dulu selamat tak de la orang nak culik sesaja
Lepas tu sekolah pulak dekat2 je la kat kawasan tempat tinggal.
Tak pun pegi sekolah naik moto dengan abah sebab tempat kerja abah 1 jalan je

Lepas anak pegi sekolah suami pegi keje, udah selesaikan kain baju pulak
Dulu siapa ada rezeki lebih ada la mesin basuh
Mana yang sederhana tu dapat la mesin separa auto., jadi la rezeki jugak kan
Tapi rata-rata yang basuh tangan la....rezeki juga diberikan kudrat tangan yang hebat untuk membasuh baju bertingkat-tingkat tu.
Bangun pagi2 rendam baju dulu...lepas tu siapkan anak2 nak pegi sekolah
Deme dah pegi sekolah baju berendam tadi dah kembang la dari kotoran tu
Bila tengok air sabun tu kelabu je warnanya kan
Mak pun tenyeh la baju tu guna kuasa hebat tangan deme
Lepas sental hempas pula atas batu 2 3 kali
Lepas tu celup2 dalam air sabun balik tenyeh lagi sekali
Tang kolar baju keje suami tu tenyeh guna kuasa turbo pulak
Sebab malu kalau kolar suami ada kuning coklat tanda tak berbasuh
Kolar, ketiak, lengan baju, poket baju sekolah, dan depan tudung biasanya port kotoran degil
Baju sekolah putih mak kita akan sental dengan berus pink yang tajam tu
Lepas sental hempuk 2 3 kali atas batu lepas tu bilas dalam air bersih
Sekali la baju harian , baju koje suami dan baju sekolah anak2

Dah basuh perah sekuat hati supaya kering air di baju
Susun dalam besen yang jarang tu alas atas tempat duduk kayu supaya air baju tu turun ke tanah
Siap bilas semua, jinjing pulak nak jemur
Biasa dalam pukul 9 10 matahari dah keluar cantik dah
Sebelum jemur perah lagi kot2 ada air, kibas sekuat alam baru jemur
Jemur pun cantik tersusun beratur atas tali ampaian tu
Siap jemur ada la dalam 6 barisan panjang
Selesai dah urusan kain baju

Lepas tu mak2 ni mula la sediakan makan tengah hari pulak
Dulu2 mesin atau kukur kelapa sendiri, bakar ikan kene buat bara api dulu, segala ikan ayam daging potong sendiri, jadi awal2 pagi dah kene mula buat kerja masak-memasak ni.
Cili kering ke sambal2 semua tumbuk lagi, giling ke, mana ada express segala macam sekarang ni.
Buat kerisik pun berpeluh ketiak nak dapatkan kerisik yang sedap baunya baru la suami kata kari isteri sebijik macam kari mak dia.
Tu bab memasak ni orang pandang macam renyah kan sebab macam2 nak kene sediakan.
Tapi sekarang ni semua serba mudah dan kalau betul teknik memasak tu confirm sedap lauk kome masak tu. Usahlah risau bebeno.

Lepas tu petang2 zaman mak2 ni ada kudapan kome.
Memang tak lengkap petang deme kalau tak de kudap2
Ada yang makan berat sikit macam mee goreng ke, laksa ke, mihun sup ke
Tapi ada juga yang buat makan untuk ngunyah2 je macam apam kelapa la, kuih tradisi, cekodok, goreng2 macam pisang ke keladi ke keledek ke sukun ke, tak pun lempeng cicah kuah kari belen makan tengah hari tadi....pun jadi kome janji ada kudap2

Time makan kudap2 ni mak2 kita akan mula kisahkan baju di ampai
Pukul 3 4 dah mula meraba-raba baju di ampai mana yang kering diangkat dulu
Yang lembab2 tu biarkan pukul 5 karang baru angkat

Lepas tu mak kita sinsing lengan pula nak siapkan makan malam pula.
Biasanya tak semua lelaki atau suami mau nak makan lauk perangat siang tadi
Kalau ada tu bertuah sungguh la sebab tak payah sinsing lengan beria...hihi
Cuma nambah 1 2 lauk je la untuk malam tu kan.
Tapi kalau yang jenis suami nak makan makanan segar je, haaa mak2 kita ni pun masak le ikut selera suami kan.
Selalunye malam2 ni lauk kering2 je
Telur dadar ke sambal telur ke, sardin ke lawan ikan masin, sambal apa2 la wat colek.
Tu pun udah 3 pinggan kome pastu melingkar la atas tikar makan tu...haha

