About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, July 23, 2015

Suasana Hari Raya

Assalamualaikum
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Dah masuk 7 Syawal dah kita kan
Alhamdulillah aku pun dah makin sihat dan bertenaga
Sedap badan bila bersalin normal.....mudah dah cepat sembuh berbanding czer
Alhamdulillah

Raya tahun ni memang meriah
Semua 10 orang anak abah pulang beraya di Manjung
Tapi yang kelakarnya tu sesi bermaafan dan bergambar dibuat pada 3 Syawal
Haru sungguh raya kali ni
Ada kisah yang benonya

Si Syikin dia balik dari Kuantan naik bas
Dia balik khamis petang rayad naik bas Kesatuan
Si Wan, ma dan adik2 aku yang lain balik naik kereta tengah malam sebelum raya tu baru dia gerak
Sebab last Ramadhan dia masih berniaga kat bazar lagi
Selesai kemas2 barang niaga tengah malam tu baru la dia bergerak balik ke Manjung
Ikut jangkaan dalam pukul 2 pagi Syikin sampai la Manjung
Abah akan tunggu dia kat stesen bas

Malam raya tu pulak abah bakar lemang
Abah memang plan bakar malam sebab mentara tunggu lemang masak tu boleh tunggu Syikin sekali
Tot tet tot tet lemangnya siap masak dalam pukul 11 lebih macam tu
Mak pulak sibuk masak rendang ayam dan rendang daging
Pukul 2 pagi tu abah pegi la stesen bas tunggu Syikin
Tunggu punya tunggu sampai pukul 5 pagi basnya tak muncul2
Abah mesej Syikin dari pukul 3 lebih idok dibalas dek dianye
Rupanya syikin mesej ikah kabo basnye rosak kat Temerloh dekat 2 jam
Tapi dianya tak mesej kat abah
Ada ke mesej kat Ikah....dah la kawan tu tengah tidur bukan sedo pun orang anto mesej ke apa
Haru sungguh la budak Syikin ni

Abah pun pukul 5 tu tak de apa2 dia balik la sambung tido kat rumah
Kesian orang tua tu ha menunggu orang tak kunjung tiba
Pukul 8 pagi baru la syikin mesej suruh ambil dia
Si ila la pegi ambil dia abah udah nak siap2 ke masjid solat raya pulak

Si wan pulak subuh tu masih di Rawang lagi
Tersangkut dalam jammed kat Tanjung Malim katanya
Sampai Manjung pukul 11 pagi macam tu terus la dia cari apartment untuk menginap
Abah pun suruh la bawak bekal makanan raya untuk wan sebab tahu deme mesti lapo sebab berejam dalam kete dari tengah malam kan

Ila dengan Syikin hanto la makanan kat Wan
Udah tunggu deme pulak berejam2 la tak muncul2 kat rumah abah pun
Dengan Ila Syikin pun tak balik balik rupanya deme makan kat apartment si Wan
Selesai solat Jumaat baru deme semua datang ke rumah abah

Petang tu udah keluarga mertua aku pulak sampai
Abah dengan mak nak ziarah kubur arwah opah pulak kat kampung Bekor
Sempat la mak dengan abah melayan mertua makan apanya lepas tu baru gerak ke kampung
Elok abah pergi, Nas pun ajak mak dia check in kat hotel kat teluk batik
Mama memang plan nak tido hotel sebab deme datang sekali dengan family mak cu nak jalan2 teluk batik

Jadi tinggallah kami 9 beradik je kat rumah
Masa ni udah petang la pun
Abah dengan mak sampai rumah pukul 8 malam
Ate bila masanya nak bersalam bergambar bagainya kan

Konon planning nak bersalam bergambar raya ke2 la
Udah si wan pulak deme bawak baju raya sepasang aje
Yang lain baju jalan kira seluar ngan t shirt je la
Baju kurung baju melayu deme bawak sepasang sorang je
Lepas tu mama dengan mak cu pun lepas check out hotel ke mari lagi
Memang pack sesaja rumah abah pun
Udah tak jadi jugak nak buat masa raya ke2

Aku plan raya ke3 nak suruh deme pakai balik baju raya tu
Aku memang ingat nak cakap kat Wan pagi tu tapi ralit la aku menguruskan anak2 dan diri aku udah lupa
Petang baru la teringat aku cakap kat wan
Rupanya wan pun plan mende yang sama
Pagi tu dia dah basuh siap baju raya deme
Jadi kami pun kabo kat abah malam ni kita tangkap gambar pastu salam2 la
Abah kata ok jadi

Petang tu jugak wan balik ke apartment untuk deme siap2 la
Pukul 9 malam deme datang udah siap segala la
Alhamdulillah planning kami berjalan lancar
Dapatlah bergambar beramai ramai dan bersalaman sesama ahli keluarga








Muka aku nampak sembab lagi kan 
Tu tanda masih belum kurus la tu..haha
Tapi kan bersalin kali kedua ni aku rasa lemak lemak tak banyak kat badan 
Hanya perut je menggeleber sikit 
Kira logik la kan pasai perut kita mengembang ketika mengandung
Jadi ambil masa la sikit nak firm kepada keadaan asal kan

Tapi lemak2 kat bahagian lengan, peha dan pinggang memang tak de
Maintain je macam sebelum pregnant 
Lain rasa masa bersalinkan Alauddin dulu
Lengan dan peha aku ada lemak2 lembik tu
Lepas tu pinggang aku pun ada benjolan lemak kalau pakai kain atau seluar
Kat atas atau bawah getah pinggang tu ada benjolan lemak
Tapi kali ni tak da lemak2 kat area situ
Lega banyak la aku pasai tumpu kat perut ja la...haha

Ok sambung cerita pasal raya balik 

Juadah raya kami simple2 ja tapi semuaaaa sedap2
Raya pertama ada rendang ayam, rendang daging, lemang biasa, lemang jagung, nasi lemon lauk ayam masak merah dan kuih muih la
Aku dalam berpantang sibuk jugak gentel kuih raya
Tapi aku buat 2 jenis kuih je la
Tahu kan kuih popia nestum tu tapi aku tak guna kulit popia aku guna kulit murtabak
Lebihan kulit murtabak yang abah dah potong tu kami gunting kecik2 
Lepas tu goreng sampai kuning then salut dengan nestum, horlicks dan susu tepung
Rasa dah tentu la lagi sedap sebab kulit murtabak tu memang lemak berkrim rasanya

Lepas tu aku gentel biskut cornflakes pulak
Resipi kat FB je pun pastu simple gila sebab tak yah bakar2 pun
Hanya sangai tepung gandum atas kuali je dan bahan2 lain dah sedia untuk dimakan
Tak sampai setengah jam pun buat biskut cornflakes ni

Biskut lain ada yang dapat dari staf Nas dan dapat dari program yang Nas pergi
Dia dapat goodies bag yang ada balang kuih dan kerepek barang  1 2 jenis
Bila dikumpul kumpul cukup la 8 balang kuih raya
Jimat dah tak payah beli2 kuih bagai

Mama datang petang tu bawak pulak ketupat daun palas dan rendang ayam
Opah Ani pulak kirim kat mama gulai tauchu, rendang tok dan kuih apam beras
Gulai tauchu tu deme biasa makan cicah dengan kuih apam beras tu
Tapi gulai tu jadi lauk tengah hari aku jugakkk...haha...sedap sebab orang tua masak kan

Petang tu pulak wan bawak ma jenguk aku
Aku kan dalam pantang jadinya memang tak dapat la nak keluar rumah jenguk ma kat apartment tu
Ma memang paham dan memang tak bagi aku keluar
Dah la apartment tu kawasannya agak sunyi memang tak sesuai la untuk orang dalam pantang macam aku ni kan
Ma datang bawak rendang opo (orang kuantan tahu la kot rendang oppo ni kan)
Rendang opo ni macam rendang daging masak hitam rupa dia tapi versi kering 
Tapi cara masak dia lain sikit la
Ma kata orang dalam pantang boleh makan sebab tak pedas
Sedap rendang opo ni tapi makan denga pulut lagiii sedap....haha
Ma ada bawak rendang ayam jugak
Kiranya rendang ayam dan daging ada pelbagai jenis dan berbeza air tangan 
Tapi yang paling aku geram tu tapai pulut, tok buat dia bagi kat ma suruh bawak ke mari
Tok memang pakar buat tapai pulut....sedap sungguh la
Setiap kali raya kuantan memang aku akan makan tapai pulut ni
Tapi kali ni aku menyampah tengok sebab aku tak dapat makan....stresss!!!!!!
Aku kata kat ma tahun depan giliran beraya ke kuantan jadi aku nak ada tapai pulut
Hahahahahha....special request katanyaaaa....
Tak payah risau la esah....memang tiap2 raya ada je tapai pulut tu

Raya kedua pulak mak masak nasi ayam
Mama check out hotel tengah hari tu ajak makan kat rumah kami
Mak buat 3 ekor nasi ayam pasai wan dan adik2 pun ada, mama sekeluarga dan mak cu sekeluarga 
Lemang masih ada lagi mak top up rendang je lagi

