About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, May 15, 2015

Barang baby

Assalamualaikum

Hari ni bersiaran dari Sekinchan ngikut Nas meeting kat sini ha...
Dari menung tak buat apa tu kan rajin pulak la aku nak karang entry kan..haha
Ok hari ni nak cerita pasal persediaan menyambut adik Alauddin ni ha

Dari segi pemilihan nama kami belum lagi mencari nama secara bersungguh-sungguh
Belum ada pilihan nama yang berkenan
Nas lagi la tak mencari sebab dia jenis suka sebut tiba-tiba
Contoh kan kalau tengah borak2 tu tetiba dia kan kita kata abang suka la nama Al-Fateh
Aku pulak jenis haaa ok jugak sedap tu
Pastu karang esok lusa dia sebut nama lain pulak
Kejap nama lelaki kejap nama perempuan
Haaaa...gitu la seterusnya

Aku pula suka search kat internet lepas tu tengok maksud tapi tak pula catit apa2 nama yang berkenan
Hanya ingat2 macam tu je
Tapi nama pilihan tu memang belum ada lagi
Boleh pulak Nas kata macam susah ja cari nama anak ni
Kita bagi kat atuk nenek opah Alauddin la cari nama mama
Mana ok kita ambil je
Hahahaha....stress ke bapaknya
Kadang2 dia tanya aku apa nama nak letak
Kadang2 aku pulak tanya dia abah dah ada nama baby ke
Kihkihkih

Masa Alauddin pun macam tu jugaklah
Tak de nama pilihan pun
Masa menunggu hari ada jugak lah aku catat nama dalam buku kecik aku
Lepas tu tanya Nas tapi kebanyakkannya tak mencapai kata sepakat
Sudahnya selepas bersalin juga datang ilham nama Alauddin tu
Tapi nama Alauddin tu masa aku awal2 mengandung dah terlintas
Tengok makna Alhamdulillah baik maknanya
Lepas tu tak teringat dah

Habis je bius sebab czer tu Nas tanya apa nama nak letak ni
Konon nak bagi gambar kat sedara mara la
Spontan je aku kata Muhammad Alauddin la
Nas pun ha ok...terus taip mesej terus la send kat sedara mara beserta gambor babynya
Selesai urusan nama anak

Hat kedua ni agaknya macam tu la jugak
Tak de pulak lagi pilihan nama yang confirm nak letak
Silap2 lepas beranak jugaklah baru terkeluar nama anak gamaknya
Huhuhu...tak ngape la
Mende simple je pun kan
Nama anak bukan kene letak rushing2 pun kan
Ok selesai bab nama anak

Dari segi barang keperluan baby pula tak banyak sangat aku beli
Pakaian aku beli tak banyak pun sebab fikir lepas bersalin la baru best beli
Masa Alauddin pun macam tu la
Dalam pantang tu la jari aku duk klik2 beli baju si Alauddin
Sampai abah pun kata hari2 la poslaju datang anto baju
hahahaa

Dah tu apa nak buat lagi
Anak duk tido sesaja bangun nak menyusu je
Aku pulak keje belek anak dengan badan je
Masa yang terluang tu soping je la ye dok

Tapi masa Alauddin aku belum berniaga barang baby lagi
Jadi aku beli dengan orang je la dan harganya pun mesti la mahal sikit kan
Usia Alauddin dah 4 bulan lebih baru aku bula bisnes baby
Sepanjang dia membesar baru aku membeli terus dengan supplier
Senang bila top up barang niaga beli sekali untuk pakai harian Alauddin
Memang jimat banyak la sebab beli pada harga borong kan

Masa mengandung Alauddin banyak brang beli kat mall
Asal berjalan hari minggu beli pakaian dan barang keperluan dia
Agak banyak jugak la aku membeli masa Alauddin mungkin sebab anak pertama
Barang apa pun takde kan, yang ada hanyalah barut adik aku si Jannah
Yang lain semua kene beli baru

