About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, May 21, 2015

Marah dan Minat Suami

Assalamualaikum

MARAH ni siapa2 pun pernah marah kan
Tak kira la status seseorang tu apa kalau dah namanya manusia mesti ada sifat marah
Ada orang bila marah diam, bertenang je gayanya
Ada orang bila marah dia menangis sepuas-puasnya, tak de buat apa2 pun.
Dah habis menangis dia ok la lepas tu
Ada orang bila marah dia menjerit melepaskan apa yang terbuku dalam hati tu
Tak kira la pada orang lain atau menjerit sorang2 dalam bilik ka, kat atas bukit ka, dalam bilik air ka
Ada orang bila marah dia baling barang, mengamuk, rosakkan apa yang ada depan mata, kalau anak depan mata pun boleh jadi anak pun dia balun sekali
Ada orang bila marah dia baca Al-quran untuk hilangkan kemarahan tu.
Rasa je marah dia terus ambil wudhuk tak kira la waktu apa masa tu, dia bukak Quran baca dalam keadaan perlahan2 sambil tahan perasaan sehingga perasaan itu hilang dengan perlahan-lahan

Memang macam2 pesen gaya orang bila marah dan cara lepaskan kemarahan.
Aku nak cerita pasal marah dalam suami isteri
Ni bukan nak ajar orang ke apa ye
Ni hanya sekadar kongsi2 je la

Aku pun baru kahwin nak masuk 5 tahun hujung tahun ni
Memang baru lagi la
Jauh lagi nak pergi sampai 15 20 30 tahun tu
Kalau ada jodoh, ada rezeki panjang umur in shaa Allah merasalah hidup berumahtangga berpuluh tahun tu kan

Masa berkawan dulu memang kerap bergaduhnya
Jadi bila kerap bergaduh dah tentu la ada adegan marah mengamuk baran segala kan
Berkawan 5 tahun, bertunang setahun dan berkahwin hampir 5 tahun
Kira tahun ni dah 11 tahun la kami kenal antara 1 sama lain tu
Kalau tengok pada angka 11 tu macam mesti dah kenal abis la kami ni kan
Apa2 perubahan sikit pun mesti perasan
Bukan aku la kata, persepsi orang la

Ada beberapa kawan yang baru kahwin akan cakap
Ala....korang kenal dah lama mesti dah paham perangai masing2
Ada betul ada yang tak berapa betul pasal bab perangai memang dah paham la tapi bab hati tak siapa pun tahu....betul tak?

Ok masa berkawan biasanya kemarahan dicetuskan dari perangai 2 belah pihak
Kami ni perangai memang kontra
Nas jenis pendiam, pemerhati, kurang nak sosial sangat, kawan pun ada 2 3 orang je, cemburu tahap gaban kuasa 18, possessive, susah nak percaya orang, sangat2 menepati masa dan berdisiplin tinggi.
Tapi yang sebenarnya sangat caring pun ada, soft spoken, jenis kalau cakap tak suka terjerit2 terpekik2 atau tinggikan suara, mendatar dan lembut je suara tu, lepas tu suka share segala yang dia buat atau apa yang dia rasa. Ada masa suka cakap dari hati ke hati.

Aku ni pulak jenis huha huha, simple, bebas, suka buat lawak, suka gelak2, suka kawan yang ramai, suka berjalan atau sambut apa2 dengan kawan, tak suka berfikir terlalu dalam atau complicated, ada masa cuai, suka buat kerja last minit, tak berapa nak menepati masa, suka sambil lewa dalam setengah keadaan dan ada masa kurang peka dengan perasaan orang sekeliling pasai kadang2 bercakap main langgar tembok je....lepas cakap la kata orang

Bila 2 manusia ni bertemu, mula2 memang la kita malu2 alah kan cover kononnya
Tapi bila dah jadi lebih serius akan nampak sikit2 kelakuan sebenar
Dan yang pasti Nas memang bukan fake dari masa berkawan lagi
Jadi bila dia tak fake, aku pun sedikit sebanyak akan jadi diri aku sendiri la

Dia memang tak la ciri2 macam hero dalam drama akasia tu
Caring dia cara lain, baik dia cara lain tapi memang tak yah harap la macam dalam drama petang2 tu ye....memang nan hado
Jadi sepanjang berkawan apa2 yang tak suka akan cakap depan2 pasai dia tak suka pendam2
Tapi pesen aku suka menjeruk rasa dan sampai 1 tahap aku lepaskan tu pasai kalau punca dari aku dia jadi meleret-leret berhari-hari kene pujuk la sampai off handphone konon tak mau diganggu
Ala....pompuan ko...biasalah emo

Kadang2 puncanya sikit cenonet je
Pasal aku lewat bersiap dan dia dah tunggu lama dalam kereta
Itu jeee....tapi pasai mulut Nas ni kalau tegur memang terasa pedas sampai ke ulu hati mau aku tak berasap
Dia jenis cakap masa tu je, lepas tu tak de sembang dah hal2 lepas jadi memang dia balun la
Kita pompuan bila awal2 mood dah spoil sampai ke sudah la dia akan spoil
Kome pun biasa kot jadi lagu tu kan....so biasalah pompuan

Nas ada masa macam membebel pun ada.
Dia suka tanya dan wajib kita jawab
Dia tanya pasai apa lambat. Buat apa lambat. Bangun pukul berapa. Mandi pukul berapa
Dan kita kene jawab sampai dia puas hati
Aku pulak bila dah jawab tapi dia duk tanya lagi pasai tak puas hati dengan jawapan mende tu jadi semak tau tak.
Aku mula rasa mende remeh pun nak panjang2. Settle je dah la kan pasai aku pun dah ada depan mata dia.
Dan dia akan ulang banyak kali kan dah tahu dia jenis tak suka lambat2
Mesti panctual pukul berapa bukan main ikut suka
Haaaa....terus la mood cam jamban kan

Pesen aku masa muda2 bercinta tu memang akan muncung la dalam kereta tu sampai la hati aku sejuk
Pesen Nas dia dah lepas cakap bebel marah tu dia ok dah la
Boleh pulak selamba sembang macam kan tak de apa2
Tak tengok ke muka aku serupa nasi basi seminggu masam tak sudah
Dia akan pujuk elok2 tapi bukan pujuk dia ngaku salah dia marah aku ye
Memang idok la dia akan pujuk macam hero dalam tv tu kata abang minta maaf ye pasal marah sayang tadi....lepas ni abang tak marah lagi ye
NEVER!!!!

Dia akan pujuk cakap macam ni....itu la siapa suruh lambat, kan abang dah call malam tadi bagi tahu nak keluar pukul berapa, kalau keluar pukul 10 pagi mesti la siap sebelum pukul 10. Abang dah pesan suruh kunci jam bangun awal kan, abang siap kejut lagi pagi tadi tidur balik ke? Setiap masa abang mesej tadi tanya dah siap ke tapi ayang cakap tengah siap tengah siap. Bila dah dekat pukul 10 pun belum siap2 lagi. Bila call baru kata tengah nak pakai baju.....laaa...tadi buat apa. Silap sendiri kan. Kalau tak lambat tadi abang pun tak marah kan. Dah lambat mesti la abang marah. Lepas ni jangan lambat lagi. Ikut masa jangan sambil lewa je. Taknak kene marah jangan lambat2. Lama tau abang tunggu kat sini.....