Raya ketiga pulak adik2 aku suruh mak berehat deme pulak nak control dapur
Deme nak masak nasi kerabu 
Tak de la susah pun buatnya....mungkin sebab deme dah biasa buat kot sekejap je dah siap
Deme buat lauk ayam goreng berempah dan ikan goreng
Ada telur masin dan keropok
Ulam pulak sebab orang paso masih bercuti lagi cuma ada taugeh, timun dan kobis je
Solok lada je deme tak pandai buat...haha...padahal itu la paling sedap pun kan
Nasi kerabu deme memang sedap macam kat kedai pulak
Aku makan bertambah la sebab ayam berempah tu memang kick rasa ramuannya

Raya keempat pulak mak masak nasi impit, serunding ikan dan kuah kacang
Masa ni dah mula makan nasi putih dah sebab lama dah makan lauk raya je 
Mak masak kari kepala ikan siakap dan top up rendang daging pulak
Raya kelima mak masak lontong dan nasi impit
Serunding semalam ada lagi 
Lauk pulak taucu ikan siakap

Wan, ma dan adik2 balik pada raya keenam
Deme nak berjalan ke Tiara Beach Resort, PD pulak
Memang sakan la raya deme tahun ni
Maklumlah orang berniaga tak yah nak kesahkan cuti ke apa
Janji ada duit ikut dan la nak berjalan merata mana dan nak cuti lama mana

Nas pulak dah mula bekerja Isnin raya keempat tu
Lagipun dia kerap ulang alik ke mari dah macam tak payah amik cuti dah
Pasai tiap2 hujung minggu dah tentu dia akan ke mari lagi
Aku ni berurut pun belum lagi 
Opah yang biasa aku urut masa Alauddin tu tak mengurut masa bulan puasa sebab tak larat
Jadinya aku usaha cari orang lain tapi fikir2 balik aku dah selesa dengan opah ni aku tak mau la dengan orang lain
Kang tak sedap jenuh pulak kan
Aku nak cukur rambut anak aku sekali dengan opah ni
Call opah dia kata minggu kedua selepas raya la baru dia mengurut

Khamis abah dah mula berniaga
Alhamdulillah buat tak banyak pun sebab tahu mood raya masih ada tapi habis jualan petang tu
Hujung minggu ni mak kata nak buat nasi tomato kot nak jamu kawan2 kat pasar malam
Ala....kawan2 terdekat gerai kami tu je
Nak jemput mari ke rumah tak tahu bila masa yang ada sebab bila dah mula berniaga ni paham paham je la waktunya kan
Tak pe le janji niat hati tu terlaksana

Tak lama lagi aku pun nak balik Kuala Selangor
2 bulan dah kat Manjung makin kurus pulak aku tengok laki aku
Hahahaha.....simpati la kononnya
Ye la...orang biasa dibela dek bini 
Bini tak de mula la macam kucing mati anak kan

Ok la....tu je cerita raya aku
Simple je tapi ada moment tersendiri
Dapat beraya dengan keluarga sendiri, berkumpul kesemua adik beradik, keluarga mertua beraya bersama dan paling penting dapat beraya dengan mak sendiri....Alhamdulillah
Beraya dengan 3 mak la kiranya aku ni...haha

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Jumpa next entry ye :)

Wassalam







Sunday, July 12, 2015

Kisah Kelahiran Si Adik

Assalamualaikum

Masih lagi dalam mood berpantang
Hari ni masuk hari ke 16 aku berpantang
Senang betui kira bila anak lahir tanggal 1hb ni...hihi
Alauddin lahir 1.12 si adik lahir 1.7
Abahnya pulak lahir 1.1
Senang beno la nak ingat besday deme pun kan

Aku nak share la pengalaman aku bersalin kali kedua ni
Ceritanya simple ja tapi moment dia tu memang bagi kesan mendalam pada aku

Aku kan walau dah sarat aku tetap la berjalan ke sana ke mari
Aku ikut abah pegi bazar ramadhan
Sampai ada kawan2 abah kata kuatnya aku ni duk jalan ke sana ke mari lagi
Dengan pimpin anak sebelah, sebelah lagi bawak barang makanan...haha
Kalau Nas balik hujung minggu aku ikut dia berjalan pulak
Sempat la membeli baju bajan Alauddin dengan baby untuk terakhirnya sebelum aku beranak....

Duduk dengan mak abah pun aku tetap la buat kerja rumah
Takde la membongkang makan tido makan tido je
Pasai aku pun bukan pesen pemalas nak duduk sesaja...haha

Alauddin memang di bawah jagaan aku
Kiranya suap makan, mandikan, tidokan apa2 la berkait dengan Alauddin aku yang uruskan sendiri
Baju kotor semua aku yang basuh, sidai dan lipat sendiri. Basuh baju guna mesin basuh la pun kan...
Walaupun duduk dengan mak abah urusan anak aku buat sendiri
Aku memang taknak la mak aku susah payah nak jaga Alauddin pulak
Aku bukan sakit ke apa sampai tak larat nak buat kerja2 rumah yang mudah pun kan

Abah kan ambil bazar tahun ni
Jadi sementara aku belum bersalin ni kerja2 sediakan samosa aku buat sekali
Kira sama2 buat la
Aku sediakan bahan inti, bawang tumis dan rempah siap2 nanti mak aku masak inti je
Lepas tu pukul 1 petang macam tu ready untuk membalut samosa pulak
Pun aku join balut sekali sampai la siap semua dalam pukul 3 lebih macam tu
Begitula rutin aku hampir setiap hari
Kiranya aku memang pastikan aku aktif la sepanjang menunggu hari bersalin tu

Cuma aku tak berniaga je...haha
Kalau aku minta kat abah nak berniaga memang abah aku tak bagi la jawabnya
Aku buat kerja kat rumah pun asyik berpesan-pesan je risau kot letih ke sakit ke licin ke pasai aku ni jalan laju je tak macam orang bawak perut
Tu adik aku panggil aku teletubbies
Badan kecik tapi perut kemain beso....sadis kannn

Tapi memang pesennya tak reti duduk diam pun
Dari 36 weeks lagi aku dah rasa cekang kat pangkal peha ni tapi bila kita aktif selalu jadi lupa pada sakit kat peha tu
Laju je buat kerja tu kan
Sesekali rasa macam ada mende menolak kat vagina tu. Ngilu je la rasa sampai aku kata kat mak macam ada mende nak keluar je mak
Risau je mak aku kalo dengor aku cakap rupe tu
Macam kan dah dekat bebeno katanya
Padahal baru rasa2 macam tu je

Air kelapa hampir setiap hari aku minum
Genap je 36 minggu aku dah order siap2 air kelapa kat kawan aku
Nanti petang2 abah aku kopekkan la sebiji 2 untuk minum waktu berbuka
Masuk 38 minggu aku mula minum jus nenas.
Kat bazar ada 1 gerai jual air buah original
Dia memang mesin buah depan mata kita
Dia letak air, buah potong lepas tu gula
Aku selang seli hari ni air kelapa esok jus nenas lusa air kelapa balik tulat jus nenas
Nenas ni pun antara natural inducer jugak
Jadi kalau korang nak percepatkan rasa bersalin amalkan nenas di akhir2 kehamilan ye
Inshaa Allah memang sangat2 membantu
Usah la takut bebeno nak makan nenas tu
Tak de mudarat apa pun kalau makan secara moderate

Jumaat 26.6 Nas balik ke Manjung
Dia ambil cuti Isnin dengan harapan aku akan bersalin pada minggu tu jugak....haha...
Sebabnya minggu ni genap aku 39 minggu
Aku pernah bagi tahu Alauddin bersalin pada 38 minggu 6 hari. Lagi 1 hari la genap 39 minggu
Tu yang dia dengan yakinnya mengatakan aku akan bersalin dalam minggu tu jugak

Ahad tu dia tanya belum rasa sakit lagi ke
Aku kata belum ada apa2 tanda macam mana nak sakit
Dia kata esok dah Isnin abang dah balik
Aku kata tak pa lah.....nanti dah sakit aku kabo la baru dia balik

Yang sebenonya dia risau kalau aku sakit time dia tengah sibuk kot ada hal apa2 dia lambat la nak balik
Jadi memang dia berdoa sangat lah time dia balik aku akan sakit nak bersalin
Kalau mudah nak tentukan lain la cerita kan....haha
Aku kata usahlah riso sangat
Kalau aku sakit pun bukan dan2 tu terus nak terberanak
Sempat la dia nak kemas2 apa patut pastu balik ke sini
Lagipun 2 jam lebih je pun perjalanannya....bukan dari utara ke selatan sampai 5 6 jam

Jadinya sampai la subuh hari selasa 30.6 aku masih belum ada tanda2 nak bersalin
Nas ada kabo macam malas je nak balik Kuala Selangor.
Aku tanya kenapa pulak
Dia kata dia rasa aku macam dah nak bersalin dah
Hahaha....aku kata belum lagi kot. Tak pe la balik je la dulu pasai dia memang ada keje Selasa tu
Memang berat hati je dia nak balik tu

Nas pun balik la ke Kuala Selangor lepas sahur tu sampai ofis dalam jam 8 lebih macam tu kira ngam2 la waktu masuk keje.
Sebelum tu dia ada bagitahu yang petang nanti dia ada program berbuka puasa dengan Sultan Selangor
Aku kata tak pa la jangan risau mesti sempat dia merasa makanan diraja tu...haha

