About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, March 4, 2015

Tak mau minum air gula aci tak?? :)

Assalamualaikum

Semalam kan sepatutnya aku kene minum air gula
Puncanya sebab berat aku naik 4 kg dalam masa 2 minggu
2 minggu sebelum tu aku ada scan dengan doktor, jadi rutin cek up macam urine, amik tekanan darah dan berat tu still kene buat la macam biasa
2 minggu lepas tu aku ada monthly cek up pulak
Tu yang deme kira dalam 2 minggu naik 4kg

Tapi aku punya la tak nak minum air gula tu sebab masa minggu ke12 aku dah minum air gula dan result pun ok tiada masalah apa
Dalam buku tu pun dah kata 28 minggu nanti kene minum air gula lagi untuk 7 bulan pula
Jadi alang beza 5 6 minggu je apa la salahnya aku minum je masa 28 minggu tu
Bukan lama pun bezanya sebulan lebih je

Ehhhhhh....tak boleh jugak
Nurse macam tak boleh bagi keputusan deme suh aku jumpa doktor tengok apa katanya pulak
Aku dah kata aku ni dari awal peknen tak naik2 pun berat badan
Duk la kat 69-70-71 kg
Itu je la dari awal minggu sampai la minggu 20 genap 5 bulan
Apa yang pelik baru nak naik setakat 4 kg je
Aku pun baru nak dapat selera makan....ishhh payah bebeno

Bila dah jumpa doktor memang akan suruh jugak la kan
Sebab deme kan pesen membaca buku
Rajin la tunjuk kat aku belakang buku pink tu dah kabo berat yang sepatutnya naik untuk 20 minggu pertama *sigh*
Itu ok la lagi

Sekali dia bukak kisah banyak kes baby mati dalam perut sebab kencing manis la, sebab baby terlalu besar la sebab mak2 gained weight banyak sangat la
Sampai macam tu sekali nak suruh aku minum air gulanya pun
Aku bukak mulut untuk tangguh minum air gula je sampai kes mati2 pun dia tebar depan aku

Ngapa aku minta tangguh minum air gula??
Sebab 2 minggu lagi tu aku kene datang KK lagi untuk monthly cek up
Jadi apa kejadah lah aku nak kene datang KK 2 kali sebulan?
Banyak lah pulak masa aku nak ke KK sesaja
Aku dah tanya dah tak boleh ke saya minum masa datang cek up bulanan je kan ke senang
Beza 2 minggu je pun....alahaiii
Date cek up 16.3 pastu suh datang minum air gula 3.3
Alasan doktor tu kita takut lambat sangat pulak....kelakar la
Beza 2 minggu je pun kata lambat

Lagi 1, aku tanya aku naik berat baru sekali ni
Kenapa tak tengok berat aku untuk next month?
Ntah naik ntah turun balik
Sebab berat aku ni bukan konsisten pun
Baru la boleh kata aku ni naik berat sesaja
Kang bulan depan turun atau naik sikit je seperti dalam buku deme tu atau maintain dah menyeksakan aku pulak dah minum air gula bagai minggu ni
Kan ke kes aniaya tapi apa deme peduli ye dok

Balik tu aku kabo kat Nas pasal kene minum air gula tu
Nas kata tak payah la datang nanti nak datang lagi
Nanti masa datang yang cek up biasa suh minum masa tu
Senang selesai 1 hari je terus
Aku memang pikir nak wat gitu je
Pandai2 la aku bagi alasan nanti
Tapi semalam Nas ada meeting kat Shah Alam
Sedang elok la pun aku tak yah gi KK tu

Lagipun aku timbang berat aku 75.5kg je pun
2 minggu lepas 75 kg...so naik 500g
Ek eleh kan aku dah kata berat aku ni tak konsisten pun
Aku nak tengok kalau masa 16hb nanti kalo berat aku maintain je memang aku nak sengih senget je doktor tu sebab berat aku maintain je nasib baik aku tak datang untuk minum air gula
HEHEHEHEHEHEHE

Aku tak kesah pun nak minum air gula tapi biarlah bebeno sikit
Ni kang minum minggu 22 kang minggu 28 minum lagi
Alasan sebab 7 bulan wajib
Tak larat dah aku nak ikut sangat cakap deme ni
Kalau lorat sangat aku gi cek up kat klinik swasta je
Lagipun Nas ada nak buat scan 4D pulak katanya
Tunggu lepas cek up biasa kat KK je la