Malam tu mentara layan anak2 sembang ke laki berceloteh ke isap rokok je mak2 kita akan melipat baju pulak.
Lipat pulak kemain lawa, cantik je susunan tu tak de herot petot
Lepas lipat gantung baju suami
Karang nak gosok pulak guna iron seberat tong gas tu
Gosok baju sekolah anak2
Susun baju anak dan suami dalam kotak baju masing2
Siap semua tu jenguk dapur jenguk depan tengok kemas elok baru la rasa mengantuk

Itu zaman mak2 kita la
Tu pasal kita nampak mak kita tak pernah ada rehat
Kojenye masak kemas masak kemas masak kemas sesaja
Lagi ramai anak lagi bertambah kerja mak2 kita

Tapi mak2 zaman sekarang tak semua melalui urusan rumahtangga seperti mak2 kita
Ada yang dah mampu dah sediakan peralatan yang memudahkan urusan seharian
Dah ada vacum, blender, microwave, oven, mesin basuh, segala kitchen set yang lengkap la.
Buat kerja pun dah makin teratur kan.
Tak de dah nak buat mende2 renyah
Cuma bezanya penggunaan masa tu sahaja yang menentukan bagaimana seseorang suri rumah menyusun atur jadual hariannya

Ada yang suka buat kerja pada waktu malam.
Masa suami dan anak2 dah tido mereka ni akan mula bekerja
Mengemas rumah, susun mainan, asingkan sampah2 yang beso2 tu, nak vacum tengah malam kang maki dek orang pulak bising kan
Lepas basuh pinggan, kemas dapur meja makan
Sediakan baju kerja suami dan anak2 yang akan bersekolah
Mana2 bahan mentah yang frozen tu dah boleh keluarkan letak kat chiller dalam keadaan bertutup elok.
Nanti bangun subuh2 tu dah elok lembut atau rendam kejap dalam air untuk mudah masak

Biasa buat kerja pada waktu malam sunyi sepi macam ni lebih laju dan tenang je
Sebab kita buat sorang2 kan tanpa gangguan lain
Kerja yang kalau buat siang makan masa sampai 2 3 jam tapi bila buat tengah2 malam ni tak sedar pun siap bila
Tengok2 eh baru sejam lebih ke dah siap semua kan
Jadi bangun esok pagi dah boleh terus sediakan masakan dan layan anak2 je

Lepas tu ada jenis surirumah bila dah tidur lewat akan mengantuk siang hari kan.
Nak lelapkan mata? Tak de masalah
Ada wanita bangun pagi sediakan terus makan tengah hari
Jadi dalam tengah hari dah boleh berehat2 sambil layan anak kecik kan
Masa tu kalau anak jenis pandai main sendiri, atau menyusu boleh lelap sekejap sementara tunggu azan zuhur tu kan
Atau kalau suami jenis balik makan tengah hari, set la jam bangun pukul 1 sebab biasanya rehat pukul 1 kan
Jadi dah lelap sekejap dalam setengah jam atau sejam dah segar dah
Tapi kalau jenis macam aku tidur la pukul berapa pun memang takdenya nak tido siang
Memang aku tak biasa tidur siang melainkan malam kang aku tidur awal dari  biasa
Tapi tidur siang tu memang takde la
Payah bebeno....kalau ada tu jaraaaaaaaang sangat2

Lepas tu ada juga surirumah yang suaminya tak balik makan tengah hari
Kiranya balik selepas waktu kerja
Jadinya surirumah ni akan sediakan makanan agak lewat la berbanding waktu biasa kan
Macam aku pun adakalanya kalau Nas ada mesyuarat dia tak balik la lunch
Jadi aku pun ada masa terluang untuk buat perkara lain
Itu la pasal gamaknya ada masa rehat ke apanya
Tapi boleh rehat lah kalau kerja pun banyak yang dah siap kan
Sementara nak tunggu siap mesin, atau dah jemur tunggu kering atau anak2 pun dah kenyang makan mula la tidur kita mak2 yang ni dah tak de koje pulak sudahnya
Itu yang mengadap sinetron la fb la apanya kan
Tapi kalau anak2 tak tidur lepas tu ajak main sesama haaaa tu kene la sama2 main kan
Dalam keadaan santai kita melayan anak2 pulak
Tu la agaknya orang rasa mudahnya jadi surirumah tangga...

