About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, March 23, 2015

Ketagih Tablet / Ipad

Assalamualaikum

Hari ini aku baca perkongsian dari salah seorang blogger kegemaran aku Adlil Rajiah pasal anak ketagih tablet  / Ipad.
Entry yang super bagus sebab berkaitan dengan antara permasalahan yang dilalui oleh parents zaman kini.
Korang boleh baca di link ni ye http://saatakukaupilih.blogspot.com/2015/03/8-cara-kawal-anak-daripada-ketagih-tab.html
Adlil Rajiah ni mostly post dia lebih kepada ilmu keibubapaaan.
Apa2 post dia pasal parenting mesti aku akan baca buat tambah ilmu di dada, maklumlah awok pun ada anak jugee...hihi

Antara point yang blogger Adlil Rajiah senaraikan tu, memang aku amalkan pada Alauddin
Sebab aku pun memang ada perkenalkan Alauddin dengan tablet dan mesti ada kawalan bukan tablet tu jadi perkara utama dia akan cari bila celik je bijik mata.

Ada ke kawan2 yang mengeluh anak mereka terlalu addicted dengan tablet / ipad?
Mestilah ada sampaikan separuh hari anak2 mereka hanyalah mengadap tablet / ipad
Boleh mengamuk kalau tak dapat tengok tablet / ipad 1 hari tu
Dasyat kan???...hihi

Alauddin kenal tablet masa 7 8 bulan. Masa tu Nas banyak download video lagu ABC 123 nasyid dan bunyi2 haiwan.
Tapi yang paling Alauddin suka nasyid Ya Hanana tu, memang sentiasa diulang tayang nasyidnya.
Dalam masa yang sama kami juga masukkan video tu dalam pendrive dan tengok di tv.
Jadi aku banyak mainkan video di tv dari guna tablet.
Sambil dia merangkak duduk bertatih dan main tu dia akan terenjut2 tengok video2 yang ditayangkan di tv.
Memang masa dia kecik aku jarang layan drama2 tv...huhu...
Bila dia dah tidur baru tukar ke channel tv

Jadi tablet tu memang bukan jadi barang mainan dia la
Kami bawak tablet bila travel ke mana-mana atau ikut Nas pergi kursus.
Dalam hotel sambil melayan dia main tu aku akan bukak tablet dan aku sekali main dengan dia.
Maklumlah duk hotel apa koje nak buat pun kan
Tak sama la macam kat rumah
Aku tak de la biarkan dia melayan tablet dia sengsorang
Dan memang dia tak tahu pun nak on off tablet dia.

Bila dia makin besar setahun lebih nak ke 2 tahun dia dah mula mengenal huruf dan tahu beberapa lagu yang dia dengar di tv.
Aku tak de amalkan mengajar dia seperti seorang guru.
Aku hanya join dia sebut apa2 yang cuba sebut bila tengok video
Dia mula kenal apa yang dia tengok apabila dia sendiri tunjuk huruf dan sebut
Jadi aku mula paham dia dah mula kenal huruf tu

Aku memang dah sedia beli flash card dari dia baby lagi
Jadi aku rasa boleh la keluarkan flash card tu sebab dia dah mula tunjuk minat mengenal tu kan
Aku pun tunjuk la huruf2 dan nombor dan dia mengenal hampir ke semua huruf dan nombor tersebut
Nombor tu dari 1-10 sahaja la

Tablet ni salah satu aku kurangkan sebab takut ganggu fungsi mata dia macam rabun ke kan
Dah la kami ni laki bini rabun...haha
Tapi bila dia semakin besar sekarang dah 3 tahun lebih, fungsi tablet tu dah jadi lain
Aku mula install games sambil belajar, bagi mengenal perkara2 lain
Tapi Alauddin ni memang suka sangat dengan superhero jadi aku install juga games superhero dia bagi dia masa bermain
Aku rasa memang normal la budak boys zaman ni suka sangat dengan superhero kan
Alauddin ni memang suka sangat dangan Ultraman, spiderman dan transformers.
Mainan dia yang paling banyak pun 3 jenis superhero ni la

Tapi seiring dengan umurnya juga aku lebih kurangkan aktiviti dia dengan tablet dna banyakkan dia bermain dengan mainan.
Alauddin ni tak de la hantu games pun
Kadang2 dia main games kat tablet tu sekejap sangat
Dia lebih suka tengok video kapal terbang naik ke turun ke, helikopter atau jet2 tengah perang ke, jet tembak2 ke...haa video macam tu dia suka la tengok dari main games
Jadi dia banyak la bukak utube untuk tengok video macam tu
Video artis memang aku tak bagi tengok...huhu...tak elok pun gambarnya kan nak2 pulak omputih tu kan terkinja-kinja je belum lagi pesen videonya yang ntah apa2 tu

Kartun pun dia suka juga tengok dan sakan gelak even tengok pocoyo bahasa latin
Dia paham gamaknya
Kartun dia suka pun upin ipin, pocoyo dan ultraman je la
Itu je la die duk ulang tengok pun
Tapi pesen dia memang tak ngadap lama2 pun
Abis 1 cerita dia terus main mainan dia

Tapi dari kecik memang aku suka lambakkan mainan untuk dia jadi dia memang kuranglah mengadap tablet tu
Dan kalau aku ajak dia main pun, dia boleh je tinggalkan tablet dia tu
Tak de la nak jugak tablet dan susah pulak nak pujuk untuk kita simpan tablet tu
Alauddin jenis kita cakap sekali dan dia paham
Ada masa aku tengok macam terlebih masa pulak dia ngadap tablet dia aku panggil dia main mainan pulak
Dan dia boleh turut kata aku dan tinggalkan tablet tu
Kalau aku minta untuk cas pun dia akan bagi
Jadi kuasa mengawal memang kat tangan aku

