About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, June 2, 2015

6 hari 5 malam di Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum

Minggu lepas berkampung di Alor Setar dari Sabtu sampai Khamis
Nas bertugas sebagai panel penemuduga untuk jawatan N17
Jadi anak dan isteri tukang ngekor je la....jadilah dapatlah merasa holiday sekali kan

Jumaat malam balik Manjung dulu sebab nak hantar separuh barang2 untuk aku guna semasa berpantang nanti
Aku bawak balik beberapa pakaian baby, barut, cloth diapers, bath tub,toto baby, mandian herba dan jamu serapat untuk aku guna semasa dalam berpantang nanti, cotton buds dan minyak gamat.
Basikal Alauddin pun kami siap bawak tinggal kat rumah atuknya senang nanti

Pasai beg kami nak ke Kedah pun boleh tahan banyak jadi bawak la mana yang lepas dulu
Minggu lagi sekali baru bawak balik pakaian aku untuk dalam pantang, pakaian Alauddin dan beberapa barang lain

Ke Kedah ni pun aku dah bawak siap2 buku pink dan beg hospital
Maklumlah berjalan jauh kan
Aku standby ke la apa2 yang patut pasai mende ni bukan dalam kawalan kita kan kalau nak jadi apa2
Jadi aku hanya prepared je la apa yang patut

Balik Manjung kelmarin mak aku kabo sarung bantal baby dah siap
Jadi aku bawak balik la terus cuci kat rumah aku senang sikit
Nanti bawak sekali masa balik 36 weeks tu
Aku kan takmau pakai tilam baby jadi aku hanya tempah sarung bantal sahaja

Mak aku pesan suruh call opah bidan kabo nak bersalin dalam bulan puasa
Dah serasi dengan opah tu takmau dah cari orang lain
Harap ada la rezeki aku dengan opah ni
Nanti dah 36 weeks aku call la opahnya

Sepanjang perjalanan ke Kedah perut aku mengeras je
Lately ni baby suka mengeras dan kalau bergerak kemain gegor perut aku
Ada masa aku rasa macam sedikit sakit bila dia berpusing tu
Tapi sejak2 ni baby aktif bergerak waktu tengah malam ke pagi
Waktu pagi sampai tengah hari light2 je macam tendang2 gitu je

Tapi yang aku perasan kalau aku bergerak berjalan tak de rasa sakit kalau dia mengeras tu
Kalau aku duduk saja atau terbaring je memang agak stress jugak kat kawasan bawah perut bila dia mengeras tu
Jadi aku kene kerap berjalan la bagi kurang rasa sakit tu
Tak de la sakit sangat, macam senak2 manja gitu

Kami gerak Sabtu pukul 1 petang macam tu
Sebelum tu ikut abah ke kenduri kawannya kat manjung jugak
Dah kenyang semua baru gerak

Nas sibuk nak makan pasemboq Padang Kota
Jadi kami shoot ke Penang dulu naik feri
Saja nak bagi Alauddin merasa untuk kali ke2
Masa kali pertama dia kecik lagi dalam setahun ke 2 tahun macam tu
Sekarang dah 3 tahun lebih kan jadi sibuk la dia berjalan atas feri tu tengok air laut
Aku mampu duduk je kat kerusi besi tepi feri tu...huhu

Kami sampai Penang dah petang dalam jam 5 macam tu
Lewat sikit dari jangkaan pasai lama menunggu feri tu
Masa pegi pun tunggu dekat 30 minit masa nak balik pun tunggu 30 minit jugak
Lepas tu kat padang kota pulak ada event karnival anime jepun macam tu la lebih kurang
Jadi sepanjang jalan kat situ penuh la budak2 sekolah kot pakai costume ala2 anime popular jepun
Ada naruto ada sailormoon ada raskasa apa ntah aku pun tak kenai sangat pasai aku tak minat anime pun...haha
Jadi memang sesak gila la nak mencari parking apanya