Kalau aku cek up memang Nas take over Alauddin, dia bawak ke ofis sampai la aku selesai
Kadang2 dia ada orang nak jumpa atau bos dia nak jumpa, dia akan tinggal Alauddin dalam bilik dia je
Tapi staf dia ramai kat luar biliknya tu, ada yang rajin melayan
Ada yang melayan mewarna la, layan melukis la, orang photostat dia pun sibuk nak photostat jugak
Paling suka mesin shredder tu, masuk kertas crettttt kertas hancur kan....suka la sangat pun
Ada masa kalau lama gila aku kat KK, sampai ke tengah hari la Alauddin kat ofisnya
Nanti pak dia wasap la tanya mama lama lagi ke Alauddin dah ajak balik dah ni
HOHOHO

Anak aku tu cepat boring orangnya
Selesa lagi kat rumah sendiri agaknya banyak mende dia boleh main ke nak buat apa ke kan
Kalau tak de meeting luar Alhamdulillah
Kalau ada urgent meeting terpaksa lah dia hantar Alauddin kat aku

Nas yang nak buat macam tu sebab dia kata senang aku nak buat urusan aku terutama bab nak amik urine test tu
Kalau bawak anak dia kesiankan aku pulak nanti nak jaga Alauddin
Alauddin ok je bukan jenis tak duduk diam ke melompat2 ke
Cuma dia cepat boring....tahu je KK macam mana kan...kang penat je dia menunggu aku nak siap segala
Lagipun pejabat Nas dekat je pun, depan sikit dari KK je
Nak bagi aku bawak kereta takde sebab katanya
Dia ada buat apa nak bawak kereta bagai
Lainlah kalau dia de meeting jauh ke memang terpaksa la bawak kereta jugak
Tapi setakat ni tiada masalah apa2 la

Pada minggu ke-18 lagi aku dah mula rasa baby sangatlah aktif
Tak kira waktu dia akan bergerak dan menendang
Tapi paling aktif malam bawak ke tengah malam la
Lepas tu rehat kejap tidurla gamaknye tu...hihi
Lepas tu Subuh tu dia aktif balik sampai la nak ke tengah hari
Kalau aku lepas makan kemain laju dia menendang
Lapo ye baby....hihi
Aku lambat sarapan sikit dia tendang kuat 2 3 kali
Elok aku lepas sarapan dia tendang2 manja je

Dari tengah hari sampai ke petang dia slow sikit
Tidur siang la tuu...hihi...kang lewat petang dia aktif la balik sampai la ke malam
Begitulah aktiviti baby mama ni kan
Perut pun dah mula senget2 dah mula bergegar kalau dia tendang atau memusing tu
Tak lama lagi boleh la bagi Alauddin tengok atau rasa..hihi

Jantina pun belum tahu lagi
Nak kata teruja sangat nak tahu tak de la teruja sangat tapi tak de la taknak tahu
Perasaan tu terkawal je tak de menggelupur tak tentu hala
Aku masih rasa terlalu awal lagi pun
Banyak lagi masa
Perasaan tu kawal la jugak sebab mengandung ni antara perkara yang belum pasti selagi anak tu tak lahir kat dunia lagi
Macam2 boleh terjadi sepanjang tempoh kehamilan tu kan
Yang penting teruskan berdoa yang baik2 dan jangan terlalu seronok tak tentu hala sampai kita tak sedar mengguriskan perasaan orang lain sekeliling kita yang juga sedang menunggu zuriat
Mana tahu dalam kalangan kawan2 kita atau sedara mara atau jiran tetangga yang menanti zuriat tapi kita pulak kemain over excited macam kan dia sorang je yang pregnant dalam dunia ni hoiiii
Rilekssss dan bersederhana lah :)

Nas dah bagi hint "mama....bulan 4 nanti dah mula GST, bila kita nak beli barang baby?"
Abah ko cuak dengan GST nak oiii...hahaha
Sabo la abah oiii....maknya tak bersedia pun lagi nak soping....masih awal lagi pongggg :)
Ke abah ko yang excited bebeno ni
hahahaha

Ok....tu je nak bebel

Wassalam :)

No comments:

Post a Comment