Selasa tu jugak aku genap 39 minggu
Macam biasa lepas siap membalut samosa petang tu aku pun mandi2 rehat la dalam bilik, ralit2 terlelap

Masa nak sarat2 ni aku macam kerap rasa mengantuk
Selalunya aku tidur sekejap waktu tengah hari dalam pukul 12 macam tu sebelum mula membalut
Tapi hari tu aku terlelap waktu petang selepas membalut

Terjaga dalam pukul 5 lebih macam tu aku terus la ready nak solat asar
Selesai mandi aku masuk bilik terus la bentang sejadah
Baru pegang kain sembahyang, aku rasa macam ada air tengah mengalir
Air tu pulak suam2 je rasa dia
Aku pun kepit la peha sambil pegang air yang meleleh kat betis
Aku boleh pulak bercakap masa tu eh kenapa aku terkencing ni.....tadi dalam bilik air taknak kencing pulak
Aku memang kerap kencing lagi2 nak dekat due date tu
De kadang tu masih dalam toilet lagi baru lepas kencing 2 3 minit lepas tu boleh kencing lagi
Memang 1 jam tu berkali kali la pergi toiletnya

Masa air mengalir tu aku siap kemut lagi untuk tahan air tu dari mengalir pasal ingatkan air kencing
Tapi tak jadi apa pun pasai air tu terus la meleleh sampai basah sejadah aku
Tuala memang dah basah habis la pasai aku kepit

Lepas tu air kat tangan tu aku cium la
Bau dia tak hanyir atau busuk lebih kurang bau macam air mani lelaki
Jadi aku memang pasti la itu air ketuban yang dah pecah
Ini bukan leaking dah tapi pecah air ketuban

Tapi walaupun air ketuban pecah aku tak de rasa sakit apa pun
Memang rileks je aku masa ni
Aku keluar bilik bagi tahu mak yang air ketuban aku dah pecah
Mak aku ni memang jenis panik orangnya
Terus la bagi tahu abah aku suruh mandi siap2 anto aku pegi hospital
Aku ni masa ni boleh gelak2 lagi aku kata eh nanti la dulu sebab tak rasa sakit apa pun. Tak mau la pegi hospital lagi nanti kene warded pulak tak pasal2
Abah pun kata betul ke tak nak pegi hospital lagi
Aku kata nak tunggu rasa sakit dulu la baru pegi

Ni tak de sakit kalau pegi hospital silap2 kene induced la jawabnya pasal air ketuban dah pecah
Tak nak la aku kene induced pasal aku kan nak merasa sakit semulajadi buat apa nak serah diri untuk diinduced kan
Aku memang sedaya upaya usaha untuk elakkan dimasukkan apa2 yang tak perlu pun dalam badan aku
Jadi mak dan abah aku pun ikut je la kata aku

Aku pun call la Nas kabo kan ketuban dah pecah
Nas masa ni dah kat tempat program dah tunggu Sultan tiba je
Boleh pulak aku bantai gelak lepas bagi tahu dia sebab baru subuh tadi dia berat hati nak balik Kuala Selangor
Udah petang ni aku kabo air ketuban pecah pulak
Maknanya dia kene balik semula ke Manjung ler
Kesian laki aku.....huhu

Tapi dia pun stok menggelabah jugak
Siap tanya nak terus balik sekarang ke pasai masa tu dia kat Ijok
Aku kata rileks dulu....abang berbuka la siap2 makan sedap2 dulu solat maghrib apanya
Nanti baru la siap2 nak balik sini
Dia pulak pelik pasai aku cam tenang je
Dia tanya tak sakit ke....pegi la hospital cepat
Kang terberanak macam mana
Aku kata pengaruh drama sangat laki aku ni
Aku kata paling koman pun subuh karang baru aku beranak pun
Sempat la dia nak sampai ke mari dan hantar aku ke hospital pun

Bila aku dah explain banyak kali baru la dia bertenang.....aih sabo je la
Tapi tak abis2 la wasap tanya dah sakit ke belum
Kalau aku lambat reply dia bantai call pulak
Siap tanya sempat tak abang berbuka dulu
Hahaha...aku kata sempat la nak terawih pun bolehhhh
Risau bebeno la pun lahaiiii

Selesai kabo kat Nas aku pun wasap sorang kawan yang memang aku selalu tanya dia pasal vbac dan natural birth
Kenal pun kat group ICAN tu la nama dia Liayan Anaqi
Baik sungguh la dia ni pasai tak kenal pun tapi layan macam kenai lama memang sembang baik la
Tak kedekut ilmu langsung, apa yang dia tahu yang dia boleh tolong boleh jawab dia akan bagi tahu
Jadinya aku banyak merujuk dengan dia la

Aku pun wasap dia cerita pasal air ketuban dah pecah
Dia tenangkan aku lepas tu suruh aku cek warna air ketuban tu
Dia kata amik pad lepas tu pakai dan tengok warna apa kat pad
Aku pun ikut la macam disuruh
Aku tengok warnanya kuning jernih ala2 coklat cair cam tu
Liyana kabo ok tak perlu risau juz pantau je warna air ketuban dari semasa ke semasa
Sebab kalau warna jernih kuning atau coklat cair means baby dalam keadaan baik dan baby tidak berak
Movement baby pun keep monitor pastikan ada pergerakan
Kalau air ketuban bertukar kaler coklat gelap atau hijau pekat mesti terus ke hospital sebab takut baby dah berak dalam perut

Liyana pesan jugak kerap minum air kelapa atau consume vitamin c untuk elak dehidrate dan top up air ketuban yang dah pecah
Tak de air kelapa, air masak pun boleh
Ada air zam zam lagi bagus
Kalau ada dark chocolate boleh mula makan untuk ransang hormon mudahkan bersalin - aku lupa namanya....haha
Jadi aku juz follow je la apa yang dinasihatkan oleh Liyana

Kemudian aku pun bersihkan diri balik dan ambil wudhu' semula pakai pad dan terus solat asar
Habis solat aku baca surah maryam dengan niat dan berdoa dipermudahkan urusan aku bersalin nanti
Air ketuban masih turun tapi dah mula sikit2 je

Masuk waktu berbuka aku pun makan macam biasa la
Mak pesan suruh makan banyak takut tak de tenaga nak teran nanti.....huhu
Mak memang yakin sungguh aku akan bersalin subuh nanti
Abah pulak tanya apa barang makan yang teringin lagi
Abah boleh carikan...haha...aku kata tak de apa teringin pun semua aku dapat makan dah
Kelakar pun ada kalau ingat2 balik

Sakit contraction ke apa aku masih belum rasa lagi
Langsung tak de rasa sakit
Mak dengan adik2 aku semua pakat keliling aku tanya dah sakit ke belum
Depa pulak risau tengok aku tenang je siap gelak2 lagi orang tanya macam2
Prihatin sungguh deme....hihi

Lepas solat maghrib aku baca lagi surah maryam dan doa sungguh2 minta mudahkan urusan bersalin
Dalam hati memang bersyukur sangat sebab Allah bagi tanda2 sebelum bersalin tu sedang cantik je
Itu la doa aku pun sepanjang mengandung minta Allah tunjuk tanda2 bersalin untuk aku paham masanya sudah sampai dan aku boleh belajar sesuatu dari tanda tersebut
Syukur Alhamdulillah

Masa ni nas baru lepas berbuka dan solat maghrib
Aku kata balik la tengah malam nanti pun tak pe sebab aku tak rasa sakit apa pun lagi
Tapi sebab risau sangat dia terus balik Kuala nak kemas barang.

Masuk Isyak aku terus solat takut kang lengah-lengahkan datang pulak sakit baru nak solat isyak apanya kan
Air ketuban masih turun dalam kuantiti makin sedikit macam setompok2 gitu
Tapi warna masih jernih lagi
Dalam pukul 10 malam macam tu keluar lendir warna coklat macam tu
Aku memang sentiasa wasap liyana updated apa2 yang terkini
Lendir tu Liyana kata mucus plug dan tiada tanda2 bahaya
Just keep monitor pergerakan baby dan warna air ketuban
Liyana pun kabo biasa pecah ketuban macam aku ni bersalin mudah dan cepat
Berharap beno aku ada kebenaran dari kata-kata dia tu

Pukul 11 malam Nas bertolak dari Kuala Selangor sambil tanya dah pegi hospital ke belum
Aku kata belum lagi sebab takde sakit apa2 pun
Malam tu aku keep minum air masak dalam kuantiti yang lebih banyak dari biasa
Kencing memang kerap dan setiap kali tu la aku akan cek warna air ketuban

Malam tu tidurkan Alauddin seperti biasa
Peluk cium die sebab aku rasa macam akan bersalin pagi esok je
Hati memang risau kalau tinggalkan Alauddin masa dia tengah tido nanti dia bangun dia akan cari aku dulu
Tapi dah cakap dengan abah dan mak kalau aku pegi hospital subuh nanti salah seorang adik aku mesti teman dia tido dalam bilik aku
Nanti dia bangun tengok aku tak de at least ada orang teman atau pujuk dia
Dia bangun tido memang cari aku
Kalau aku takde dia akan panggil dan cari aku de masa akan menangis kalau aku lambat sahut
Tu yang kene ada sorang teman dia
Tapi dia nangis tak lama pun kalau dipujuk oleh orang yang betul
Jadi aku pesan kat Akmal minta temankan Alauddin nanti sebab Alauddin rapat sikit dengan Akmal

