About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, March 26, 2015

Malam APC dan Aroma Ikan Bakar Jeram

Assalamualaikum

Malam tadi pejabat Nas ada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2014
Depa buat kat Aroma Ikan Bakar kat Jeram
Alaaa....restoran seafood yang popular kat Kuala Selangor tu kan
Kat restoran ni ada sediakan 1 tempat khas untuk buat apa2 majlis atau keraian la
Dia ada dewan khas dia yang kapasiti lebih kurang untuk 100 orang macam tu

Deco dewan cantik sebab ala2 suasana kampung gitu maklumlah restoran ni tepi pantai kan
Jadi dia deco ala2 kampung tepi pantai la
Ada hiasan buluh, lampu dia letak dalam bubu, dinding pun dari hiasan kayu2 macam tu, keseluruhan memang menarik dan cantik
Tapi agak berpeluh la sebab takde aircond kan.....tapi ada banyak kipas dinding so kira just nice je keadaan dalam tu.


Ni gambar aku google je
Tak terfikir pun aku nak snap gambo dewan deme
Lebih kurang macam ni la keadaan dalam dewan tu


Tema majlis depa ni Tradisional Klasik
Hari ahad baru Nas kabo tema dia
Nasib la tema nya simple je idok la merepek meraban temanya kan
Tapinya disebabkan Nas akan naik pentas untuk ambil anugerah, jadi dia berfikir untuk cari pakaian yang sesuai tapi tak over....hahha
Suami i tak suka over...huhu

Bila Nas kasi tahu temanya, aku cuma terfikir pakaian pengantin je la
Sebab pakaian pengantin kan siap tanjak, keris dan eksesori ala2 zaman dahulu tu kan
Tapi memang idok la Nas ni nak pakai pun
Dia dah kabo siap2 dewan tu nanti panas, jadi tak mau pakai yang panas2 sebab dia tak suka berpeluh
Haaaaaa cerewet sikit suami i...mihmihmih
Nak2 kalau kene sewa bagai kat kedai pengantin kan....MEMBAZIRRR kataya
Untuk pakai gi majlis tempat koje je punnn
Itu la katanyaaaa

Jadi aku kene fikirkan idea pakaian yang lain
Sekali gugel aku kata abang pakai la style 3 abdul ni
Dia ada blazer kelabu, slack kelabu dan kasut putih
Aku kata pakai la set tu then letak bowtie kat leher
Baju kat dalam kemeja putih
Kalau takmau pakai coat pakai vest pun ok dah



tapi dia kata tak mauuuuuu sebab kene pakai 2 lapis nanti panassss
Hooooooo isu berpeluh dan panas menjadi topik utama kami
Jadi cancel coat set



Aku tunjuk pulak gambo sarip dol samseng kampung dusun
Dia macam berkenan pulak
Dan2 la masuk bilik baju pilih kemeja putih, t shirt putih ala singlet dan slack cotton
Aku kata pakai songkok pun ok tapi kene senget sikit, baju kemeja tak yah butang

Boleh jugak pakai ala2 orang kampung zaman dulu kan
Pakai kemeja, dalam singlet, tak butang kemeja, lepas tu slack cotton hitam atau kelabu, then pakai kain pelikat kat luar buat sampin
Haaaaaa klasik sangat kan
Nas memang dah confirm dah nak pakai style tu

Pastu aku kata kalau abang nak simple pakai style p ramlee tu
Baju kemeja plain atau kotak2 warna pastel pastu slack biasa then kasut hitam.
Tapi lengan baju tu lipat sikit
Kalau tak segan pakai spek mata hitam, perghhhhh ada gaya kan
Nas kata ok jugak
Jadi dia suka style simple atau orang kampung tu la

Tetiba pagi selasa boleh pulak bangun pagi tu cari baju melayu kata ayang pakai baju melayu la sampin kat dalam
Pulak dahhhhhh
Aku kata kenapa
Dia kata macam kelakar je abang pakai macam tu...taknak la malu je
Hurmmmmm dah kata mengikut tema kan

Jadinya aku tanya la banyak kali confirm ye baju melayu sebab aku nak gosok siap2 la
Pukul 8 malam dah kene gerak ke sana
Kene la prepare awal2 kan
Dia kata confirmmmm...haha

