About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, April 14, 2015

Baby at 28 weeks :)

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam (Isnin) dah genap aku 7 bulan atau 28 weeks mengandung
Makin meningkat usia kandungan makin berdebar perasaan aku ni
Ye la bertarung melahirkan anak kan siapa la tak berdebar
Doa tak putus2 agar aku dapat bersalin secara normal
Berhajat untuk bersalin secara alami setenang yang sebolehnya

Aku banyak membaca pasal proses bersalin secara alami sepanjang mengandung ni
Aku nak cuba sedaya upaya untuk paham proses bersalin yang sebenarnya
Paham keadaan badan sendiri, tahu bila masa yang sesuai untuk melahirkan dan sesungguhnya proses bersalin itu mudah kalau kita betul2 ada ilmunya

Bila baca kisah2 wanita yang berjaya bersalin secara alami dengan begitu tenang aku rasa sangat teringin
Kisah mereka sangat mengujakan dan betul2 memberi inspirasi untuk wanita macam aku
Ada yang bersalin di rumah sahaja bukan sekali malah 2 3 kali bersalin di rumah
Tapi kalau memilih untuk bersalin di rumah memang perlu menuntut ilmu both suami dan isteri la
Sebab both mental emosi kene betul2 mengawal keadaan ketika itu bukan emosi kita yang kawal kita

Tapi aku tak cukup kuat untuk bersalin di rumah
Perkara ni perlu bincang betul2 dari hati ke hati antara suami dan isteri
Isteri perlu sokongan suami dan suami perlu kepercayaan suami
Ada berbincang dengan Nas pasal nak homebirth
Tapi Nas bangkang habis2 sebab dia sendiri tak kuat dan takut dia yang panik dan tak boleh kawal keadaan nanti
Jadi dia memang nak aku bersalin kat hospital sebab lebih mudah kalau jadi apa2
Ye la bersalin kan mesti la dia takut sebab melibatkan nyawa

Jadi aku ada contact beberapa doula yang memang pakar dalam perkara macam ni
Mereka ajar untuk kita paham keadaan badan sendiri dahulu
Proses kelahiran ni adalah semulajadi
Jadi baby tu akan tahu bila dia nak keluar bila tiba masanya
Kalau dipaksa dan ketika itu bukan masanya memang dia takkan keluar

Kemudian di ajar kedudukan yang sebetulnya ketika sakit contraction tu datang dan cara mengenal pasti maksud sakit tersebut
Sebaiknya elakkan berbaring sahaja atas katil seperti keadaan di labor room
Bila sakit contraction mula datang ibu perlu banyak berjalan, buat jalan itik, atau buat squating sekerap yang boleh
Kalau ada gym ball duduk atau berpaut atas gym ball dan goyangkan pelan2 sambil layan contraction tu
Gerakan macam ni boleh mengurangkan rasa sakit tersebut

Bila mula bersembang dan share pengalaman masing2 dengan doula, aku mula paham kesilapan aku ketika kelahiran pertama dulu
Aku pergi hospital terlalu awal, padahal hnya leaking je itu pun tak banyak
Jadi aku masih belajar lagi untuk paham keadaan bila aku perlu pergi ke hospital dan kalau boleh aku nak pergi bila baby betul2 bersedia untuk keluar
In shaa Allah semoga dipermudahkan oleh Allah S.W.T

Ok semalam jugak aku kene minum air gula untuk kali kedua sebab dah masuk 7 bulan
Kalau result ok tak perlu dah repeat air gula dah
Semalam sampai pukul 7.50 pagi kat KK, masa letak buku aku tengok buku aku je dalam bakul tu
Sekali nama aku yang kene panggil dulu
Tengok no 2001 tu diaaaaa orang pertama la aku hari ni
Hihi pestime dapat no.1 rasa seronok pulak
Biasa tu aku dapat no 5 6 je

Semalam jugak ada scan baby
Alhamdulillah 2 doktor wanita yang in charge jadi aku tak risau nak buat scan tu
Kalau doktor lelaki aku nak minta scan kat klinik biasa je la nanti aku tempek gambar scan tu dalam buku pink
Aku tanya boleh tengok jantina ke
Doktor cuba godek2 tengok jantina, sebab dia kata baby aku aktif bergerak...haha

Tapi sampai ke sudah doktor tak nampak jelas apa jantina baby aku
Cuma doktor kata bahagian tengah tu dia tak nampak bentuk macam telur ke bebird ke
Kemungkinan girl la kot kata doktor tapi dia pun tak pasti....huhu

Selesai urusan pada jam 9.15 pagi, awal gila aku rasa
Tapi aku minum air gula jadi kene tunggu  2 jam la untuk ambil darah kali ke2
Pukul 11 pagi baru nurse panggil untuk ambil darah

Masa dalam kereta Nas sibuk tanya dah dapat tahu jantina baby ke
Aku kata belum tahu pun lagi sebab tak nampak sangat jantinanya
Tapi mungkin girl la kot kata doktor
Bila dia dengor je kot tu dia pulak menggelupur
Terus dia kata nanti kita gi wat 3d scan la
Tu diaa....bapak kemain semangat
Aku ok je pun
Tengok la dalam minggu ni kot nak buat scan tu

Kalau betul la girl, mesti mak pak aku dan mak pak mertua suka sangat
Mak nas memang suka sangat kalau dapat cucu pompuan sebab belah depa kurang kaum hawa yang ramainya kaum adam je
Teringin la tu nak cucu girl pulak sebab cucu sulung dah lelaki kan

Famili aku pulak memang ramai adik perempuan jadi mereka memang suka la sangat kalau ada anak sedara girl
Adik aku yang Akmal je sibuk kata nak boy la kak long leh main dengan Mal
Tapi memang ye pun, Alauddin ni memang geng kamcing la dengah Ayah Uda dia
Apa2 mesti cari Ayah Uda dia

Tapi adik2 aku yang lain nak girl jugak
Mereka kata best la kak long ada girl boleh pakai dress, pakai cekat rambut, ikat tocang, pakai lawa2 cantik2 macam princess,,,,
Kemain la berangan adik2 aku kalah aku ni kan
Mereka excited aku lagi la excited
Tapi tak kesah pun sebernarnya anak lelaki ke perempuan
Bak kata Nas la, kalau boy lagi kita buat anak lagi mana tahu girl pulak
Hurmmm....betul jugak kan, kalau larat usia pun mampu mengandung apa salah beranak lagi kan
Hihihi....

Ok la...nanti jumpa next entry

Wassalam :)


No comments:

Post a Comment