Haaaaa....nampak ayat dia....tak de langsung la dia rasa bersalah pasai marahkan aku selamba katak dia ja....tapi dia cakap elok2 la suara mendatar gitu
Memang sebijik la macam bapak nasihatkan anak
Dia akan tekankan kejadian itu berpunca dari aku dan sebab itu dia marah

Untuk umur remaja ketika itu aku mesti la rasa apa hal ko nak marah2 aku
Silap sikit je pun nak marah...lepas tu pujuk baik dah pasai cakap elok2 tapi duk perli2 aku balik...eeeee panas sungguh hati kita kan
Tapi aku jenis batu gunung....keras kejung je aku
Uk tak ek pun tak...lantakkan dia nak kata apa pun malas aku nak jawab ke apa
Tapi dia??? rileks tenang dia la macam tak de apa2

Ada beberapa perkara yang Nas bangkitkan akan buatkan aku rasa pelik sungguh dia ni
Apa yang silapnya nak buat macam tu
Bukan mende tu biasa je ke
Kadang2 aku rasa macam aku kawan dengan alien pasai mende normal pada semua orang tapi pada dia pelik atau tak perlu pun
Ada mende aku rasa pelik tapi pada dia normal je tak de apa pun
Pemikiran kami pun kontra tau tak

Bila corak pemikiran kami tak sama, memang aku akan mudah nak marah
Aku kalau marah pulak pesen nak tinggi suara sesaja
Mula la rasa nak menengking nak herdik
Bahasa pun mula la hat tak molek nak keluarkan
Bila bergaduh hilang dah sayang abang nya....teruslah aku kau je
Nas dia marah pun bahasa elok je tak de perkataan tak elok yang keluar atau panggil aku kau je
Tapi aku pasai memang baran orangnya agak lambat la otak tu nak berfungsi secara normal balik kan
Kalau dapat marah nak hamburkan semua ja

Masa awal2 memang Nas macam sentap ada masa dia makan hati je dengan mulut aku ni
Jenis aku pulak pasai kawan2 ramai aku mudah la nak lupa lepas dah marah tu tapi nak baik tu makan masa la
Konon wat keras kejung aku la nak dia mari tegur aku dulu tak kira la mesej ka call ka kan
Aku tak berapa fikir perasaan dia masa tu
Tapi macam biasa dia akan cuba pujuk tapi bukan ngaku salah dia la
Memang takkan ngaku la pasai dia selalu kata apa dia buat bersebab
Dia tegur bersebab....dia kata dia tak mau aku sama macam orang lain
Seronok sangat pun tak boleh, dia kata sikit2 dah la

Kami kalau bab ketidak sama pemikiran ni memang takkan selesai isunya
Pasal kami pernah bincang hati ke hati dia suruh aku cakap apa yang tak betul dari dia
Aku pun cakap itu ini apa yang aku rasa dia tak patut buat kat aku dan apa yang aku rasa tak salah pun aku buat tu
Tapi dia akan cakap bukan salah tapi tak perlu pun dan sampai sudahlah dia takkan setuju pun
Biasanya pasal kawan2 la pasai dia agak tak gemar kalau aku berkawan dengan orang yang pada mata dia tak berapa elok dari segi perangainya

Lepas tu lama kenal aku dah paham banyak perangai dia yang sebenar
Bila aku ada aktiviti dengan kawan2 aku ajak dia join sekali
Pi berkelah ka, mandi manda ka, turun KL dengan kawan2 pasai aku bukan orang KL hahaha
Saja jalan2 la jadi dia pun ada sama pasai dia duk puchong ja kan mesti la dekat je
Pasai dia tak ramai kawan jadi dia sebenarnya kurang skill berkawan...itu ja pun
Jadi dia merasakan hubungan aku dengan kawan2 agak seronok sampai dia rasa terancam atau cemburu
Macam tu la lebih kurang
Dan dia sendiri pun masa sesi bincang hati ke hati pun dia dah bagi tahu dia macam mana dan kenapa dia macam tu dan aku mula belajar untuk paham

Itu la pasal gamaknya elok je berkawan sampai ke sudah
Tapi semuaaaa tu jadi masa 2 tahun pertama kawan je
Masa tu baru 19 20 tahun kan berfikir pun cara budak2 lagi nak2 pulak aku
Tapi Nas banyak matang la dari aku sebab pengalaman hidup dia yang jadikan dia macma tu
Memang dia jenis berdikari boleh bergerak ke sana sini seorang diri survive sendiri pasai dari kecik dia memang diajar begitu
Jadi dia belajar dari pengalaman dia la

Masa kami belajar degree, masih jugak ada gaduh2 marah2 tapi minimal
Kami tak de gaduh pasal curang ka, cemburu kalau ada orang lain ka, risau kot salah sorang beralih hati ka hat tu tak dak
Biasa gaduh pasal hal2 biasa je la pun
Tapi punca dari aku memang kebanyakkannya pasal masa je la pun
Sampai aku kene boikot la dengan dia
Dia tak mau tegur perangai aku sampai aku pulak rasa macam tak de orang jaga aku
Dia ada je depan mata tapi dia buat hal dia la
Sudahnya aku la yang terhegeh2 minta maaf kan pasai rasa gila tak best tak de orang nak bising2 kat aku lagi
Tak de life pulak aihh

Tu marah2 gaduh2 masa berkawan bercinta
Memang penuh la dengan marah merampus cakap main ikut sedap tekak je *aku la tu* lepas tu merajuk pujuk memujuk minta maaf bagai lepas tu buat lagi lepas tu ulang balik lepas tu elok balik sampai la kami berkahwin

Pelikkkkk!!!

Dah duduk 1 bumbung elok tak de gaduh
Lamaaaaa tak gaduh sebab aku leh tanya pasai apa rasa cam lama tak gaduh
Dia kata nak gaduh pasai apa pulak

Ok bila dah kawin kita nampak apa yang masing2 buat depan mata
Bila bersiap nak ke mana disebabkan Nas ni panctual dia yang akan sibuk hambat aku suh siap cepat
Bukan la hambat cam binatang tu tapi dia keep remind aku bila aku perlu siap

Dan aku pulak automatik la akan ikut je kan dan mesti la tepat macam waktu dia nak tu
Jadi elok je la keluar sama2 tak de gaduh isu apa2 pun
Kalau ada sikit2 cam sentap ke apa masuk kereta dua2 boleh sembang macam tak de apa2
Kira apa2 yang sentap tu tertinggal terus kat luar pintu kereta....hihihi

Lepas tu bab lain pun tak de isu besar mana
Buat kerja rumah sama2 jadi tak isu aku tak buat kerja ke rumah bersepah ke atau apa2 pasal rumahtangga
Pasai pesen kami kalau sapa2 ada masa ketika itu dan tengok ada yang tak kene dia boleh buat tak de sapa nak larang
Orang kata pandai2 sendiri la

Macam pinggan mangkuk tak basuh kat dapur pasai aku buat mende lain dulu dia akan pi basuh tak de aku suruh atau bebel2 kat aku pasai apa tak basuh pinggan mangkuk lagi
Kalau aku duk wat keje lain dia pi masuk baju dalam mesin nanti dah siap aku jemur
Bila aku pregnant dia sendiri take over mana2 yang dia tahu tanpa kata apa2 atau tanpa aku suruh

Cuma aku minta maaf la pasai aku bukan taknak buat tapi aku perlu masa
Ada ketika time nak buat aku ada hal lain, alahan la pening la layan anak la jadi aku bagi tahu la sebab kat dia
Tapi pada dia tak de isu pun pasal dia pun tak kesah untuk buat pun kalau memang dia ada masa ketika itu

Kalau dia penat aku pun tak harap dia tolong pasai biar la dia berehat
Dan dia pun tak de pertikai kalau aku penat pasai dia sendiri kabo nanti2 la buat
Selesai dulu apa yang patut
Begitulah keadaannya sampai la ni....jadi memang tak de isu apa2 sangat pun yang boleh mencetuskan kemarahan

Cuma bulan lepas ada sedikit perbalahan tapi tak teruk mana pun
Isu pun cenonet je....alahaiiii
Punca hanya pasal hoki
Nas memang suka main hoki pasai dia main dari dia sekolah rendah dan dia antara player yang pernah mewakili Malaysia dan minat tu diteruskan sampai dia masuk u dan sehinggalah dia dah jadi bapak orang ni ha
Memang itu minat dia sama la macam laki lain yang ada hobi dan minat masing2 kan