Tengah malam tu aku solat terawih, solat hajat, solat taubat dan solat witir
Doa sungguh2 minta dipermudahkan segala urusan bersalin
Tidur malam tu pun tak berapa lena sebab aku risau pasal air ketuban
Tapi Liyana kerap nasihat mesti tidur sebab nanti kalau tidur tak cukup boleh ganggu tenaga untuk kawal sakit kontraksi dan meneran nanti
Jadi aku pun usaha la untuk tidur dengan tenangnya

Pukul 2 Nas sampai Manjung
Masa ni aku tersedar sebab aku bangun nak kencing
Air ketuban masih lagi berwarna kuning jernih jadi aku tak de risau apa2
Nas sampai dia beli kfc untuk bersahur nanti dan makan seketul malam tu sebab lapar
Rupanya dia makan sikit je masa berbuka tadi dan tak makan apa2 dah selepas tu
Jadinya teman dia makan ayam kepci di tengah pagi buta....haha

Tak lama lepas tu aku mula rasa sakit manja2 gitu
Aku pun mula kejap berdiri kejap berjalan dalam bilik nak nikmati rasa sakit tu
Tapi rasa sakit tu makin lama makin kuat
Aku fikir sakit dia pelan2 lepas tu slow2 dia mari kuat
Rupanya dalam beberapa minit level sakit dia berubah terus kuat
Pukul 2 lebih tu aku kira dalam 15-20 minit sekali dan sakit dalam 1 minit tapi masih terkawal
Aku baring mengiring ke kiri sebab posisi tu boleh percepatkan bukaan
Masa ni Nas dah selesai makan dah. Dia tengah berehat
Dia nampak aku macam sakit tapi aku kata belum lagi
Kang aku kata dah sakit terus nak gi hospital pulak
Tak lama lepas tu dia tanya boleh tak dia nak tido sekejap sebab rasa penat drive ulang alik
Aku kata tak pe la tidur je dulu
Nanti aku dah rasa sakit kuat aku kejut la ajak pegi hospital
Aku memang nak rasa sakit tu dalam suasana tenang jadi tak kesah pun kalau dia nak tido

Sakit yang sedang2 aku masih boleh baring dan lelapkan mata
Tapi kejap2 je la lena sebab bila datang contraction aku terjaga dan cuba kawal pernafasan
Ada terbaca pasal teknik pernafasan dalam hypnobirthing jadi aku cuba amalkan ketika ini
Bila tiada sakit bernafas secara tenang
Bila sakit contraction datang, tarik nafas panjang dalam kiraan 20 dan lepaskan melalui mulut dalam kiraan 20 juga
Ini untuk yang sakit yang bearable la
Bila sakit contraction yang semakin kuat dan kerap tarik nafas dalam kiraan 10 kemudian hembus melalui mulut dalam kiraan 10 jugak
Kalau buat secara konsisten dan dalam keadaan tenang kita akan lalui sakit tu dengan penuh nikmat
Sakit tapi tenang dan terkawal
Suara mengerang pun tak banyak dikeluarkan jadi kita akan save tenaga

Pukul 3 pagi sakit agak kuat sikit dalam 10 minit sekali dengan sakit dalam 2-3 minit
Masa ni aku mula duduk atas gym ball, cuba henjutkan perlahan2 bila sakit tu datang
Tapi posisi atas gym ball aku rasa tak selesa dan tak membantu aku untuk menikmati sakit contraction tu
Jadi aku ubah posisi dengan merangkak atau kneeling
Bila sakit datang aku duduk dalam keadaan merangkak dan bila sakit makin kuat aku duduk dalam keadaan sujud
Bila bersujud memang rasa lega sangat2 sebab sakit tu jadi kurang
Bila sakit datang aku stay sujud dan memang sakit tu dapat dikurangkan
Lama jugak la aku bersujud tu

Suara memang aku minimal kan sebab taknak ganggu Nas dan Alauddin tidur
Tapi memang takde bunyi suara pun sekadar sss sss je bila sakit tu datang sebab kita dapat tahan sakit tu dalam keadaan terkawal dengan teknik pernafasan yang betul

Makin lama sakit makin kuat
Masa ni aku dah mula berdiri dan berjalan jalan dalam bilik
Aku mula ambil beg hospital aku cek balik cukup lengkap dah ke barang2 nya
Aku asingkan siap2 bedung dan pampers untuk bawak dalam labor room nanti
Buku pink,ic, surat GL, sijil nikah photostat aku sediakan
Memang tak banyak pun bawak pasai yakin aku tak lama kat hospital dan dah tahu apa nak guna dalam wad
Bawak baju dan kain sehelai untuk pakai discharge nanti, tuala untuk lap2 badan, berus gigi dan ubat gigi, stokin, baju baby 3 helai, kain batik sehelai untuk alas baby, pampers dan tisu basah.
Memang ringan je beg spital aku....haha...tak de rupa macam nak berkampung kat spital pun pasai memang aimed tak mau duduk lama2 kat spital

Pukul 3.30 aku rasa sakit yang makin kuat
Siap letak beg depan pintu bilik aku duduk bersandar kejap kat dinding sambil layan contraction
Bila sakit datang buat teknik pernafasan hypnobirthing tu
Rasa kurang la sikit sakit tu
Aku sujud letak kepala atas bantal sedap sikit rasa sambil layan contraction
Tapi masa ni sakit memang kuat sampai aku ramas cadar tilam tu bila datang contraction
Doa nabi yunus memang dah meniti kat bibir dari awal lagi
Selawat zikir bagi mudahkan layan contraction tu

Aku dah rasa sakit ni memang kuat dan boleh la nak pegi hospital dah
Risau jugak kot dah bukak beso ke kan mana la tahu
Aku pegi toilet lagi untuk tuka pad dan cek warna air ketuban
Masih lagi warna jernih dan masih lagi turun sikit2
Aku kejut Nas kata dah sakit sangat ni jom lah pegi hospital
Aku kira 2 jam Nas dapat tido kira ok la kot kan
Aku tanya dia ok ke dia kata ok je
Dia kata boleh pulak aku yang tanya dia ok ke tak padahal yang sakit tu aku....haha
Ade je mende kelako nak jadi time2 macam ni

Masa Nas siap2 ni aku bagi tahu kat mak aku nak pegi hospital dah
Mak biasa bangun pukul 4 pagi
Masa aku ketuk bilik, mak dah bangun rupanya
Aku pesan kat mak nanti temankan Alauddin je la
Abah aku kata usah risau sangat pasal anak risaukan awak tu nak bersalin
Hahaha.....biasalah mak kan tengah sakit beranak pun fikir anak lagi
Aduhaiiii

Aku pun siap2 pakai kain batik
Mak tengok aku pakai kain skirt labuh mak suruh tukar pakai kain batik
Senang katanya nurse nak cek apa2 nanti kalau pakai kain batik
Nak tanggal tukar baju hospital nanti pun senang tak yah angkat2 kaki
Haaaa ye jugak ye....haha...tuka la pulak pakai kain batik je ngan t shirt labuh

Pukul 4.30 kami sampai hospital
Dekat sangat pun hospital dengan rumahnya
Tu sebab aku tak menggelupur sangat
Apa2 jadi hospital sebelah rumah je....haha
Terus la ke dewan bersalin
Masa ni lengang yang amat lepas tu gelap je kat dewan bersalin ni
Deme pasang 1 lampu je kat belah dalam nampak la samar2 je

Masa ni aku masih boleh berjalan dengan elok lagi
Sakit tu memang ada tapi bawak berjalan jadi kurang la sikit
Nas memang pelik tak abis2 la pasai masa Alauddin memang lain sangat keadaan aku
Jangan kata nak berjalan nak bangun pegi toilet pun berpapah memang tak larat sangat sebab sakit tu maha kuat
Yang kali ni dengan muka duk sengih2 la gelak2 la lepas tu jalan kemain gagah lagi macam bukan orang tengah tahan sakit
Aku kata mesti la beza pasai dulu aku tak tahu apa2 main redah je kali ni dah tahu sikit2 ada belajar ilmu kelahiran sikit2 jadi boleh la paham dan praktikkan
Nampak la macam smooth je kan

Masuk dewan tu ada sorang nurse kat kaunter
Dia tanya pasal apa semua terus suruh timbang berat, amik bp semua la
Lepas tu suruh kencing dan baring atas katil untuk buat CTG
Tapi nurse ni tanya la jugak kenapa masa turun air ketuban tak pegi hospital terus, sepatutnya kene pegi lepas air ketuban pecah
Aku kata sebab tak sakit apa2 pun aku malas la nak pegi lagi
Dia kata bahaya kak takut baby lemas
Aku senyum je la taknak jawab apa2
Sebab kita dah tahu apa nak buat kalau air ketuban pecah bukan kita buat tak reti
Tapi nurse tu cuma bagitahu sebab dia seorang nurse dan atas dasar tanggungjawab dia
Jadi aku takmau cakap banyak2 la lagipun nurse nya sopan baik lemah lembut je walaupun masa tu time orang nak bersahur