Tapi sekarang ni aku dah dalam bisnes barang baby jadi memang mudah banyak lah aku nak sediakan pakaian baby tu
Kali ni aku tak de ke mall pun beli pakaian baby
Tak de sehelai pun aku beli kat mall
Semua aku ambil dari supplier aku je

Setakat nak buat pakaian harian tu memang aku ambil stok kat supplier je
Sambil aku beli untuk stok niaga aku ambil lebih untuk anak aku sekali
Mana yang aku berkenan yang aku rasa lawa comel tu aku asingkan untuk anak aku siap2
Aku terus siap basuh lipat elok2 letak dalam beg khas dia
Setakat rompers sleepsuits memang aku tak perlu risau sebab beli dengan supplier je

Lagi 1 aku suka juga membeli pakaian dari oversea tapi kene menunggu la kan
Aku tak kesah menunggu sebab dah biasa
Lagipun bukan nak pakai segera pun kan
Baju Alauddin pun aku banyak beli dengan deme ni
Dah biasa berurusan tu tak de la rasanya kene tipu ke apa

Kadang2 beli untuk simpan pakai kemudian
Ada baju saiznya beso sebab cutting oversea gamaknya walaupun aku ambil saiz umur Alauddin
Jadi mana yang belum muat aku simpan la untuk pakai bila dah muat nanti
Dah jimat sebab ada baju baru belum pakai

Baru ni aku saja kemas2 baju baru yang belum dipakai Alauddin
Sekali kira2 ada lagi 8 pasang tak dipakainya
Bila test udah muat dah...bajunya saiz 3 tahun tapi masa ni baru muat
Aku fikir tak de la beria sangat nak membeli untuk pakai raya kan sebab ada lagi baju baru
Kalau nak beli pun wat nambah selai 2 je
Tak membeli pun tak ngape

Baju si baby pun serupa la jugak
Aku beli banyak saiz 3m dan 6m
Boleh pakai lama
Baju 3m aku banyak beli dengan supplier je
Yang mana beli dari kawan yang jual pakaian dari oversea aku beli saiz beso
Nanti dah abis pantang kot nak ke mana-mana udah ada baju jalan yang baru
Tak de nak membeli sesaja bajunya

Ada sleepsuits dari oversea aku beli saiz 3-6m tapi beso sungguh
Mau 9m 12m dia leh pakai lagi
Cutting deme memang beso sungguh
Kiranya simpan dulu la tunggu dia beso sikit
Masa Alauddin aku tak jumpa sleepsuits ni
Banyak belikan dia rompers je
Masa baby adik baru la supplier jual sleepsuits dan banyak jumpa online shop jual macam2 sleepsuits udah galak nak beli sleepsuits sesaja

Jadi dari segi baju tu aku rasa dah ada la beberapa helai
Tapi banyak sleepsuits la
Baju seluar sepasang aku tak de membeli lagi
Mungkin beli last minit kot

Blanket Alauddin ada lagi dalam keadaan elok dan gebu
Aku dah siap basuh dan lipat elok2 letak dalam bag baby
Cuma tambah lagi sehelai blanket baru untuk wat lap2 selepas mandi ke selimut baby ke kan
Kalau bedung aku biasa guna kain pelikat atau kain batik je
Lebih mudah sebab dari masa Alauddin lagi aku guna kain pelikat je




Barut pula aku hanya tambah yang baru lagi 5 helai
Saja amik yang plain warna
Tak mau amik hat corak2
Nanti senang untuk kegunaan anak yang seterusnya
Lelaki perempuan boleh pakai
Barut lama masa Alauddin ada lagi 7 helai yang masih elok
Barut lama tu dari zaman adik aku lagi si Jannah
Memang elok kainnya tak langsung kotor ke kuning2 ke tahi lalat ke
Kain pun kukuh lagi tak de berbulu tak de terkoyak ke tertetas ke tertarik ke
Jadi beli lagi 5 je la buat tambahan yang sedia ada