Aku ni takde la sebab nak halang pun malah kalau dia nak beli kayu hoki ka bola hoki ka kasut hoki ka apa2 la aksesori hoki memang aku la dia duk heret pun walaupun aku bukan tau sangat pun pasal hoki. Aku jadi pak turut ja
Dia nak perabis duit dia kat hoki pun tak de apa la pasai itu memang minat dia pun
Tak de salah apa pun

Tapi bulan lepas ada sikit berlaku pergeseran pasal dia nak pi main hoki dengan kawan2 masa dia sekolah dulu
Nampak cam reunion la tapi depa jumpa ramai2 ajak main hoki saja imbau kenangan depa kan
Biasa dia main kat stadium bukit jalil la

Asalnya kata nak balik Manjung
Tiba2 je dia ajak balik jadi aku kata betul ke nak balik
Sebab aku pikir nanti aku nak balik lagi pasai dia kene hantar aku untuk berpantang terus
Dia kata boleh la kita balik minggu ni rasa lama pulak tak balik manjung
Jadi aku ni ok je la pasai keputusan dia yang buat kan

Beberapa hari lepas tu dia kabo tak jadi balik pasai belanja tinggal ciput
Dia ada mende nak bayar jadi nak guna duit la
Dia kata balik minggu lain boleh ke
Aku ni memang tak de hal pun pasai tahu bukan sepatutnya mingu tu kene balik pun
Jadi aku tak de hal apa pun
Aku kata ok je pasai tak lama lagi pun nak balik Manjung

Jumaat sebelum solat jumaat minggu yang sama dia mesej bagi tahu ada kawan2 sekolah ajak main hoki kat bukit jalil jadi dia nak pi pasai lama tak main dengan kawan2 dia tu
Dia kata main petang sampai malam dalam pukul 10 habis la
Aku ni masa baca mesej tu aku tak de la rasa marah ke tersinggung ke apa
Cuma aku balas ehh kata tak de duit tapi nak gi kl pulak
Lepas tu aku suruh beli beras pasal beras dah habis
Itu je la aku balas pun tapi ayat tu tak bermaksud apa pun
Memang perasaan aku masa tu neutral je

Tapi tak tahu kat Nas macam mana dia interpret mesej aku tu kan
Lepas solat Jumaat tu dia balik makan lunch
Dia diam je la masa makan tu tapi makan sikit ja
Aku tak tanya apa pun cuma anggap kot dia ada makan meeting kot
Ni saja la makan sikit pasai tengok aku dah masak kan

Lepas tu tengok dia tak beli beras jadi aku anggap esok beli kot sekali dengan barang dapur kan
Jadi aku tak tanya la apa2
Pasai ada lagi untuk makan hari ni pun
Lepas makan tengok dia siap2 kan beg bawak baju sukan apanya nak main petang tu la

Jadi petang tu aku dah set la dia akan balik tengah malam
Pasai biasa dia gerak lepas pejabat tu terus ke bukit jalil
Pastu habis pukul 10 nak balik ke kuala selangor makan masa dekat sejam lebih jugak
Jadi aku ni siap2 la selak pintu apanya kang dia balik baru aku bukak selak tu

Dalam pukul 7 petang tu dia balik
Berlari la aku bukak selak pasai selak dari dalam kan
Tapi aku tak tanya apa2 pun aku bukak pintu dia masuk pun dia diam ja
Tengok ada beras ngan barang2 lain
Jadi aku rasa tak de apa2 pun

Malam tu makan semua ok tak de apa cuma dia banyak diam
Duk cakap dengan anak je
Aku rasa macam nak tanya apsal tak pegi main hoki tapi aku rasa tak yah tanya pulak
Aku fikir kot batal kot pasai kawan2 dia kadang2 gitu la
Dah planning tetibe last minit cancel pasal ramai tak boleh datang time tu
Jadi aku fikir macam tu la

Lepas tu sampai esok tu pun still tak banyak cakap
Ada cakap tapi mende yang biasa2 je tak la kepoh macam selalu tu
Tu pun tanya pendek jawab pendek
Aku tak fikir ada masalah apa pun
Takkan pasai hoki pulak kan pasai dia tak de kata apa pun

Begitulah keadaan sampai ahad petang tu dia ajak Alauddin pegi padang
Masa ni aku baru lepas solat Asar, aku sambung baca Quran pulak
Sambil tu aku dengar la dia ajak Alauddin mandi nak siap2 pakai baju apanya
Aku biarkan je la
Sampai la aku dengar bunyi pintu ditutup

Aku pun terus la pegi kat pintu aku bukak aku tanya nak pegi mana
Dia kata nak bawak Alauddin keluar jap
Ntah kenapa ntah aku rasa macam nak marah
Aku kata lah tak boleh bagi tahu aku ke?
Dia kata kan ayang tengah baca Quran....takkan abang nak cakap
Aku pun tak fikir apa aku kata haaa ye la...aku ni dah mati agaknya sampai buat tak peduli je
Terus aku tutup pintu

Perempuan kan.....marah depan tu ja la kemain menyinga
Belakang tu dia bantai nangis la
Macam tu la aku
Dah cakap macam tu masuk bilik aku pegang Quran menangis la serupa budak kecik
Lama jugak dalam setengah jam duk nangis
Mula2 nangis pasal rasa diri macam tak wujud ja depan dia
Rasa macam dia suka2 je nak bawak anak keluar tak bagi tahu aku pun
Selalu tu elok je  bagitahu tak pun ajak aku sekali pegi

Lepas tu duk la mengongoi sorang2 sambil sembam muka atas Quran tu
Pastu sambung nangis pulak sebab rasa bersalah pi cakap merepek2 depan dia
Padahal bukan salah apa pun
Macam la tak biasa Esah oiii sabtu atau ahad petang laki ko pegi padang tak pun basuh kereta kat rumah kawan dia time kawan dia balik kampung pasai air depa free....mueehehhe

Aku punya la duk pikir apa pasal aku nak marah ni
Dia tak de cakap apa2 pun yang sakitkan hati aku
Bukan dia tinggi suara ke perli2 aku ke
Memang elok je tak de apa cuma dia kurang cakap je 2 hari tu
Tapi dengan anak dia ok je main macam biasa pak dengan anak tu

Sambung lagi nangis pasal rasa bersalah betul pi cakap pasal mati la apa la
Dah la awok tu tengah tunggu masa nak beranak esah oiii
Cakap ikut sedap rasa je
Tengah baca Quran tu syaitan leh duk hasut lagi
Nampak beno awok ni jenis lemah iman Esahhhh

Aku pikir balik betul la pun aku tengah baca Quran takkan dia nak panggil aku semata nak kabo dia nak bawak anak ke padang
Dia tak kabo pun aku tahu dia memang selalu hujung minggu tu bawak anak keluar bermain kalau tak de ke mana-mana
Kalau idok main hoki kat padang sekolah mesti dia ajak anak tu basuh kereta sama2
Apa yang masalah beso sangat pada aku masa tu ntah la

Lepas duk nangis sambil sambung baca Quran lama2 hilang la sedih tu
Dekat pukul 7 baru aku stop kemas rumah apa patut pasal sat gi depa balik pulak nak makan apanya kan
Lauk semua dah siap masak awal2 dah

Nas balik still tak de apa2 pun yang berlaku
Dia senyap aku pun senyap
Tak de pun dia tanya apa2 ungkit apa2
Dia layan ja tv macam biasa kat sebelah aku ni
Tenang gila padahal aku yang duk berfikir2 ni ha

Sampai la masuk tidur pun dia masih macam diri dia la
Layan anak tidur apanya
Aku cuma tanya esok baju kerja biasa ke dan dia kata aah macam biasa
Lepas tu dia pesan suruh bancuh milo esok pagi
Tu ja tapi biasa ja tak de bunyi2 macam nak gaduh ka tak puas hati ka
Malam tu aku plak pikir ke aku ni marah tersentap terasa syok sendiri ja
Kawan tu rileks ja tak de apa pun