Tapi ada jugak surirumah tangga yang buat kerja siang hari
Petang atau malam dia dah rehat
Ada yang gosok siap2 baju kerja suami untuk seminggu
Ni jenis suami yang pakai baju serupa tu je la sepangjang koje
Yang berubah pun warna baju je la tapi hari2 kemeja
Jadi senang la kalau marathon gosok baju tu kan
Serupa tu la jugak baju sekolah anak2
Aku ikut rajin la
De masa aku gosok seminggu terus. Memang agak rileks sebab bukan semua wanita suka gosok baju kan....HEHEHEHEHEHE

Bila banyak peralatan yang memudahkan banyak kerja boleh dilakukan serentak dalam satu masa.
Sambil tunggu bahan mentah lembut, boleh vacum dan kemas rumah
Sambil tu masuk siap2 kain baju kotor dalam mesin basuh lepas tu tekan2 je
Dalam 45 minit ke 1 jam nanti siap la
Sambil mandi boleh cuci2 tandas dan lantai bilik air tu.
Baju pun sekarang ni tak ramai yang rajin melipat kan
Jadinya nak lebih mudah gantung je la
Hanya sediakan hanger yang banyak dan ruang menyangkut yang luas


Penyangkut baju jenis macam ni biasa digunakan
Aku pun ada gunakan untuk sidai baju yang dah dibasuh
Rumah aku tak de almari baju yang berpintu macam biasa kita tengok tu kan
Segala baju aku sangkut guna 1 penyangkut baju yang panjangnya hampir 2 meter dan ada roda
Kira kalau nak ubah kedudukan penyangkut tu juz tolak je la
Jadi kalau dah t shirt, kemeja, seluar, jubah, baju kurung dan yang beso2 tu dah gantung, pakaian yang nak dilipat pun sikit la kan
Tak de la segunung everest sekali hadap kan
Kering je baju terus ubah ke penyangkut kering
Cuma nak lipat tuala, kain pelikat, pakainan dalam, boxer suami dan pakaian anak2 je la
Dah jimat masa kan

Nak memasak pun banyak dah mudah
Segala peralatan dah sedia ada, banyak jimat masa
Bahan mentah beku lagi masuk microwave kang elok la lembut
Dapur masak ada sampai 4 tungku
Sekali naik je lauk ngan sayur kan
Cot cet cot cet udah siap 2 3 jenis lauk je
Sekarang buat sambal pun guna blender je, kan mudah tu

Segala mak nenek paste udah ada sekarang ni
Siapkan bahan2nya sahaja
Kalau surirumah yang jenis keluar pegi paso, pas anto anak ke laki gi koje ke  mula la ke paso
Sekarang banyak pasaraya ala2 paso yang jual sayur ikan daging ayam segala
Giant Tesco Hero Nsk Econsave ehhhh macam2 lagi la
Ada yang dekat je dengan rumah ada yang jauh la sikit kene redah highway bagainya

Wanita bekerjaya pun serupa tu la jugak
Ada jenis wanita deme buat kerja awal pagi
Deme biasa akan tidur awal selepas makan malam rehat2 sekejap
Nanti deme bangun pukul 4 pagi macam tu mula ngemas rumah, cuci dapur, cuci pinggan mangkuk kalau malam tadi tak sempat mencuci
Lepas tu sediakan baju kerja masing2 gantung siap2 pas subuh kang nak pakai untuk pegi kerja
Siapkan barang anak2 yang akan dihantar kat pengasuh
Ada yang memang rajin sungguh, deme siap masakkan lauk untuk dinner lepastu masuk peti
Nanti balik kerja perangat ke balik
Ataupun potong siap2 apa nak masak, sediakan cili mesin bawang rencah segala la.

Lagi hebat yang jenis sediakan makanan untuk anak2
Mereka ni walaupun bekerjaya tapi mampu sediakan sendiri makanan anak2
Buat puree simpan dalam bekas kecik2 , lepas bila nak guna steamkan je
Lepas tu kalau bubur tu, sementara tunggu azan subuh, masak dalam rice cooker.
Kan ada function untuk masak bubur kan, letakkan la sekali isi ayam apanya
Bahan2 nak masuk dalam bubur macam crab fillet ke, ayam ke sayur cincang ke siapkan awal simpan dalam 1 bekas khas untuk sekali masak.
Lepas tu selesai kejut suami solat subuh apanya tengok bubur dah elok menggelegak udah macam nak masak dah
Masukkan sayur ke apa2 bahan2 yang perlu masak sekejap je
Lepas tu udah siap bubur
Lepas solat subuh tu boleh dah la nak vacuum rumah sekali kan
Nanti balik koje petang atau malam tenang je masuk rumah sebab rumah dalam keadaan bersih dari pagi lagi kan

Ada jugak yang beli slow cooker yang ada set timer tu kan
Malam sebelum tidur tu leh la masukkan beras ikut sukatan anak makan 1 hari kat rumah pengasuh lepas tu set waktu nak masak bila
Nanti bangun pukul 4 5 pagi udah siap tunggu nak masuk bahan2 lain je
Kan mudah je tu
Bezanya malas dengan rajin je la
Tak kira la surirumah ke yang kerja ke memang ada yang rajin dan malas.