Aku ni tak payah la ikut tema sangat
Dah kata mak buyung nak bertema buat apa sangat kan
Pastu gi majlis orang pulak tu

Jadi aku cari la dress yang masih boleh masuk kat badan aku
Dengan keadaan yang sedang mengandung  6 bulan lebih dan perut yang terlebih beso ni ada 1 dress je yang masih muat...hahah...sadis kan
Itu pun sebab dress tu cutting A princess jadi loose la kat pinggang kan

Kebetulan pulak baju melayu Nas warna purple, Alauddin pun ada baju melayu purple sebab tu tema raya kami tahun lepas, jadi selesai dah 2 beranak ni
Dress aku pulak jenis 2 tone kaler, atas sampai pinggang dark purple, pinggang ke bawah warna baby blue
Aku pun terpikir Nas ada sampin warna baby blue, Alauddin pun ada sampin masa dia kecik dulu warna baby blue, cuma kene tetas sikit bagi labuh sebab masa dia baby tu labuh sangat sampinnya jadi mak mertua jahit bagi nampak pendek.
Jadi dah selesai baju melayu dan sampin 2 beranak ni

Aku nak bagi matching la dengan dress aku kan
Ala2 tema purple baby blue la gituuuu


Ini masa aku tengah prepare baju2 deme  ni
Masa ni sampinnya belum bukak tetas lagi
Tu nampak senteng je
Mula2 konon nak pakai macam ni
Lepas tu Nas kata pakai sampin kat dalam la 
So mak esah ikut je la 


Malam tu aku tak tengok sangat pun cite teman lelaki upahan tu
Sibuk la aku siapkan diri aku maklumlah perempuan kan amik masa banyak dari lelaki kalau nak bersiap tu kan
Tapi bukan la nak bersiap sangat pun
Dah kata pukul 8 nak terus gerak aku la kene siap dulu

Jenis aku yang memang bukan kaki make up jadi tak de la kelam kabut sangat
Masuk azan terus la solat sebab 7.35 macam tu baru masuk maghrib kan
Aku cuma pakai foundation naturator, tak de oles bedak then terus sapu lip balm
Sarung tudung then siappp

Sampai sana deme tengah baca doa untuk mula makan
Hahahaha...terlambat sikit rupanya
Ntah pukul berapa la deme standby kat sana kan
Masuk2 terus la bersantap kekdahnya
Tapi ramai je lagi rupenya yang baru sampai

Menu memang penuh meja la
Sampai ada yang dilanding atas jug air je
Hohoho...tak pe la rezeki kan

Antara menunya Ikan bakar, air asam kicap, air asam belacan, tomyam campur, kepah masak sos berlada, ketam telur masin, kailan ikan masin, siakap 3 rasa, udang butter, sotong goreng tepung, ulaman dan sambal belacan, satay, puding caramel, buah tembikai dan honeydew, kuih bakar , air limau dan oren. 

Haaaaa jenuh otak aku nak mengingat menunya....hahaha
Dari segi rasa aku boleh bagi 3 bintang je dari 5 bintang
Kiranya sedang2 je la nak kata sedap sangat pun tak jugak nak kata tak sedap tu ok la terima dek tekak
Tomyam dia agak masam dan kurang rasa serainya lepas tu lengkuas agak kuat rasanya
Udang dan sotong pun overcooked dalam tomyam tu

Udang butter pulak hiasan lawa gile memang tengok rasa macam sedap gile tapi indah rupa je la dari rasanya
Rasa tawar baik dari segi udang atau kerak2 telur dan planta tu
Lepas tu udang tu terlebih masak dan agak tak fresh la
Sotong goreng tepung ok just nice sebab sotong tu elok bersalut, garing dan lembut bila di makan, so kira sedap la makan ngunyah2 sambil tengok penyampaian anugerah kan

Sayur kailan ikan masin aku suka sebab cukup rasa semuanya, jadi aku banyak makan sayur je...haha sebab sayur macam kurang orang makan je kat meja tu
Lepas tu ikan siakap 3 rasa pun biasa ja rasanya dan lebih pada manis je
Pada aku kurang la sebab aku pernah makan siakap 3 rasa cara masakan lain dari yang kat Jeram ni
Minyak pun terlalu la banyaknyaaaaa...huhu