Kome tengok la abang long ni
Apa je barang untuk adik dia sibuk suh pakai kat dia dulu
Aku ni layankan je la perangainya
Aku kata ok dah simpan untuk adik nanti
Dia kata bukan Udin punya ke
Aku kata bukan lah...ni untuk adik



Lampin ada 2 helai yang masa Alauddin
Aku rasa nak kene tambah lagi 1 set je yang jual 10 helai 1 set tu kan
Aku tengok ada ANAKKU dan PUREEN
Tengok la antara 2 tu aku beli nanti
Masa Alauddin guna sebagai kain lap atau lapik tilam selepas mandi je
Tapi untuk baby adik sebab maknya nak berCD jadi aku nak beli lampin untuk guna sebagai insert dalam CD

Lagipun lampin lebih mudah cuci berbanding insert khas CD sebab tak perlu pantang larang apa2
Guna sabun apa2 pun tak pe dan warna najis yang melekat kat lampin pun lebih mudah tanggal
Cuma mama kene rajin la tukar lampin bila dah basah tu
Haaaa lagi 1 snappy untuk ikat lampin tu
Cara lama guna pin beso tu kan
Skang dah ada lebih mudah iaitu snappy
Dia ada gerigi tajam kat bucu juz snap je kat tengah2 macam pin lampin tu
Mudah nak pakaikan dan mak pun tak de la takut anak terkene pin ke apa kan

Mitten dan booties tak perlu tambah apa2 
Guna je yang Alauddin punya
Elok lagi tak de berbulu2 ke koyak2 ke apa
Cuma kene basuh sebelum bawak balik Manjung
Bath tub pun guna hat abang punya ja
Masih elok dan dah siap basuh pun buang habuk



Ini antara CD yang aku dah siap basuh 
Ada 6 covers, 3 fitted bamboo dan 6 bamboo insert
Covers tu boleh pakai dengan lampin
Kira kalau baby kencing tak de la tilam basah sekali
So boleh la tampung untuk 2-3 kali kencing kan
Covers tu material dia kalis air so tak de la bocor 

Sebelum guna kene prewash 3 kali
Lepas tu aku praktikkan pada Alauddin
Tak de la renyah sangat sebab insert yang aku guna insert bamboo yang menyerap lebih lama
Siang aku guna lebih kurang macam pampers la jugak
Dalam 3-4 jam aku tukar fitted dengan insert je
Covers boleh pakai lagi kalau tak de bau atau apa2 kotoran


Dalam bulan ni ada 12 keping lagi pocket CD, 12 insert microfiber dan 6 insert bamboo akan sampai kat tangan aku
Hat ni yang aku cite ari tu brand Glowbug
Hat ni dapat wetbag so aku tak payah beli wetbag asing dah
Senang untuk bawak travel sebab kalau kita tak basuh cd dan insert boleh simpan dalam wetbag ni
Sampai rumah nanti baru basuh



Lepas tu ada beli kat kawan sekolah brand Lunatots
Striking gila warna dia kan
Geram je tengok dah la lunatots ni agak mahal
Dia beli masa anak pertama tapi tak guna2 pun sampai anak dia umur 3 tahun dah sekarang
Anak dia sebaya dengan Alauddin beza umur beberapa hari je pun
Pastu tanya dia kot nak jual kan jual la kat aku
Dia kata memang tak guna pun
Dari simpan baik dia jual kat aku kan
Alhamdulillah rezeki aku la tu dia mau jual kat aku
Yang best ada sekali laundry bag dan liner
Aku baru terpikir nak beli laundry bag sebab kalau nak bagi CD ni tahan lama seeloknya basuh mesin guna laundry bag
Jadi dah dalam set ni ada laundry bag udah tak yah pikir2 dah kan
Liner tu leh guna untuk letak atas lampin
Kalau baby berak tak de la najis dia direct kene lampin dan nak buang pun mudah
Hanya buang liner terus dalam tandas dan flush....selesai
So dah ada 6 CD dan  inserts kot aku pun lupa dah berapa dia kabo ari tu sebab tak de kat tangan aku lagi...haha