Tu aku suka join group parenting ni sebab suka baca kisah wanita2 hebat ni berkongsi cara mereka menguruskan masa dalam menyusun atur kerja rumah seharian.
Wanita surirumah pun ada yang buat macam tu
Persiapkan bahan2 masakan untuk anak2 seawal mungkin, tiba masa nak masak udah tersedia
Tunggu nak masak je la

Lepas tu yang mana pergi kerja sendiri means suami bawak kereta sendiri isteri bawak kereta sendiri mudah lah sikit pergerakan sebab tak perlu nak terkejar-kejar waktu kan
Jadi pembahagian tugas tu penting la antara suami isteri
Siapa yang mudah dan dekat dengan kawasan pengasuh biasanya akan ambil tugas menghantar anak2
Jadi sampai pejabat pun kalau bukan jammed in shaa Allah sampai tepat pada masanya

Ada juga ibu2 yang gerak sama2 dengan suami
Ada yang memang kerja dalam daerah atau kawasan yang sama, dah jimat kalau gerak sama2 tu kan
Ada yang hanya ada 1 kenderaan sahaja jadi memang kene gerak sama2 la kan nak2 public transport bukan ada pun kat kawasan deme tu
Kalau koje KL memang tak de hal nak naik public transport apanya
Ada juga ibu2 yang hanya suami hantar separuh jalan je lepas tu ibu2 ni naik train untuk ke tempat kerja.
Ibu2 yang begini mereka lagi terdedah dengan pelbagai keadaan persekitaran. Kene rempuh orang ramai, berebut2 naik train, ada yang berdiri lama dalam bas atau train
Ada juga yang sedang mengandung pun berusaha melawan arus manusia yang berlumba-lumba untuk ke tempat kerja juga
Kiranya awal2 pagi lagi ibu2 bekerjaya ni akan bergerak pantas untuk sampai ke tempat kerja

Kalau ibu bekerjaya yang menyusu pulak nanti deme kene memikir waktu pam susu pulak
Haaaaa ni pun wanita hebat jugak sebab mereka akan cuba sedaya upaya mencuri waktu untuk menepati jadual mengepam tu
Mana2 ofis yang friendly nursing tu tak de la masalah sangat sebab kat meja sendiri pun masih boleh mengepam
Ada yang mengepam di surau atau secara berjemaah sambil berkongsi kisah asalkan tak mengganggu waktu bekerja sudahlah ye :)

Yang duk dirumah pun begitu la juga
Tapi tak ramai la yang akan mengepam sebab anak depan mata je pun so lebih banyak direct breastfeeding
Cuma yang bezanya kalau anak tu jenis nak mengempeng lepas tu menyusu dalam tempoh yang lama jadi masa tu banyak diperuntukan di situ
Ada ibu2 yang kenal perangai anaknya akan pandai mengawal jadual masa kerja seharian
Kalau anak dah semakin besar dan kita dah semakin paham rentak anak, kita akan tahu bila masa anak nak menyusu, berapa lama dia menyusu, bila dia akan tidur dan sebagainya
Jadi ibu2 di rumah akan tahu macam mana nak susun jadual kerja tu
Bila anak dah mula tidur, dapat pulak jenis tidur lena 2 3 jam tu laju2 la buat kerja kan
Masa ni la nak pulun buat kerja
Kalau anak jenis memang suka memerap, kalau mak gerak sikit udah nangis, tak boleh mak jauh dari mata, itu kene ada usaha lain la pulak
Kalau anak dah pandai main, lambak mainan mungkin boleh lekakan dia
Kalau jenis cepat boring dan suka merayau2 sampai ke dapur, sediakan 1 ruang yang kita pasti tak kotor, dan selamat untuk anak ni bermain tapi dekat dengan kita
Jadi bila dia nampak mak die depan mata dia tak de la nangis kan
Kita pun boleh la masak atau buat kerja di dapur dengan tenang tapi pantasss....hahahha
Aku pernah mengalaminya dan agak mencabar
Mungkin tu la sebabnya surirumah selalu kata deme tak de waktu rehat sebab time anak jaga duk jaga anak time anak tidur duk jaga hal rumah pula
Itu belum masuk lagi bab terbabas atau terlelap sekali dengan anak....KEHKEHKEH....
Tapi padahal aspek kerjanya tu sama je pun dengan wanita bekerjaya cuma waktunya sahaja berbeza