Ikan bakar aku tak makan pulak tapi aku pernah makan sebelum ni dengan mak abah aku minggu lepas
Kisahnya Nas bertugas bahagian makanan untuk majlis anugerah pejabat dia ni
Jadi dia ada la nak buat ala2 food testing sebab nak booking untuk majlis tu nanti
Kebetulan mak abah aku datang Kuala Selangor minggu lepas, cuti sekolah lagipun kan jadi deme saja la datang ke rumah aku nak main dengan cucu kekdahnya
Jadi petang tu Nas kata tak payah masak malam, kita dinner kat luar je

Rupanya dia nak bawak kami ke Aroma Ikan Bakar Jeram ni la
Kami bertujuh kira buat food testing la kononnya
Tapi tak de la food testing pun sebab selesai makan tu Nas nak booking dewan tu la kan
Jadi menunya kami order based pada yang pejabat Nas akan order nanti

Cuma sebab kami hanya 7 orang dan adik aku 2 orang jenis makan ciput agak tak berbaloi la nak ambil menu terlalu banyak sangat kan
Jadi aku dan mak aku pilih la 4 ekor sotong, seekor siakap masak 3 rasa, 2 ekor mabong sederhana besar untuk bakar dan 4 ekor ketam untuk masak bercili
Nas pulak order tomyam ayam semangkuk dan tomyam seafood semangkuk sebab mak aku tak makan ayam dan Nas tak makan seafood.
Sayur kami pilih sayur campur







Nas booked makan kat bamboo tu, letaknya tepi pantai
Selesa tempat makannya tapi agak berpasir la atas pangkin tu kan
Dari segi deco biasa2 je la
Tapi restoran ni ramai orang sesaja tak tahu la kenapa
Tekak orang lain2 kan rasa, ada yang kata sedap ada yang kata biasa2 je
Bab harga pulak aku tak tahu la nak kata mahal ke tak sebab Nas yang bayar 
Dia kata untuk staf pejabat tanah ada harga lain...huhu...

Jadi sebabkan beza hanya seminggu je dari hari aku dah makan dengan mak abah aku, jadi ada beberapa2 menu yang masa pegi majlis Nas ni aku tak sentuh pun
Sebab dah tahu rasa dia macam mana kan...seperti siakap 3 rasa dan ikan bakar aku tak sentuh pun.
Kepah masak sos berlada pun tak berapa sedap pada tekak aku
Kepahnya macam berbau sikit dan masaknya ala kadar sahaja
Kepahnya pun comel lote beno
Kepah sedap yang beso2 tu, manis je rasa isi dia. 
Kepah aku hanya makan buat rasa je, ada la 4 ketul je aku makan...huhu

Ketam masak telur masin pun aku tak makan
Sebabnya masa aku makan dengan mak abah aku minggu lepas ketam tu macam hanyir sikit
Bukan hanyir apa, dia rasa macam ketam yang disimpan dalam peti ais yang tak on elektrik
Haaaa macam tu la rasa ketamnya...memang tak de la rasa manis isi ketam tu

Jadi disebabkan pengalaman minggu lepas, malam tadi aku tak sentuh langsung ketam
Trauma la kononnya tapi memang aku tak de rasa nak pun bila tengok tergolek je ketam tu depan mata aku kan.
Kuih bakar pulak baisa2 je dan tak macam kuih bakar pun sebab buat macam terpaksa je
Ehhh ntah la...tapi agak tak menarik kuih bakarnya...tak rangup dan tak gebu dalamnya

Satay pulak sedap cuma agak kering je kalau lembab sikit2 lagi sedap
Satay je la aku duk ngap2 sepanjang majlis ni pun
Kuih bakar aku gigit 2 kali je lepas tu Nas abiskan...haha
Puding caramel pun sendu je rupa dan rasanya...kira puding caramel aku lagi sedap la dari tu
Hahahaha...telur kurang gamaknya sebab udah jadi macam kek sebab caramel tu tak lembut la 

Jadi keseluruhan menu pada malam tadi aku boleh bagi 3 bintang je la
Sebab banyak lagi yang boleh diperbaiki dari segi persembahan dan rasa makanan tersebut
Mungkin sebab terlalu ramai pelanggan jadi cara memasak pun buat secepat dan sesimple yang mungkin.
Untuk kenyang boleh la tapi untuk kepuasan bagi peminat makanan laut ni rasanya restoran lain lebih sesuai dengan selera mereka berbanding aroma ikan bakar.