Kami pusing dekat 5 6 kali jugak mencari parking tu
Nas kata terpaksa la aku kene gi menapak membeli pasemboq pasai tak dak parking
Jadi dia turunkan kat aku betul2 kat sebelah medan padang kota tu kan
Tak de la jauh pun aku menapak tapi pasai Nas panik lebih dari aku...haha

Aku pun pegi la pilih2 pasemboq
Sambil tunggu depa potong2 aku beli laksa zaiton kat sebelah kedai pasemboq tu ja
Lepas tu aku nampak Nas mencari aku sambil dukung Alauddin
Rupanya elok aku keluar ada kereta keluar dan dia pun masuk park situ
Lepas beli laksa dan pasemboq aku pegi kedai seberang beli sotong kangkung pulak
Ok cukup dah untuk makan malam tu

Selesai beli tu terus la ke Alor Setar
Masa ni dah nak masuk Maghrib
Kami sampai kat hotel pukul 9 malam macam tu
Terus la check in memang aku penat rasa pasai duduk lama dalam kereta kan
Malam tu makan2 terus la berehat nak tido pulak
Pasai esok tu Nas kene keluar awal pagi pasal interview tu mula jam 8 pagi

Petang Ahad tu kami keluar cari makan untuk hari kedua pulak
Kawan aku yang memang orang Alor Setar dia cadang suh makan nasi lemak royale simpang kuala
Dia kata tu antara yang sedap la
Pastu depa ada banyak cawangan juga
Kat area Pekan Rabu pun ada tapi bukak siang ja kata dia
Yang bukak malam kat simpang kuala tu

Nasi lemak royale ni nama ja nasi lemak tapi lauk dia semua lauk nasi kandar
Kalau baca kat blog2 depa kata tu nasi kandar sebenarnya
Cuma nasi dia warna kuning macam nasi minyak
Jadi aku pun beli la sebungkus ambil lauk sotong 5 ekor dan daging 2 ketul kuah banjir
Harga tak mahal mana RM16 sahaja


Ninnnn diaaaa nasi lemak royale hijau kuning
Rasa sedap pedas dan manis cukup rasa
Masa aku beli memang ramai siap beratur bagai tapi laju la kan
Tak rasa menunggu pun
Makan memang kenyang sungguh pasai nasi banyak 

Nas pulak pasai hujung tahun lepas kami penah ke Alor Setar jugak tapi duk kat Hotel Grand Alora
Bawah hotel tu kat kawasan parking depan hotel ada banyak gerai2 jual makanan
Ada makanan goreng, nasi lemak, minuman panas sejuk, yong tau fu, roti canai, satay dan macam2 la makanan kat situ
Memang senang la nak cari makan kalau duk hotel tu
Sebelah pulak tesco...hanya jalan sikit pastu lintas jalan dah sampai
Jadi Nas suka dengan nasi lemak dan roti canai kat situ
Tu yang dia nak jugak makan nasi lemak tu

Kali ni kami duk kat Star City hotel, tak jauh pun dari grand alora 
Tu pegi jugak cari nasi lemak tu, beli la 3 bungkus
Konon aku nak sebungkus la
Tapi sudahnya tak makan pasai aku dah kenyang sengkak makan nasi kandaqqq tu

Lepas tu aku ni memang teringin nak makan durian
Nas memang tahu aku nak makan sangat
Jadi dia dah kata nanti kat Kedah kalau ada kita beli
Sepanjang jalan tu ada beberapa orang jual durian dan banyak juga la 
Jadi kami singgah sat pasai tengok ada yang siap letak dalam polisterin
Pasai paham durian bukan leh masuk dalam hotel kan
Jadi kami cari hat yang kopek siap masuk dalam polisterin
Senang nak angkut masuk hotel 

Banyak gerai jual buah-buahan sepanjang jalan kat Alor Setar ni
Jadi Nas pi la beli kat pakcik ni
Alhamdulillah dapat musang king 2 pek harga rm26 sahaja