Ok, lepas tu kan wanita bekerjaya ni yang mana memang nature kerja die dalam ofis je selalunya, atau dalam sebulan tu hanya 2 3 kali je kene buat kerja luar, mereka jarang la nak stress lebih seperti ibu2 yang kerja pangkat besar atau kerja banyak di luar
Kebanyakkan waktu kerja mereka adalah di site atau outstation ke sana ke sini hadiri seminar atau mesyuarat penting.
Ibu sebegini memang diuji terutama dari segi fizikal sebab terpaksa bergerak ke sana ke mari dengan bebanan kerja yang dipikul
Ada pulak jenis dapat bos yang agak garang atau tegas melampau, tak boleh tersilap sikit nak melenting sesaja
Ada yang dikelilingi dengan rakan sepejabat yang tak berapa nak mesra alam, hati pun tak berapa nak bersih, itu semua boleh mempengaruhi dan memberi kesan pada emosi ibu2 bekerjaya jugak
Kalau kejadian menyakitkan hati jadi time petang waktu nak balik tu, silap2 perasaan marah tu boleh melarat sampai ke rumah tau
Jangan main2 kome sebab kita kan wanita, emosi tu ada masanya payah nak dipujuk dikawal
Lepas tu kang ada jugak yang terlepas kat suami atau anak2, bukan mereka minta untuk memarahi tapi emosi ketika itu, jadi memang kene saling paham memahami
Ada setengah ibu2 ni mudah untuk melepaskan emosinya
Contoh kan suami datang jemput tu, suami perasan muka bengang isteri kan, tanya kenapa yang ada masalah apa ni
Jadi isteri pun luahkan sepenuh hati dan suami pun tadahlah telinga tu sekejap
Lepas isteri dah puas cerita maki maki hamun hempuk dashboard segala bagi la kata2 pujukan yang boleh sejukkan hati
Tak pun belikan eskem magnum, mesti isteri boleh sejuk....hihi..
Jadi emosi tu dah abis kat dalam kereta, sampai kat rumah pegasuh hati pun dah tenang dan boleh senyum manis untuk tatap wajah anak.
Sampai rumah emosi masing2 dah ok dan boleh bergurau senda
Masalah pejabat sambung esok la pulak sebab bukan berhenti koje pun kan....hihihihi

Kalau emosi terganggu time tengah koje tu kawan2 sepejabat pun ada untuk mendengar sesi meluahkan perasaan tu kan
Ada jugak la kawan nak ajak gosip apanya
Takpun time lunch tu kome lepaskan lah segala amarah kome tu kan
Aku pahamlah sebab aku pun pernah berkoje jugak dan bergaul dengan ibu2 bekerjaya ni

Surirumah ada mood swing tak????
Ehhhh kalau dah nama wanita mesti la emosi tu senang bergelora
Surirumah pulak kalau yang ada anak 2 3 orang yang tengah melasak
Ko tak rasa deme sama naik meroyan macam kome meroyan dengan kerja pejabat
Meroyan jugak senah munah peah joyah  wehhhh
Tapi bezanya kalau surirumah meroyan deme leh tatap dinding je la sebab tak de sapa kat rumah yang nak dengar rintihan hati deme tu melainkan anak2 yang duk kelip2 je tengok maknya kejap jadi hulk kejap jadi mak lampir kejap kang jadi kak limah
Tu biasaaaaa.....biasa sangat...heh

Kalau anak tengah melasak kan, kejenya nak panjat itu ini segala yang boleh dipanjat, kene berlari-lari dalam rumah ko tau tak
Tak payah la nak gi gym ke aerobik ke hapa
Hari2 ko berlari2 kejar anak tangkap anak yang suka panjat2 ni
Turun dari grill panjat kerusi pulak
Turun kerusi panjat meja, lepas tu joget atas rak tv, lepas tu panjat mesin basuh.....ehhhhh segala mak nenek yang ada kat rumah dia panjat la
Lepas tu kang hat sorang lagi tukang 'kemas' rumah pulak
Ko duk ligat kejor yang sulung, yang kedua yang sepah
Pegang sini sana sepah, pegang sana sini sepah
Masuk dapur depan sepah masuk bilik dapur sepah, kemas ruang tamu bilik air pulak banjir....haaaaa
Tu biasaaaaaaa....baisa juga
Tu pasal la jugak ada masanya surirumah tangga akan tadah tangan ke langit berdoa minta nyawa.....ngehngehngeh...
Letih emosi dan badan gamaknya

Ada juga anak yang mudah dijaga yang jenis layan je mainan dia
Aktif juga tapi dia banyak bermain sendiri atau main sesama deme
Ada jugaklah perangai nya tu bergaduh sesama sendiri atau saja nak perhatian kalau yang anak sorang tu kan tapi maknya mudah nak buat kerja rumah
Yang ni kurang la sikit maknya nak jadi hulk ke mak lampir ke kak limah ke kan
Tapi bab bertempik petir memetir tu biasalahhhh...hahaha
Jadi mak automatik suara bertukar jadi tarzan

Dalam banyak keadaan nature antara surirumah tangga dan wanita bekerjaya tu sama sahaja
Bezanya penyusunan jadual dan aturan masa mereka sahaja.
Ikut bila masa yang sesuai dengan keadaan mereka ketika itu asalkan apa yang sepatutnya diuruskan dapat diselesaikan seadanya.

