About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, April 9, 2015

Teringin Baung Masak Tempoyak

Assalamualaikum

Jumaat lepas balik Manjung
Kebetulan Nas nak servis kereta sebab dia suka servis kat Manjung dari tempat lain
Aku pulak tengok gambar kat FB ternampak la ikan baung masak tempoyak
Dan2 tu la aku mesej abah tanya susah tak nak dapatkan ikan baung
Abah aku kata tak de la susah dan boleh dicarikan
Esok tu mak aku call pulak tanya nak makan ikan baung ke
Aku kata aah tengok gambar orang teringin pulak
Mak aku kata nanti cuba cari kat area bota ke atas

Aku pun usaha la tanya kawan2 yang biasa makan ikan sungai ni
Ada yang kata kat paso pagi chenderoh balai kat teluk intan, pastu paso senayan kat parit dan paso selasa kat tanjong belanja
Jadi aku pun kabo la kat abah aku
Ada yang dah terlepas harinya
Jadi khamis lepas abah ke batu gajah ada paso tani kat situ
Beso jugak paso taninya lepas tu banyak la ulam-ulaman kampung yang jarang kita jumpa kat paso biasa ni

Memang rezeki aku la abah kata
Deme berdua pergi naik motor je ke batu gajah tu
Puas meround cari penjual ikan baung tapi tak jumpa pun
Abah kata udah abis gamaknya takpun orangnya tak berjual
Abah pun tanya lah kat seorang pakcik jual ikan ni ada jual ikan baung ke
Pakcik tu kata sekarang bukan musim ikan baung
Jadi dia tak de jual

Abah aku patah balik konon nak balik la tu
Pastu ada kawan abah panggil tanya mike cari ikan baung kan
Itu sebelah orang tu jual ikan baung
Cer kamu pegi tengok

Abah pun pegi kat orang muda tu tanya ada jual ikan baung ke
Orang muda tu kata ada abang....ni ha tinggal 2 ekor je lagi
Ngetik2 lagi ikan baung nya
Comel je ikan baung nya, mak aku kata anak ikan baung tapi idok la kecik beno
Sedang-sedang je la

Lega la abah aku sebab jumpa jugak ikan baungnya
Tanya la harga
Orang muda tu tanya beria mencari kenapa bang
Abah aku kata anak mengidam ikan baung, tu yang mencari sampai ke mari
Orang muda tu bagi rm2 je untuk 2 ekor tu
Alhamdulillah.....semoga murah la rezeki orang muda tu ye sebab tak berkira pun jualkan ikan baung untuk mak buyung ni ha

On the way balik tu hujan lebat pulak mak aku kata
Udah la jadi Iwan dan Amelina sepayung berhujan bersama kekdahnya
Mak aku kata terpaksa la redah sebab masa tu dah nak tengah hari
Adik aku Jannah sekolah petang jadi kesian dia tak makan sebelum pegi sekolah tu
Tu yang deme redah je hujan...huhu
Tapi abah kata kalah orang muda bercinta aihh...

Sabtu tengah hari lunch aku ikan baung masak tempoyak
Memang 3 pinggan la aku bantai
Ada pulak pucuk ubi pokok sendiri belakang rumah, sedapnya wat colek dengan sambal belacan
Terung belanda atau terung kecik tu pun ada, main picit2 je dalam sambal belacan tu
Puas hati sangat dapat makan ikan baung
Aku balun sekor setengah tinggal kat abah aku bahagian kepala je seketul
Hihihi...mak aku kata aku dengan abah aku je makan baung, deme yang lain tak makan pun
Jadi aku tinggal la untuk abah aku merasa
Tapi abah suruh aku habiskan semua sebab memang belikan untuk aku pun
Ishhh aku kata dapat lepas hajat pun bersyukur dah


Macam ni la rupa ikan baung
Aku ambil gambar kat google je
Lebih kurang beso ini je la baung aku


Abah aku selalu pesan kalau ada apa2 nak makan kabo terus usah simpan2
Mana leh usaha cari memang dia akan cari
Tapi Alhamdulillah aku jarang nak teringin2 ni
Kalau teringin pun biarlah yang biasa2 yang mudah dicari 
Mintak jauhlah nak makan yang bukan2 yang menyusahkan orang nak tunaikan
Nasib aku jenis kuat sabo orangnya
Idok la menggelupur nak dan2 tu je
Boleh je tunggu sampai dapat apa yang nak tu

Masuk 6 bulan aku dah mula minum air kelapa
Bila lagi nak minum air kelapa kan kalau bukan masa pregnant
Aku ni bukanlah peminat tegar air kelapa pun
Jadi time tak peknen tak de la aku menggelupur nak minum air kelapa ni
Lama jugak aku pantang minum air kelapa
Dari dalam pantang sampai la sabtu lepas aku mula minum segelas air kelapa asli
Kalau kira 3 tahun 4 bulan la aku tak jamah air kelapa
Tapi aku suka air tebu, memang feveret aku la tebu tu
Tapi aku pantang air tebu pun lama jugak
Alauddin 2 tahun lebih baru aku mula minum air tebu 
Itu pun sekali tu je la, sampai sekarang tak minum lagi sebab tak rasa nak pun...hihi
Nanti bulan puasa mesti teringin nak air tebu sebab serasi pulak air tebu dengan kelapa masa bulan puasa kan

Jumaat petang aku call kawan aku, dia memang berniaga air kelapa pun
Jadi aku tanya la ada tak kelapa untuk hari tu
Tapi sebab aku kabo lambat dia usaha la cari kat pokok atuk dia
Dia dah kabo kalau jadi nak kelapa kabo awal2 sebab dia nak order kat tempat biasa dia order la
Tapi sebab aku baru confirm nak balik Manjung Jumaat malam tu yang baru kabo kat dia
Alhamdulillah memang ada rezeki aku la nak merasa air kelapa
Dia dapat 5 biji kelapa dari pokok atuknya
Petang tu jugak dia anto kat abah aku kebetulan berniaga kat paso malam dekat dengan kawasan kampung dia
Semoga semakin murah la rezeki kawan aku ni dalam hidup sepanjang hayatnya
Bagi free tu yang segan tu, belanja mak buyong katanya
Aduhaiiii....
Nanti senang la aku nak mencari kelapa muda kat Manjung dah
Time nak dekat bersalin nanti nak order lebih sikit buat stok kat rumah

Aku suka minum air kelapa asli yang tak letak gula dan ais batu
Belah kelapa terus tuang air dalam jug, tuang dalam cawan terus minum
Uiiihhh sedap sungguh rasa
Kalau letak gula rasa dah tak asli....huhu
Aku suka rasa pedo2, pedas2 air kelapa tu
Baru original kan

Ok la....nanti jumpa next entry ye

Wassalam


No comments:

Post a Comment