About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, July 10, 2015

Kelahiran kedua

Assalamualaikum

Lamanya tak mengadap blog sendiri
Bila dah blog sendiri pun tak jenguk apatah lagi nak blogwalking kan
Ni dah ada masa balik, dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan baru, baru lah ada masa nak jenguk blog

Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 1hb Julai yang lepas
Kelahiran yang memang ditunggu-tunggu
Eh?? Masa Alauddin tak rasa teruja ke?
Bukan la macam tu
Tapi masa Alauddin kelahiran pertama memang seronok sangat2 la sebab dah kahwin mesti la nak dapat zuriat sendiri kan
Jadi perasaan tu lebih kepada teruja seorang wanita nak bergelar ibu
Gituuu

Tapi kelahiran kali kedua ni terujanya lain macam sebab aku mengandung selepas diuji dan kesan ujian tu agak mendalam pada emosi aku
Alhamdulillah, Allah bagi rezeki untuk aku merasa nikmat mengandung dan melahirkan anak kali kedua

Kelahiran kali ni satu pengalaman baru pada aku
Memang antara kenangan indah sepanjang hidup aku
Perjalanan Allah aturkan tu sedang cantik dan elok je
Syukur sangat2 rasa

Allah bagi aku rasa nikmat bersalin secara normal dan yang paling aku seronok merasa pengalaman natural birth atau bersalin secara semulajadi walaupun tidaklah 100% semulajadi
Tu sebab rasa teruja dan seronok lain macam sikit...hihi

Seronok bukan apa
Sebab sepanjang kehamilan memang aku mencari ilmu natural birth dan menajga sebaik-baiknya kandungan aku untuk aku mencapai matlamat aku untuk bersalin secara semulajadi
Cuma aku kerap berdoa aku dapat bersalin secara semulajadi di hospital yang boleh sama2 tolerate dengan hasrat hati aku
Alhamdulillah Allah perkenankan

Nak cerita pasal detik2 kelahiran tu nanti2 la kat next entry ye
Pasai kang cita masa dah separuh ni mau panjang berjela-jela pulak kan
Elok la aku khaskan 1 entry untuk kisah kelahiran puteri aku nan sorang ni je
Entry ni aku nak story pasal apa yang aku lakukan sepanjang tempoh kehamilan aku
Yang mana bagi ilmu dan kebaikan kita kongsikan bersama ye

Alauddin dilahirkan secara czer
Sepanjang mengandungkan Alauddin, aku disahkan GDM atau kencing manis la tapi on diet control
Jadi bila dah disahkan GDM masa usia kandungan 6 bulan macam tu aku kene cek darah setiap 2 minggu untuk pastikan bacaan gula dalam darah tu dalam paras terkawal
Jadi sepanjang tempoh mengandung tu bacaan sedang cantik je la
Sampai la aku masuk 36 minggu kene pantau dengan pakar hospital pulak sebab GDM kan
Bila dah GDM dah tentulah genap 36 weeks aku dah kene pegang dengan doktor siap2 kan
Ada yang kata kene bersalin genap2 38 weeks la
Ada kata tempoh paling lama sehingga 40 weeks sahaja la
Kalau sampai EDD masih belum ada tanda nanti kene induced bagai la
Lepas tu pantau berat baby sebab biasanya baby GDM lahir besar
Memang agak lemas dan rimas la dengan extra care dari pakar2 ni kan

Alhamdulillah Alauddin lahir pada 38 minggu 6 hari, sehari sebelum genap 39 minggu
Berat pun biasa2 je 3.25kg sahaja takde la berat melampo seperti yang ditakutkan itu

Hari Selasa sebelum kelahiran Alauddin, perasan ada leaking, tapi sebab tiada ilmu pasal bagaimana menangani leaking terus la lenggang kangkung pi hospital dan2 tu jugak
Padahal sakit apa pun takdak tapi pasai cuak la risau la tak fikir apa la kan, ilmu tak de masa ni

Sampai hospital terus gi dewan bersalin
Nurse timbang dan ambil BP pastu doktor cek bukaan guna alat macam muncung itik tu tengok belum ada apa2 bukaan lagi tapi kene warded pasai leaking tadi tu la
Doktor kata memang bacaan air ketuban aku tu kurang dari biasa
Perjalanan untuk sakit tu cantik dah, elok je mari sakit contractioan malam tu lepas tu bawak ke pagi esok sampai la malam duk menahan sakit contraction kat katil wad
Sebelum warded tu doktor dah kabo siap2 kalo aku tak de rasa sakit apa2 sehingga esok pagi aku akan diinduced untuk percepatkan bukaan sebab takut air ketuban makin kurang
Pasai tak de ilmu kelahiran, aku tak tahu macam mana nak kawal rasa sakit, apa nak buat bagi cepat bukaan, posisi apa yang selesa untuk kurangkan kesakitan, hapa pun tak tahu
Jadi sepanjang lebih 24 jam tu aku duk keluh kesah atas katil kat wad je la
Nak jalan pun rasa sakit nak mati dan bangun pun hanya untuk kencing je

Walaupun perjalanan tu teratur, maksud aku sakit aku datang secara semulajadi tanpa di induced lepas tu bukaan pun ada walaupun lambat tapi sebab takde ilmu untuk memahami signal badan sendiri ketika sakit contraction, bukaan stucked pada 8 cm sahaja dan baby pun tak turun dan laluan baby tu kosong
Kebiasaanya pada 8cm tu kita dah akan rasa macam nak meneran dan kalau dibuat VE akan ada rasa sesuatu di laluan itu
Tapi aku masih kosong dan doktor kata baby masih tinggi