Tapiiiiiii......perbezaaan lain yang ketara adalah dengan adanya bantuan dari suami itu sendiri.
Bila suami dan isteri sama2 membantu membuat kerja rumah seharian, memang banyak beban yang sentiasa diletakkan atas bahu isteri itu berkurangan.
Ada yang kata kalau suami isteri bekerja memang lah suami akan rajin jugak sebab dia tahu bini dia pun cari duit
Yang duduk rumah ni takkan nak duduk saja2 je, dah tu apa guna duduk dirumah
Kalau itu la pemikiran kome memang hanyut la komeee...hihi

Tak semua lelaki itu kejam sangat kan
Ada lelaki memang dah biasa buat kerja rumah
Pandai urus diri dan tak perlu pun berharap kat isteri.
Ada jugak yang memang rajin kat dapur, memasak dan mengemas
Haaaaa yang ni tak kira suami surirumah atau ibu bekerjaya tau
Boleh jadi pada sesiapa sahaja

Ada surirumah dan ibu bekerjaya, suaminya rajin menolong
Bila tengok isteri masuk bilik tidurkan anak2 atau nak susukan anak selepas makan malam ke kan, dia pulak ambil peranan kemas meja makan, kemas dapur dan basuh pinggan mangkuk
Lepas tu tengok ruang tamu bersepah mainan anak dan barang2 balik kerja tadi. kemaskan dan susun elok2 letak di tenpat sepatutnya
Ada suami rajin basuh baju, ye la guna mesin je bang oiiii takkan la susah beno ye dak
Masuk sabun, masuk baju tekan2 je
Esok bangun sebelum subuh isteri pulak jemurkan siap2
Ada juga suami yang rajin sediakan beg pengasuh anak2
Tahu apa nak dibawa, apa pakaian seharian anak, susun elok2 dalam bag pengasuh tu kan

Ada suami dia tak reti bab2 kerja rumah yang biasa isteri buat, tapi dia amik part jaga anak2
Macam yang surirumah, suami balik kerja biarkan dia mandi atau uruskan dirinya dahulu
Lepas tu rehat2 dengan anak2
Masa tu ada suami dia take over jaga anak2
Isteri ni mula beralih pada kerja rumah yang tergendala atau yang belum disentuh
Mana yang masak malam pada waktu malam seperti ibu bekerjaya masa ni sambil suami layan berita ke apa kan dia jaga anak2, main dengan anak2
Yang bekerjaya tu kan, sampai je rumah isteri terus tuju ke dapur sediakan untuk masak malam
Suami pulak mandikan anak, rapikan anak lepas tu layan anak sampai la isteri selesai kerjanya kan
Tu pun dah banyak membantu kerja rumah isteri yang bekerjaya ni
Baru la berat sama dipikul ringan sama dijinjing kan.

Tak perlu la nak paksa2 atau arah2 suami
Memang ada suami yang jenis kene dicakap baru dia buat
Sebab tak ramai pun suami yang sendiri mau tolong, ada tapi tak ramai ye
Yang biasaya disuruh atau diminta baru di tolong
Ada juga yang tengok bini bertukar hijau nak jadi hulk sebab stress dengan kerja rumah yang tak sudah2 baru la ringan mulut nak tanya apa nak bantu kan
Yang penting cakap elok2 dengan suami
Usah sebab nak minta tolong sampai bergaduh laki bini pulak kan
Udah jenuh pulak yong 2 2 berasap kat situ

Jadi bila ada suami yang rajin membantu isteri, memang rasa sedikit ringan beban kerja tu
Tolong yang simple2 pun isteri dan rasa seronok apatah lagi yang besar2 kan
Situasi ni sama je tak kira surirumah atau ibu bekerjaya
Surirumah kalau dia buat kerja seorang tanpa henti dari celik mata sampai la nak tutup mata, dah tentu la penat yang amat

Begitulah jugak yang bekerjaya dah balik dari kerja sambung pulak kerja rumah seorang diri pulak tu pun sama jugak akan merasai penat
Tak perlu la nak kata sapa yang lebih penat ke sapa yang banyak masa ke
Sebab kerja masing2 tu tak sama pun