Tapi kalau balik rumah mak atau mak mertua tablet memang dia tak cari la melainkan tak de orang melayan dia main
Sebab dia banyak bermain dengan pakcik dan makcik dia
Main badminton la, basikal la, bola sepak la, mandi air, melukis menulis mewarna dan banyaaaaak lagi aktiviti diaorang
Ada sekali tu dia tanya kat aku
Mama...nak tab...
Aku kata kenapa
Dia kata nak tengok otomen
Aku masa tu dalam bilik kemas2 baju apanya
Sekali aku keluar bilik tengok tak de sapa pun ruang tamu
Baru la aku teringat hari tu Isnin, hari orang ke sekolah
Jadi adik2 aku memang ke sekolah la
Jadi mati kutu la anak aku ni kan tak de geng nak main

Ayah Udanya ada tapi pagi2 kene tolong atuk buat kerja kat belakang sebab kami kan famili berniaga
Jadi bila hari sekolah waktu kerja berubah la orang sekolah petang take over kerja pagi dan orang sekolah pagi take over kerja petang.
Begitulah rutin kami adik beradik dari kecik dulu pun

Jadi bila keadaan macam ni memang kene sediakan mainan untuk Alauddin supaya dia tak teringat pun kat tablet dia
Jadi kami dah tinggalkan basikal kat rumah atok Manjung untuk dia main kat sana
Ni pun aku dah mula fikir nanti masa aku berpantang pun kene bawak mainan yang dia suka ke sana untuk dia main tanpa rasa boring

Sekarang pun Alauddin masih juga dengan tablet dia
Tapi dah tak berapa mengadap pun
Dia banyak main dengan cars dan robot2 dia ja
Ngadap tablet ada la beberapa minit lepas tu cari ultraman dia
Kadang2 main lego la bina kapal terbang katanya
Dia banyak main lawan2 antara otomen spiderman dan tansformers

Haaa....semalam aku baru belikan dia set masak2...hihi
Sapa kata anak laki tak boleh main masak2
Mestilah boleh kan
Sebab aku selalu tengok dia buat lego dia jadi cawan, flash card jadi pinggan, piring atau tempat memasak.
Lepas tu dia letak lego yang kecik2 atas flash card then kata mama abah...nah makan
Konon lego kecik tu makanan la
Jadi Nas kata Alauddin tengah main masak2 kot mama
Jadi elok kalau belikan dia set masak2
Bawak dia gi tesco dan dia pun suka sangat bila tunjuk set masak2 tu
Hurm apa lagi terus la beli kan

Masa bermain dia lagi banyak dari mengadap tablet jadi aku tak de la menghadapi masalah anak ketagih tablet ke apa
Lagi 1 yang aku pelik juga dengan parents sekarang kan
Anak bila tak dapat tablet atau ipad dia akan cari hp mak ayah dia
Udah smapai ada yang terpaksa share pulak dengan anak
Kesian betul.....ish3

Tu belum lagi sampai anak ada terdelete info kat phone la, anak send pic kat fb or wasap la, anak tertaip la anak gi install atau remove apps kat phone dan paling sadis anak baling phone hancur lebur rosak apa tak leh buat dah
Aduuuiiii kesian sungguh kat depa

Alauddin???
Memang tak pernah la sentuh hp kami laki bini
Dari dia baby lagi dah memang larang dia sentuh hp mak abah
Dan paling utama kami tak mengadap hp depan dia
Kalau dia datang ke arah kami, kami terus stop layan hp
Lepas tu fokus pada dia

Lagi 1 hp tu ada tempat khas dia
Kami tak de suka2 letak hp merata rata atas lantai ke karpet ke
Lepas tu kalau nampak dia mula nak pegang hp kami, kami mula tegur kata tak mau main dengan hp
Memang cakap kat dia itu bukan mainan dan tak mau sentuh hp mama dan abah
Bila dah larang sekali 2 budak akan dengar juga
Jadi dari dia kecik sampai la besar sekarang dia tak pernah godek2 hp abah dan mama dia

Sekarang ni kalau suruh ambilkan hp pun dia hanya ambilkan dan bagi kat kami
Tak de pun tergoda nak godek2 hp kami
Kan senang cam tu...hihi

Jadi apa2 pun kuasa kat tangan mak ayah la kan
Bukan anak yang kontrol mak ayah ye
Terbalik pulak dah mak ayah kene ikut cakap anak
Pastu bila anak dah tak leh kawal baru nak menggelabah kan dah susah macam tu
Sampai tak tidur sebab layan tablet ipad jenuh la kome
Yang pak nak koje esok pagi
Yang mak pun banyak koje jugak esoknya
Mula2 bagi sebab konon nak bagi budak tu main sendiri atau tak ganggu mak ayah kan
Sekali dah jadi masalah pulak
Tu belum lagi yang berdepan dengan masalah anak lambat bertutur dan tak reti berinteraksi sebab banyak masa dengan tablet tanpa pemantauan mak ayah yang hanya bagi je tablet then semua urusan selesai
Kesian kat anak kene macam tu

Ok la..apa2 pun masih belum terlambat nak perbetulkan keadaan kalau parents mula perasan ada masalah dengan anak
Selagi anak tu masih kecil dan dalam jagaan kita, kita boleh ikhtiar macam2 cara untuk perbaiki kesilapan kita sebelum ni
Ilmu keibubapaan ni kan tak pernah habis dan tak de kesudahannya
Jom mantapkan ilmu kita ye mak2 ayah2 semua :)

Ok jumpa next entry
Wassalam :)










No comments:

Post a Comment