Ini la rupa durian tu
Tapi aku tak makan banyak la malam tu
Aku makan 3 ulas je bagi merasa
Esok aku makan lagi sebab risau kang terberanak pulak makan tak sedo diri ni kan
Sederhana itu lebih baikkk
Tapi pakcik tu jual udang merah jugak 
Tengok la kalau nak merasa lagi mungkin beli lagi

Sarapan tak perlu risau sebab dah makan kat hotel
Jadi tengah hari isnin tu lepak dengan Zana
Dia ajak makan nasi lemak royale kat pekan rabu pulak
Masa kami pergi dah pukul 1 lebih tau
Sampai je tengok dah banyak lauk habis
Ada ayam, daging hitam  dan sotong pun ada berapa ketul je 
Lauk lain memang dah abis la
Yang kat Pekan Rabu ni memang bukak dari pangi sampai pukul 1 2 macam tu je

Kami bungkus je nasinya sebab plan nak makan kat hotel je la
Senang leh lepak2 sambil sembang2 kan

Lepas tu kami ke Medan Selera pekan rabu pulak
Konon nak cari laicikang la
Sekali tengok depan kedai ni ada jual mihun sup pulak
Aku kata meh la makan mihun sup sekali
Dah alang2 kan
Dah abis makan mihun sup aku terpikir makan je la nasi kandar tadi tu
Habis selesai kat kedai makan ni je

Kabo kat zana die pun ok je
Dia memang lapar pasai dari pagi tak makan sibuk duk hantar kawannya ke klikik
Anak kawannya sakit tonsil katanya
Apa lagi kami pun balun la nasi kandaq bungkus tu pulak
Alauddin aku bagi abc eskem tapi dia makan eskem je...huhu
Tak mau dia abc tu
Tapi pasai aku dah da laici kang tak larat la aku nak habiskan abc die tu
Membazir betul la anak aku ni tau

Memang rezeki anak aku la kot kan
Semuaaaa zana bayarkan katanya belanja sebab bukan selalu aku datang ke kedah pun kan
Masalahnya ari tu aku datang pun dia belanja tomyam 
Kali ni pun belanja lagi adoyaiii
Moga murah rezeki ko zana dunia akhirat

Pukul 3 lebih dah balik hotel rehat2 
Zana terus la balik rumah dia 
Petang tu zana kata ada pasar malam kat taman wira mergong jalan nak ke terminal
Jadi kami pun keluar petang tu cari makan malam pulak

Malam tu nas beli nasi goreng pataya ayam je dan roti kebab salut telur
Aku pulak makan nasi beriani lauk ayam masak madu dan kuah ayam sambal
Tengah nak balik tu tengok mihun sup 
Beli lagi mihun sup pulak sebab bau sup die sedap...haha
Padahal dah makan siang tadi kan

Sebelum tu kami cari self service dobi
Baju2 banyak dah kotor jadi nak cuci siap kering terus
Maklumlah duduk 5 hari kan tak de keje la nak bawak baju bajan 1 lemari kan
Cuci 28 minit keringkan 24 minit
Jadi kami jalan2 kt paso malam siap isi minyak kereta bagai sampai kedai dobi dah siap semua
Sampai hotel baju panas2 tu kirai dulu atas meja bagi dia sejuk sat sebelum lipat masuk bag semula
Esok dah boleh pakai baju bajan nak jalan2 kan

Selasa petang tu kami plan nak ke Padang Besar
Saja2 la nak cuci mata kat kawasan bebas cukai kata orang kan
Pasai tak pernah pergi tu nak jalan2 sana tu
Nas abis kerja pukul 3 lebih macam tu
Pukul 4 kami gerak ke Padang Besar

Masa pergi kami pilih lalu jalan kampung 
Seronok tengok permandangan kampung dengan sawah padi berderet sepanjang jalan 
Lepas tu ada kerbau lembu memang best ja kawasan kampung kan
Sepanjang jalan tu jugak banyak sungguh gerai jual harum manis dan mangga sala
Sekarang ni kan musim mangga sala yang mangga panjang warna kuning tu kan
Ada juga mangga kampung
Rasa dia manis juga tapi ada yang manis2 masam ada yang manis tapi tak semanis harum manis la
Harga pun 3 kg rm10 ja
Harum manis dari rm20-rm35 sekilo macam tu