Semua tu kene prewash jugak la tu bagi kadar serapan lebih baik sebelum digunakan
Sabun untuk basuh CD pun aku belum lagi
Dia ada sabun khas nya yang sesuai untuk basuh CD
Aku pilih PUREEN HAD dan COSWAY KIDDIES WASH
Pureen HAD memang mudah nak cari kan, bersepah kat mall
Cosway pun sama kat mana Tesco mesti ada Cosway lepas tu beli dapat harga ahli pasal Nas dah daftar ahli lama dah

Untuk mandian baby aku taknak guna mandian biasa kat pasaran tu
Masa Alauddin aku guna set PUREEN sehingga la usia dia 2 tahun
Selepas 2 tahun dah tak de mandian khas untuk dia
Kami sepakat nak bagi dia guna sabun yang kami suami isteri guna
Kami memang dari bujang dah biasa guna sabun mandi dettol
Jadi Alauddin pun disabukan dengan sabun dettol
Syampoo je masih guna PUREEN itu pun guna masa untuk basuh rambut selepas potong rambut
Rambut dia memang tak pernah panjang pun jadi tak perlu kerap bershampoo

Lepas tu bila mula membaca pasal kandungan dalam set mandian di pasaran aku dah mula jadi agak memilih.
Kebanyakkan set mandian di pasaran mengandungi PARABEN dan SLS kan
Jadi seeloknya elakkan menggunakan produk yang mengandungi 2 jenis bahan kimia ni
SLS ni ejen buih, maknanya lagi banyak buih sesuatu cecair tu tanda tinggi la kandungan SLS nya
Bahaya SLS ni menggalakkan iritasi kulit pada pengguna terutama bayi dan kanak-kanak

Paraben ni pulak ejen pengawet sintetik yang digunakan untuk bagi sesuatu produk tu tahan lebih lama
Tapi PARABEN ni boleh memasuki sistem tubuh badan melalui kulit
Antara kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak baligh awal dari usia sebenarnya kerana kebolehan paraben meniru hormon lain menyukarkan sistem endokrin berfungsi dengan sempurna

Kulit baby kan masih lembut, halus dan sensitif
Jadi seeloknya carilah produk yang bebas PARABEN dan SLS

Aku dah survey beberapa produk yang natural untuk baby
Aku memilih Moogoo produk
Tapi aku nak beli 2 barang je pun
Mandian guna milk wash dan shampoo guna milk shampoo
Both ni tak de buih melampau dan bebas dari pewangi yang merbahaya selain menggunakan bahan2 semulajadi dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti minyak zaitun dan minyak kelapa




Cukup la 2 barang ni je untuk set mandian anak aku
Tak perlu banyak2 pun sebab baby kan memang dan ada bau depa sendiri iaitu bau SYURGA...
1 botol ni tahan lebih kurang setahun sebab tak perlu pakai banyak pun
Dan yang pasti semulajadi..hihi
Shampoo tu aku nak guna sekali selepas pantang nanti
Elok untuk yang ada kelemumur maklumlah dalam pantang nanti rambut serupa hapa ja kan

Bedak ke losyen ke aku tak beli pun untuk yang kedua ni
Masa Alauddin pun aku tak pakaikan dia bedak atau losyen apa2
Lepas bercukur setiap bulan aku sapu bedak sejuk je
Ni kat rumah ada 2  botol bedak PUREEN hadiah dari Makcu masa pantangkan Alauddin
Tak bukak pun lagi tak tahu elok ke dak lagi pasai dah 3 tahun lebih dah

Untuk kulit kalau rashes atau gatal2 aku ada alternatif lain iaitu minyak kelapa dara a.ka. VCO
Aku masa awal pregnant dah beli VCO tanamera tu untuk massage perut
Elok untuk kurangkan stretchmark semasa proses perut mengembang
Tapi memang aku perasan pun kulit perut untuk 2nd pregnancy takde seteruk masa Alauddin
Tak de pecahan kulit warna merah yang ketara macam masa Alauddin
Yang ada pecahan kulit yang sikit ja lepas tu warna putih kilat2 tu
Tak nampak pun melainkan kalau tengok dekat2