Nurse ni kabo nanti ada doktor akan buat VE
Sempat aku tanya doktor lelaki ke perempuan ye
Nurse kata doktor perempuan kak
Alhamdulillah memang itu la doa aku pun
Doa sungguh2 supaya siapa2 petugas hospital yang berurusan dengan kelahiran aku nanti adalah dari kalangan wanita sahaja

Tak lama lepas tu mari la doktor wanita muda sungguh la.....lagi muda dari aku 3 tahun
Dia datang untuk buat VE dan hasilnya baru bukak 1cm
Aku masa tu rasa agak frust jugak sebab aku rasa macam sakit kuat gila dan harap bukaan adalah 4 5 cm
Aku tanya 2 kali kat doktor tu 1 cm je ke
Doktor tu kata aah baru 1 cm
Terus la nurse tu kata akak kene admit wad dulu la ye kita tunggu bukaan 4 cm baru tolak masuk labor room
Aku pun ok la tak pe la....dalam hati berdoa la moga2 cepat la bukaannya

Doktor buat CTG kejap dalam 20 minit nak tengok graf nadi baby tu
Aku rasa 20 minit tu lama sungguh sebab bila baring terlentang macam tu dengan sakit contraction yang maha kuat aku rasa macam tak tertanggung pulak sakitnya
Berdesah2 aku atas katil tu nak tahan sakit tu
Ada seorang doktor lelaki India tepi meja sana tengah tulis2 apa ntah
Aku panggil dia tanya berapa lama kene tunggu sebab aku nak berjalan
Dia tanya kenapa akak nak jalan2
Aku kata kalau jalan2 aku rasa tak sakit
Doktor tu pun mari tengok graf tu dia kata kejap akak lagi 5 minit ya
Ok aku kene sabo lagi 5 minit...haha
Tangan aku ni duk ramas2 besi katil ja dari tadi

Masuk doktor tadi dia tengok graf dia kata ok tak de masalah
Dia bukak je pelekat CTG tu kemain lega aku rasa perut aku ni
Lepas tu masuk bilik sebelah pulak nak scan baby
Scan segala doktor kata ok tak de masala setakat ini cuma memang air tu makin kurang la
Jadi depa suruh tunggu sementara nurse siapkan katil untuk aku

Masa ni jam dah 5 lebih
Sementara tunggu depa siapkan katil dan borang admit segala aku duduk kat ruang menunggu dengan Nas
Bila sakit datang aku berdiri kat kaunter tu sambil paut meja tarik nafas hembus
Nas pun urut2 belakang aku tapi dia risau kot aku jatuh
Aku kata tak pe sebab bila berdiri aku lagi selesa dan kurang sakit
Bila tak de sakit aku duduk balik
Sakit je aku bangun tekap badan kat meja kaunter tu hilang sakit aku duduk balik
Memang duduk bangun duduk bangun je la aku dengan Nas pun ikut sekali...haha

Ada kami berdua je kat situ tu pasai aku suka hati je wat gaya bebas aku
Tak de orang nak tengok pun
Lepas tu doktor tu datang nak ambil darah pulak
Aku pun masuk bilik duduk
Tapi masa ni sakit aku makin kerap 2 3 minit sekali datang
Doktor pulak jenis tak reti cari urat dia kata urat aku halus
Pulak dahhh padahal nurse KK tu amik darah aku takyah cari urat beria pun
Dia mari keluarkan jarum tekan sikit terus cucuk elok ja darah keluar
Doktor ni kemain la ketuk tepuk bagai lengan aku siap ikat kuat2 dengan glove tu punye la kata payah nak cari urat
Tak pernah2 la nurse ka doktor ka yang amik darah aku kata payah jumpa urat

Bila dia tengok sakit aku mari dia stop jap
Dia kata tunggu sakit aku hilang baru dia ambil darah
Bila dah hilang lambat pulak la dia nak mencari urat tu
Adoiiii buang masa kat situ je
Nasib la aku tak kata cepat la sikit doktor wehhh...aku ni duduk2 saja rasa sakit tu lagi kuat.....aku nak berjalan tak mau duduk

Sudahnya doktor kata kejap lagi dia panggil balik setelah berkali kali usaha cari urat tak jumpa
Nurse tu pulak minta izin nak bersahur kejap lepas sahur dia bawak aku ke wad
Aku pun duduk balik kat Nas
Masa ni berpeluh sakan dah aku econ tak pasang ke apa bilik doktor ni
Kat ruang menunggu tu kipas kemain laju aku ajak Nas duduk bawah kipas
Masa ni la mengantuk yang amat aku rasa sampai melekat mata tu nak katup
Nas kata muka aku nampak macam nak tido sangat
Aku kata memang ngantuk pun tapi sakit pun kemain menggila masa ni

Ada 1 masa sakit tak de aku boleh tido secara duduk lepas tu Nas perasan badan aku makin ke depan
Dia kejut kata eh tido ke
Aku kata aah terlelap kot
Dia kat kang jatuh ke depan kang
Hahaha...tak sempat jatuh pun sebab sakit tu datang aku pun jaga la
Mana boleh tido lena pun dalam keadaan macam ni

Makin lama mata makin berat
Aku pun tarik bahu Nas nak sandar kejap untuk lelap
Dia nak ambil bantal dalam kereta kot aku nak baring atas kerusi
Aku kata tak payah pasai aku nak sandar untuk lelap kejap je bukan nak tido sungguh2
Jadi setiap kali sakit datang aku paut lengan dia dan kawal pernafasan
Bila sakit tu reda aku sandar kepala kat bahu dia
Begitulah keadaan kami sampailah nurse tadi panggil untuk ambil darah semula
Masa ni nurse tu perasan keadaan aku yang berkerut-kerut tahan sakit
Dalam tengah jalan nak masuk bilik doktor tu aku berenti kejap layan contraction reda kejap aku jalan balik
Nurse tu kata akak ni macam dah sakit sangat dah ni
Aku kata tak pe aku boleh tahan lagi
Doktor yang sama nak ambil darah
Pun ulang la proses yang sama ketuk tampar bagai lengan aku tu
Lepas tu dia cakap akak kalau sakit bagitahu ya saya tak cucuk
Aku kata tak pe la cucuk je la
Tunggu aku tak sakit sampai esok la tak selesai lagi
Doktor tu jumpa je urat laju2 dia cucuk.....then selesai
Nurse tu duduk sebelah doktor dia tengok je muka aku
Dia kata akak sakit sangat ni tapi bukaan tadi baru 1 cm
Kalau buat VE lagi mesti belum buka luas lagi
Aku kata tak pe tak yah buat VE lagi nanti kalau sakit tak tahan sangat akak panggil nurse suh buat VE
Alasan aku je tu sebenarnya aku memang taknak kene VE banyak kali
Lagipun tak elok pun VE kerap boleh jadi infection pada vagina atau baby
Nurse tu siap tanya ada minum air selusuh ke air akar fatimah ke
Aku kata tak de minum pun. Aku cuma minum air zam zam dan 3 biji kurma je pukul 3 pagi tadi
Selain tu aku takde minum apa2 air pun selain air masak je la
Nurse tu pelik tengok aku tanggung sakit yang kuat tapi bukaan baru 1 cm
Dia kata biasa sakit kuat ni bukaan dah luas macam 5 6 cm

Selesai ambil darah nurse tu bawak aku ke katil
Nas kene ikut depan la macam pelawat lain
Aku nurse bawak ikut jalan dalam
Sambil berjalan tu aku berhenti kejap layan contraction dah reda aku sambung jalan balik

Sampai wad aku duduk atas katil tapi rasa tak best sebab contraction tu tak rasa kurang dengan cara duduk
Aku cari posisi lain pulak dengan cara baring mengiring ke kiri
Bila sakit datang aku paut pada besi katil dan kawal nafas
Ada masa sakit tu boleh tahan ada masa tapak tangan aku meramas-ramas untuk tahan sakit tu
Tetap aku rasa tak best jugak

Nurse wad datang bagi pakaian hospital untuk aku salin
Aku pegi toilet dan masa ni sakit datang
Aku terus mencangkung dengan kaki buka luas
Ya Allah posisi ni paling sedap aku rasa
Sakit tu datang tapi aku siap boleh rileks lagi
Bila dah dapat posisi yang best aku duduk lama sikit la dalam toilet tu
Layan sakit sambil pejam mata penuh nikmat sebab sakit tu sungguh kuat tapi aku boleh tahan dengan tenang
Nikmat yang tak tahu nak gambarkan
Teringat segala apa yang aku belajar dan baca kat group ICAN