Ada surirumah tapi belum ada anak, jadi hanya jaga rumah dan suami. Tak de la rumah bersepah macam ada 10 orang dalam rumah kan. Masa ni memang la rasa heaven je kan banyak rehat dan melangut...heh
Ada yang surirumah ada anak lebih dari seorang dan ada juga yang rapat umurnya, yang ni cabaran mula datang, menguji kesabaran dan kecekapan si ibu menguruskan masa

Ada wanita bekerjaya yang belum ada anak, yang ni serupa je la situasi dengan surirumah belum ada anak, bezanya masa deme kat ofis.
Ataupun wanita bekerjaya yang anak2 tinggal di kampung dengan atok dan nenek mereka sebab atok dan nenek sunyi je duduk berdua
Deme nak jaga cucu2 deme sementara mak ayahnya bekerja dan ada juga atok nenek yang tak mau cucu dijaga oleh pengasuh atau dihantar taska.
Jadi hujung minggu adalah family time untuk keluarga sebegini dan urusan rumahtangganya mungkin seperti ibu bekerjaya yang belum ada anak.
Mudah menguruskan urusan rumah tangga

Tapi yang paling mencabar adalah surirumah atau ibu bekerjaya yang tinggal berjauhan atau berasingan dengan suami
Yang ni aku memang kagum dan tabik spring kat depa sebab ibu2 hebat ni mengurusakn sendiri rumahtangga dan anak2 dengan kudrat yang mereka ada
Kalau wanita bekerjaya yang berjauhan dengan suami tapi belum ada anak tu tak de la rasa susah mana. Cuma rindu-rinduan je la kan dan lebih kepada menjaga diri sendiri.
Tapi yang ada anak ni dan ramai pulak akan ada cabarannya
Kereta dan pandai memandu memang keperluan utama untuk ibu2 yang duduk berjauhan dengan suami untuk memudahkan pergerakan
Kalau yang boleh berjumpa suami sebulan sekali atau 2 kali Alhamdulillah dapat jugaklah melepaskan kerinduan anak2 tu kan.Yang penting dapatlah merasa berkumpul bersama keluarga.

Tapi kalau untuk family yang suaminya kerja dengan badan beruniform yang perlu kerja jauh selama berbulan2 atau jauh ke luar negara lagi diuji jiwanya kan.
Tak payah tengok jauh la, akau bagi contoh mak abah aku je
Masa kami kecik, abah memang banyak belayar sampai 3 atau 6 bulan
Ada masa tu abah balik masa adik baru lahir, lepas tu abah kene pergi belayar balik
Balik pun 6 bulan selepas tu pun adik dah mula cerdik dan mula takut2 nak dekat dengan abah sebab tak kenal abah sendiri kan
Elok baru nak mesra dengan abah, dah kene pergi belayar balik, balik semula adik dah pandai berjalan. Dah mula kenal orang dah banyak akal lagi la siap menangis meraung-raung sebab takut tengok abah.
Sedihnya kalau diuji begitu kan
Mak aku surirumah tapi tak perlu nak bawak kete gi paso bagai sebab dulu duduk kuarters tentera jadi ada lori sayur ikan datang kat blok kami die pin pin je beratur la mak2 ni keluar beli ikan sayur kan
Haaaa...tu dulu la senang la sikit ada lori ikan sayur macam tu
Kalau nak cari sayur atau ikan yang lain dari pakcik tu jual, baru la ke pasar tani tapi kene jalan sikit la...tak de la jauh sangat pun cuma sebab ada anak kecik tu yang jadi mencabar sikit.

Serupa la jugak untuk ibu2 tunggal yang tabah mengharungi kehidupan dengan anak2
Yang kematian suami mungkin akan bersedih tapi dah sampai ajalnya lama2 nanti kita akan redha juga
Ada juga yang suami dah tinggalkan sesuatu untuk bekalan anak dan isteri kan
Tapi wanita yang dianiaya ni, yang suaminya buat perangai atau meninggalkan isteri dan anak-anak terkontang kanting tanpa nafkah zahir kan ke lagi besar cabaran dan ujian deme.
Si ibu yang mungkin sebelum ni tidak bekerja akan mula mencari kerja untuk nafkah anak2
Atau si ibu yang memang sedia ada kerja akan menggalas lebih kerja sebab menguruskan anak sudah terletak di bahunya seorang. Tiada lagi istilah sama2 menjaga anak
Ate kome nak kelaskan deme2 ni macam mana?
Tu pasal kalau nak banding-bandingkan orang cuba tengok dulu kehidupan orang lain
Usah cepat mengkomen tak tentu hala