Jadi bila kita kurang ilmu dan hanya berserah pada keadaan je kita mula senang rasa stress
Bila ibu stress risiko untuk baby stress juga tinggi dan boleh mengganggu bukaan rahim
Tu yang ada panggil fetal distress la poor progress la bukaan lambat la tapi yang sebenarnya kurang ilmu dalam memahami signal badan sendiri
Tu yang ada sesetengah kelahiran dah elok bukaan tapi tiada rasa gesaan untuk melahirkan sebab hormon dalam badan bercelaru

Disebabkan aku dah lebih 24 jam menahan sakit contraction yang heavy pada kiraan 1 minit sekali doktor kata perlu emergency czer dan keutamaan lebih kepada baby sebab air ketuban dah dipecahkan pada bukaan 6cm

Dalam keadaan aku yang separuh redha masa tu aku relakan juga untuk dibedah
Kejadian ni memang bagi kesan pada aku sebab aku rasakan aku tiada masalah pada mulanya untuk bersalin normal tapi ended up aku kene czer
Pada waktu itu aku rasakan aku dah cuba sehabis baik sebab aku dah lalui proses sakit lepas tu bukaan pun ada cuma sangkut pada 8cm

Aku memang usaha untuk cari apa yang silapnya aku ketika kelahiran pertama
Memang la takdir kan tapi mesti ada sebab yang boleh bagi aku ilmu untuk paham
Jangan pulak kata aku tak redha dengan ujian Allah Taala, tu pahaman bangang pulak kan
Aku redha dengan pengakhirannya macam tu tapi setiap ujian yang diberi mesti ada sesuatu yang Allah nak tunjuk atau nak bagi tahu kita
Tu namanya hikmah
Andai kata aku melalui kelahiran normal masa pertama kali mesti kali kedua aku kurang gali ilmu pasal kelahiran sebab aku tak lalui pengalaman lain dan hanya follow the flow je la

Hikmahnya ilmu la jadi aku akan usaha gali ilmu untuk persediaan kelahiran akan datang
Dan itulah yang aku lakukan pada kelahiran kali kedua ni

Masa aku disahkan mengandung lagi aku mula join group kat fb ICAN MALAYSIA / VBAC SUPPORT
Aku jumpa dari share salah seorang frenlist aku
Group ni antaranya menyokong dan berjuang untuk ibu2 yang pernah ada sejarah czer dan sama2 menggali ilmu untuk kelahiran normal.
Group ni jugak lebih memberi ilmu berkaitan gentle birth / natural birth tanpa menggunakan ubat2an langsung atau penggunaan secara minimal dan dalam keadaan tertentu sahaja

Jadi bila aku join grup ni memang banyak sangat ilmu berkaitan kelahiran yang aku dapat pelajari
Ada juga kisah2 ibu2 yang dapat bersalin normal walaupun sudah 2 3 4 5 kali melalui czer

Banyak topik yang dibincangkan dalam grup ni
Kalau korang rasa korang sedang berusaha untuk kelahiran normal di masa akan datang boleh la join grup ni
Memang banyak info yang akan membuka mata dan minda kita untuk lebih banyak berfikir dan memahami erti kelahiran sebenar.

Aku kan ada rasa ralat masa kelahiran Alauddin jadi bila ada rezeki pregnant lagi aku terus gali ilmu dari grup tu
Baca kisah ibu2 yang pernah czer dan kenapa end up mereka kene czer
Kebanyakkan adalah seperti kisah aku
Poor progress dan fetal distress
Means kita dah lalui labor pain tu dalam tempoh yang agak lama kemudian bila sakit terlalu lama ibu akan mula stress dan beri kesan pada baby so boleh jadi fetal distress

Atas sebab risau baby lemas atau berak dalam perut atau jantung baby semakin lemah ctg tunjuk bacaan tidak cantik memang akan dicadangkan czer untuk selamatkan keadaan.

Bila kita cari ilmu dengan hati dan minda terbuka kita akan nampak apa yang Allah nak tunjuk pada kita

Ada cara untuk atasi prolong labor, untuk percepatkan bukaan, untuk elakkan ibu stress, untuk mudahkan baby turun ke bawah, kawalan pernafasan dan emosi dan posisi terbaik ketika sakit contraction.
Korang boleh gali dalam grup ICAN tu

Aku bila cari sesuatu ilmu memang bersungguh sungguh bukan hangat2 taik ayam
Tak kira la ilmu apa pun bila aku suka dan berminat aku akan usaha sampai aku paham
Aku siapkan 1 buku nota untuk aku salin apa2 info yang penting yang perlu aku amalkan sepanjang mengandung
Apa yang perlu disediakan untuk melalui proses kelahiran nanti
Semua ilmu tu aku catit dalam buku nota aku

Ilmu babywearing dan cloth diaper pun aku ada sediakan buku nota khas supaya mudah untuk aku rujuk nanti.
Memang bersungguh sungguh la aku ni pasai teruja sangat nak rasakan nikmat bersalin yang sebenar walaupun tidak 100% semulajadi

Apa yang tak 100% semulajadinya?
Nanti la kita borak lagi ye
Rasa macam panjang dah entry kali ni
Aku stop dulu la ye...hihi
Jumpa lagi next entry....in shaa Allah

Wassalam :)

No comments:

Post a Comment