Puas duduk dalam toilet aku keluar la lepas siap tukar baju pink
Aku jalan pelan2 kat katil
Masa ni makin kuat sakitnya sampai aku tak tahu berapa minit sekali dah tapi yang pasti memang kerap sangat dan lebih panjang
Nas datang kat katil bawak beg aku
Aku cakap balik la dulu tengok Alauddin kot dah bangun ke
Kalau tengok Nas ada so tak de la dia nangis
Nas tanya ok ke ni
Aku cakap ok je
Aku suruh balik sebab takut tunggu lama pulak mana la tahu bukaan tu lama lagi kan
Sebab masa Alauddin memang lama bukaan tu
Dari pukul 9 malam sampai pukul 12 tengah hari esok baru bukak 1 cm.
Lepas tu pukul 2 petang baru 2 cm
Jadi kami anggap yang kali ni pun mungkin la lambat jugak kot
Kalau awal sikit pun mungkin tengah hari la baru bukak betul kot
Itu yang aku suruh balik dulu
Nas sempat la pesan suruh tido kalau boleh tido sebab nampak muka aku memang tak cukup tido
Tengok muka Nas kesian laki aku tak bersahur dia hari ni
Udah pukul 6 mana la sempat nak sahur dah
Kfc tu kira simpan je la buat makan buka nanti jawabnya
Aku melawak patut dia makan habis ja kfc tu tadi tak yah simpan2
Dia kata mana la tahu nak sakit masa ni....huhu

Masa ni pukul 6 lebih dah
Aku ingat nak solat subuh tapi memikir jugak aku kat mana la aku nak solat ni
Sakit makin lama makin kuat
Aku pun berdiri la konon nak ke toilet
Sambil tu aku ada dengar suara wanita lain mendesah tahan sakit
Mesti dia macam aku jugak tengah melayan sakit contraction
Tapi tak tahu katil mana 1 sebab semua orang tutup dengan tirai
Aku bangun baru nak jalan sakit tu mari
Aku pun tenggong kat katil aku tapi mengadap ke dalam la
Sebab katil aku paling tepi kat sebelah laluan orang
Jadi aku pusing ke belah sini la
Sebelah aku perempuan ni tak sakit apa pun tapi mungkin ada masalah lain la kene warded kan
Dia tanya eh kak kenapa
Aku kata tak de apa tengah tahan sakit
Dia tanya duduk macam tu tak sakit ye kak
Aku kata aah tak sakit rasa sedap je

Mesti dia pelik tengok gaya aku...haha
Dekat 15 minit jugak la aku duduk tenggong kat tepi katil aku tu
Separuh badan aku sandar kat tilam
Sedap rasa sambil layan contraction tu

Dalam 7 lebih tu nurse dan doktor dah ramai la masuk melawat katil2
Ada sorang nurse ni perasan aku tengah duduk tepi katil dia macam terkejut
Dia kata eh kenapa duduk macam ni.....bahaya nanti baby keluar pulak
Aduiii buat lawak pulak nurse ni time2 gawat macam ni
Baby nak keluar ada rasa puan nurse bukan main cuih je
Nurse tu tanya sakit sangat ke. Kalau sakit kuat kita buat VE kot2 dah bukak luas
Tengok gaya awak sakit macam dah nak dekat je ni
Nurse yang hantar aku tadi pun ada pesan kalau sakit makin kuat boleh panggil nurse untuk buat VE lagi
Jadi aku pun kata ok bole buat VE
Sebab sakit tu memang maha kuat la
Pasai aku duduk tenggong ja rasa boleh tahan
Kalau terbaring tu mau menggelupur aku nak tahan sakitnya tu

Nurse buat VE terkejut la dia
Terus la dia jerit kerusi roda mana kerusi roda
Patient katil 5 dah 7 cm boleh tolak masuk labor room
Masa ni la aku tengok nurse yang kat meja kaunter laju berjalan nak siapkan apa patut
Macam dapat arahan berperang pulak....haha
Aku pun ditolak ke labor room

Masa lintas kat katil aku minta nurse ambil hp aku bawah bantal sebab nak call Nas
Sambil ditolak aku call kabo dah bukak 7  cm nanti datang terus pegi labor room je la
Nas masa ni baru nak tido. Dia balik2 tadi terus mandi dulu bagi segar badan sikit
Baru baring2 aku call kabo kan hal ni
Dia ingat aku main2 sebab aku boleh gelak2 masa call dia
Aku kata sungguh la ni...aku gelak pasai bayangkan muka dia tu mesti muka pelik tadi 1 cm tup2 call udah 7 cm pulak
Aku kata mari cepat la kang lambat2 aku beranak dulu....haha

Dalam labor room 3 orang nurse dah standby tunggu aku
Nurse sorang tu cek bukaan lagi dia kata dah 8 cm.
Depan aku ada jam dinding....tengok jam pukul 8
Aku kira2 cepat jugak la bukaan tu
Pukul 4 lebih 1 cm pukul 8 dah 8 cm
Masa ni la aku ada rasa macam nak teran
Aku cakap kat nurse rasa macam nak teran
Nurse kata kalau ada rasa nak teran, teran je jangan tahan
Lepaskan rasa nak teran tu sebab rasa nak teran tu sebenarnya gesaan baby nak ke depan lagi

Masa ni Nas pun sampai
Nurse 3 orang ni kata suami boleh tunggu isteri tapi nak meneran nanti kene tunggu kat luar
Jadi tinggal la kami berdua dalam tu
Nas kata dah nak keluar ke baby
Aku kata memang rasa nak meneran je pun
Sakit kali ni bukan sakit macam tadi tapi setiap kali rasa sakit datang aku nak meneran sesaja
Nas pun cuba la tenangkan aku bila rasa sakit tu datang
Tapi kali ni tak dramatik sangat macam masa Alauddin dulu
Kali ni aku boleh sembang lagi dengan Nas
Tanya Alauddin dah bangun ke masa dia keluar tadi
Nas kata belum tapi Ikah ada temankan dia
Aku kata tak sahur la hari ni ye
Dia kata tak pe la tapi dahaga la nanti
Lapar tu takde la
Haha....takpe la nak buat macam mana kan

Nurse masuk kejap nak tengok keadaan aku
Masa ni dah dekat nak pukul 9 pagi
Nurse cek tengok dah bukaan dah full 10 cm dan kepala baby pun dah nampak
Tak lama lepas tu aku rasa macam nak teran sangat pulak
Jadi nurse minta Nas tunggu kat luar kejap
Tapi yang aku perasan aku macam terberak masa cubaan meneran tu
Aku tanya nurse aku terberak ke
Nurse kata aah awak berak tapi tak pe biasa macam tu
Nurse suruh angkat punggung sikit sebab dia nak cuci
Ya Allah mulia sangat kerja depa kan sampai najis kita pun depa cucikan
Siap cuci punggung kita sekali
Aku minta maaf banyak kali sebab terberak
Nurse kata tak pa memang perkara biasa pada depa

Walaupun bukaan dah penuh tapi nak meneran tu punya lah lama
Masa ni aku minta katil ditinggikan sikit lebih kurang macam aku bersandar la
Jadi nurse pun tinggikan sikit katil dan letak selimut tebal kat belakang badan aku
Aku rasa haus sangat2 minta la air
Nurse kata air masak tak pe ye sebab air glukose tak dak pulak
Aku kata tak pe la sebab nak hilangkan kering tekak je
Nurse pun suapkan air masak guna straw
Setiap kali datang rasa meneran aku teran sungguh2 tapi kepala baby tetap la kat pintu je
Nurse kata kene kuat lagi sebab bila aku teran kepala baby tu tak gerak langsung
Maknanya daya teran aku tak cukup kuat
Nurse ajar tarik nafas panjang dan lepas panjang jangan berhenti dan curi nafas kat tengah2 nafas tu
Aku ikutlah cara nurse tu tapi kepala baby gerak sikit je

Bila aku teran lebih kuat kepala baby nampak ke depan tapi bila aku stop sebab dah habis nafas kepala baby ke belakang sikit balik kat tempat tadi
Nurse ada 6 orang masa tu dia kata kalau teran lebih kuat terus baby keluar sebab dah dekat pintu sangat dah cuma tenaga tu tak cukup kuat nak tolak baby keluar

Masa ni dah hampir pukul 10
Dekat sejam la jugak aku nak meneran saja
Nurse suruh aku pegang rambut baby
Nak bagi semangat baru la kat aku bila pegang rambut baby
Aku pun dalam takut2 tu pegang la
Ya Allah memang rasa rambut dan kepala dia kat situ
Tanda memang dah dekat sangat dah tu
Aku kumpul balik semangat untuk meneran
Aku sempat tanya nurse kene gunting ke nanti
Nurse kata tengok keadaan sebab kalau payah aku nak meneran dia akan gunting sikit bagi mudah keluar babynya
Jadi aku kene usaha lebih lagi la ni

Tiba2 aku dengar suara doktor cina tanya macam mana dari sebalik tirai tu
Nurse cakap lagi sikit doktor dan takde masalah
So doktor kata ok gud
Aku tanya nurse doktor tak join sekali ke
Nurse kata kalau tak de komplikasi apa2 nurse je yang sambut baby
Ohh baru la aku tahu

Aku raup muka gila berpeluh peluh aku masa ni
Padahal dalam econ tu
Nurse pulak suruh bukak tudung kejap untuk bagi aku rasa sejuk sikit sebab dia takut aku pengsan kalau berpeluh peluh sangat
Dalam labor room tu memang ada nurse je tak de doktor lelaki pun
Lepas tu depa tutup bilik dengan tirai sampai habis
Bukak je tudung nurse cabut ikatan getah rambut aku
Lepas tu dia tolong lap muka aku kasi segar sikit
Baru la rasa semangat mari semula