Ada tau kome contoh kes anak kene dera dengan pengasuh pastu yang komen2 tu macam kan otaknya dah flush masuk lobang jamban je gayanya
Yang surirumah duk la kabo tu la baik jaga anak sendiri lebih terjamin tak de orang nak dera2
Lepas tu karang ada la sorang 2 ibu tunggal yang komen abis tu kami yang ibu tunggal yang memang menyara anak2 secara total kome nak kata apa pulak?
Nak suruh berenti koje jugak ke hapa?
Udah sentap kan....itu la kome kalau berkomen cuba berpikior sikit
Usah sedap jari sendiri je menaip ketuk ketak ketuk ketak
Anak orang lain yang kene dera awok pulak yang meroyan dah kenapa?
Cer bagi solusi yang semua ibu2 bekerjaya ni boleh bekerja dengan tenang hatinya dari bagi komen serupa tuang asid dalam mulut
Berpikior la sikit

Jadi bila kita lihat sekeliling dan berkongsi tengok kehidupan orang lain, kita takkan rasa nak bandingkan diri kita dengan orang lain.
Sebab masing2 ada kerja dan urusan mereka sendiri dan yang penting apa yang kita uruskan tak sama dengan apa yang orang lain uruskan.
Dah kawin pun dengan suami dan isteri lain2 kan kenapa pulak perlu nak rasa ada persamaan untuk semua orang
Kalau kome tengok kawan kome rileks je kat rumah takkan kome nak kata semua surirumah tu rileks je kat rumah tak buat apa.

Zaman sekarang ramai wanita bekerja dari rumah je. Ada yang buat bakery, pastry, berjual makanan pagi tengah hari petang, ada yang jual pakaian, ada yang menjahit mengait bertenun, ada juga yang jual produk kesihatan dari rumah dan yang paling hot sekarang join MLM kan yang mensasarkan golongan surirumah untuk tambah pendapatan atau nak merasa pegang duit sendiri
Haaaaa...mudah katanya bisnes dari umah sahaja sambil jaga rumahtangga dan anak2
Jadi masa pun dah terbahagi untuk uruskan rumahtangga, anak2 dan bisnes kan

Yang surirumah pulak kalau dah tengok kawan2 kome kemain berhuha huha kerja kat luar, takkan kome nak pikir semua macam tu
Ada masa deme pun stress dengan koje deme sampai ada yang nak berhenti kerja nak tumpukan hal rumhtangga je
Walaupun deme hantar kat pengasuh, kalau tahu anak sakit ke apa lepas tu tak dapat cuti pulak memang libang libu la hati tu mikirkan anak je
Sapa kata deme bersukaria je kat pejabat tu? Keje bergosip je manjang
Kot ada sorang 2 je la yang pelik macam tu
Tapi kebanyakkannya memang otak tu tak abis2 memikirkan hal anak la suami la, macam2 la yang berkaitan dengan hal rumahtangga
Usahlah kata deme tu tak mikirkan anak deme
Mana ada ibu yang tak sayang anak wehhh...ingat beranak macam buang hingus ka
Creetttttt kuar berjuntai juntai.....puiii

Membebel je udah tak nyedor panjang lebo aku taip
Lantakkan....kome nak baca silakan le
Tak nak pun tak ngape, aku tak marah pun
Aku memang jenis suka baca balik apa yang aku dah post kat blog aku
Dah kata blog ni kenangan dan coretan hati aku kan
Jadi memang awok je la yang mengadapnya pun

Minta maaf ye kalau ada salah silap dalam beri pandangan pasal hal ni
Bukan suruh bergaduh ke apa cuma nak minta luaskan sikit je pemikiran kita tu
Banding-bandinkan sesama wanita pun bukan dapat apa pun
Yang pastinya kome kita semua wanita
Banyaaaaakk peranan wanita dalam dunia ni yang orang lelaki pun belum tentu mampu nak buat
Ate, kalau tengok sesama wanita tu hebat, tabah, kuat, cekal, sabar dengan ujian kita patut sama2 bangga dan serap semangat deme tu untuk motivasi dan sebagai inspirasi kita dalam meneruskan kehidupan yang macam2 kat depan nun
Hari ni bahagia belum tentu esok pun bahagia....kot ada ujian tiba2 udah terkujat-kujat awok kat situ
Hari ni diuji esok mungkin bahagia selepas awok kene macam2 kan
Dah kata asam garam kehidupan kan memang kita tak tahu la apa jadi masa depan
Ingat ye wanita tu hebatttt. Luar lembut dalam kental

Jumpa lagi post selanjutnya
Wassalam
















No comments:

Post a Comment