Ok balik kepada cerita majlis anugerah ni...hihi
Selesai Tuan DO dan Dato' KSU Selangor bagi ucapan dan merasmikan majlis, penyampaian sijil kepada pekerja yang berkenaan diteruskan.
Nas kemain la senyum je mukanya sebab dia dapat anugerah pekerja cemerlang untuk tahun 2014
Alhamdulillah....aku rasa idaman mana2 orang yang bekerja lah kan mesti nak sesuatu yang menghargai penat lelah mereka bekerja dan setimpal dengan usaha mereka juga.
Tapi aku memang rasa Nas berbaloi la dapat anugerah tu sebab aku tahu dia memang komited sangat dengan kerja dia dan susah nak tengok dia main aci ngelat dalam kerja dia.
Kadang2 dia buat jugaklah kerja orang lain sebab dah Tuan DO nya minta dia uruskan 
Salah satu sebab Tuan DO nya nampak penglibatan Nas dalam kerja pejabat macam mana jadi dia lebih suka berharap pada Nas, macam tu la kekdahnya
Tahniah la ye encik suamiku.....sebagai isteri mesti la aku bangga dan tumpang seronok dengan kejayaan pertama dia sepanjang bekerja.
Bulan 4 ni genap la 5 tahun dia bekerja sebagai penjawat awam yang berhemah
Semoga terus berjaya di masa akan datang ye...In shaa Allah


Yang berbaju songket purple tu Tuan DO nya
Kemain segak kome
Tuan DO memang mengikut tema sungguh....terbaikkkkk





Aku ni tak tahu la pulak Alauddin ni ada babysitter
Hahahaha...Nas la kabo
Masa aku tengah makan, ada beberapa orang duk panggil Udin...udin...
Aku toleh tengok staf Nas duk panggil dia
Tak lama lepas tu elok dia bawak Alauddin ke meja deme




Tengok la tu kemain joren dia main dengan uncle dan aunty dia
Ramai melayannya pun
Yang aku dengo suara dia buat bunyi raksasa pastu lawan2 dengan ultraman
Pastu Nas kabo 2 orag tu babysitter Alauddin bila Nas bawak gi pejabat
Deme la melayan kerenah Alauddin, layan main otomen dia
Main lawan2 la siap buat suara gaduh2 lagi
Malam tadi pun macam tu la...kemain kuat suara dia main lawan2 otomen tu
Melangut je la aku kat meja ni sebab anak dah rempat dek orang...huhu

Masa staf Nas hantar balik Alauddin kat aku, dia nak ikut lagi unclenya tu
Nampak beno nak main lagi
Padahal dah lama dah dia main
Sejam lebih la jugak deme ni melayan kerenah dia

Majlis disudahi dengan cabutan bertuah dan anugerah untuk pakaian terbaik yang mengikut tema majlis
Ada 10 pemenang 5 lelaki dan 5 perempuan
Memang betul2 support semua pekerja pejabat tanah ni
Datang dengan pakaian yang mengikut tema.
Ada sarip dol, ada dang anum, ada dayang senandung, ada hang tuah, ada panglima jawa, ada pendekar ada ala2 putera raja tapi ramai yang pakai pakaian songket
Memang warna warni dan cantik2 semuanya

Majlis selesai pada jam 11.30 malam
Kira awal la tu sebab tiada sesi hiburan macam nyanyi2 ke karaoke ke apa
Tuan DO  ni tak menggemari sangat hiburan2 macam tu
Kira bagus la Tuan DO ni....aku suka suasana majlis macam ni

Ok la panjang dah ceritanya pun
Jumpa next entry ye

Wassalam :)









No comments:

Post a Comment