Pi kerja esok pun tak de apa salam elok cium apanya
Duk gurau pagi2 dengan anak macamkan tak de apa yang pelik berlaku
Aku pun pasai orang diam aku diam je la tak de tanya apa2
Bercakap juga tapi bukan hal semalam la
Kira mende settle macam tu je

Balik keje tu elok je dia buat lawak dengan aku
Sembang apa ntah lupa dah tapi dia gelak2 je macam dia selalu la
Cite hal keje la itu la ini la
Aku tengok dia dah ok gamaknya orang tua ni
Rabu tu ada meeting kat Sekinchan 2 malam jadi kami tidur hotel sana la
Lepas tu elok je macam tak de apa

Hurmmm....agaknya pasal dah kenal sangat dengan bininya tu dia boleh buat rileks je
Dia pernah kata merajuk perempuan tak boleh layan sangat nanti jadi melarat-larat nak2 hal kecik je
Tapi yang aku perasan aku pun tak de nak baran sangat pasal masa aku cakap depan pintu tu pun bukan tinggi suara pun
Nada aku biasa je tapi sebenarnya ayat perli la
Tapi nada aku biasa je

Memang perasan sejak jadi bini aku tak reti nak tinggi suara
Cakap pun suara biasa je la tapi kalau gelakkan dia memang sakan la
Keluar la mak lampir aku tu kan
Kalau tengok drama ka mende2 lawak la yang aku rasa menggeletek perut aku memang aku gelak sungguh2 la tak de cover punya
Tapi nak tinggi2 suara depan laki aku tak selalu nak buat
Kalau nak marah pun suara tu aku jaga dulu
Agaknya pasal dah tahu maksud isteri tu kot kan
Kang terlebih berdosa pulak

Tapi memang itu la side positif yang aku nampak kat diri aku
Aku dah tak de baran lepas tu tak de nak marah sesaja macam dulu2
Memang lama la aku takde marah2 pun....tak ingat pun bila last aku marah2 pasai lama sangat tak marah orang
Faktor usia pun mungkin juga pasai dah matang kot...haha

Jumaat petang tu balik dari sekinchan nas terus ke shah alam ada meeting
Dia bagi tahu petang tu kawan2 dia main hoki lagi kat bukit jalil dan dia nak pegi la pasai minggu lepas dia tak pegi
Habis meeting dia terus pegi la
Aku tanya habis pukul berapa...dia kata pukul 10 so aku kata pegi je la

Tapi yang aku perasan kat Nas ni bila aku macam nak marah, dia cuba ambil hati aku
Dia akan buat sesuatu yang dia tahu aku suka
Bila aku renung dia akan saja sembang dengan anak kata mama merajuk la alauddin...jom la tolong abah pujuk mama....
Selalu memang tak lama pun pasai aku cepat tergelak dan tak de pun nak merajuk lama2
Bukan seronok pun pasai kami buka jenis boleh diam lama2
Masing2 keje nak bercakap je lepas tu nak nyakat orang sesaja

Bulan tu ja sekali agak emosi sikit aku la tu kan tu yang dia ambil pendekatan diam je biar aku sejuk sendiri lepas tu dia buat rileks dia je macam tak de apa2
Sudahnya elok sendiri tak la nak bersoal jawab panjang2 kan
Padahal isunya kecik cenonet je alahaiiii nye punnn..

Sabtu esok tu dia ajak aku ikut dia pegi bukit jalil pasal dia nak main hoki lagi tapi kali ni ada lawan dengan group lain yang selalu jugak training kat stadium tu
Aku pun ok je la ikut la dia main petang tu

Tapi aku rasa orang laki ni terutaman suami memang suka sangat2 kalau isteri dia support minat dia kan
Sepanjang dia main tu tengok muka dia puas hati la dapat lepas gian main sungguh2 kan
Pasal ada main dengan group lain jadi depa main macam betul2 punya la
Kejap2 dia pandang anak isteri kat tepi padang
Wahhh.....tacing mak esah tau

Masa dalam perjalanan balik kami sembang2 la
Dia tanya abang main best tak....laju tak abang main....abang main macma dulu tak
Semua la nak tanya aku pun kan
Aku kata ye la laju la lari walau dah gemuk...mihmihmih
Biasa la suami mana tak suka isteri puji dia kan
Aku kabo sekali ada budak2 yang tengok tu puji kata hebat abang main
Aihhhh sengih lebor la orang tua ni

Masa dia main tu aku duduk kat tempat yang selalu coach dan player duduk tu kan
Yang macam pondok tunggu bas tu...apa nama tak tahu la
Jadi ramai la kawan2 dan wife masing2 kat situ
Tapi rata2 kat situ memang depa puji abis la kat Nas
Nas ni antara yang paling senior la
Kebanyakkan kat situ junior dia
Ada yang dia tak kenal pun

Dia main bahagian defend
Depa tengok dia main depa kagum la pasal skill dia jaga gawang jaga bola tu cam terer la
Pastu lari pun laju
Memang dengar jelas la depa kata eh dia memang main defend ye. Hebat la skill dia
Pastu mana kawan2 baya nas kata la aah dia memang hebat pasal lama pegang posisi tu
Bagus ni kalau belajo dengan dia
Mak Esah???? kembang tak tahu nak kata la nasib tak koyak kain
Pasai sambil depa puji depa usha mak esah kat situ depa tau mak esah isteri player tu
Chewahhhhh.....

Lepas tu dia kata minat dia memang pada hoki
Kalau rasa stress kerja bila dapat main hoki dia rasa puas rasa hilang stress
Lagi 1 dapat jugak dia exercise sihatkan badannya
Tu sebab dia akan cuba pergi jugak la main hoki kalau memang dia ada masa
Jadi dia minta aku support minat dia tu
Aku kata ye aku memang support pun cuma sekali tu je aku teremosi ntah kenapa tak tahu la
Tapi sempat la dia kata bersyukur la abang suka main hoki dari abang suka main perempuan...kan lagi susah...
Haaaaaa.....berani ko ye banggg....sila...sila...hahahahaha

Ok la...nanti kita jumpa kat next entry ye :)








Friday, May 15, 2015

Barang baby

Assalamualaikum

Hari ni bersiaran dari Sekinchan ngikut Nas meeting kat sini ha...
Dari menung tak buat apa tu kan rajin pulak la aku nak karang entry kan..haha
Ok hari ni nak cerita pasal persediaan menyambut adik Alauddin ni ha

Dari segi pemilihan nama kami belum lagi mencari nama secara bersungguh-sungguh
Belum ada pilihan nama yang berkenan
Nas lagi la tak mencari sebab dia jenis suka sebut tiba-tiba
Contoh kan kalau tengah borak2 tu tetiba dia kan kita kata abang suka la nama Al-Fateh
Aku pulak jenis haaa ok jugak sedap tu
Pastu karang esok lusa dia sebut nama lain pulak
Kejap nama lelaki kejap nama perempuan
Haaaa...gitu la seterusnya

Aku pula suka search kat internet lepas tu tengok maksud tapi tak pula catit apa2 nama yang berkenan
Hanya ingat2 macam tu je
Tapi nama pilihan tu memang belum ada lagi
Boleh pulak Nas kata macam susah ja cari nama anak ni
Kita bagi kat atuk nenek opah Alauddin la cari nama mama
Mana ok kita ambil je
Hahahaha....stress ke bapaknya
Kadang2 dia tanya aku apa nama nak letak
Kadang2 aku pulak tanya dia abah dah ada nama baby ke
Kihkihkih

Masa Alauddin pun macam tu jugaklah
Tak de nama pilihan pun
Masa menunggu hari ada jugak lah aku catat nama dalam buku kecik aku
Lepas tu tanya Nas tapi kebanyakkannya tak mencapai kata sepakat
Sudahnya selepas bersalin juga datang ilham nama Alauddin tu
Tapi nama Alauddin tu masa aku awal2 mengandung dah terlintas
Tengok makna Alhamdulillah baik maknanya
Lepas tu tak teringat dah

