About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, February 2, 2015

Perangai Nak Terima Orang Baru :)

 Assalamualaikum

Since Alauddin dah berusia 3 tahun 2 bulan dan sedang dalam fasa bakal menerima adik, In shaa Allah kalau diizinkan Allah, ada masanya perangai sedikit berubah dan menguji kesabaran.
Orang kata tunjuk perasaan sebab dah rasa macam nak ada persaingan nanti.

Tapi perubahan tu bukanlah perubahan yang besar sangat pada aku.
Masih lagi boleh dikawal boleh dipujuk dan yang leganya tu tak lah melarat-larat perangainya tu.
Bila berhari-hari aku perhatikan aku dah mula boleh mengawal kelakuan Alauddin.

Masa aku dalam fasa awal trimester pertama, memang nampak Alauddin macam memberontak, mengamuk, suka baling barang, cepat marah, cepat merajuk dan kuat sangat menangis.
Langsung tak boleh ditegur, tinggi sikit suara mula la menangis sekuat alam.
Bila pujuk suruh diam lagi la kuat dia menangis.
Memang berubah lah perangainya 360 darjah, macam bukan dia pulak aku rasa masa tu...hihi

Masa awal trimester pertama, aku memang kerap tak larat, mual dan pening tu jangan cakap lah.
Kerap sangat lah nas beli lauk je ataupun dia makan di kantin pejabat je sebab aku memang tak larat langsung nak masak apa2.
Aku sendiri pun hanya boleh minum air milo pekat suam cicah dengan biskut cracker tu je.
Nak masak untuk Alauddin pun tak larat sangat.
Tapi aku cuba juga goreng telur, makan dengan roti, atau buat roti telur untuk Alauddin.
Masak nasi pun aku kene lari jauh2 sebab bau nasi tu boleh buat aku termuntah.

Tapi bersyukurnya sebab rasa2 tak sedap tu hanya berlaku untuk tempoh yang tak lama. 
Masuk minggu ke 12 aku dah mampu untuk buat kerja rumah, memasak dan dah boleh terima macam2 jenis makanan.
Dah mula boleh terima nasi seadanya.
Tapi yang bestnya dalam tempoh 3 bulan tu berat aku memang maintain je la.
Turun kejap 1kg atau naik sikit 1kg tapi memang tara tu je la beratnya pun.
Jadinya sehingga aku 18 minggu ni pun berat aku baru naik 1kg aje....huhu
Harap2 kandungan kali ni berat aku tidaklah naik mendadak macam masa Alauddin.
Jenuh pulak nanti nak turunkan balik to normal.

Masa aku tengah tak larat tu la Alauddin ni menguji kesabaran aku.
Dia kerap baling mainan ke arah beranda.
Bukan 1 2 tapi banyak sangat.
Lepas tu kalau aku tegur dengan suara tinggi, dia akan mula menjerit kat aku balik.
Lagi aku marah lagi kuat dia jerit.

Ada sekali tu dia main air.
Tak pernah2 la dia main air masak buat tumpah merata-rata rumah, hari tu dia buat.
Aku masa tu tak boleh nak marah dah sebab rasa macam marah2 pun nanti ada je mende baru dia akan buat.
Jadinya aku suruh dia duduk diam2 atas kerusi sementara aku lap air tu sebab takut licin.
Bila dia tengok aku tak marah tu, elok pulak perangainya.
Mau pulak dengar apa aku cakap.

Lepas tu dia tak buat apa2 yang membuatkan aku nak marah.
Dia duduk diam atas kerusi dan meja dia sambil mewarna buku.
Jadi aku fikir memang tak boleh marah kot.
Aku pun bukan lah nak marah sangat tapi sebab keadaan aku yang tak larat dengan kepala berpusing-pusingnya aku jadi cepat nak marah la.
Tapi bila dah penat sebab kerap pulak dia buat perangai aku mula rasa macam malas dah nak marah.
Sepah je aku amik masa kemas.
Bila dia tengok aku kemas mainan dia tanpa cakap apa2, elok pulak dia tolong sama2 kutip dan kemas mainan dia.
Tak payah disuruh pun.