Nurse sorang lagi masuk kata doktor bagi masa sampai pukul 10.30 pagi je
Kalau baby belum keluar lagi mungkin akan vacuum untuk bantu keluarkan baby
Aku takmau la kene vacuum....serammmm
Jadi nurse pun sama2 bagi semangat
Dalam kiraan 1 2 3 mereka sama2 suruh aku meneran lepas tu aku boleh rasa kene gunting sikit
Agak perit sebab aku siap cakap eh nurse dah gunting ke
Nurse tu kata aah dik sikit je tak pe teran jangan berhenti baby dah nak keluar dah
Teran sekali lagi terus baby keluar pada jam 10.20 pagi

Bila keluar je baby terus suara nyaring dia bergema 1 labor room tu
Punya la kuat suara anak aku nangis
Nurse tunjuk tanya baby apa dikk...aku kata baby girl....Alhamdulillah
Keluar je baby ada sorang nurse kata Alhamdulillah selamat dah nur ramadhani....haha....pandai2 je nurse ni bagi nama sempena baby ramadhan katanya

Masa ni la air mata aku laju je mengalir siap teresak-esak sebab lega yang teramat sangat dapat selesaikan semuanya
Tak putus2 mulut aku ucap syukur Alhamdulillah dan terima kasih banyak2 kat nurse2 yang bantu aku
Ada nurse tu paut tangan aku masa aku meneran
Kuat aku genggam lengan dia masa meneran tu
Sebelah lagi doktor muda yang saja2 bantu pun aku paut juga dah lah orangnye kecik molek je tapi dia redha je aku paut lengan dia

Memang bagus la layanan nurse2 kat hospital seri manjung ni....memang puas hati sangat2 aku dari mula sampai la selesai
Baby lepas keluar tu terus nurse bawak jumpa doktor sebab katanya baby dah berak dalam perut sikit jadi nak cek sama ada termakan atau tidak

Sementara tu nurse nak keluarkan uri pulak
Dia tekan sikit perut dan tarik keluar urinya
Nurse kata uri anak aku beso dari biasa.....huhu
Lepas tu nurse tunjuk uri kot tak pernah tengok kan
Dah tu die masukkan dalam plastik untuk bagi kat Nas nanti
Selesai keluarkan uri nak jahit pulak

Aku sempat tanya sakit ke jahit
Nurse kata tak sakit sangat kalau rasa pun masa nurse ikat jahitan akhir je rasa ngilu sikit la
Aku tanya ada bius tak sebelum jahit
Nurse kata ada bius kalau tak sakit nanti
Lega aku ada bius sebab biasa dengar orang kene jahit hidup2 tanpa bius
Seriau pulak aku

Nurse kata dalam aku tak de koyakkan apa2
Elok je macam biasa tapi jahit tempat gunting tadi je dalam 2cm je
Nurse kata dia gunting sikit je dan jahit pun tak lama
Tapi memang ye pun....kejap beno jahitnya udah siap
Nurse siap puji kata kulit aku cantik sebab biasanya orang kulit putih ni kulitnya macam tisu mudah terkoyak tapi kulit aku elok kental tak de koyak apa2

Alhamdulillah salah 1 sebab mungkin ubat homeopathy yang aku amalkan sejak minggu ke 34 kehamilan
Aku ada beli ubat homeo dengan sorang akak ni kenal kat group ICAN jugak
Dia jual ubat homeo untuk ibu2 yang pernah czer untuk kuatkan dan menganjalkan kulit
Ubat tu ada 5 botol. 3 botol amalkan dari minggu ke 28 dan 2 botol lagi masa kandungan dah masuk 36 minggu
3 botol pertama untuk skin elastic, scar dan anti bius - semua ni untuk kulit dan buang sisa2 ubat ubatan lama
2 botol lagi birth mix untuk tingkatkan hormon bersalin
Bila contraction makin kerap amalkan sejam sekali dalam tempoh 5 jam
Mungkin sebab itu juga tempoh aku sakit tidaklah lama dan bukaan pun agak cepat
Mudah je hanya sembur dalam mulut dan kemam.....tak de telan2 pil ke apa

Selesai jahit tu nurse suruh aku berehat dulu sementara dia panggil Nas masuk tengok aku
Nas masuk dia tanya napa lama sangat
Aku kata teran2 tak mau keluar
Nas tengok ada air mata dia kata laaaa nangis ke
Aku kata nangis la hepi baby dah selamat
Dia ingat aku nangis sebab tahan sakit....haha
Nas tanya betul ke baby girl
Aku kata betul la...haha
Sudahnya dia pujuk2 tenangkan aku sebab dah selesai dah pun.....biasalah mak tacing kan

Baby aku masih nangis lagi
Aku dengar jelas suara dia nangis tak berenti henti
Tak lama lepas tu nurse sampai bawak baby suruh Nas qamatkan dan tunjuk arah kiblat
Selesai semua baby dibaringkan sebelah aku untuk mula menyusu
Bila baringkan sebelah aku elok dia diam
Tahu la tu kan dapat duk dekat mak dia
Nurse kata baby ok tak de termakan najis ke apa
Alhamdulillah lega dah aku selega-leganya

Nurse pun tukar katil dan mula nak pindahkan aku kat wad biasa
Masa ni aku ucap terima kasih banyak2 kat semua nurse yang ada atas layanan baik depa kat aku
Memang besar sangat kebaikan depa kat aku....pahala Allah sahaja lah yang layak untuk depa

Masuk wad rasa mengantuk yang amat
Baru la mula rasa nak tido
Tapi anak duk nangis nak susu pulak
Kene bagi dia susu dulu la
Lahirkan Alauddin aku terus rasa engorged dan susu melimpah menitis kat baju
Lahirkan baby kedua ni breast aku kosong tak de rasa apa
Memang ketara lain sangat suasana tu
Tapi aku tetap bagi juga anak aku hisap
Nanti aku cerita pasal perjalanan menyusukan anak kedua ni pulak ye

Sebelum keluar dari labor room nurse pakaikan balik tudung kat aku
Ikatkan rambut aku kemas2 dan pakaikan tudung
Baru dia bawak aku keluar dari labor room menuju je wad bersalin
Nas pun datang tengok keadaan aku ok ke tak
Lepas tu kemaskan brg2 aku masuk loker
Sediakan air masak sebab dahaga sangat
Pakaikan stokin
Siap apa2 yang patut aku kata balik la tengok Alauddin pulak
Mana tahu dia cari mak abah dia kan
Nas pun aku tengok letih jugak pasai penat drive tak abis lagi tido pun tak cukup sahur pun idok
Nas kata waktu melawat tengah hari nanti mak abah aku datang kot bawak Alauddin
Aku suruh Nas tido la dulu bagi rehat
Petang karang la baru datang

Alhamdulillah perjalanan yang penuh nikmat Allah aturkan untuk aku
Rasa memang mudahlah la dari awal mengandung sampai la proses bersalin
Aku pun tak de rasa lemah tak bertenaga ke atau sakit apa2
Rasa seronok je dah lalui semua tu
Syukur Allah makbulkan doa aku nak merasa bersalin secara normal dan rasakan sakit secara semulajadi
Syukur sangat2

Panjang dah aku cerita walaupun kata tadi simple je
Pasai nanti2 aku nak baca balik kan jadi aku karang la beno2 boleh la aku imbau kenangan manis dalam hidup aku ni nanti

Nanti aku story pasal kisah penyusuan pulak ye
Antara perkara yang seronok selepas bersalin adalah menyusukan anak la kan
Merasa lagi peluang untuk susukan anak kedua pulak
Semoga dipermudahkan seperti ketika abangnya dulu
Amiin

Ok jumpa next entry ye

Wassalam

Friday, July 10, 2015

Kelahiran kedua

Assalamualaikum

Lamanya tak mengadap blog sendiri
Bila dah blog sendiri pun tak jenguk apatah lagi nak blogwalking kan
Ni dah ada masa balik, dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan baru, baru lah ada masa nak jenguk blog

Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 1hb Julai yang lepas
Kelahiran yang memang ditunggu-tunggu
Eh?? Masa Alauddin tak rasa teruja ke?
Bukan la macam tu
Tapi masa Alauddin kelahiran pertama memang seronok sangat2 la sebab dah kahwin mesti la nak dapat zuriat sendiri kan
Jadi perasaan tu lebih kepada teruja seorang wanita nak bergelar ibu
Gituuu

Tapi kelahiran kali kedua ni terujanya lain macam sebab aku mengandung selepas diuji dan kesan ujian tu agak mendalam pada emosi aku
Alhamdulillah, Allah bagi rezeki untuk aku merasa nikmat mengandung dan melahirkan anak kali kedua

Kelahiran kali ni satu pengalaman baru pada aku
Memang antara kenangan indah sepanjang hidup aku
Perjalanan Allah aturkan tu sedang cantik dan elok je
Syukur sangat2 rasa

Allah bagi aku rasa nikmat bersalin secara normal dan yang paling aku seronok merasa pengalaman natural birth atau bersalin secara semulajadi walaupun tidaklah 100% semulajadi
Tu sebab rasa teruja dan seronok lain macam sikit...hihi