Habis je bius sebab czer tu Nas tanya apa nama nak letak ni
Konon nak bagi gambar kat sedara mara la
Spontan je aku kata Muhammad Alauddin la
Nas pun ha ok...terus taip mesej terus la send kat sedara mara beserta gambor babynya
Selesai urusan nama anak

Hat kedua ni agaknya macam tu la jugak
Tak de pulak lagi pilihan nama yang confirm nak letak
Silap2 lepas beranak jugaklah baru terkeluar nama anak gamaknya
Huhuhu...tak ngape la
Mende simple je pun kan
Nama anak bukan kene letak rushing2 pun kan
Ok selesai bab nama anak

Dari segi barang keperluan baby pula tak banyak sangat aku beli
Pakaian aku beli tak banyak pun sebab fikir lepas bersalin la baru best beli
Masa Alauddin pun macam tu la
Dalam pantang tu la jari aku duk klik2 beli baju si Alauddin
Sampai abah pun kata hari2 la poslaju datang anto baju
hahahaa

Dah tu apa nak buat lagi
Anak duk tido sesaja bangun nak menyusu je
Aku pulak keje belek anak dengan badan je
Masa yang terluang tu soping je la ye dok

Tapi masa Alauddin aku belum berniaga barang baby lagi
Jadi aku beli dengan orang je la dan harganya pun mesti la mahal sikit kan
Usia Alauddin dah 4 bulan lebih baru aku bula bisnes baby
Sepanjang dia membesar baru aku membeli terus dengan supplier
Senang bila top up barang niaga beli sekali untuk pakai harian Alauddin
Memang jimat banyak la sebab beli pada harga borong kan

Masa mengandung Alauddin banyak brang beli kat mall
Asal berjalan hari minggu beli pakaian dan barang keperluan dia
Agak banyak jugak la aku membeli masa Alauddin mungkin sebab anak pertama
Barang apa pun takde kan, yang ada hanyalah barut adik aku si Jannah
Yang lain semua kene beli baru

Tapi sekarang ni aku dah dalam bisnes barang baby jadi memang mudah banyak lah aku nak sediakan pakaian baby tu
Kali ni aku tak de ke mall pun beli pakaian baby
Tak de sehelai pun aku beli kat mall
Semua aku ambil dari supplier aku je

Setakat nak buat pakaian harian tu memang aku ambil stok kat supplier je
Sambil aku beli untuk stok niaga aku ambil lebih untuk anak aku sekali
Mana yang aku berkenan yang aku rasa lawa comel tu aku asingkan untuk anak aku siap2
Aku terus siap basuh lipat elok2 letak dalam beg khas dia
Setakat rompers sleepsuits memang aku tak perlu risau sebab beli dengan supplier je

Lagi 1 aku suka juga membeli pakaian dari oversea tapi kene menunggu la kan
Aku tak kesah menunggu sebab dah biasa
Lagipun bukan nak pakai segera pun kan
Baju Alauddin pun aku banyak beli dengan deme ni
Dah biasa berurusan tu tak de la rasanya kene tipu ke apa

Kadang2 beli untuk simpan pakai kemudian
Ada baju saiznya beso sebab cutting oversea gamaknya walaupun aku ambil saiz umur Alauddin
Jadi mana yang belum muat aku simpan la untuk pakai bila dah muat nanti
Dah jimat sebab ada baju baru belum pakai

Baru ni aku saja kemas2 baju baru yang belum dipakai Alauddin
Sekali kira2 ada lagi 8 pasang tak dipakainya
Bila test udah muat dah...bajunya saiz 3 tahun tapi masa ni baru muat
Aku fikir tak de la beria sangat nak membeli untuk pakai raya kan sebab ada lagi baju baru
Kalau nak beli pun wat nambah selai 2 je
Tak membeli pun tak ngape

Baju si baby pun serupa la jugak
Aku beli banyak saiz 3m dan 6m
Boleh pakai lama
Baju 3m aku banyak beli dengan supplier je
Yang mana beli dari kawan yang jual pakaian dari oversea aku beli saiz beso
Nanti dah abis pantang kot nak ke mana-mana udah ada baju jalan yang baru
Tak de nak membeli sesaja bajunya

Ada sleepsuits dari oversea aku beli saiz 3-6m tapi beso sungguh
Mau 9m 12m dia leh pakai lagi
Cutting deme memang beso sungguh
Kiranya simpan dulu la tunggu dia beso sikit
Masa Alauddin aku tak jumpa sleepsuits ni
Banyak belikan dia rompers je
Masa baby adik baru la supplier jual sleepsuits dan banyak jumpa online shop jual macam2 sleepsuits udah galak nak beli sleepsuits sesaja

Jadi dari segi baju tu aku rasa dah ada la beberapa helai
Tapi banyak sleepsuits la
Baju seluar sepasang aku tak de membeli lagi
Mungkin beli last minit kot

Blanket Alauddin ada lagi dalam keadaan elok dan gebu
Aku dah siap basuh dan lipat elok2 letak dalam bag baby
Cuma tambah lagi sehelai blanket baru untuk wat lap2 selepas mandi ke selimut baby ke kan
Kalau bedung aku biasa guna kain pelikat atau kain batik je
Lebih mudah sebab dari masa Alauddin lagi aku guna kain pelikat je




Barut pula aku hanya tambah yang baru lagi 5 helai
Saja amik yang plain warna
Tak mau amik hat corak2
Nanti senang untuk kegunaan anak yang seterusnya
Lelaki perempuan boleh pakai
Barut lama masa Alauddin ada lagi 7 helai yang masih elok
Barut lama tu dari zaman adik aku lagi si Jannah
Memang elok kainnya tak langsung kotor ke kuning2 ke tahi lalat ke
Kain pun kukuh lagi tak de berbulu tak de terkoyak ke tertetas ke tertarik ke
Jadi beli lagi 5 je la buat tambahan yang sedia ada

Kome tengok la abang long ni
Apa je barang untuk adik dia sibuk suh pakai kat dia dulu
Aku ni layankan je la perangainya
Aku kata ok dah simpan untuk adik nanti
Dia kata bukan Udin punya ke
Aku kata bukan lah...ni untuk adik



Lampin ada 2 helai yang masa Alauddin
Aku rasa nak kene tambah lagi 1 set je yang jual 10 helai 1 set tu kan
Aku tengok ada ANAKKU dan PUREEN
Tengok la antara 2 tu aku beli nanti
Masa Alauddin guna sebagai kain lap atau lapik tilam selepas mandi je
Tapi untuk baby adik sebab maknya nak berCD jadi aku nak beli lampin untuk guna sebagai insert dalam CD

Lagipun lampin lebih mudah cuci berbanding insert khas CD sebab tak perlu pantang larang apa2
Guna sabun apa2 pun tak pe dan warna najis yang melekat kat lampin pun lebih mudah tanggal
Cuma mama kene rajin la tukar lampin bila dah basah tu
Haaaa lagi 1 snappy untuk ikat lampin tu
Cara lama guna pin beso tu kan
Skang dah ada lebih mudah iaitu snappy
Dia ada gerigi tajam kat bucu juz snap je kat tengah2 macam pin lampin tu
Mudah nak pakaikan dan mak pun tak de la takut anak terkene pin ke apa kan

Mitten dan booties tak perlu tambah apa2 
Guna je yang Alauddin punya
Elok lagi tak de berbulu2 ke koyak2 ke apa
Cuma kene basuh sebelum bawak balik Manjung
Bath tub pun guna hat abang punya ja
Masih elok dan dah siap basuh pun buang habuk



Ini antara CD yang aku dah siap basuh 
Ada 6 covers, 3 fitted bamboo dan 6 bamboo insert
Covers tu boleh pakai dengan lampin
Kira kalau baby kencing tak de la tilam basah sekali
So boleh la tampung untuk 2-3 kali kencing kan
Covers tu material dia kalis air so tak de la bocor 