VCO ni jugak aku juga buat minum sesudu je sehari
Tapi ada masa terlupa....ni dah masuk 8 bulan lagi la kene amalkan sehingga la sarat nanti kan
Jadi aku nak gunakan juga kat baby nanti untuk kulit dia
Kalau ada rashes ke gatal ke atau ganti sebagai losyen untuk dia
Tak yah risau dah sebab dah tentu natural pasal minyak kelapa ja pun tak de campuran bahan2 lain

Masa Alauddin baby, kalau ada gatal2 kene gigit nyamuk, aku sapu minyak gamat je
Tak lama lepas tu elok kering dan kecut biji gatal tu
Kulitnya serasa dengan minyak gamat kot senang koje mak ko nak
Luka kecil2 pun aku sapu minyak gamat
Memang berpuluh botol Nas beli minyak gamat masa ke Langkawi ari tu

Untuk adik baby pun macam tu la juga
Aku standby minyak gamat dan minyak angin mestika boto hijau tu
Alauddin minyak sapu perut dia minyak mestika tu ja
Elok tak de kembung apa2 pun
Harap adik dia serupa dia la jugak
Jenis serasi dengan minyak gamat dan miyak mestika tu
Alauddin sepanjang usia dia tak pernah kene kembung perut lagi
Berak pun lawas je tak pernah sembelit ke cirit birit ke sakit perut
Mungkin sebab dia menyusu badan dan aku pun banyak pantang makan sampai la usia dia genap 2 tahun.

Jadi barang keperluan luaran untuk adik dia pun dah disediakan
Cuma nak beli minyak mestika je lagi
Minyak gamat dah ada 12 botol
Putik kapas baby pun dah beli 2 botol
Ohhh ye....tuam baby aku belum beli
Ada tanya kat kawan mak aku dia jual tungku tuam perut baby tu
Yang ada kandungan herba dalamnya...udah siap bunjut dah
Tunggu nak panaskan sikit dan tuam selepas mandi
Harga rm10 je tak silap aku
Nanti balik Manjung boleh la beli

Kain batik untuk guna dalam pantang pun aku dah beli masa gi Langkawi ari tu
Beli 2 helai je
Aku pikir nak guna untuk lapik atau basahan je
Kalau setakat pakai dalam pantang aku pakai skirt labuh je lebih mudah

Haaaa...set berpantang pun aku belum beli lagi
Nas kata hujung bulan ni baru beli
Aku nak guna set Nona Roguy kali ni
Masa aku ectopic aku berpantang dengan set NR ni
Badan memang sedap dan terus aku amalkan sampai hari ni
Macam uncang teh herbanika tu memang aku dah amalkan sebelum ectopic lagi
Lepas tu aku dah ada barra gel yang guna sebagai feminin wash
Lama dah aku beli
Dekat 2 tahun tak abis2 lagi sebab guna sedikit je beso biji kacang hijau

Minyak berubat herbanika pun aku ada masih banyak lagi
Minyak tu leh guna untuk urut ibu dan baby sekali
Mungkin aku tak perlu beli dah sebab masih banyak
Cuma perlu beli set basic berpantang je

Ketip kuku baby Nas ada simpan yang masa Alauddin punya
Patutlah aku cari kat rumah tak de rupanya dia bawak ke pejabat
Konon nak ketip kat ofis kot2 lupa potong kuku
Tapi dah kuku pun beso gajah mana maunya pakai ketip kecik
Kene la guna hat beso tu ha baru lut
Aku dah pesan suruh bawak balik rumah senang terus masuk dalam bekas baby

Kain putih untuk guna tanam uri aku tak beli lagi
Masa Alauddin mak aku beli kat pasar malam je
Senang cari sebab ramai orang jual kain cotton putih tu
Nanti aku pesan kat mak aku la minta belikan