Tapi pasai aku dah merasa harum manis tak de la menggelupur nak beli
Dah sebat 8 biji sorang je hadap puas hati dah la
Tunggu tahun depan la pulak kan
Perjalanan dalam 1 jam lebih sikit ja 
Parking pun tak de la susah sangat pasai kawasan dia boleh tahan besar juga

Orang tak ramai mana pasai bukan waktu cuci sekolah ke cuti umum apa kan
Kami jalan2 kedai yang kat bawah ja tak pi pun naik atas tu
Kawasan niaga dia luas ada bahagian atas ada bahagian bawah
Yang bawah ni teratur sikit sebab dia tersusun macam deretan kedai 
Jadi mudah nak berjalan tu

Kami hanya cuci2 mata sahaja
Tak de apa yang berkenan nak beli pun
Banyak jual pakaian je la dari barang2 lain
Periuk belanga ada 1 2 kedai je.....meriah lagi kat Kelantan la
Mainan budak la paling banyaknya pun
Kalau bawak anak wajib la beli kan pasai asyik duk nampak sesaja
Beli la patung kain spiderman untuk Alauddin konon wat teman tido ka main ka
Hahahaha...tapi memang dia kelek la spiderman dia tu kan


ehsan : GOOGLE

Ini la rupa patung spidermannya pun
Jadi la ye Alauddin...haha
Kami jalan kat gerai orang jual buah-buahan
Banyak durian tapi siam punya rasanya
Pasai bila aku tanya nama durian tu dia sebut nama yang tak pernah aku dengar pun 
Pastu ada bunyi cam siam2 pun ada
Cuma 1 ja aku biasa dengar durian telur buaya
Yang tu penah makan kat pasar payang terengganu
Masa tu memang musim kot pasai berlambak orang jual
Jadi tak rasa pun nak beli pasai takut durian siam...haha

Nas beli buah limau bali
2 biji rm5 dan rasa dia manis2 kelat...biasalah limau bali kan
Lepas tu beli buah laici sekilo rm8
Makcik tu kata amik la sekilo setengah rm10 ja dia bagi
Kami pun amik je la....laici tu memang manis..sedap
Harga dia biasa je la standard masa beli kat pasar payang juga dalam rm8-rm12 
Tapi kat padang besar tu memang semua jual rm8 sekilo

Tu je la kami beli kat padang besar
Pakaian dia even dari siam kot rasanya harga tak murah mana
Short pant yang Nas selalu beli kat Kelantan harga dalam rm15-rm20 ja 
Tapi kat padang besar rm20-30 padahal seluar tu sama ja
Jersi pun boleh kata mahal la jugak pasai dia bukan ori kan
Tambah sikit dah dapat ori kat al ikhsan kata Nas...huhu

Lepas tu tanya bantal2 kekabu pun harga tak murah mana
Bantal kekabu yang petak berlekuk tu kan biasa kat sakan rm4-6 sahaja
Tapi kat padang besar rm15....jauh la harga
Nas memang jenis tahu harga kebanyakkan barang yang biasa kami beli
Jadi tak mudah la kami nak beli2 ikut suka dan yang penting tak de la rasa kene tipu ke apa kan

Selesai jalan2 tu terus la balik Alor Setar
Singgah gerai jual air mangga....sedap manis segar je rasa pasai letih berjalan kan dapat jus mangga memang melegakan laaa...
Sampai Alor Setar kami singgah pasar malam
Cari makanan untuk malam pulak
Kat pasar ni sekali lagi beli durian udang merah pulak
Harga rm13 sekilo tapi beli yang dalam pek je
1 pek rm15 kami beli 2 pek abang jual tu bagi rm20 je
Alhamdulillah rezeki adik baby lagi ni