Sebelum guna kene prewash 3 kali
Lepas tu aku praktikkan pada Alauddin
Tak de la renyah sangat sebab insert yang aku guna insert bamboo yang menyerap lebih lama
Siang aku guna lebih kurang macam pampers la jugak
Dalam 3-4 jam aku tukar fitted dengan insert je
Covers boleh pakai lagi kalau tak de bau atau apa2 kotoran


Dalam bulan ni ada 12 keping lagi pocket CD, 12 insert microfiber dan 6 insert bamboo akan sampai kat tangan aku
Hat ni yang aku cite ari tu brand Glowbug
Hat ni dapat wetbag so aku tak payah beli wetbag asing dah
Senang untuk bawak travel sebab kalau kita tak basuh cd dan insert boleh simpan dalam wetbag ni
Sampai rumah nanti baru basuh



Lepas tu ada beli kat kawan sekolah brand Lunatots
Striking gila warna dia kan
Geram je tengok dah la lunatots ni agak mahal
Dia beli masa anak pertama tapi tak guna2 pun sampai anak dia umur 3 tahun dah sekarang
Anak dia sebaya dengan Alauddin beza umur beberapa hari je pun
Pastu tanya dia kot nak jual kan jual la kat aku
Dia kata memang tak guna pun
Dari simpan baik dia jual kat aku kan
Alhamdulillah rezeki aku la tu dia mau jual kat aku
Yang best ada sekali laundry bag dan liner
Aku baru terpikir nak beli laundry bag sebab kalau nak bagi CD ni tahan lama seeloknya basuh mesin guna laundry bag
Jadi dah dalam set ni ada laundry bag udah tak yah pikir2 dah kan
Liner tu leh guna untuk letak atas lampin
Kalau baby berak tak de la najis dia direct kene lampin dan nak buang pun mudah
Hanya buang liner terus dalam tandas dan flush....selesai
So dah ada 6 CD dan  inserts kot aku pun lupa dah berapa dia kabo ari tu sebab tak de kat tangan aku lagi...haha



Semua tu kene prewash jugak la tu bagi kadar serapan lebih baik sebelum digunakan
Sabun untuk basuh CD pun aku belum lagi
Dia ada sabun khas nya yang sesuai untuk basuh CD
Aku pilih PUREEN HAD dan COSWAY KIDDIES WASH
Pureen HAD memang mudah nak cari kan, bersepah kat mall
Cosway pun sama kat mana Tesco mesti ada Cosway lepas tu beli dapat harga ahli pasal Nas dah daftar ahli lama dah

Untuk mandian baby aku taknak guna mandian biasa kat pasaran tu
Masa Alauddin aku guna set PUREEN sehingga la usia dia 2 tahun
Selepas 2 tahun dah tak de mandian khas untuk dia
Kami sepakat nak bagi dia guna sabun yang kami suami isteri guna
Kami memang dari bujang dah biasa guna sabun mandi dettol
Jadi Alauddin pun disabukan dengan sabun dettol
Syampoo je masih guna PUREEN itu pun guna masa untuk basuh rambut selepas potong rambut
Rambut dia memang tak pernah panjang pun jadi tak perlu kerap bershampoo

Lepas tu bila mula membaca pasal kandungan dalam set mandian di pasaran aku dah mula jadi agak memilih.
Kebanyakkan set mandian di pasaran mengandungi PARABEN dan SLS kan
Jadi seeloknya elakkan menggunakan produk yang mengandungi 2 jenis bahan kimia ni
SLS ni ejen buih, maknanya lagi banyak buih sesuatu cecair tu tanda tinggi la kandungan SLS nya
Bahaya SLS ni menggalakkan iritasi kulit pada pengguna terutama bayi dan kanak-kanak

Paraben ni pulak ejen pengawet sintetik yang digunakan untuk bagi sesuatu produk tu tahan lebih lama
Tapi PARABEN ni boleh memasuki sistem tubuh badan melalui kulit
Antara kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak baligh awal dari usia sebenarnya kerana kebolehan paraben meniru hormon lain menyukarkan sistem endokrin berfungsi dengan sempurna

Kulit baby kan masih lembut, halus dan sensitif
Jadi seeloknya carilah produk yang bebas PARABEN dan SLS

Aku dah survey beberapa produk yang natural untuk baby
Aku memilih Moogoo produk
Tapi aku nak beli 2 barang je pun
Mandian guna milk wash dan shampoo guna milk shampoo
Both ni tak de buih melampau dan bebas dari pewangi yang merbahaya selain menggunakan bahan2 semulajadi dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti minyak zaitun dan minyak kelapa




Cukup la 2 barang ni je untuk set mandian anak aku
Tak perlu banyak2 pun sebab baby kan memang dan ada bau depa sendiri iaitu bau SYURGA...
1 botol ni tahan lebih kurang setahun sebab tak perlu pakai banyak pun
Dan yang pasti semulajadi..hihi
Shampoo tu aku nak guna sekali selepas pantang nanti
Elok untuk yang ada kelemumur maklumlah dalam pantang nanti rambut serupa hapa ja kan

Bedak ke losyen ke aku tak beli pun untuk yang kedua ni
Masa Alauddin pun aku tak pakaikan dia bedak atau losyen apa2
Lepas bercukur setiap bulan aku sapu bedak sejuk je
Ni kat rumah ada 2  botol bedak PUREEN hadiah dari Makcu masa pantangkan Alauddin
Tak bukak pun lagi tak tahu elok ke dak lagi pasai dah 3 tahun lebih dah

Untuk kulit kalau rashes atau gatal2 aku ada alternatif lain iaitu minyak kelapa dara a.ka. VCO
Aku masa awal pregnant dah beli VCO tanamera tu untuk massage perut
Elok untuk kurangkan stretchmark semasa proses perut mengembang
Tapi memang aku perasan pun kulit perut untuk 2nd pregnancy takde seteruk masa Alauddin
Tak de pecahan kulit warna merah yang ketara macam masa Alauddin
Yang ada pecahan kulit yang sikit ja lepas tu warna putih kilat2 tu
Tak nampak pun melainkan kalau tengok dekat2

VCO ni jugak aku juga buat minum sesudu je sehari
Tapi ada masa terlupa....ni dah masuk 8 bulan lagi la kene amalkan sehingga la sarat nanti kan
Jadi aku nak gunakan juga kat baby nanti untuk kulit dia
Kalau ada rashes ke gatal ke atau ganti sebagai losyen untuk dia
Tak yah risau dah sebab dah tentu natural pasal minyak kelapa ja pun tak de campuran bahan2 lain

Masa Alauddin baby, kalau ada gatal2 kene gigit nyamuk, aku sapu minyak gamat je
Tak lama lepas tu elok kering dan kecut biji gatal tu
Kulitnya serasa dengan minyak gamat kot senang koje mak ko nak
Luka kecil2 pun aku sapu minyak gamat
Memang berpuluh botol Nas beli minyak gamat masa ke Langkawi ari tu

Untuk adik baby pun macam tu la juga
Aku standby minyak gamat dan minyak angin mestika boto hijau tu
Alauddin minyak sapu perut dia minyak mestika tu ja
Elok tak de kembung apa2 pun
Harap adik dia serupa dia la jugak
Jenis serasi dengan minyak gamat dan miyak mestika tu
Alauddin sepanjang usia dia tak pernah kene kembung perut lagi
Berak pun lawas je tak pernah sembelit ke cirit birit ke sakit perut
Mungkin sebab dia menyusu badan dan aku pun banyak pantang makan sampai la usia dia genap 2 tahun.