Tilam baby kali ni aku tak beli pun
Tilam Alauddin masa baby pun aku dah bukak dan ambil kekabu dia
Kekabunya elok sebab memang asli kan tu elok aku ambil buat bantal
Aku buat bantal ikut ukuran yang aku nak sebab kebanyakkan yang tengok kat online bantal kepalanya kecil dan nipis sikit
Jadi aku jahit dan buat besar sikit dan tebal sikit
Bantal kepala masa Alauddin baby pun tak berapa tebal  tu aku nak buat tebal sikit

Masa Alauddin setahun lebih dulu aku ada beli kain cotton 2 meter dan 2 corak berbeza
Konon nak jahit baju tidur dan ganti sarung bantal baru la
Tapi sampai ke sudah tak buat2 pun
Jadi aku jahit buat bantal lepas tu guna kekabu tilam tu
Dapat la 2 biji bantal kepala Alauddin sebab nak gantikan bantal kepala dia masa baby tu ka yang dah lisut tu
Untuk baby pulak dapat la 2 bantal kepala dan 2 bantal peluk
Dah cukup dah la bantal untuk si baby

Lepas tu aku beli kain aku tempah kat orang untuk jahit sarung bantal semua tu
Akak ni niaga kat pasar malam yang sama dengan mak aku je
Jadi senang la nak bagi bantal dan kain tu kan
Untuk si baby aku pilih kain yang sedia ada kat akak tu je
Aku minta dia buat 2 set berlainan nanti senang nak tukar2 basuh kan
Bantal kepala Alauddin ada 2 biji aku tempah guna kain aku beli sendiri
Pasal Alauddin dah beso dah ada apa yang minat kan
Jadi aku cari kain ikut minat dia...aku beli corak bola latar biru

Aku beli kain terus minta seller pos ke rumah mak aku
Sabtu esok mak aku niaga boleh bagi kat akak tu
Sarung bantal adik baby dah siap minggu lepas
Minggu ni nak bagi kain untuk jahit sarung bantal kepala Alauddin

Baby nak baring atas apa?
Hihi...kali ni aku takmau guna tilam pasai sekejap sangat gunanya
Lagipun tilam baby tu kan tinggi sikit jadi bila baby dah pandai meniarap dan pandai pusing dia tak mau dah pun duduk atas tilam tu
Jadi aku kata kat Nas aku nak guna toto je
Kami pun cari la toto baby untuk mudah bawak travel sekali
Jumpa la toto baby bulan lepas terus la beli malas nak tangguh2
Balik rumah terus basuh toto tu dan simpan elok2 dalam bag toto dia
Dah selesai bantal dan alas baby
Toto baby beso pun kami dah ada nanti dia dah merayap lagi jauh leh guna toto hat besar pulak
Saja beli hat kecik sikit untuk bawak travel gi rumah orang ka apa ka kan

Aku rasa macam simple je persediaan aku untuk si baby kali ni
Sebab dah tahu kot apa yang perlu apa yang tak perlu
Lepas tu taknak membeli mende yang membazir atau yang tak perlu
Puting memang aku tak mau ajar pun
Alauddin pun tak de puting
Botol susu pun tak perlu pasai aku direct feed je anak aku nanti ko tak de keperluan untuk beli botol suus
Pam susu pun sama sebab aku ibu di rumah jadi belum lagi jadi keperluan
Baby cot pun tak perlu sebab anak akan kepit dengan aku je
Alauddin pun dah paham cakap orang
Aku rasa sempit pulak kalau ada baby cot dah la aku tak suka barang banyak2 buat semak je nanti
Nak simpan pun 1 hal
Jadi tak de rasa keperluan pun
Buaian lagi la tak perlu sebab aku memang tak mau ajar tidur buaian pun
Kang lagi susah pulak nak berjalan ke mana-mana
Ajar tidur bawah je senang koje mak ko nak

Wahhhh panjang sangat aku membebel
Sakan sangat cerita sampai melarat-larat
Stop dulu la ye

Nanti jumpa next entry

Wassalam :)




No comments:

Post a Comment