Seronok bukan apa
Sebab sepanjang kehamilan memang aku mencari ilmu natural birth dan menajga sebaik-baiknya kandungan aku untuk aku mencapai matlamat aku untuk bersalin secara semulajadi
Cuma aku kerap berdoa aku dapat bersalin secara semulajadi di hospital yang boleh sama2 tolerate dengan hasrat hati aku
Alhamdulillah Allah perkenankan

Nak cerita pasal detik2 kelahiran tu nanti2 la kat next entry ye
Pasai kang cita masa dah separuh ni mau panjang berjela-jela pulak kan
Elok la aku khaskan 1 entry untuk kisah kelahiran puteri aku nan sorang ni je
Entry ni aku nak story pasal apa yang aku lakukan sepanjang tempoh kehamilan aku
Yang mana bagi ilmu dan kebaikan kita kongsikan bersama ye

Alauddin dilahirkan secara czer
Sepanjang mengandungkan Alauddin, aku disahkan GDM atau kencing manis la tapi on diet control
Jadi bila dah disahkan GDM masa usia kandungan 6 bulan macam tu aku kene cek darah setiap 2 minggu untuk pastikan bacaan gula dalam darah tu dalam paras terkawal
Jadi sepanjang tempoh mengandung tu bacaan sedang cantik je la
Sampai la aku masuk 36 minggu kene pantau dengan pakar hospital pulak sebab GDM kan
Bila dah GDM dah tentulah genap 36 weeks aku dah kene pegang dengan doktor siap2 kan
Ada yang kata kene bersalin genap2 38 weeks la
Ada kata tempoh paling lama sehingga 40 weeks sahaja la
Kalau sampai EDD masih belum ada tanda nanti kene induced bagai la
Lepas tu pantau berat baby sebab biasanya baby GDM lahir besar
Memang agak lemas dan rimas la dengan extra care dari pakar2 ni kan

Alhamdulillah Alauddin lahir pada 38 minggu 6 hari, sehari sebelum genap 39 minggu
Berat pun biasa2 je 3.25kg sahaja takde la berat melampo seperti yang ditakutkan itu

Hari Selasa sebelum kelahiran Alauddin, perasan ada leaking, tapi sebab tiada ilmu pasal bagaimana menangani leaking terus la lenggang kangkung pi hospital dan2 tu jugak
Padahal sakit apa pun takdak tapi pasai cuak la risau la tak fikir apa la kan, ilmu tak de masa ni

Sampai hospital terus gi dewan bersalin
Nurse timbang dan ambil BP pastu doktor cek bukaan guna alat macam muncung itik tu tengok belum ada apa2 bukaan lagi tapi kene warded pasai leaking tadi tu la
Doktor kata memang bacaan air ketuban aku tu kurang dari biasa
Perjalanan untuk sakit tu cantik dah, elok je mari sakit contractioan malam tu lepas tu bawak ke pagi esok sampai la malam duk menahan sakit contraction kat katil wad
Sebelum warded tu doktor dah kabo siap2 kalo aku tak de rasa sakit apa2 sehingga esok pagi aku akan diinduced untuk percepatkan bukaan sebab takut air ketuban makin kurang
Pasai tak de ilmu kelahiran, aku tak tahu macam mana nak kawal rasa sakit, apa nak buat bagi cepat bukaan, posisi apa yang selesa untuk kurangkan kesakitan, hapa pun tak tahu
Jadi sepanjang lebih 24 jam tu aku duk keluh kesah atas katil kat wad je la
Nak jalan pun rasa sakit nak mati dan bangun pun hanya untuk kencing je

Walaupun perjalanan tu teratur, maksud aku sakit aku datang secara semulajadi tanpa di induced lepas tu bukaan pun ada walaupun lambat tapi sebab takde ilmu untuk memahami signal badan sendiri ketika sakit contraction, bukaan stucked pada 8 cm sahaja dan baby pun tak turun dan laluan baby tu kosong
Kebiasaanya pada 8cm tu kita dah akan rasa macam nak meneran dan kalau dibuat VE akan ada rasa sesuatu di laluan itu
Tapi aku masih kosong dan doktor kata baby masih tinggi

Jadi bila kita kurang ilmu dan hanya berserah pada keadaan je kita mula senang rasa stress
Bila ibu stress risiko untuk baby stress juga tinggi dan boleh mengganggu bukaan rahim
Tu yang ada panggil fetal distress la poor progress la bukaan lambat la tapi yang sebenarnya kurang ilmu dalam memahami signal badan sendiri
Tu yang ada sesetengah kelahiran dah elok bukaan tapi tiada rasa gesaan untuk melahirkan sebab hormon dalam badan bercelaru

Disebabkan aku dah lebih 24 jam menahan sakit contraction yang heavy pada kiraan 1 minit sekali doktor kata perlu emergency czer dan keutamaan lebih kepada baby sebab air ketuban dah dipecahkan pada bukaan 6cm

Dalam keadaan aku yang separuh redha masa tu aku relakan juga untuk dibedah
Kejadian ni memang bagi kesan pada aku sebab aku rasakan aku tiada masalah pada mulanya untuk bersalin normal tapi ended up aku kene czer
Pada waktu itu aku rasakan aku dah cuba sehabis baik sebab aku dah lalui proses sakit lepas tu bukaan pun ada cuma sangkut pada 8cm

Aku memang usaha untuk cari apa yang silapnya aku ketika kelahiran pertama
Memang la takdir kan tapi mesti ada sebab yang boleh bagi aku ilmu untuk paham
Jangan pulak kata aku tak redha dengan ujian Allah Taala, tu pahaman bangang pulak kan
Aku redha dengan pengakhirannya macam tu tapi setiap ujian yang diberi mesti ada sesuatu yang Allah nak tunjuk atau nak bagi tahu kita
Tu namanya hikmah
Andai kata aku melalui kelahiran normal masa pertama kali mesti kali kedua aku kurang gali ilmu pasal kelahiran sebab aku tak lalui pengalaman lain dan hanya follow the flow je la

Hikmahnya ilmu la jadi aku akan usaha gali ilmu untuk persediaan kelahiran akan datang
Dan itulah yang aku lakukan pada kelahiran kali kedua ni

Masa aku disahkan mengandung lagi aku mula join group kat fb ICAN MALAYSIA / VBAC SUPPORT
Aku jumpa dari share salah seorang frenlist aku
Group ni antaranya menyokong dan berjuang untuk ibu2 yang pernah ada sejarah czer dan sama2 menggali ilmu untuk kelahiran normal.
Group ni jugak lebih memberi ilmu berkaitan gentle birth / natural birth tanpa menggunakan ubat2an langsung atau penggunaan secara minimal dan dalam keadaan tertentu sahaja

Jadi bila aku join grup ni memang banyak sangat ilmu berkaitan kelahiran yang aku dapat pelajari
Ada juga kisah2 ibu2 yang dapat bersalin normal walaupun sudah 2 3 4 5 kali melalui czer

Banyak topik yang dibincangkan dalam grup ni
Kalau korang rasa korang sedang berusaha untuk kelahiran normal di masa akan datang boleh la join grup ni
Memang banyak info yang akan membuka mata dan minda kita untuk lebih banyak berfikir dan memahami erti kelahiran sebenar.

Aku kan ada rasa ralat masa kelahiran Alauddin jadi bila ada rezeki pregnant lagi aku terus gali ilmu dari grup tu
Baca kisah ibu2 yang pernah czer dan kenapa end up mereka kene czer
Kebanyakkan adalah seperti kisah aku
Poor progress dan fetal distress
Means kita dah lalui labor pain tu dalam tempoh yang agak lama kemudian bila sakit terlalu lama ibu akan mula stress dan beri kesan pada baby so boleh jadi fetal distress

Atas sebab risau baby lemas atau berak dalam perut atau jantung baby semakin lemah ctg tunjuk bacaan tidak cantik memang akan dicadangkan czer untuk selamatkan keadaan.

Bila kita cari ilmu dengan hati dan minda terbuka kita akan nampak apa yang Allah nak tunjuk pada kita

Ada cara untuk atasi prolong labor, untuk percepatkan bukaan, untuk elakkan ibu stress, untuk mudahkan baby turun ke bawah, kawalan pernafasan dan emosi dan posisi terbaik ketika sakit contraction.
Korang boleh gali dalam grup ICAN tu

Aku bila cari sesuatu ilmu memang bersungguh sungguh bukan hangat2 taik ayam
Tak kira la ilmu apa pun bila aku suka dan berminat aku akan usaha sampai aku paham
Aku siapkan 1 buku nota untuk aku salin apa2 info yang penting yang perlu aku amalkan sepanjang mengandung
Apa yang perlu disediakan untuk melalui proses kelahiran nanti
Semua ilmu tu aku catit dalam buku nota aku

Ilmu babywearing dan cloth diaper pun aku ada sediakan buku nota khas supaya mudah untuk aku rujuk nanti.
Memang bersungguh sungguh la aku ni pasai teruja sangat nak rasakan nikmat bersalin yang sebenar walaupun tidak 100% semulajadi

Apa yang tak 100% semulajadinya?
Nanti la kita borak lagi ye
Rasa macam panjang dah entry kali ni
Aku stop dulu la ye...hihi
Jumpa lagi next entry....in shaa Allah

Wassalam :)