Jadi barang keperluan luaran untuk adik dia pun dah disediakan
Cuma nak beli minyak mestika je lagi
Minyak gamat dah ada 12 botol
Putik kapas baby pun dah beli 2 botol
Ohhh ye....tuam baby aku belum beli
Ada tanya kat kawan mak aku dia jual tungku tuam perut baby tu
Yang ada kandungan herba dalamnya...udah siap bunjut dah
Tunggu nak panaskan sikit dan tuam selepas mandi
Harga rm10 je tak silap aku
Nanti balik Manjung boleh la beli

Kain batik untuk guna dalam pantang pun aku dah beli masa gi Langkawi ari tu
Beli 2 helai je
Aku pikir nak guna untuk lapik atau basahan je
Kalau setakat pakai dalam pantang aku pakai skirt labuh je lebih mudah

Haaaa...set berpantang pun aku belum beli lagi
Nas kata hujung bulan ni baru beli
Aku nak guna set Nona Roguy kali ni
Masa aku ectopic aku berpantang dengan set NR ni
Badan memang sedap dan terus aku amalkan sampai hari ni
Macam uncang teh herbanika tu memang aku dah amalkan sebelum ectopic lagi
Lepas tu aku dah ada barra gel yang guna sebagai feminin wash
Lama dah aku beli
Dekat 2 tahun tak abis2 lagi sebab guna sedikit je beso biji kacang hijau

Minyak berubat herbanika pun aku ada masih banyak lagi
Minyak tu leh guna untuk urut ibu dan baby sekali
Mungkin aku tak perlu beli dah sebab masih banyak
Cuma perlu beli set basic berpantang je

Ketip kuku baby Nas ada simpan yang masa Alauddin punya
Patutlah aku cari kat rumah tak de rupanya dia bawak ke pejabat
Konon nak ketip kat ofis kot2 lupa potong kuku
Tapi dah kuku pun beso gajah mana maunya pakai ketip kecik
Kene la guna hat beso tu ha baru lut
Aku dah pesan suruh bawak balik rumah senang terus masuk dalam bekas baby

Kain putih untuk guna tanam uri aku tak beli lagi
Masa Alauddin mak aku beli kat pasar malam je
Senang cari sebab ramai orang jual kain cotton putih tu
Nanti aku pesan kat mak aku la minta belikan

Tilam baby kali ni aku tak beli pun
Tilam Alauddin masa baby pun aku dah bukak dan ambil kekabu dia
Kekabunya elok sebab memang asli kan tu elok aku ambil buat bantal
Aku buat bantal ikut ukuran yang aku nak sebab kebanyakkan yang tengok kat online bantal kepalanya kecil dan nipis sikit
Jadi aku jahit dan buat besar sikit dan tebal sikit
Bantal kepala masa Alauddin baby pun tak berapa tebal  tu aku nak buat tebal sikit

Masa Alauddin setahun lebih dulu aku ada beli kain cotton 2 meter dan 2 corak berbeza
Konon nak jahit baju tidur dan ganti sarung bantal baru la
Tapi sampai ke sudah tak buat2 pun
Jadi aku jahit buat bantal lepas tu guna kekabu tilam tu
Dapat la 2 biji bantal kepala Alauddin sebab nak gantikan bantal kepala dia masa baby tu ka yang dah lisut tu
Untuk baby pulak dapat la 2 bantal kepala dan 2 bantal peluk
Dah cukup dah la bantal untuk si baby

Lepas tu aku beli kain aku tempah kat orang untuk jahit sarung bantal semua tu
Akak ni niaga kat pasar malam yang sama dengan mak aku je
Jadi senang la nak bagi bantal dan kain tu kan
Untuk si baby aku pilih kain yang sedia ada kat akak tu je
Aku minta dia buat 2 set berlainan nanti senang nak tukar2 basuh kan
Bantal kepala Alauddin ada 2 biji aku tempah guna kain aku beli sendiri
Pasal Alauddin dah beso dah ada apa yang minat kan
Jadi aku cari kain ikut minat dia...aku beli corak bola latar biru

Aku beli kain terus minta seller pos ke rumah mak aku
Sabtu esok mak aku niaga boleh bagi kat akak tu
Sarung bantal adik baby dah siap minggu lepas
Minggu ni nak bagi kain untuk jahit sarung bantal kepala Alauddin

Baby nak baring atas apa?
Hihi...kali ni aku takmau guna tilam pasai sekejap sangat gunanya
Lagipun tilam baby tu kan tinggi sikit jadi bila baby dah pandai meniarap dan pandai pusing dia tak mau dah pun duduk atas tilam tu
Jadi aku kata kat Nas aku nak guna toto je
Kami pun cari la toto baby untuk mudah bawak travel sekali
Jumpa la toto baby bulan lepas terus la beli malas nak tangguh2
Balik rumah terus basuh toto tu dan simpan elok2 dalam bag toto dia
Dah selesai bantal dan alas baby
Toto baby beso pun kami dah ada nanti dia dah merayap lagi jauh leh guna toto hat besar pulak
Saja beli hat kecik sikit untuk bawak travel gi rumah orang ka apa ka kan

Aku rasa macam simple je persediaan aku untuk si baby kali ni
Sebab dah tahu kot apa yang perlu apa yang tak perlu
Lepas tu taknak membeli mende yang membazir atau yang tak perlu
Puting memang aku tak mau ajar pun
Alauddin pun tak de puting
Botol susu pun tak perlu pasai aku direct feed je anak aku nanti ko tak de keperluan untuk beli botol suus
Pam susu pun sama sebab aku ibu di rumah jadi belum lagi jadi keperluan
Baby cot pun tak perlu sebab anak akan kepit dengan aku je
Alauddin pun dah paham cakap orang
Aku rasa sempit pulak kalau ada baby cot dah la aku tak suka barang banyak2 buat semak je nanti
Nak simpan pun 1 hal
Jadi tak de rasa keperluan pun
Buaian lagi la tak perlu sebab aku memang tak mau ajar tidur buaian pun
Kang lagi susah pulak nak berjalan ke mana-mana
Ajar tidur bawah je senang koje mak ko nak

Wahhhh panjang sangat aku membebel
Sakan sangat cerita sampai melarat-larat
Stop dulu la ye

Nanti jumpa next entry

Wassalam :)




Wednesday, May 13, 2015

Kisah di sebalik peristiwa

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah 32 weeks @ 8 bulan dah usia kandungan aku
Aku sendiri pun rasa macam cepatnya masa berlalu
Lagi sebulan lebih je aku nak beranak ni....in shaa Allah
Hari2 call mak borak2 tetiba mak tanya ehh kamu ni balik ke Manjung bilanya
Masa bulan puasa ke?
Aku kata eh sebelum puasa dah balik manjung mak
Sekali aku cek kalendar minggu pertama bulan 6 aku dah 9 bulan
Sekarang dah minggu ke 2 bulan 5
Mak aiiii dah tak lama la mak nak bersalin
Gelak beso mak aku dengor kan aku terkejut tu

Nurse kk sini kabo masa aku 36w aku akan direfer pada pakar sebab pernah ada sejarah czer kan
Jadi doktor pakar akan pantau keadaan aku la untuk bersalin normal
Jadi dieorang refer ke hospital tanjung karang
Aku bagi tahu depa aku nak bersalin di Manjung sebab terus berpantang di sana
Sama macam masa Alauddin la

Jadi nurse kata macam tu masa 36w tu depa terus keluarkan surat rujukan ke hospital manjung je la buat further check up kat sana terus
Aku pun kira2 la date bila aku genap 36w tu
Dalam minggu ke2 bulan 6 aku dah 36w jadi selepas tu Nas akan hantar aku balik ke Manjung la
Masa tu aku tengok belum masuk bulan Ramadhan lagi
Kira2 ada lagi sebulan la lagi untuk aku prepare barang bawak balik ke Manjung
Ohhhh cepatnya masa berlalu

Beberapa malam sebelum ni kami berborak laki bini....ala2 pillow talk gitu
Nas kata ehh dah dekat nak bersalin dah ayang ye
Aku kata aah kan.....rasa macam kejap je masa tu
Kenangan ectopic pun aku masih belum lupa lagi padahal dah setahun 2 bulan dah ianya terjadi
Masa tu rasa macam boleh ke aku mengandung lagi
Tapi sekarang dah nak beranak dah pun