Lepas tu Nas beli roti boom 4 keping dan cucur udang rm2 
Aku beli nasi lemak 3 bungkus dan nasi goreng kampung sebungkus
Ok dah selesai untuk makan malam
Selesai mandi, kami mengadap la apa yang dibeli tu
Aku belum apa2 dah abis 1 pek durian aku bedal
Simpan lagi 1 pek untuk esok pagi pulak
Puas dah la makan durian sampai 2 hari 4 pek
Nas tanya nak durian lagi ke nanti sebelum balik boleh beli lagi
Aku kata cukup dah tak yah beli lagi dah...haha

Rabu tu plan nak ke Pekan rabu je
Mak nas nak kuih karas minta beli lebih katanya
Mak aku minta jeruk pulak
Asalnya dia kata beli yang kat Penang pasal tahu aku nak ke Penang dulu kan
Tapi pasai kat Penang tu kemain sesak terus tak jadi nak jalan2 tempat lain lepas gi padang kota tu
Jadi nak lepaskan hajat mak aku, aku beli la jeruk kt pekan rabu je
Beli jeruk campur je mak aku kata
Setengah kilo rm10 
Kuih karas dan pelbagai jenis kuih muih keropok dan makanan lain 3 @ 4 jenis barang rm10 sahaja
Jadi beli untuk mak nas 4 bungkus rm10 
Untuk mak aku pulak 2 bungkus dah la pasai bukan depa makan sangat pun
Mak nas memang kuih feveret dia tu

Lepas tu aku beli otak udang pasai sedap oiii makan dengan laksa
Tapi aku ni dah la nak berpantang memang bertahun la aku pantang laksa tu
Tapi bantai jugak beli petis a.k.a otak udang..haha
Pasai orang melayu buat kan rasa yakin la nak beli
Kalau tempat lain tak tahu la sapa 
Kuah rojak mak bee pun beli....3 botol rm10 jugak
Amik la 3 botol pasal kat kawasan rumah ada mangga masam2 tu sedap buat colek ala2 rojak buah 
Aku amik bepang sebungkus campur dengan kuih karas mak aku

Last amik bahulu panas2 lagi baru lepas masak
Sebungkus rm3 sahaja ada 20 biji kot dalam tu
Dalam kereta terus ngap makan ya Allah sedapnyaaaaaaa
Memang lembut rangup suam2 tak sedar la makan tu habis terus
Nas kata esok balik singgah lagi beli baulu semata
Depa jual baulu bukan hat bunga biasa tu, da hat guna acu kuah kemboja 
Jadi tu baulu beso dan ada jual baulu ikan
Tapi pasai kalo beso2 makan kene perabis lagi mudah beli hat comel2 ja
Makan ngap masuk mulut terus

Malam tu kami ke kedai2 berderet depan hotel grand alora tu
Nas nak makan nasi lemak sedap die tu lagi sebelum balik esok tu 
Hahaha..2 bungkus dia beli lepas tu cari roti canai hat beli ahad ari tu
Tapi pakcik tu tak naiga pulak
Jadi dia beli nasi goreng ayam

Aku pulak pasai petang tadi dah beli laksa dan nasi lemak 4 bungkus 
Makan laksa dann nasi lemak sebungkus je
Ada baki lagi 2 bungkus
Jadi aku top up dengan sebungkus nasi gorang udang
Brader ni kalau goreng2 memang sedap tau
Tu yang kalau susah2 sangat aku order je brader ni confirm memang sedap punye
Settle dinner untuk malam tu

Hari ni khamis hari terakhir di alor setar..huhu
Rasa lama juga tapi tak de la rasa puas je jemu ke pasai aku memang seronok rasa boleh rileks kan
Memang aku perlu waktu berehat pun dalam keadaan sekarang ni
Berjalan pun banyak berehat pun perlu la banyak juga kan
Peha aku dah ada rasa sengal2 dah dan adakalanya aku kene berjalan perlahan2 
Maklumlah aku rasa perut aku agak besar untuk kali ni sebab badan aku tak mengembang mana
Masa Alauddin perut sama beso dengan badan
Hat no 2 ni badan maintain je tapi perut yang naik lebih sikit jadi macam tak seimbang pulak