Perangai sepah dan baling mainan tu sekejap je la
Dalam seminggu macam tu lepas tu dia balik kepada keadaan asal perangai dia.
Sebab aku amik pendekatan tak marah2 dia, aku just diam je tak nak cakap2 dengan dia.
Ada sekali tu dia nampak aku pandang je dia tak kelip2 lepas dia baling2 mainan, lama aku renung dia.
Lepas tu aku pelan2 kutip mainan yang dia baling.
Aku buat tanpa cakap apa2 pun.
Dia datang kat aku, pegang belakang sambil panggil mama...mama...mama

Aku diam je tak menyahut
Saja nak tengok akal dia
Dia panggil sambil peluk leher pulak. Lepas tu cium2 pipi.
Aku kata, nak apa...mama tak nak kawan dengan Alauddin sebab suka sepah2 mainan.
Malas kemas mainan, nak buang mainan ni.
Dia pun terus la menangis macam kan sedih bebeno pun.
Aku tanya kenapa menangis pula
Selamba pulak dia kata mama buat Udin....pulak dah
Aku pun pujuk la.
Dah kita pujuk tu dia lagi la nangis ngada2 siap nak peluk cium apanya.
Layan la kejap perangai orang nak jadi abang ni.
Lepas tu ajak dia kemas mainan, elok pulak dia kemas.

Ada masa dia suka mengamuk tak tentu pasal.
Sekali pakej la dengan membaling mainan tu.
Menjerit2 marah apa mende ntah.
Pastu minta mende yang ntah apa2
Dah la dia guna word yang aku tak paham...heh
Kita ni duk la ulang tanya apa dia apa dia
Dia duk la sebut sambil marah2 mana la aku paham kan.

Sekarang ni dah tak de dah perangai pelik2 tu.
Dia dah kembali sebagai Alauddin yang baik lagi sopan santun....huhu...
Tapi bab menangis merajuk nak perhatian tu masih ada la cuma lebih manja pulak.

Aku kadang2 pesan kat Nas usah garang beno dengan Alauddin sebab dia tengah dalam fasa nak terima adik.
Normal budak2 macam dia berubah perangai sekejap
Cuma kita la as parent kene pandai ambil hati dia.
Kene la rajin melayan dia, lebih sikit bagi perhatian tu kan.

Sekarang ni suka sangat mencium aku.
Mama sayang mama....pastu cium.
Pastu kang dia cium perut aku pulak.
Dia kata sayang baby....
Aku kata dalam perut mama ada sapa
Dia kata ada baby
Sayang baby tak
Dia kata mestilah sayang baby

Tapi memang kerap sangat nak berpelukan nak bercium tu
Manja sangat2 sejak akhir2 ni
Tapi tidur memang dengan abah je
Cuma ada la ketika tu dia macam rindu kat 'CANDU' dia tu
Hihihi....dia terjaga malam2 dia panggil mama...mama
Aku tarik dekat dengan aku, dia mula cium2 dada aku...
Biasalah orang mencandu sampai 3 tahun kan....
Dah lena nanti pelan2 dia beralih ke arah abah dia.
Asal kalih tidur je mesti arah abah.
Cium la ketiak abah tu kan.
Cam tu la Alauddin sekarang ni
Manja tapi mudah dikawal dan dijaga budaknya,
Syukur sangat2 dikurniakan anak yang mudah dijaga seperti dia
Alhamdulilah... :)

Rabu ni nak ke Langkawi
Plannya nak bawak Alauddin naik kapal terbang
First dia naik masa dia kecik lagi, dalam 7 8 bulan kot.
Jadi dia belum tahu apa2 pun.
Masa naik tu pun aku susukan dia dan dia pun tidur je sepanjang perjalanan.

Kali ni dia dah makin cerdik dan kenal macam2 perkara.
Jadi nak bagi dia merasa la.
Harap-harap keadaan dia dalam kapal terbang nanti terkawal la.

Ok lah jumpa lagi next entry
Wassalam :)


No comments:

Post a Comment