Nas pun terpikir masa nak dapat baby rasa lama
Dia sendiri pernah tanya aku lepas keluar hospital dari kes ectopic tu
Dia kata doktor ada kata apa2 ke pasal boleh mengandung ke tak
Aku kata tak de masalah apa2 sebab tiub sebelah aku ok je tak de masalah
Jadi mesti boleh mengandung seperti wanita normal yang lain
Sebab aku masih ada rahim dan tiub
Aku bukan kene buang rahim

Memang selepas aku operate tu Nas macam takut juga
Dia bukan la kesah pasal nak anak ke apa
Tapi lebih kepada keadaan aku
Dia takut kalau mengandung ada masalah lain lagi tak
Tapi aku kata tak yah fikir sangat lah sebab ectopic ni bukannya sejenis penyakit serius

Jadi bila aku bagitahu yang doktor kata sebaiknya 6 bulan pertama selepas operate elakkan termengandung sebab nak bagi sihat sepenuhnya luaran dan dalaman la
Aku ikut sahaja lah nasihat doktor tu
Nas yang memang jenis perisau orangnya lagi la patuh kan
Aku berpantang 44 hari sebab anggap seperti keguguran la

Selepas 6 bulan dalam bulan 9 macam tu aku bagitahu Nas ok dah tamat tempoh penyembuhan...hihi
Masa ni kami planning untuk mengandung
Masa ni juga Alauddin hampir nak masuk 3 tahun dan boleh difikirkan untuk wean-off
Jadi aku mula google apa perlu dilakukan jika ingin mengandung
Aku baca tips2 dan petua yang ada dan mana yang mudah dan sesuai dipraktikkan kami buat
Untuk tempoh 2 bulan sebelum dapat tahu mengandung pun kami stop minum kopi dan nescafe
Cara2 berjimak untuk mudah mengandung juga kami lakukan
Korang boleh google ye :)

Selain itu aku amalkan setiap kali selesai solat baca surah Al-Waqiah dan berniat untuk dimudahkan mengandung
Surah Al-Waqiah antara surah menjemput rezeki kan
Memang kami fokus bersungguh-sungguh untuk mengandung

Alhamdulillah awal bulan 10 aku mula lewat datang period
Lepas buat check up sebab takut aku kene ectopic lagi then further check up lagi
Sampai la yakin yang aku memang betul2 mengandung

Bila sampai ke masa ini, aku memang selalu tengok 3 parut kecil kat perut aku ni
1 parut panjang bekas czer tapi tak nampak sangat sebab bawah perut
2 lagi parut tebuk masuk camera masa ectopic ari tu
Tebuk 3 kali sebenarnya, 2 kat kiri kanan pusat, 1 lagi kat dalam pusat jadi tak nampak pun
Tapi sekarang dah 8 bulan ni pusat aku jadi rata pulak
Tak nampak pulak parutnya...huhuhu

Nas tak pernah tengok parut aku secara dekat
Tapi ada sekali tu dia tanya ini apa
Aku kata parut ectopic ari tu
Dia kata keciknya...aku kata ye la masuk camera ja
Bukan operate macam masa beranakkan Alauddin
Sebab dia tengok yang czer tu panjang sikit tapi tak berapa jelas sebab dah makin pudar dah

Masa borak2 tu aku cakap tak sangka ada rezeki lagi kita dapat baby
Masa ectopic rasa macam down sangat2
Nas kata itu la rezeki kita kan
Dia pun tak sangka dia dah nak ada 2 anak dah
Nanti pejam celik pejam celik dah masuk 3 pulak
Hahahah...belum keluar hat ni udah pikir hat no.3 ye

Planningnya selepas Nas abis kursus 2 tahun lepas baru nak tambah anak
Sebab Nas takut aku mengandung masa dia jauh dari aku
Nanti ada masalah apa2 dia dah jauh sebab kursus tu kan
Masa tu pulak Alauddin pulak baru umur setahun lebih
Kecik sangat lagi dan masih menyusu badan

Tapi perancangan Allah tu yang terbaik
Allah bagi ujian kat kami dulu baru dia bagi rezeki anak selepas tu
Sekurang-kurangnya aku ada secebis kenangan yang tak semua wanita melaluinya
Dan kerana perkara itu juga kita nampak bagaimana kuatnya kasih sayang suami, mak abah, keluarga mertua, adik beradik, saudara mara yang rupanya sayang pada kita
Alhamdulillah....

Tapi setiap perkara yang jadi ada je cerita disebaliknya
Orang kata rezeki yang tak disangka2 kan
Masa dalam tempoh bertunang, Nas dapat rezeki bekerja dalam sektor awam
Dapat surat lulus temuduga dan mula masuk kerja pada bulan 4 2010.

Selepas nikah urusan cari rumah di Kuala Selangor juga dipermudahkan
Nas mohon kuarters perguruan sebab itu je yang ada dan dapat pula beberapa hari selepas tu
Awalnya kami hanya mencuba je sebab fikirkan Nas bukan cikgu takut tak dipertimbangkan
Rupanya ada rezeki kami

Semasa mengandungkan Alauddin pula, Nas dapat surat dari JPA mengatakan jawatannya tetap bukan taraf kontrak
Masa tu Nas memang lega sangat2 la
Sebab kalau kontrak paham2 je la kita akan rasa tak secure kan
Memang asalnya jawatan Nas tu jawatan kontrak dan selepas lalu kursus 6 bulan baru aakn ditentukan tetap atau tidak
Kan dah ada rasa tak selamat kat situ kan
Tapi selepas dapat surat jawapan tetap sebelum genap setahun dia bekerja Alhamdulillah rasa lega sangat2
Boleh la planning untuk perkara lain pulak kan bila dah tahu jawatan tetap tu

Masa mengandungkan yang kedua ni pula, Nas dapat surat untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2014
Alhamdulillah.....belum cukup berkhidmat selama 5 tahun dah dapat rezeki pekerja cemerlang
Mestilah Nas seronok kan sebab tanda dia dihargai oleh pihak lain

Kemudian Nas dapat pulak berita kenaikan pangkat
Alhamdulillah....rezeki adik baby la ni....hihi
Bila dapat surat kenaikan pangkat, mungkin perlu berpindah tempat kerja
Sama ada dapat dalam Selangor atau luar Selangor tidak la tahu selagi tak dapat surat hitam putih dari JPA sendiri
Tapi surat makluman kenaikan pangkat sudah dapat
Jadi sekarang ni kami tengah tunggu keputusan la ke mana la Nas ni akan dipindahkan...huhu

Harap2 dalam waktu terdekat ni dapat lah diketahui
Sebab dah dekat nak puasa dah kan lepas tu aku pulak dah nak bersalin
Kang jenuh Nas kemas barang sorang2....letih la dia
Tapi kalau dapat dalam Selangor Nas tak de la risau sangat untuk pindah tu
Ada jugak la masa untuk dia lepaskan aku beranak, rehat jaga diri elok2
Dah sembuh seperti sedia kala, baby adik pun dah besar sikit, dah habis pantang baru la fikir pasal nak angkut kemas barang2 semua
Sementara tu Nas boleh ulang alik je pergi kerja sebab dalam Selangor je
Tinggal masih di rumah sekarang

Kalau dapat luar Selangor terpaksa la cari rumah pindah terus sebab biasanya pejabat bagi masa seminggu - 2 minggu untuk urusan berpindah tu
Jadi tempat baru ni agak susah la nak cari rumah la nak angkut barang jauh2
Kene sewa lori la apa la kan, banyak sikit la kerjanya
Semoga urusan pindah randah ni dipermudahkan....amin

Rezeki lain tu memang banyak Allah bagi
Tak terkira banyaknya....syukur Alhamdulillah
Cuma nak cerita beberapa kisah disebalik perkara2 besar dalam kehidupan aku
Semua yang jadi ada sebab dan kita perlu bersyukur....betul? ya....betul...hihi

Ok la...nanti jumpa next entry ya

Wassalam :)