Nas pun kata nampak aku macam susah jugak nak berjalan tu
Dah la pesen aku ni jalan nak laju ja
Jadi bila dia tengok aku slow je merayap2 tu dia memang risau la
Tak pe la memang aku dah sarat pun..haha
Biasa la keadaan merayap macam tu

Haaaaa....kat sini pun sempat aku beli barang2 untuk baby
Kami ke tesco je asal untuk jalan2 je la
Lepas tu tengok ada pampers newborn yang tengah sales
Aku terlupa yang pampers untuk bawak ke hospital belum beli
Aku kata tak yah la beli banyak2 pasai aku nak pakaikan CD nanti kan
Tapi pasai harga untuk hat drypers wee wee dry 20 keping dengan yang 1 pek besar tu tak jauh beza pun Nas suruh ambil 1 pek beso terus la
Aku pun ok je la sementara awal2 pantang leh la pakaikan newborn tu kan

Lepas tu baru la teringat maternity pad pun belum beli jugak
Masa shopping kat Tesco Kuala Selangor pad tu habis dah kot pasai cari2 tak jumpa pun
Kat sini ada pulak brand intimate dan madame tu jadi aku ambil intimate
Aku ada terfikir lepas habis pantang nanti aku nak bertukar pada pad kain tu
Kan lebih selamat dan terjamin kebersihan dan keselamatan dari yang biasa jual kat mall tu kan
Nak2 pulak kawan aku sendiri yang jahit dna jual lagi la mudah aku nak cari penjualnya
Pasai sekarang ni kan macam2 kes penyakit dalaman ni
Jadi kene la jaga dari awal kalau dah mula ada kesedaran
Pad kain ni pulak lebih mudah pasai boleh cuci dan pakai semula
Jimat dan selamat gitu
Mak bidan2 vougue pun tak pakai pad pakai buang tu tau pasai depa sangat2 menjaga dalaman mereka

Lepas tu beli gak pureen napkin hat 10 keping tu dan snappy
Tau kan snappy ni guna ala2 pin untuk lampin tapi sanppy lebih praktikal la
Pasai die kelip ja dengan 3 bucu lampin dah selesai
Lebih kemas dan yang pasti mudah guna tak de la mak2 ni takut anak terkena pin ke tercabut pin ke kan. Aku beli 2 keping je dah la
Banyak2 nak buat apa pulak

Hari ni Nas abis keje pukul 3 petang macam tu
Pasai dia booked sampai hari Khamis patut kene check out pukul 12  la kan
Tapi sebab dia rasa sesi temuduga tu akan lajak ke pukul 2 3 macam tu jadi dia amik late check out sampai pukul 6 petang dan just tambah rm100 sahaja
Jadi petang ni pukul 5 6 kami baru check out then terus balik ke Kuala Selangor

Sebelum balik kami singgah Pekan Rabu jap beli baulu sedap kelmarin..haha
Kali ni rezeki dapat jat baru keluar oven, kami beli yang dalam bekas rm10 sebekas
Dalam kereta duk ngup ngap baulu je
Separuh jugak la aku makan sorang

Dalam perjalanan hujan rintik2 ada masanya lebat sekejap lepas tu rintik2 balik
Kami berhenti makan kat R&R Bukit Merah kejap lepas tu straight terus ke Kuala Selangor
Sampai rumah dalam jam 9 malam macam tu
Alhamdulillah.....

Esok tu Nas kerja macam biasa, dia tak mau ambil cuti Jumaat tu pasai kerja kat ofis banyak maklumlah tak masuk ofis 4 hari kan mesti penuh atas meja tu kan
Sabtu Ahad je la dia berehat :)

Ok la kita jumpa next entry ye

Wassalam