About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, March 20, 2015

Rawak Jumaat :)

Assalamualaikum

Isnin baru ni aku cek up bulanan untuk minggu ke 24 - Alhamdulillah dah 6 bulan baby aku ni
Entry lepas aku cerita pasal tak mau minum air gula tu kan
Alhamdulillah nurse pun tak de kata apa
Aku kata aku terlupa nak pegi minum air gula
Lepas tu aku kata alaaa nurse..nanti mingu 28 saya kene minum air gula jugak kan.
Buat sekali harung je la...hihi
Jadi nurse pun sengih je la layankan kerenah aku tu kan
Selesai jumpa nurse terus la balik sebab tak perlu jumpa doktor untuk bulan ni
Doktor dah remark siap2 jumpa dan scan pada minggu ke 28 a.k.a 7 bulan

Pastu  nurse tengok last cek up rupanya doktor suruh repeat air kencing juga sebab katanya ada protein dalam ujian bulan lepas.
Tapi sebab bulan ni punya result cantik so tak de isu apa la dah
Sebelum pukul 10 dah selesai urusan kat KK

Aku sempat la tanya nurse tu waktu sesuai buat 3D 4D scan tu
Bapaknya tak abis2 duk tanya bila nak buat scan
Agaknya sebab sampai sekarang belum tahu jantina kot
Masa Alauddin 4 bulan dah tahu boy jadi kami tak de la kesah nak scan banyak kali
Tapi yang kali ni doktor tak dapat nak tahu apa jantina pulak
Ada yang kata girl la tu kot sebab biasa girl ni lambat nak tahu jantina sebab susah nak nampak
Hurmm....mana2 la pun
Aku tak de letak pun nak girl ke boy ke
Udah dapat mengandung pun udah bersyukur bebeno dah

Jadi nurse tu kabo minggu ke 20 dah boleh buat detail scan tu
Sebab masa tu baby pun dah cukup sempurna
Jadi aku rasa aku dah berada pada waktu yang sesuai la
Bapaknya kata tunggu gaji bulan ni la kita gi scan...hihi

Minggu lepas balik ke Manjung
Mak ngan abah duk la tanya dah tahu jantina ke
Aku kata belum lagi, bulan depan boleh la wat scan lebih detail sikit
Aku mula la kabo nak cari sarung tilam dengan bantal baby ni
Lepas tu nak buat sekali bantal kepala untuk Alauddin ni sebab bantal dia dah mula lisut
Nak tempah hat tebal sikit la sebab dia pun dah beso kan

Lepas tu kemain la berangan mak aku
Mak aku kata kalo boy lagi boleh la amik warna hijau pulak sebab boy ni warna apa2 pun tak pe
Masuk je semua kaler kecuali pink...haha
Masa Alauddin ari tu set tilamnya warna purple
Itu pun mak abah aku jugak yang beria-ria nak belikan
Konon hadiah untuk cucu sulung la
Aku dah tak terlarang dah...tak ngapa la deme tengah seronok kan

Yang kali ni aku kabo tak payah la mak abah aku belikan lagi
Biar aku pulak belikan sendiri
Lagipun tilam dah sedia ada yang Alauddin punya
Jadi nak cari sarung tilam dan bantal je la
Mak abah aku pun ok je

Lepas tu mak aku pulak kata kalau girl buat set semua pink
Aku kata la apasal kalau girl mesti pink
Warna lain pun boleh jugak sebab girl tak de kaler yang tak kene macam boy kan
Mak aku kata ehhhh pink la lawa....baru pompuan..
Hohohohoho....nampak tak girly sangat mak aku kan

Hari ni pulak aku saja la wasap gambo set tilam dan comforter yang comel2 gitu
Saja nak tengok gelagat mak aku
Aku dah kata dah
Mak aku suka beno warna pink tu
Mak aku kabo selimut tu warna pink lawo
Bantal amik warna hijo lawo
Aku kata udah berwarna warni pulak dah set cucunya kan
Gelak je mak aku pun
Nanti la dah tahu jantina baru rasa semangat nak membeli itu ini kan

Haaa....aku punye cloth diaper dah sampai malaysia dah
Seller tu dah kabo dah CD aku order ada yang dah sampai
Tunggu 1 set je lagi yang belum sampai
Aku kata tunggu yang belum sampai tu la pos sekali je kat aku
Senang koje seller tu kan
Tapi dalam hati memang melompat2 la nak tengaok design sebenar depan mata kan
Hihihi...maklumlah tak pernah ada CD kan
Teruja lain macam jadinya

Cuma lepas ni nak cari lampin dan insert je la
Insert nak banyakkan yang bamboo insert tu untuk serapan lebih dari yang microfiber punya insert
Katanya untuk penggunaan malam dan ketika outing memang elok sebab tahan lama macam pampers
Insert tu tak mahal macam CD pun...dalam rm10 atau belas2 macam tu
Aku beli CD pun yang unisex je setakat ni
Aku kira dah ada 20 keping CD dah
Kira cukup la dulu nak tambah
Nanti dah tahu jantina baru aku beli yang ikut jantina punya
Wahhhh.....seronok kan :)

Bulan depan dah nak mula GST kan
Aku pun tak tahu macam mana keadaan selepas GST tu
Banyak barang dah mula naik harga even belum GST lagi
Tak paham la aku kenapa harga barang naik pulak

Ok la jumpa next entry ye

Wasaalam :)

No comments:

Post a Comment